Isnin, 27 Oktober 2008

BANJIR MAKIN SURUT- PETIKAN HARIAN METRO

Sunday, October 26, 2008

Banjir Makin Surut
Dipetik daripada harian Metro – 26 Okt 2008
ALOR STAR: Keadaan banjir di negeri ini semakin pulih apabila 455daripada 905 keluarga dibenarkan pulang ke rumah masing-masing,manakala selebihnya masih menumpang di pusat pemindahan banjir,semalam.
Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kedah, Zulkifli Ramli,berkata setakat jam 3 petang sebanyak 14 pusat pemindahan ditutup,termasuk di Kota Star, Pokok Sena, Kubang Pasu, Padang Terap, BandarBaharu dan Kulim.
Menurutnya, jumlah mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan bagidaerah Alor Star juga berkurangan daripada 904 orang kepada 855 orang,manakala sebanyak 215 orang mangsa dibenarkan pulang di Kubang Pasu.
"Bagi daerah Pendang dan Bandar Baharu pula, jumlah mangsa yang kiniditempatkan di pusat pemindahan masih sama seperti semalam (kelmarin)iaitu 226 orang di Pendang dan 18 orang di Bandar Baharu," katanya.
Katanya, hanya 87 orang masih ada di pusat pemindahan di daerah Yan,manakala mangsa lain dibenarkan pulang kerana keadaan banjir semakinpulih.
Tinjauan di beberapa kawasan mendapati paras air sungai semakin surutapabila keadaan cuaca cerah dan bertambah baik, menyebabkan ramaimangsa banjir dibenarkan pulang ke rumah.
Posted by Warta Darul Aman Daily at 5:50 PM

KEMBARA BANJIR DR ISMAIL SALLEH- ALOR MENGKUDU

video

Kembara Banjir YB Dr Ismail Salleh Bersama Pusat Khidmat DUN Alor Mengkudu

di Kampung Teluk Kandeh & Kampung Tok Keling dalam bentuk video untuk tontonan bersama. Terima Kasih .

Sabtu, 25 Oktober 2008

ISU BANJIR TV3- KENYATAAN AKHBAR DARI PEJABAT MB....PENTING

Thursday, October 23, 2008

ISU BANJIR TV3 - KENYATAAN AKHBAR DARI PEJABAT MB...... PENTING
Kepada;Semua Ketua BiroMedia cetak/eletronik 23 Syawal 142923 Oktober 2008
Assalamualaikum / Salam Sejahtera
KENYATAAN AKHBAR
Saya amat bersimpati dengan siaran TV3 melalui Buletin Utama bertarikh22 Oktober mengenai berita banjir di Kedah kerana pemberitanya gagalmendapatkan sumber yang tepat untuk dijadikan bahan berita.
Jika berita yang tidak tepat disiarkan, maka berita itu adalah sesuatuyang boleh digolongkan sebagai:
1. Berita berniat jahat untuk memburukkan imej Kerajaan Negeri Kedah2. Berita yang berunsur memburukkan tokoh atau individu tertentu.3. Atau ia hanyalah imiginasi atau angan-angan pemberita tersebut.
Kerajaan Negeri melalui Pejabat YAB Menteri Besar sejak 21 Oktobertelah memulakan lawatan serta menyampaikan sumbangan di Kuala Nerangdan Dun Anak Bukit khususnya.
Pada 22 Oktober, Setiausaha Politik YAB Menteri Besar, Encik Mohd.Sanusi Md. Nor telah melawat serta menyampaikan sumbangan sepertiberas, gula, minyak masak, lampin pakai buang bayi, tuala wanita,biskut dan beberapa keperluan lain di empat penempatan mangsa banjirdi Dun Anak Bukit, sebuah di Bukit Pinang dan tiga penempatan di DunGuar Chempedak.
Selain itu, lawatan dan sumbangan juga dibuat oleh Exco Kebajikan danWanita Kerajaan Negeri Kedah, Ustazah Siti Aishah Ghazali di ParlimenPadang Terap dan Pokok Sena.
Exco Kesihatan, Penerangan dan NGO, Dr, Ismail Salleh mengadakanlawatan dan sumbangan di sekitar Alor Mengkudu dan Adun Kubang Rotan,Encik Mohd. Nasir Mustafa atas sifat beliau selaku Setiausaha PASKawasan Kuala Kedah sentiasa memantau perkembangan banjir di Dun AnakBukit termasuk menyampaikan sumbangan berbentuk makanan.
Agensi-agensi kerajaan seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat, Penghuludan Majlis Ketua Kampung (MKK) juga telah mengadakan mesyuarat dantindakan susulan bagi memastikan proses menyalurkan bantuan danpertolongan berjalan dengan lancar.
Ini tidak termasuk bantuan kecemasan dan laporan semasa oleh pihakMADA, tentera, polis, JPAM dan beberapa agensi lain yang terlibat.
TV3 juga 'highlight' kan bahawa belum ada sumbangan kewangan diberikansetakat ini, bagi saya pemberita berkenaan amat tidak faham mengenaiprosedur sesebuah kerajaan baik Pusat mahupun negeri dalam konteksmenyalurkan bantuan kewangan.
Adalah amat mustahil selepas baru dua hari dilanda banjir kerajaanakan terus mengeluarkan sumbangan berbentuk kewangan memandangkankerajaan terpaksa melalui beberapa proses yang melibatkan JabatanKebajikan Masyarakat, Polis, MKK, Penghulu dan sebagainya.
Sedangkan mangsa Tsunami yang berlaku pada Disember 2004 lalu punsehingga kini masih ada yang belum mendapat pampasan sewajarnya,bagiamanapun jangka waktu empat tahun itu adalah terlalu lama.
Petikan ayat ' sebahagian besar Exco Kerajaan Negeri sedang berada diluar Negara ketika ini" juga mendedahkan berita tersebut hanya sebuahilusi pemberitanya.
Hanya dua anggota Exco yang berada di luar Negara dalam satu misimenarik pelabur ke Kedah, lawatan kerja mereka bermula sejak 19Oktober lalu, sementara banjir melanda kawasan mereka pada 21 Oktober.
Misi bantuan dan lawatan akan diteruskan sehinggalah semua mangsabanjir dapat pulang ke rumah masing-masing.
Sekian, terima kasih
Yang Benar
(MOHD. HELMI BIN MOHD. KHALID)Setiausaha Akhbar kepadaYAB Menteri Besar Kedah
Posted by Warta Darul Aman Daily at 3:29 PM

