Jumaat, 30 April 2010

Housewife is 55th person to die of dengue

PUTRAJAYA: A 45-year-old housewife from Perak became the latest victim of dengue fever on Wednesday, bringing the total of number of deaths this year to 55.

Deputy Health Minister Datuk Rosnah Abd Rashid Shirlin said the ministry viewed the fatalities seriously as it showed a marked increase from the 42 deaths recorded over the first four months of 2009.

H1N1: Satu Lagi Kematian Melibatkan Lelaki 40 Tahun

KUALA LUMPUR: Satu lagi laporan kematian berkaitan virus influenza A (H1N1) diterima Kementerian Kesihatan hari ini, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican.

Beliau berkata, bagaimanapun penyebab kematian lelaki berusia 40 tahun itu bukan jangkitan H1N1 secara langsung.

"Ini menjadikan jumlah terkumpul kematian H1N1 sehingga hari ini kekal 81 orang," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Khamis, 29 April 2010

Penyalahgunaan Dadah Di Kalangan Anggota Polis Di Johor Membimbangkan

JOHOR BARU: Penyalahgunaan dadah di kalangan anggota polis di Johor semakin membimbangkan apabila 15 kes direkodkan dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini berbanding 31 kes sepanjang tahun lalu.

Timbalan Ketua Polis Negeri, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman, gejala itu memerlukan pemantauan segera berikutan kes terbaru membabitkan penahanan empat anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah Kulaijaya, Isnin lepas.

Juara zon 2 Piala MB akan ditentukan esok





Alor Mengkudu - Kuah adalah pemenang Zon 1 Kejohanan Liga Bolasepak Piala YAB Menteri Besar Kedah yang berlangsung Sabtu lepas.Besok adalah giliran pasukan dalam zon 2 untuk menunjukan kekuatan masing-masing.

Melawat mangsa ribut d Kampung Padang Luar








Alor Mengkudu - Hujan lebat dan ribut semalam telah mengakibatkan beberapa kerosakan di Kampung Padang Luar,Alor Mengkudu.

Diantara rumah yang mengalami kerosakan teruk ialah rumah En Abd Razak bin Wahab.

Masalah Balai Bomba Sukarela Jalan Kundor ditangani.








Alor Mengkudu - Pasukan Bomba Sukarela dari Bangsa Tionghua telah terkenal sejak sekian lama.

Dalam kebanyakan kebakaran yang kecil maupun kebakaran besar merekalah yang sampai terlebih dahulu.

Satu pasukan bomba sukarela di Jalan Kundor,Kuala Alor telah ditubuhkan pada awal tahun ini.





Pagi ini Yb Dr Ismail,En Daniel(Ahli Majlis Bandaraya) dan PA YB Dr Ismail,En William Khor telah melawat dan meninjau balai bomba sukarela tersebut.




Jalan yang berlopak dihadapan balai bomba sukarela dan tapak untuk parkir kereta bomba adalah dua masalah yang dikenal pasti untuk diselesaikan dalam masa yang terdekat.



Yb Dr Ismail akan berusaha untuk menyelesaikan masalah tersebut yang akan melibatkan MBAS,E-idaman dan juga Pejabat Tanah Daerah Kota Setar.

Insentif wang bagi penderma organ tak dibenar



Kementerian Kesihatan hari ini menegaskan pemberian insentif kewangan bagi tujuan pemindahan organ tidak dibenarkan sama sekali.

Ketua Pengarahnya, Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican berkata, tegahan itu juga merangkumi pemberian insentif bagi menggalakkan orang ramai menderma organ.


Pendekatan ini diambil berasaskan beberapa faktor termasuk bercanggah dengan etika amalan perubatan memandangkan aktiviti jual beli organ tidak menepati nilai-nilai kemanusiaan, katanya dalam satu kenyataan.

Selain itu katanya, larangan juga bagi mengelakkan golongan kurang bernasib baik daripada dieksploitasi.


"Aktiviti jual beli organ manusia juga bertentangan dengan garis panduan Pertubuhan Kesihatan Sedunia dan pertubuhan antarabangsa seperti ”The Transplantation Society” dan ”International Society of Nephrology”.

"Selain itu ia juga bercanggah dengan kenyataan fatwa seperti yang diputuskan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan tahun 1970,” kata Dr Mohd Ismail.

Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Daerah Langkawi







Langkawi - Mesyuarat Agung Tahunan Pemadam Daerah Langkawi kali ke 26 berlangsung pada pagi tadi di perkarangan rumah Tuan DO Langkawi,Dato' Hj Dakar Din.

Seramai 100 orang ahli Pemadam Daerah Langkawi hadir untuk menunaikan tanggung jawab mereka dan ianya telah dirasmikan oleh Yb Dr Ismail Salleh.


Beliau memulakan ucapan perasmian dengan menyentuh penubuhan Pemadam dalam tahun 1976,penubuhan AADK dalam tahun 1983 dan Negara Malaysia telah mengisytiharkan bahawa dadah itu musuh no 1 Negara dalam tahun 1985.

Negara kita juga meletakan sasaran untuk mencapai bebas dadah pada tahun 2015.

Tetapi statistik tahun demi tahun bukan sahaja menunjukan angka disebaliknya tetapi telah menyimpang jauh dari sasaran.

3 faktor utama yang menyebabkan kegagalan itu ialah kegagalan didikan ibubapa terhadap anak-anak dirumah,kegagalan sistem pendidikan Negara dan faktor-faktor luaran.



"Didikan Agama dirumah merupakan asas terpenting untuk membina ketahan dan jatidiri anak-anak",tegasnya.

Beliau seterusnya menyeru supaya Pemadam diperkasakan untuk menunaikan amanah sebagai NGO yang bertanggungjawab untuk mencegah anak-anak dan golongan belia dari terlibat dengan najis dadah.

SITUASI SEMASA DEMAM DENGGI DAN CHIKUNGUNYA DI MALAYSIA








Sepanjang minggu ke-16, iaitu bagi tempoh antara 18 hingga 24
April 2010, sejumlah 885 kes demam denggi dengan 2 kematian telah
dilaporkan di seluruh negara. Terdapat penurunan sebanyak 29 kes (3%)
berbanding dengan 914 kes pada minggu sebelumnya.

Jumlah kes terkumpul yang dilaporkan bagi tahun ini adalah 15,665
kes dengan 54 kematian berbanding 17,531 kes dengan 41 kematian
bagi tempoh yang sama tahun lepas. Walaupun berlaku penurunan kes
sebanyak 11%, tetapi bilangan kematian pada tahun ini menunjukan
peningkatan sebanyak 32%.

Dua (2) kematian yang dilaporkan pada minggu lepas adalah dari
Negeri Sembilan. Kedua-dua kes kematian ini melibatkan pelajar sekolah
berumur 10 dan 16 tahun, dimana sebab kematian adalah oleh
komplikasi Demam Denggi iaitu Dengue Shock Syndrome.

Bagi tempoh 18 hingga 24 April 2010, sejumlah 3 kes penyakit
Chikungunya dilaporkan, berbanding 8 kes pada tempoh yang sama
minggu sebelumnya, penurunan sebanyak 5 kes. 3 kes yang dilaporkan
adalah 2 dari Sarawak dan 1 kes di P.Pinang. Jumlah terkumpul kes
Chikungunya ialah 536 kes berbanding 1,456 kes, penurunan sebanyak
920 kes (63%) untuk tempoh yang sama pada tahun 2009.



Grapes cut heart disease risk




"A grape-enriched diet can lower blood pressure and improve heart function, reducing the risk of developing heart disease, a new study says.

According to the study presented at the 2010 Experimental Biology meeting in Anaheim, Calif., grapes can lower blood pressure, improve glucose tolerance and reduce triglycerides levels.


Such a diet can reduce the indicators of inflammation, oxidative damage and cardiac stress, the study found.

"The possible reasoning behind the lessening of metabolic syndrome is that the phytochemicals were active in protecting the heart cells from the damaging effects of metabolic syndrome. In the rats, inflammation of the heart and heart function was maintained far better," said lead researcher Steven Bolling.

Scientists urged individuals to add grapes to their daily diet to protect themselves against metabolic syndrome, cardiovascular diseases and type 2 diabetes. "

SKMM tutup 81 laman web lucah

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) menerima 165 aduan dalam tempoh Januari hingga Mac tahun ini berhubung kandungan laman web atau blog yang melakukan pelbagai kesalahan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998.

Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Joseph Salang Gandum berkata, daripada jumlah tersebut, 90 aduan adalah bagi kandungan lucah, 72 kandungan bersifat mengancam atau jelik dan tiga aduan bagi kandungan berunsur palsu.


"Bagi kandungan bersifat lucah, tindakan siasatan dan sekatan akan dilakukan."Selain itu, laporan penyalahgunaan juga akan dihantar kepada moderator laman-laman web sosial seperti Facebook, blogspot dan YouTube,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Zaitun Mat di Dewan Negara hari ini yang bertanyakan jumlah aduan yang diterima SKMM berhubung kandungan laman web atau blog mengikut AKM 1998.