Rabu, 22 Oktober 2008

1,642 flee to relief centres in Kedah


ALOR STAR: Rising flood waters in the state has caused the evacuation of 1,642 people to 18 flood relief centres in Padang Terap, Kubang Pasu, Pokok Sena, Kota Setar, Pendang and Kulim Bandar Baharu as of 6pm yesterday.

The water level in Pedu Dam, Ahning Dam and Muda Dam was at 97.8m, 111.6m and 101.6m respectively.
The danger level for the three dams are 100.6m, 115.95m and 103.63 respectively.

A flood relief centre spokesman said the worst hit district was Kubang Pasu with 630 evacuees, followed by Pokok Sena (560), Kota Setar (387), Padang Terap (29), Kulim Bandar Baharu (24) and Pendang (5).
Four relief centres in Padang Terap were closed yesterday as the situation in the district improved, he said.

State executive councillor Dr Ismail Salleh said the state government would investigate if the recent flood was caused by rampant logging activities over the years in Padang Terap. Initial reports, he said, showed that heavy rainfall in catchments downstream caused flooding.
“Heavy rainfall is anticipated during this time of the year. But we need to look into long-term flood mitigation measures to resolve the problem once and for all as it is causing so much inconvenience to the rakyat,” he said.

A spokesman for Langkawi Ferryline Ventures Sdn Bhd said the rain did not hamper ferry services to Langkawi, apart from minor delays due to rough weather.
“The Marine Department will advise us accordingly if the sea condition is not safe for ferries and boats,” he said.

YB DR ISMAIL SALLEH MENZIARAHI MANGSA BANJIR- TELUK KANDEH/ TOK KELING













Ramli Jaafar
rjwarta@yahoo.com

Alor Mengkudu : Hujan yang turun saban hari bermula seminggu yang lalu, menyebabkan banyak kawasan kususnya dalam negeri Kedah dilanda banjir.

Tidak berkecuali di kawasan DUN Alor Mengkudu, hampir keseluruhan kampong berkenaan turut dlanda banjir. Air yang naik menyebabkan ada sebahagian daripada rumah yang rendah kedudukanya dimasuki air.

Namun ramai daripada penduduk amat berbesar hati apabila kehadiran ADUN Alor Mengkudu YB Dr Ismail Salleh yang turun sendiri melihat banjir yang melanda kampong mereka terutamanya kampong Teluk Kandeh dan kampong Tok Keling.

Keperihatinan YB Dr Ismail Salleh bersama dengan pertugas pusat khidmat wakil Rakyat
meredah banjir melihat, bertanya khabar dan memberikan sumbangan amat disenangi penduduk kampong berkenaan.

Selasa, 21 Oktober 2008

‘Ban Berita Harian reporters’

KOTA BARU: A PAS backbencher has called on State Assembly Speaker Mohd Nassaruddin Daud to ban journalists from Berita Harian from covering assembly proceedings following what he claimed was gross misreporting.

Zainuddin Awang Hamat (PAS — Limbongan) claimed the paper’s report that the Sultan of Kelantan was angry with the state government was factually wrong.
He said if the paper did not apologise by today, the Speaker should bar its reporters from the assembly.

Mohd Nassaruddin said he would give the paper 24 hours to apologise before making any decision.
Zainuddin said newspapers had become instruments to sow deceit, hatred and instability, citing a newspaper’s coverage of the Seputeh MP Teresa Kok controversy on the Azan (call to prayer) as an example.

“They forgot to play their role and just report the news but instead are intent on causing unease through immoral reporting,” he said.

Isnin, 20 Oktober 2008

YB ADUN Alor Mengkudu turun padang




Alor Star,21 Oktober:

Pagi tadi ADUN Alor Mengkudu,YB Dr Ismail Salleh yang juga EXCO Kerajaan Negeri telah melakukan lawatan di dua tempat berbeza untuk melihat sendiri dan menyelesaikan masalah banjir kilat yang kerap berlaku di Bandaraya Alor Star.
Lawatan pertama ialah ke kampung dan taman di sekitar pekan koboi.Masaalah yang telah dikenal pasti ialah aliran air yang perlahan disebabkan longkang sempit dan tersumbat.Apabila berlaku hujan lebat longkang ini tidak mampu untuk menampung aliran air yang menyebabkan banjir kilat.Turut serta dalam lawatan itu ialah Encik Teh Kok Soo,Ahli Majlis Bandaraya Alor Star dan Tuan Haji Badrul,jurutera Majlis Bandaraya Alor Star.