Joseph berkata, bagi kandungan bersifat mengancam dan jelik serta kandungan palsu pula, nasihat dan amaran akan dikenakan oleh SKMM kepada pemilik laman-laman berkenaan.

Jelasnya, sekiranya cukup bukti bagi mensabitkan kesalahan, pendakwaan boleh dikenakan terhadap pihak berkenaan.

Menjawab soalan tambahan Fatimah Hamat yang ingin tahu langkah kerajaan dalam menangani laman web lucah yang mudah dilayari di kafe siber, Joseph Salang berkata, SKMM setakat ini telah menutup serta-merta 81 laman web yang didapati menerapkan unsur lucah seperti menyediakan video aksi lucah dan perkongsian cerita lucah dengan teman berbual.

- Bernama

Rabu, 28 April 2010

MB Kedah: Mohd Nasir tak perlu mohon ampun





Alor Setar - Ahli dewan undangan negeri (Adun) Kubang Rotan, Mohd Nasir Mustafa, daripada Pas tidak perlu memohon ampun kepada Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah berhubung soalan beliau pada persidangan dewan itu Isnin lalu yang didakwa mempersoalkan kuasa baginda sebagai ketua agama Islam Kedah.

Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak, berkata maksud sebenar soalan Mohd Nasir adalah mengenai kuasa raja yang tidak dihormati dan bukannya mempertikaikan kuasa raja sebagai ketua agama.

"Yang timbul isu itu sebab wakil rakyat Barisan Nasionl tak faham," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat exco kerajaan negeri di Alor Star hari ini.

Azizan berkata, perkara berkenaan telah dibincangkan dengan Tuanku Abdul Halim semasa beliau menghadap baginda pada majlis perasmian Merdeka Beach Resort di Pantai Merdeka pagi semalam.

"Tak payah jelaskan kepada Tuanku sebab baginda dah faham dan semalam pun saya hubungi pula setiausaha sulit Tuanku dan depa (beliau) kata, abaikan saja," katanya.

Dua hari lalu, persidangan menjadi panas apabila Mohd Nasir mengajukan soalan yang dianggap oleh Adun Barisan Nasional sebagai mempertikai kuasa Sultan Kedah dan ini memaksa Speaker Datuk Abdul Isa Ismail membuat keputusan dua soalan itu tidak perlu dijawab.

Mohd Nasir bertanya sejauh manakah bidang kuasa Sultan sebagai Ketua Agama Islam Negeri dihormati oleh Kerajaan Pusat dan setakat manakah tahap tidak boleh campur tangan Kerajaan Negeri Kedah dalam pentadbiran hal ehwal agama Islam.

Berikutan itu, Persatuan Kerabat DiRaja Kedah menuntut Mohd Nasir memohon ampun kepada Sultan Kedah dan memintanya menarik balik soalannya itu secara rasmi dalam persidangan Dewan.

- Bernama


Kompleks Plaza Tunku Yaakob akan dibangunkan









Alor Setar - Kompleks Plaza Tunku Yaakob yang telah terbengkalai lebih dari 20 tahun akan dibangunkan dalam masa yang terdekat.

Projek ini akan dibangunkan oleh Syarikat Belleview dengan kerjasama dua anak Syarikat Kerajaan Negeri,PKNK dan BDB.

Keseluruhan projek yang akan dibina diatas tanah seluas 12.25 ekar ini nanti akan terdiri dari satu unit shopping kompleks,satu unit hotel 4 bintang dan 2 unit kondominium.


Kos keseluruhan projek ini akan menelan belanja lebih dari 1/2 billion dan dijangka siap dalam masa kurang dari 2 tahun.

Projek ini akan bermula dengan pembinaan 15 tingkat hotel 4 bintang yang mempunyai 300 bilik dan berkonsepkan senibina Islam.

Pembinaan kompleks perniagaan,hotel dan kondominium yang terletak dilokasi yang sangat strategik ini diharap akan menjadi mercu tanda baru Bandaraya Alor setar.



Selasa, 27 April 2010

Perasmian Merdeka Beach Resort





Pantai Merdeka - Majlis Perasmian Operasi Merdeka Beach Resort telah dilakukan oleh KDYMM Tuanku Sultan Kedah Darul Aman pagi tadi.

Untuk memenuhi selera pelanggan terdapat pelbagai bilik disediakan disini,bermula dari standard rooms,deluxe rooms,family room,apartment,suite,dormitary sehinggalah A-hut.