Lawatan kedua ialah kekawasan perumahan baru di sekitar Lorong Seri Derga.Masalah yang sama berlaku iaitu banjir kilat akibat dari projek pembinaan perumahan di Lorong Ganding.Perbincangan dengan pihak pemaju yang turun ketapak projek bersama dengan Ahli Majlis,Encik Teh Kok Soo dan jurutera bahagian bangunan Majlis Bandaraya,En Sujari Hassan telah merungkai masalah dengan penduduk setempat.

Ahad, 19 Oktober 2008

Jamuan Hari Raya PDK Putra Jaya







Alor Star,20 Oktober:

Satu majlis jamuan hari raya Pusat Pemulihan Dalam Komuniti(PDK) Taman Putra Jaya telah diadakan bertempat di premis PDK Putra Jaya.Seramai 50 orang anak istimewa diraikan serta sumbangan hari raya dismpaikan.

"Dalam kegembiraan kita menyambut hari raya kita jangan lupa kepada golongan yang dilahirkan sebagai anak istimewa",tegas YB Dr Ismail semasa menympaikan ucapan dalam majlis tersebut.
Turut hadir dalam majlis tersebut ialah para ibibapa dan waris kepada anak-anak istimewa tersebut.
Sumbangan dan hadiah telah disampaikan oleh Datin Seri Di Raja Pn Noraini dan ahli Exco Kerajaan Negeri Yb Dr Ismail bin Salleh merangkap ADUN Alor Mengkudu.

Kem Bina Sahsiah


Oleh: WADIASSOFI JAAFAR


ALOR STAR, 20 Oktober: Pusat Pendidikan Muassasah Darul Ulum dengan kerja sama Unit Pembangunan Insan Kerajaan Negeri Kedah akan menganjurkan Kem Bina Sahsiah ’08 Siri ke-5 yang akan diadakan di Kompleks Pendidikan Muassasah Darul Ulum, Kilometer 24, Jalan Kuala Nerang, Pokok Sena, di sini selama 21 hari mulai 16 November 2008 hingga 6 Disember 2008.

Pengarah Kem Bina Sahsiah, Ustaz Musoddak Haji Ahmad berkata, Kem Bina Sahsiah telah mula dilaksanakan pada tahun 2004 hasil ilham Menteri Besar Kedah yang baru, YAB Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak.

“Sambutan yang diberikan oleh ibu bapa di seluruh negara begitu menggalakkan di mana peserta-peserta adalah terdiri daripada remaja lelaki dan perempuan yang berumur antara 15 hingga 18 tahun yang datang dari pelbagai latar belakang keluarga,” jelasnya.

Menurutnya, Kem Bina Sahsiah yang dijalankan selama 21 hari itu merangkumi tiga fasa di mana ianya banyak menerapkan nilai-nilai ukhuwah, keinsafan, kasih sayang ibu bapa dan pelbagai lagi.

Ujarnya, objektif utama program itu diadakan adalah untuk menampilkan generasi remaja yang diimpikan oleh setiap lapisan masyarakat, membina sahsiah berlandaskan iman dan takwa, menyediakan peluang pembelajaran secara intensif dalam jangka masa singkat serta melaksanakan pentarbiyahan secara terus dan berkesan.

“Faedah yang bakal diperolehi dalam kursus itu ialah mengenal diri, kesempurnaan ibadat, akhlak dalam Islam, penglibatan dalam kumpulan, hubungan dalam masyarakat dan muhasabah diri,” katanya.

Jelasnya, sepanjang program itu, setiap peserta dibekalkan dengan nota-nota kursus, baju T dan beg kursus, makan dan minum, penginapan, keperluan perkhemahan, pemeriksaan kesihatan dan sijil penyertaan.

“Alatan yang perlu dibawa ialah pakaian harian, pakaian kuliah, pakaian riadah, pakaian aktiviti perkhemahan, pakaian sembahyang, bantal, selimut, cadar, barang-barang kemasan diri, alatan tulis, buku nota dan lain-lain keperluan peribadi,” ujarnya.

Tambahnya, bayaran yuran yang dikenakan kepada setiap peserta ialah sebanyak RM150 dan setiap peserta diwajibkan berpakaian menutup aurat di dalam semua aktiviti.

Sebarang pertanyaan dan pendaftaran, sila hubungi Ustaz Musoddak Haji Ahmad di talian 012-4827563 atau Ustaz Mohd. Nizam Noh (019-5586401), Ustaz Nor Puadi (012-6441420 / 013-5931233), Ustaz Salim Mahmud (013-5814585), Encik Rashidi Abd. Razak (012-4365699) dan Encik Zikri Zakaria (013-4249382).

10 Ribu Tetamu Berbagai Kaum Hadir Rumah Terbuka DUN Alor Mengkudu








Oleh: SITI ZALEHA ABD RAHIM

Alor Mengkudu, 18 Oktober 2008 - Kira-kira 10 ribu menghadiri Rumah Terbuka Aidil Fitri PAS Kawasan Alor Setar yang diadakan di Ganding, Jalan Alor Mengkudu baru-baru ini.
Rakyat dari pelbagai kaum datang seawal jam 2.30 petang walaupun majlis rasmi bermula dari jam 3.00 hingga 5.00 petang.
Selaku tuan rumah, Yang Dipertua PAS Kawasan yang juga ADUN Alor Mengkudu YB Dr. Ismail Salleh mengetuai seluruh ahli jawatankuasa PAS Kawasan meraikan ketibaan tetamu yang datang tidak putus-putus.
Majlis dimeriahkan dengan persembahan oleh pelajar-pelajar PASTI Kawasan Alor Setar yang memenangi pertandingan uji bakat PASTI Negeri Kedah baru-baru ini.
Sempena rumah terbuka ini juga pihak penganjur telah mengundang crew derma darah Hospital Sultanah Bahiyah, bagi memberi peluang kepada orang ramai yang ingin menderma darah. Lebih 30 penderma telah mendermakan darah mereka kepada tabung tersebut.
Menurut Ketua Penerangan PAS Kawasan Aor Setar, Encik Zulkifli Yahaya, rumah terbuka pada tahun ini dianggap paling berjaya kerana menerima kunjungan paling ramai serta kehadiran masyarakat dari pelbagai kaum.
“Banyak menu utama seperti satey, lemang, mi rebus, tapai, bubur kacang, nasi habis awal. Mujur laksa, bihun dan kueteow goreng kita sediakan agak banyak dan semua pengunjung yang datang dapat menikmati apa yang ada,” ujar beliau yang juga merupakan pengarah Rumah Terbuka Aidil Fitri PAS Kawasan Alor Setar.

LIHAT DAN RENUNGKANLAH KEBESARAN ALLAH...


Surah Yaasin ayat 81-83 bermaksud
“ Sesungguhnya keadaan kekuasan-Nya apabila mengkehendaki sesuatu hanyalah berfirman: “jadilah” maka terjadilah ia Maka Maha Suci (Allah) Tuhan yang memiliki dan menguasai sesuatu dan kepada-Nyalah kamu di kembalikan.

Penemuan terteranya kalimah Allah seolah-olah terukir di atas sebuah batu di bukit Kauri Tunjang dikatakan hasil daripada letupan kauri di bukit berkenaan bukanlah sesuatu yang ganjil pada sisi Allah. Jika Allah mengkehendaki sesuatu hanyalah berfirman “ jadilahlah “ maka itu yang berlaku.

Sebagai insan yang beriman kita yakin akan kekuasaan Allah jesteru itu tingkatkan ketakwaan dan keimanan semoga kita semua beroleh kejayaan didunia dan diakhirat.

Waallahuaklam.

Lawatan ISDEV ke Wisma Darul Aman







Oleh: WADIASSOFI JAAFAR


ALOR STAR, 19 Oktober: Seramai 50 orang yang terdiri daripada pensyarah, post-doctoral fellow, pelajar-pelajar sarjana dan kedoktoran dan pelajar pra-siswazah dari Universiti Sains Malaysia (USM) Pulau Pinang mengadakan lawatan sambil belajar ke Negeri Kedah Darul Aman.

Pengarah Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV), USM, Profesor Muhammad Syukri Salleh berkata, lawatan sambil belajar itu adalah pertama kali diadakan yang bertujuan untuk mengetahui keadaan dan suasana di negeri Jelapang Padi.

Menurutnya, pihaknya ingin meneroka bidang Islam di mana Negeri Kedah yang diterajui oleh Pakatan Rakyat tentu mempunyai idea bagi membangunkan Negeri Kedah secara Islam.

“Kerajaan Negeri Kedah mungkin tengah merancang untuk melaksanakan pelbagai pendekatan terbaik dalam usaha memajukan negeri ini menjadi sebuah negeri yang aman dan sejahtera,” jelasnya.

Rombongan dari USM itu disambut oleh Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Penerangan, Badan-Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan Pembangunan Insan, YB. Dr. Ismail Salleh yang mewakili Menteri Besar, YAB Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak.

YB. Dr. Ismail Salleh dalam ucapannya berkata, Kedah yang kini diperintah oleh Pakatan Rakyat tidak menghadapi banyak masalah, malah keadaan berjalan seperti biasa dengan rakyat langsung tidak merasa gelisah bertepatan dengan slogan kerajaan negeri, ‘Kedah Sejahtera’.

“Kita tahu enam bulan adalah tempoh menstabilkan sesebuah kerajaan tetapi rakyat tidak menghadapi masalah dan kerja sama semua pihak juga amat baik termasuk dengan pihak pentadbir, istana, pasukan keselamatan dan sebagainya,” jelasnya.

Bagaimanapun, katanya, Kerajaan Negeri tidak boleh lari daripada masalah tetapi ianya dapat diatasi dengan baik sehingga tidak menjejaskan kehidupan rakyat.

“Apa yang penting ialah rakyat yakin dengan kita (Kerajaan Negeri) dan bukan sahaja rakyat, malah pihak luar (pelabur) banyak mengunjungi Negeri Kedah termasuk membincangkan tentang sistem kita (pentadbiran Kerajaan Negeri),” katanya.

Tambahnya, isu berkaitan judi, arak dan pelacuran juga turut menjadi agenda penting Kerajaan Negeri dalam usaha memberi penerangan yang lebih mendalam kepada masyarakat Islam dan bukan Islam di negeri ini.

Tamat.

Sabtu, 18 Oktober 2008

Sumbangan tilam kepada pesakit lumpuh




Padang Terap,17 Oktober 2008:

Satu majlis sumbangan tilam kepada seorang pesakit lumpuh telah diadakan bertempat di rumah beliau di Kuala Nerang.
Pesakit Mohd Najib bin Deraoh yang mengalami penyakit Acute Demyelinating Encephalonyelopathy(ADEM) sejak empat tahun yang lalu kini terlantar di rumahnya.Penyakit saraf ini telah menyebabkan beliau lumpuh dari pusat kebawah dan pandanganya juga terjejas.