Manakala harga yang ditawarkan adalah berpatutan dari rm 150.00 untuk standard room sehinggalah rm 1,200.00 untuk dorm yang mengandungi 50 katil.



SELAMAT BERCUTI


Isnin, 26 April 2010

Memberi sumbangan mangsa ribut di Alor Keriang









Alor Mengkudu - Petang kelmarin hujan turun dengan begitu lebat sekali diselang seli dengan dentuman guruh dan angin yang kuat.

Sebanyak 10 buah rumah di Kampung Alor Keriang terlibat dipukul ribut kuat itu yang menerbangkan sebahagian dari atap rumah mereka.


Petang tadi selepas persidangan DUN Yb Dr Ismail telah turun padang menziarahi serta memberi sedikit sumbangan kepada mangsa-mangsa yang ditimpa ribut tersebut.

Terdapat tiga buah rumah yang teruk dipukul ribut manakala tujuh buah rumah lagi hanya melibatkan beberapa keping atap rumah sahaja.

Beliau sempat menziarahi kesemua rumah yang terlibat.

Turut serta dalam program tadi ialah Pengerusi PKWR Alor Mengkudu,Tuan Haji zulkifli Yahya dan PA Yb Dr Ismail,Ustaz Yazid Saad.

Ahad, 25 April 2010

BN menang kerusi Parlimen Hulu Selangor tapi tidak hati rakyat



Alor Setar - Keputusan PRK Hulu Selangor telah sama-sama kita ketahui,satu keputusan yang sudah diduga oleh ramai penganalisa politik.

Tidak pernah dalam sejarah Malaysia samada PRK atau PRU Be End turun dengan seluruh kekuatan jentera pilihanraya dan kewangan serta media sebegini rupa.

Janji demi janji,peruntukan demi peruntukan,disana 5 juta,disini 3 juta,nak bina Uitm dll adalah janji-janji yang dihamburkan oleh Menteri-menteri sehinggalah PM sendiri.


Tidak salah kalau kita katakan jentera pilihanraya BN,janji serta janji peruntukan yang dihamburkan dan penggunaan segala jenis bentuk media sudah melebihi tahap maksima.

Dengan mengerahkan segala kekuatan 3M(media,money dan machinery)ini,sepatutnnya BN boleh menang dengan majoriti sekurang-kurangnya enam ribu,iaitu jumlah majoriti untuk ketiga-tiga DUN pada PRU 12 yang lalu.




Keputusan Datuk Zaid yang mendapat 23,272 undi,95 undi melebihi undi yang diperolehi oleh arwah Dr Zainal abidin Ahmad menunjukkan pengundi PR masih kuat.


Analisa yang diberi oleh kawan saya menunjukan sokongan pengundi Cina dan India kepada PKR bertambah,hanya sokongan pengundi melayu yang merosot terutamanya di Felda.

Punca kemerosotan pengundi Felda ini telah sama-sama kita maklumi.

Kerahan maksimum 3 M ini hanya boleh berlaku dalam PRK tetapi tidak dalam PRU.

Oleh itu kemenangan BN di Hulu Selangor ini tidak menunjukan bahawa mood rakyat sekarang telah kembali untuk menyokong BN.

Saya yakin mood majoriti rakyat mahukan satu perubahan kearah satu pemerintahan yang jauh lebih adil dan saksama yang bukan sahaja gagal dilakukan oleh pimpinan BN hari ini tetapi tidak nampak tanda-tanda kearah itu.

Kita sama-sama menunggu perubahan rakyat pada PRU 13 nanti.


Gotong royong di Sekolah Sin Min







Alor Mengkudu - Satu gotong royong untuk membersih longkang Sekolah Sin Min yang tersumbat telah diadakan pagi tadi.

Gotong royong yang diadakan ini diatur setelah Yb Dr Ismail membuat lawatan dan tinjauan ke sekolah ini pada minggu lepas.

Ahli Majlis Bandaraya Alor Setar,En Teh Kok Soo telah diamanahkan untuk mengatur program gotong royong ini dengan kerjasama dari E-Idaman,Lebuhraya PLUS,JPS dan beberapa orang MKK dari kampung yang berdekatan.



Selain dari itu,pelajar dan guru-guru Sekolah Menengah Sin Min serta Bomba sukarela Jalan Alor turut menjayakan gotong royong ini.

Sabtu, 24 April 2010

Keluar Umno - Datuk Bashah terkangkang lagi






Alor Mengkudu - Hari ini iaitu sehari sebelum PRK Hulu Selangor akan menjadi hari yang membawa igauan buruk kepada Datuk Bashah.