Tilam khas ini adalah bertujuan untuk mengurangkan risiko berlaku luka dibahagian punggung dan belakang.

Sumbangn telah disampaikan oleh Exco Kerajaan Negeri YB Dr Ismail Salleh.Turut serta ialah setiausaha Pas Kawasan Alor Star,Tuan Haji Adnan Saad dan beberapa orang AJK Pas Kawasan Padang Terap.

Rabu, 15 Oktober 2008

LAWATAN YB DR ISMAIL KE HSB


















Alor Star,15 Oktober:

Exco kesihatan Yb Dr.Ismail Salleh telah melakukan lawatan tak rasmi ke Hospital Sultanah Bahiyah.Beliau melakukan lawatan itu bersama-sama dengan beberapa pegawai dari Urusetia Penerangan Negeri Kedah

Beberapa orang pesakit sempat dilawati termasuk seorang dari pegawai di Urusetia Penerangan Negeri Kedah.

KEDAHCORP BUYS 70 PCT STAKE IN MAS INC (PNG)

Kedah Corporation Berhad (KedahCorp), a wholly-owned subsidiary of the state government has become the first government-linked company (GLC) in Kedah to venture into overseas investment by acquiring 70 per cent stake in MAS Incorporated (PNG) Ltd (MAS).The agreement for the acquisition was signed by KedahCorp Group managing director Capt (Rtd) Akashah Ismail and MAS Incorporated (PNG) Ltd executive chairman Datuk Abdul Manaf Hamid who is also the company’s owner.

Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak witnessed the signing at his office in Wisma Darul Aman, the state administrative centre.Headquartered in Papua New Guinea, MAS Incorporated (PNG), set up 15 years ago, is a wholly-owned Bumiputera company engaged in a diverse field covering logging, fisheries, plantation, mining and livestock.Azizan, who declined to disclose the purchase price, said an agreement was reached after three months of negotiations.He said KedahCorp had earlier studied the situation in Papua New Guinea and was convinced with the cooperation extended by the authorities in the Pacific nation before deciding to buy into MAS Incorporated (PNG).“The government is confident the investment is profitable and hopes the acquisition will pave the way for more Kedah GLCs to expand their investments abroad,” he told reporters after the signing.

Azizan said KedahCorp would also sign memoranda of understanding to enter into joint ventures with several Australian companies and livestock farms to supply cattle and sheep and meat.Abdul Manaf said the agriculture industry, particularly fisheries and plantation sectors in Papua New Guinea, had potential to be developed as the government was wooing foreign investments.He said MAS Incorporated (PNG) has been given the logging rights for 200,000 hectares and redevelop the logged area with oil palm, cocoa or other crops suitable to the soil condition.The company had also signed agreements with landowners in a district in Papua New Guinea to develop their land into agriculture farms including 30,000 hectares for paddy planting, he said.

He said his company was also in the midst of developing the fisheries industry to catch tuna fish in the sea off Bunua Magarida.The company will also venture into gold mining in a 15,000 hectare site at the Baina mining area in central Papua New Guinea, he added.

Anwar Ibrahim Bongkar Lagi

Dilulus terbit pada Wednesday, October 15 @ 11:00:00 MYT oleh TokPenghulu Oleh setisab

"BELUM pun selesai skandal komisyen jet pejuang Sukhoi dan kapal selam Scorpene, Timbalan Perdana Menteri Najib Tun Razak terpalit dalam satu lagi skandal: kontrak perolehan Eurocopter menggantikan helikopter Nuri.Merasmikan sesi terakhir penggal pertama Persidangan Dewan Rakyat, Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim membongkar kecurigaan-kecurigaan serius dalam perolehan helikopter berdaya tinggi ini.

Anwar berkata demikian dengan merujuk kepada surat rasmi yang dihantar syarikat pembida helikopter, Mentari Services, kepada Timbalan Perdana Menteri Najib Abdul Razak. Surat tersebut mendedahkan kerajaan telah bersetuju membeli 10 unit Eurocopter, walhal pembida lain menawarkan helikopter berkeupayaan sama pada nilai yang jauh lebih menjimatkan.
Pada 26 September lalu, Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan kerajaan akan menggantikan angkatan helikopter Nuri kepada Eurocopter Cougar EC725 buatan Perancis. Bagi tujuan tersebut, kerajaan memperuntukkan sekurang-kurangnya RM1.93 bilion untuk membeli 12 unit helikopter baru.

Helikopter Eurocopter Cougar EC725 adalah satu dari empat jenis helikopter yang disenarai pendek oleh Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM). Keempat-empat syarikat terbabit dalam bidaan tersebut menawarkan spesifikasi memenuhi kehendak Kementerian Pertahanan (Mindef).

Harga tender yang ditawarkan Eurocopter bagi 10 helikopter itu adalah RM2.317 bilion dan adalah harga yang paling tinggi. Mentari Services, melalui syarikat induk Kelowna Flightcraft menawarkan helikopter buatan Rusia Mi-172 KF pada harga RM898 juta, manakala syarikat pembuat Nuri, Sikorsky dari Amerika Syarikat, menawarkan helikopter alaf baru S-92 pada harga RM1.452 bilion.

“Persoalan yang berbangkit adalah, syarikat Eurocopter adalah pembida tertinggi, berbanding pembida Rusia yang menawarkan RM1.4 bilion jauh lebih murah. Mungkin ini adalah dasar kerajaan memilih pembida paling tinggi, supaya komisyen yang mereka dapat pun tinggi.”
Sepanjang Dewan Rakyat bersidang, Menteri Kewangan Najib Razak dan Menteri Pertahanan Abdullah Ahmad Badawi serta timbalan mereka tidak hadir dalam sesi tersebut, lantas menggagalkan sebarang usaha menuntut penjelasan dari mereka.

Namun skandal kali ini tidak terhenti setakat itu. Cara pemilihan helikopter dibuat amat mencurigakan. Pengerusi Mentari Services, Kapten (B) Zahar Hashim, mempersoalkan kebijaksanaan Menteri Pertahanan dan Menteri Kewangan meluluskan perolehan Eurocopter tanpa melalui fasa percubaan sepenuhnya.

Dalam hal ini, kerajaan dilaporkan tergesa-gesa meluluskan tender Eurocopter walhal ujian penilaian ke atas keempat-empat helikopter belum selesai dijalankan. Bahkan, kerajaan enggan melakukan ujian penerbangan ke atas helikopter Kelowna dan Sikorsky.
Menurut Kapten (B) Zahar, Kelowna sudi menyediakan sebuah helikopter Mi-172KF secara percuma untuk tempoh ujian enam bulan namun kesudian itu ditolak kerajaan. Manakala wakil Sikorsky langsung tidak dihubu-ngi sama-sekali.

“Belum pun proses penilaian selesai dijalankan dengan tiba-tiba arahan diberi pihak tertentu supaya Letter of Intent (LOI) dikeluarkan kepada Eurocopter. LOI ini ditandatangani seorang pegawai menengah di Kementerian Pertahanan pada 15 September 2008, iaitu dua hari sebelum Najib Tun Razak berpindah ke Kementerian Kewangan,”

Dua unit Mi-17 telah dibeli dan digunakan oleh Bomba Malaysia yang dilaporkan amat berpuas hati dengan prestasi helikopter itu. Helikopter buatan Rusia itu digunakan secara meluas dalam konflik peperangan di merata dunia, dan ketahanannya terkenal di kalangan komuniti ketenteraan. Sebanyak 12,000 unit Mi-17 telah dijual dan digunakan di 60 buah negara.
Manakala S-92 buatan Amerika Syarikat pula antara yang terbaik dan termaju dalam kelasnya, menjadi pilihan negara-negara Barat khususnya Kanada, Amerika Syarikat dan United Kingdom serta negara-negara Timur Tengah.

Hanya Perancis, selaku pemilik saham terbesar dalam syarikat Eurocopter, yang mengendalikan Eurocopter EC 725.

Meneruskan ucapan beliau, Anwar menegaskan unsur-unsur mencurigakan dalam pembelian Eurocopter ini menjustifikasikan penyiasatan menyeluruh. Kerajaan telah bersikap sangat tidak profesional, sangat tidak telus, dan tidak memikirkan beban ekonomi yang ditanggung rakyat.
“Secara logik, adalah tidak munasabah Kementerian Pertaha- nan membuat keputusan membeli helikopter pada harga dua ratus juga ringgit tanpa menemui wakil penjualnya dan melakukan ujian penerbangan.”

Tambah beliau, sikap tergesa-gesa Menteri Kewangan dan Menteri Pertahanan sememangnya luar biasa. Di saat negara diancam kemelesetan, sikap tidak bertanggungjawab Menteri Pertahanan dan Menteri Kewangan dalam perolehan aset tentera amat dikesalkan.
“Soalnya, apakah negara kita boleh terus menelan dan menerima kecurangan-kecurangan sedemikian yang cukup mengaibkan?”

Selasa, 14 Oktober 2008

Utara: Kedah disaran perincikan kuota rumah Bumiputera

Oleh Azmi Md Derosmailto:Derosazmimd@bharian.com.my

ALOR STAR: Kerajaan Pas Kedah disaran memperincikan kuota perumahan yang dikhaskan kepada Bumiputera di negeri ini mengikut kategori bagi memudahkan ia dipatuhi oleh pemaju perumahan berikutan penguatkuasaan dasar baru peruntukan 50 peratus untuk golongan itu. Pengerusi Wadah Muafakat Pertubuhan Kedah (Wehdah), Mohd Azmi Abdul Hamid, berkata pihaknya berpendapat satu garis panduan yang jelas perlu disediakan bagi memudahkan pemaju mematuhi dasar baru itu.

Katanya, persatuan itu mencadangkan diwujudkan pecahan lebih terperinci daripada 50 peratus kuota perumahan campuran yang dimajukan. "Daripada 50 peratus kuota keseluruhan itu, ia meliputi 30 peratus bagi rumah kos rendah berharga RM45,000 serta masing-masing 25 peratus rumah kos sederhana rendah kurang RM120,000 dan kos sederhana kurang RM280,000 dan baki 20 peratus lagi bagi rumah mewah berharga RM280,000 ke atas. "Secara keseluruhannya Wehdah menyokong pelaksanaan syarat kuota 50 peratus untuk pembeli Bumiputera, tetapi ia perlu diperincikan supaya lebih jelas kepada pemaju," katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Beliau berkata demikian ketika mengulas syarat baru yang dikenakan kerajaan negeri berkuatkuasa 1 September lalu, iaitu memperuntukkan 50 peratus kuota lot Bumiputera bagi semua projek perumahan dan pengendorsan sekatan lot untuk orang Melayu pada dokumen hak milik. Syarat itu bagaimanapun dibantah keras oleh Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (Rehda) Kedah/Perlis yang mahu mencabar keputusan itu di mahkamah. Pengerusinya, Ricque Liew Yin Chew dilaporkan berkata, langkah kerajaan negeri meningkatkan kuota Bumiputera daripada 30 peratus kepada 50 peratus serta tidak membenarkan pelepasan kepada lot Bumiputera yang tidak habis dijual akan merumitkan pemaju kerana terpaksa menanggung kos pegangan terlalu lama. Mohd Azmi yang juga Presiden Teras Pengupayaan Melayu (Teras) berkata, dasar yang diperkenalkan kerajaan itu dianggap wajar berdasarkan komposisi kaum di negeri ini, iaitu lebih 70 peratus penduduknya terdiri daripada Bumiputera.