Ketika beliau sibuk berkempen untuk memberi kemenangan kepada 'Kamal' di Hulu Selangor,En Zainal Abd Rahman menyerahkan borang untuk menyertai perjuangan Pas di Alor Mengkudu.


Sebulan lepas Pak Pin, bekas Pengerusi JKKK Taman Wira Mergong selama empat penggal bersama 65 orang pengikutnya menyerahkan borang keahlian Pas.Taman Wira Mergong,adalah kubu kuat Datuk Bashah.

Hari ini En.Zainal bin Abd Rahman dari Alor Keriang,Alor Mengkudu bersama 55 orang pengikutnya juga mengikut langkah yang sama.

Beliau adalah Timbalan Ketua Umno cawangan Alor Keriang dan mantan AJK Pemuda Umno Bahagian Pokok Sena.

Penyerahan borang keahlian Pas dilakukan semasa ceramah penerangan Pas yang dianjurkan oleh PKWR Alor Mengkudu kepada Ketua Penerangan Pas Pusat,Ustaz Idris Ahmad.

Turut menyampaikan ceramah ialan YDP Pas Kawasan Alor Setar,Yb Dr Ismail Salleh.

Sumbangan untuk pelajar cemerlang









Alor Sekawan - Seorang pelajar cemerlang dalam peperiksaan SPM 2009 dari Kampung Alor Sekawan,adik Mohd Hanif bin Shukri telah menerima sumbangan dari Yb Dr Ismail sebentar tadi.


Beliau yang bersekolah di Sekolah Menengah Tajar mendapat keputusan semua A dan 1D untuk subjek English.



Sumbangan berupa wang tunai dan hamper adalah hasil kutipan yang diiniatifkan oleh beberapa orang MKK Alor Sekawan dan kampung yang berdekatan.

Bapa dan beliau sendiri yang menerima sumbangan itu melahirkan rasa syukur dan berjanji untuk belajar dengan lebih bersungguh-sungguh demi untuk mengubah kehidupan yang agak daif dimasa hadapan.





Turut serta dalam program tadi ialah beberapa orang MKK,beberapa orang AJK PKWR dan Ustaz Yazid Saad,PA kepada Yb Dr Ismail.


Jumaat, 23 April 2010

Satu lagi kematian Influenza A H1N1





PUTRAJAYA - Satu kes kematian disebabkan jangkitan Influenza A H1N1 dicatatkan semalam.

Kes kematian itu melibatkan lelaki berumur 53 tahun yang mempunyai pelbagai faktor risiko seperti diabetes mellitus yang tidak terkawal, hipertensi, kegagalan ginjal dan angin ahmar.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican berkata, mangsa meninggal dunia 19 April lepas di Hospital Sultanah Zahirah Kuala Terengganu disebabkan “Severe Bronchopneumonia, H1N1 positive with Acute Respiratory Distress Syndrome”. - Bernama

Yb Dr Ismail memberi kuliah perubatan









Alor Setar - Satu Pengajian Perubatan ajaib Attibun Nabawi telah diadakan di Jalan stadium pagi tadi oleh Ust Fadzil Hj Ahmad.

Yb Dr Ismail telah menberi pengisian dalam slot pertama pengajian itu.

Diantara beberapa buah hadis yang beliau petik ialah:

"Orang mukmin yang kuat lebih baik dan disukai oleh Allah dari orang mukmin yang lemah",Hadis riwayat Muslim.

"Mintalah kepada Allah kesihatan dan kesejahteraan kerana sesungguhnya tidak ada perkara yang lebih baik dari kesihatan selepas keyakinan",Hadis riwayat Ibnu Majah.



"Sesungguhnya kamu mempunyai tanggungjawab untuk menunaikan hak terhadap tubuh badan kamu",Hadis riwayat Bukhari.

Yb Dr Ismail telah menyentuh tentang beberapa perkara asas tentang penyakit kronik tidak berjangkit seperti Kencing manis,Darah Tinggi,Kardiovaskular yang menyumbang 72% dari kematian dalam masa 10 tahun yang akan datang.

Peratusan itu meningkat sebanyak 17% dengan penyakit kardiovaskular berada ditempat pertama sebagai penyebab kematian.



Yb Dr Ismail seterusnya menyentuh tentang pemakanan,gaya hidup mewah,kurang riadah dan obesiti yang banyak mempengaruhi penyakit diatas.

Kita harus kembali mengamalkan beberapa etika yang diajar dalam Islam seperti makan ketika lapar dan berhenti sebelum kenyang,kunyah sebanyak 40 kali ketika makan,makan banyak serat dan mengamalkan riadah.