"Disebabkan komposisi Bumiputera ramai, adalah wajar kuota perumahan untuk mereka ditingkatkan lebih-lebih lagi disebabkan masih ramai di antara mereka yang belum memiliki rumah sendiri," katanya. Beliau berkata, jika dasar itu menyukarkan pemaju, kerajaan negeri mungkin boleh meringankan bebanan mereka dengan mengkaji semula syarat diskaun untuk pembeli Bumiputera. Mohd Azmi turut mencadangkan kerajaan negeri menubuhkan sekretariat bagi memantau pengagihan rumah untuk rakyat secara adil supaya tidak dimonopoli oleh golongan berada yang membeli untuk tujuan pelaburan sehingga menyekat peluang pembeli yang baru hendak memiliki rumah.

Breast Prosthesis


Wisma Darul Aman,13 Oktober:


Satu perbincangan dengan Aminata,sebuah NGO yang banyak terlibat dengan pesakit barah buah dada dan breast prosthesis telah diadakan baru-baru ini.


Amanita yang membekalkan breast prosthesis kepada mereka-mereka yang telah menjalani pembedahan mastectomy akibat dari barah buah dada.Kehilangan buah dada akan memberi impak saikologi yang besar kepada pesakit.


Amanita telah menjalinkan kerjasama dengan beberapa hospital kerajaan,National Cancer Society of Malaysia,MAKNA dan breast cancer support group dibeberapa buah hospital.


Amanita telah diwakili oleh pengasanya,Dee Sidhu.

LAWATAN MUHIBAH KE RTM


















oleh; Ramli Jaafar

Alor Star,14 Oktober : Buat petama kalinya selepas Pakatan Rakyat memerintah Negeri Kedah satu rombongan Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Kedah yang di ketuai oleh Exco Kesihatan, Penerangan dan Pembangunan Insan Negeri YB Dr. Ismail Salleh membuat lawatan kunjungan muhibah ke Jabatan Penyiaran Malaysia (RTM) Negeri Kedah.

Rombongan yang terdiri daripada Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri disambut dengan penuh mesra oleh Pengarah Penyiaran Malaysia Negeri Kedah Encik Radzi Lim dan kakitangan jabatan berkenaan.

Di samping diberikan taklimat berhubung dengan sejarah penubuhan Jabatan Penyiaran Negeri Kedah serta peranan RTM, rombongan Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Kedah turut dibawa melawat beberapa unit penting Jabatan Penyiaran seperti bahagian Kejuruteraan, konti penyiaran, Unit Berita dan Rakam Khanah yang menyimpan dan menempatkan berbagai pita rakaman bermula pada tahun 1968 lagi.

Menurut YB Dr Ismail Salleh, tujuan lawatan tersebut ialah untuk meningkatkan kerjasama antara kedua belah pihak di samping dapat belajar bagaimana mengendalikan tugas-tugas penyiaran dengan lebih berkesan.

Turut hadir dalam rombongan tersebut ialah Pengarah Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Kedah Encik Zulkifli Yahya, Penolong Pengarah (Penerangan) Ustaz Fahruzzaman Hj Jamil dan Penolong Pengarah (Multimedia) Sdr Azman Hj Ahmad.


Tamat
rjwarta@yahoo.com

Isnin, 13 Oktober 2008

Ujibakat PASTI Sungai Petani




12 Oktober – "Perkembangan otak seorang manusia amat terhad masanya.Perkembangan fizikal akan terhenti pada umur 21 tahun tetapi perkembangan otak manusia akan terhenti sebelum umur 10 tahun.Sebab itu kanak-kanak diperingkat pra sekolah harus diberi stimulasi yang maksima supaya mendapat perkembangna otak yang maksima yang akan menjadi asas kepada pendidikan sekolah rendah dan menengah," demikian
antara ucapan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah, YB Dr
Ismail Salleh, Exco sewaktu merasmikan majlis penutup sesi Uji Bakat
PASTI Kawasan Sungai Petani yang diadakan di Dewan MPSP hari ini.

Menurut Dr. Ismail, walaubagaimanapun ibubapa seharusnya tidak kecewa jika anak mereka kurang aktif semasa kecil kerana IQ semata-mata bukanlah penentu muktamad yang akan menentukan masa depan mereka,kerana ada diantara mereka yang rendah IQ yang umum tetapi mempunyai IQ yang tinggi dalam perkara-perkara tertentu.

Beliau mengambil contoh saintis terkenal Albert Einstein yang tidak cemerlang dizaman kanak-kanaknya tetapi otaknya disimpan setelah beliau meninggal dunia kerana kepintarannya.Begitu juga dengan dengan pakar komputer yang juga manusia terkaya di dunia Bill Gates yang tidak cemerlang di zaman persekolahanya.

Dalam Ujibakat PASTI ini sebanyak tujuh acara iaitu acara hafalan doa,
hafalan surah, bercerita dari kisah-kisah Al-Quran, azan Subuh,
khutbah, sajak dan nasyid telah dipertandingkan dikalangan
pelajar-pelajar PASTI yang berumur 5 dan 6 tahun. Seramai lebih kurang
150 orang peserta telah mengambil bahagian yang mewakili 27 buah PASTI
cawangan seluruh kawasan Sungai Petani.

Sessi Ujibakat ini diadakan setiap tahun bagi memlih wakil yang akan
mewakili kawasan ke Ujibakat PASTI peringkat negeri Kedah yang akan
diadakan pada 18hb Oktober nanti.

Turut hadir didalam majlis tersebut adalah Ustaz Yusuf Awang,
Penasihat Jabatan PASTI Kawasan Sungai Petani dan Azman Ahmad Pengarah
Jabatan PASTI Kawasan Sungai Petani.

Majlis diakhiri dengan penyampaian hadiah kepada para pelajar yang
telah menunjukkan kebolehan masing-masing didalam acara yang
dipertandingkan.

Edaran Warta Darul Aman menyeluruh


Oleh: WADIASSOFI JAAFAR


ALOR STAR, 13 Oktober – Rakyat di negeri ini tidak perlu risau untuk mendapatkan akhbar Warta Darul Aman yang dikeluarkan oleh Urusetia Penerangan Negeri Kedah di mana edarannya agak menyeluruh.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Penerangan, Badan-Badan Bukan Kerajaan (NGO), Pembangunan Insan, YB. Dr Ismail Salleh berkata, orang ramai boleh mendapatkan akhbar Warta Darul Aman melalui pusat-pusat khidmat di Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing.

“Rakyat juga boleh mendapatkan akhbar berkenaan melalui Pejabat-Pejabat Daerah di tempat masing-masing,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai Ruangan Aduan Ringkas dalam Warta Daily berhubung kesulitan untuk mendapatkan Warta Darul Aman.

Menurutnya, bergantung kepada kewangan pada tahun depan, kita (Urusetia Penerangan Negeri Kedah) akan menambah pengeluaran Warta Darul Aman dua minggu sekali dengan jumlah yang sama.

Tambahnya, Urusetia Penerangan Negeri Kedah dalam proses penyusunan tugas kerja bagi memastikan berita-berita sentiasa terkini.

Perpaduan kaum Pakatan Rakyat





Oleh: WADIASSOFI JAAFAR

ALOR STAR 10 Oktober: Lima belas tahun yang lalu pada tahun 1993,
Dewan Perhimpunan China Kedah telah menganjurkan secara besar-besaran
Pesta Kebudayaan Cina Malaysia ke-10 di Stadium Darul Aman, di sini.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Membasmi Kemiskinan,
Kerja Raya, Pertanian, Industri Asas Tani, Bekalan Air, Sumber Air dan
Tenaga, YB. Dato' Haji Ir. Phahrolrazi Haji Zawawi berkata, pada kali
ini, lima buah persatuan utama iaitu Kwangtung, Hokkien, Hakka, Hainan
dan Teochew bergabung tenaga untuk mempersembahkan satu lagi pesta
iaitu Pesta Kebudayaan Cina Malaysia ke-25 di Persisiran Tanjung
Chali, di sini.

"Saya berharap pesta ini dapat mencapai objektifnya untuk
memperkenalkan kebudayaan bangsa Cina di Negara ini kepada semua,
termasuk bangsa-bangsa lain, pelawat-pelawat daripada luar negeri dan
negara, di samping mempromosikan keistimewaan Negeri Kedah sebagai
sebuah negeri yang aman, damai dan sejahtera," jelasnya.

Menurutnya, sempena pesta ini, satu simposium kebudayaan akan
dianjurkan dan di antara penceramahnya termasuklah ahli cendekiawan
dan penyelidik daripada Negeri China, Taiwan dan Singapura telah
dijemput untuk berkongsi buah fikiran dan hasil kajian mereka.

Mengikut sejarah, katanya, perpaduan pelbagai kaum telah bermula di
Lembah Bujang, Merbok di mana terdapatnya pelayar-pelayar kapal dan
saudagar-saudagar daripada India, Arab dan China telah menjadikan
Gunung Jerai sebagai pedoman untuk berlabuh.

"Kaji-selidik di Kota Kuala Kedah telah menunjukkan sejarah penempatan
orang Cina di Negeri Kedah telah bermula lebih lama lagi sebelum
kemerdekaan. Semua ini adalah sumber dan panduan hidup kita bersama di
sini sekiranya terdapat kajian-kajian yang lebih mendalam," katanya.

Beliau yang mewakili Menteri Besar turut mengesyorkan agar Dewan
Perhimpunan China Kedah meneruskan usaha dan semangat demi
mempertingkatkan daya tarikan negeri Kedah sebagai satu tempat yang
selesa untuk didiami dan satu tempat pelancongan yang unik dan kaya
dengan budaya.

"Kebudayaan ialah cara hidup yang merangkumi adat resam, kepercayaan,
cara pemikiran mungkin akan lebih memahami cara hidup bangsa Cina,
begitu juga bangsa Cina akan lebih memahami budaya persatuan
masing-masing," ujarnya.

Tambahnya, antara hidup budaya yang penting ialah mewarisi budaya yang
mulia kepada generasi muda pada hari ini di mana semangat dan jiwa
bangsa yang murni perlu disemai di hati golongan berkenaan.