Ungkapan "perut tempat berkumpulnya segala penyakit" harus dihayati semula.

.

Yb Dr Ismail menjawab hujjah Umno Be End

POKOK SENA – Saban hari isu-isu gejala sosial yang membabitkan anak remaja kita didedahkan, secara tidak langsung anak-anak remaja kita juga semakin agresif, berani dan liar.

* Bercakap tentang anak-anak Kedah ka? Atau anak-anak orang PAS Kedah?

Statistik oleh Jabatan Pendaftaran Negara telah mendedahkan peningkatan anak luar nikah yang didaftarkan ke Jabatan Pendaftaran Negara. Lebih sedih dan memalukan di kalangan Melayu Islam lebih tinggi pendaftarannya.

* So apa tindakan kerajaan negeri selama 2 tahun memerintah untuk mengurangkan gejala-gejala seperti ini? Anak-anak siapakah yang kebanyakkannya terlibat dengan gejala seperti ini? Anak-anak orang PAS ada tak?

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Badan Bukan Kerajaan (NGO), Pembangunan Insan, Sains dan Inovasi, Teknologi Maklumat dan Komunikasi, YB. Dr Ismail Salleh menegaskan bahawa kembali kepada agama mampu memperbaiki tahap sosial anak remaja kita.

* Seperti biasa macam di atas pentas ceramah. Cakap saja lebih, tindakan dia dimana? NATO juga

Islam sebagai agama yang syumul mempunyai garis panduan lengkap kepada umat manusia dalam mencapai kebahagiaan dunia dan akhirat.

* Semua orang tahu, tapi kita dok nanti program -program serta tindakan kerajaan negeri pula

Justeru adalah menjadi dasar kerajaan negeri dalam mengimbangi antara pembangunan fizikal dan pembangunan insan dalam usaha mencapai kesejahteraan dan kemajuan rakyat dapat diteruskan.

* Cakap cakap cakap saja...

“Setiap hari kita dengar mengenai masalah sosial yang melibatkan anak-anak kita. Menteri yang bertanggungjawab terhadap pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat menekankan mereka akan berbincang dengan penggiat seni, iaitu artis dalam memastikan masalah sosial dapat diatasi menerusi Model Sosial Baru.

* Tunggu menteri juga ka? Exco negeri buat apa? Cakap saja ka? Almaklum lah dah biasa sangat berceramah.

“Apa yang menjadi kemusykilan, beliau langsung tidak menyebut masalah sosial patut diperbaiki dengan cara kembali kepada agama.

* Salah orang lain lagi. Peeel lama ... asyik menyalahkan orang saja

“Maka, secara tidak langsung, sistem pendidikan dalam negara kita pada hari ini gagal. Kita berjaya membina insan yang cemerlang akademik, tetapi dari segi moral mereka ini jauh kebelakang.

* Kerana kegagalan sistem pendidikan negara inilah, YB dapat Dr tu. Atau Dr cikai kot. sebab tu masuk politik. Mungkin sistem tu gagal terhadap orang PAS saja kot! Maklumlah sistem PASTI dan sekolah PAS cukup canggihh. Macam Insaniah tuuu.. Ooooops Insaniah tu BN yang buat, BUKAN PAS.


“Jadi, kita perlu kembali kepada agama, kalau kita menyimpang daripada Al-Quran, sudah tentu terpesong akidah kita. Justeru kerajaan negeri ambil tanggungjawab untuk mendidik anak-anak untuk pasti bahawa pembangunan moral supaya apabila betul membangun, ia dapat mencegah daripada gejala yang tidak diingini, InsyaAllah,” jelas beliau pada Taklimat Khas Kemajuan dan Perkembangan Kerajaan Negeri Kedah di perkarangan Masjid An-Nur, di sini.

* Benar. Kita perlu kembali kepada ajaran Agama Islam, bukan ajaran PAS.

YB. Dr Ismail turut menyatakan bahawa adalah menjadi dasar kerajaan negeri untuk memperbanyakkan rumah mampu milik serta mensasarkan sifar setinggan di bandar.

* Yang buat rumah mampu milik ialah SPNB dan KEda saja. Heheh dua-dua tu syarikat dan agensi Kerajaan Pusat. Kedah punya mana? Seri Temim? Darulaman Realty? Kedah Corp? PKB? Semua dok lumba nak buat yang mahal-mahal saja, mana orang Melayu KEdah nak mampu.

“Kita (kerajaan) telah lancarkan Bandar Sejahtera di Pokok Sena, insyaAllah penghujung April ini akan dilancarkan di Kubang Pasu, Jitra oleh Darul Aman Realty sebanyak 400 biji dan akhir Jun di Kuala Ketil,” ujar beliau.

* Lancar apa yang BN telah rancang. itu jer kerja Exco sekarang. Pakai songkok dan baju melayu cantik-cantik saja .... lepas pi rasmi.

Yb Dr Ismail menjawab hujjah UMNO BE END





Dalam ucapan di Pokok Sena itu saya menyentuh masalah sosial yang berlaku pada hari ini terutamanya dikalangan belia dan remaja di seluruh Malaysia dan Kedah tidak terkecuali.

Masalah yang semakin serius dan menjadi-jadi ini adalah hasil dari 50 tahun lebih Umno Be End memerintah yang melaksanakan polisi dan dasar kerajaan Umno Be End yang diluluskan di Parlimen.

Kegagalan 1

Dasar/Sistem pelajaran di sekolah dibuat dibawah Kementerian Pelajaran Umno Be End yang memberi fokus untuk mencapai kecemerlangan akedemik semata-mata tanpa memberi fokus untuk juga cemerlang dalam pembinaan sahsiah.

Tidak dinafikan bahawa sistem itu jugalah yang telah melahirkan bijak pandai,puluhan ribu graduan,profesional dan pekerja mahir.Tetapi sistem yang sama juga telah melahirkan penagih dadah berdaftar lebih suku juta,cerdik pandai yang membudayakan rasuah dalam kehidupan mereka,lulusan aliran Ugama yang menolak Islam syumul(yang depa nak hanyalah Islam ala Umno Be End saja i.e Islam yang pada depa tak susah dan menguntungkan).

Dalam satu perkatan Simtem pendidikan yang ada pada hari ini telah BERJAYA membina sumber manusia tetapi GAGAL dalam pembinaan insan.

Kegagalan 2

Dasar langit terbuka Negara tanpa kawalan dan sempadan adalah penyumbang kedua terbesar kepada segala masalah sosial belia dan remaja hari ini.Hiburan dan iklan-iklan melampau disemua jenis media telah mendorong sebahagian besar golongan remaja dan belia untuk leka dan terikut sama dengan dunia berhibur yang mengabaikan akhirat.

Gambar-gambar porno diinternet,Vcd dan Dvd,pelacur dipusat-pusat pelacuran dan rumah urut,teman sosial dikebanyakan hotel-hotel besar dan pusat-pusat karaoke yang berleluasa menjadikan belia dan remaja kita hilang pedoman.

Tv yang sudah menembusi hampir disetiap rumah juga memainkan peranan yang besar keatas keruntuhan akhlak dikalangan belia dan remaja.Filem tahyul dan aksi-aksi dalam filem yang menyalahi hukum Ugama disiarkan setiap hari.

Kegagalan 3

Institusi keluarga adalah tempat didikan pertama anak-anak.Kesibukan bekerja,kekurangan masa berkualiti bersama anak-anak kerana bekerja mengejar hambatan kesempitan ekonomi untuk kehidupan dan kurang mahir dalam memberi didikan telah menjadikan anak-anak kita 'melarikan' diri dari rumah.Pada mereka tiada lagi istilah rumahku syurgaku.

Apa yang Kerajaan Negeri telah buat selama 2 tahun memerintah?

Kegagalan 1 dan 2 adalah dibawah bidang kuasa Umno Be End.Sedikit peranan dan bidang kuasa Kerajaan Negeri adalah untuk membawa balik instusi keluarga kelandasan yang sepatutnya.

Dimusim cuti sekolah baru-baru ni,kita buat kem sembahyang di 6 daerah untuk anak-anak tahun 5 dan 6.Kem ini kita akan buat disetiap cuti sekolah bagi memastikan anak-anak kita sudah settle dari segi sembahyang apabila memasuki tingkatan 1.

Diawal June nanti kita akan buat Kem Bina Insan untuk anak-anak tingkatan 1,2,dan 3 dan pada cuti akhir tahun kita buat kem bina sahsiah untuk anak-anak tingkatan 4 keatas.

Usaha ini sangat sedikit tetapi itu bukan segala-galanya.Banyak lagi yang kita rancang yang akan kita umumkan nanti.





Khamis, 22 April 2010

Perasmian Sambutan Hari Buku dan Hakcipta Sedunia 2010


23 April adalah hari Buku dan Hakcipta Sedunia yang telah diiktiraf oleh UNESCO yang disambut serentak diseluruh dunia.

Malaysia juga tidak berkecuali turut mengadakan sambutan yang sama.

Di Kedah majlis sambutan hari Buku dan Hakcipta Sedunia telah diadakan di Perpustakaan Awam Kedah dan telah dirasmikan oleh Yb Dr Ismail Salleh.


Diantara beberapa objektif sambutan ini diadakan ialah untuk :

1.Meningkatkan kesedaran membaca dikalangan murid-murid sekolah.

2.Memupuk tabiat membaca sepanjang hayat

3.Untuk menjadikan tabiat membaca sebagai budaya hidup rakyat Malaysia

4.Menyedarkan masyarakat akan kepentingan ilmu

“Ilmulah yang akan membezakan taraf dan tahap kehidupan manusia samada didunia maupun akhirat”

“Malah perkataan yang pertama yang diajar kepada Junjungan kita Nabi Muhamad Saw ialah Iqrak,iaitu baca”,jelas Yb Dr Ismail dimajlis perasmian tersebut.

Program itu turut diserikan dengan penyampaian cenderahati kepada ahli aktif dan peminjam terbanyak dari kategori Dewasa dan Kanak-kanak.

Satu ceramah galakan membaca dan hakcipta telah disampaikan olen Encik Shamsul Bahar bin Abdul Rani,Naib Pengerusi GPMS Kedah.

Turut hadir ialah Dr. Zahidi bin Dato’ Zainol Rashid,Pengarah Perpustakaan Awam Kedah,Dato’ Dr. Wan Shamsuddin Wan Yusof,Pengerusi Persatuan Sejarah Negeri Kedah,Dato’ Hj Harun Hashim,presiden Persatuan Pesara Malaysia cawangan Kedah dan Yb Senator Ir Zamri Yusof,Ahli Dewan Negara.

Team bolasepak DUN Alor Mengkudu giat berlatih








Tarikh perlawanan Piala Yab Mb semakin hampir.Kumpulan satu akan memulakan perlawanan mereka pada hari sabtu ini,23 April 2010.

36 pasukan yang mewakili 36 DUN sudah tentu akan berusaha untuk memenangi Piala Mb yang julung kali dipertandingkan ini.

Beberapa pasukan sudah diletakan sebagai pilihan awal,diantaranya pasukan DUN Mb sendiri,Sala,pasukan Yb Kubang Rotan dan pasukan Yb Abd Ghani Ahmad.

Dua pasukan Yb Dr Ismail adalah pasukan underdog.

Pasukan DUN Alor Mengkudu sudah dua kali mengadakan perlawanan persahabatan.Setelah menang dengan pasukan DUN angkat Bakar Bata 1-0 semalam,hari ini terpaksa tunduk dengan pasukan Exco Yb Pengkalan Kundor.

Walaupun menguasai sebahagian besar perlawanan,tetapi jaringan gol tidak memihak kepada pasukan DUN Alor Mengkudu.Tumpas 2-1.


Rabu, 21 April 2010

Yb Dr Ismail meninjau Sek. Men. Sin Min









Alor Mengkudu,21 April :

Hari ini hari rabu, seperti biasa Yb Dr Ismail ada mensyuarat Exco.Banyak perkara telah dibincang dan diluluskan dalam mesyuarat mingguan itu.





Habis mesyuarat Exco Yb Dr Ismail bergegas ke Sekolah Menengah Persendirian Sin Min,Alor Mengkudu untuk meninjau masalah longkang tersumbat.

Sekolah Persendirian yang dibuka lebih 30 tahun yang lalu itu mempunyai lebih 500 orang pelajar dan seramai 100 pelajar tinggal diasrama.

Masalah longkang tersumbat ini telah bermula sejak 4 tahun yang lalu tetapi semakin teruk diawal tahun ini.



Dalam tinjauan longkang yang mengalirkan air dari sekolah itu ke sungai yang berdekatan didapati tersumbat sepenuhnya.

Air kotor yang bertakung menyebabkan bau yang busuk dan menjadi tempat pembiakan nyamuk.

Tinjauan tadi turut disertai oleh Pengerusi Sekolah Sin Min,En Tan Weng Fatt,Ahli Majlis Bandaraya,En Teh Kok Soo,Pegawai E-Idaman,Tengku Ubaidah,beberapa ahli MKK dan guru-guru dari sekolah berkenaan.







Satu keputusan telah diambil,iaitu satu gotong royong akan diadakan pada hari Ahad ini untuk membersih kawasan sekitar sekolah dan longkang tersumbat.



Selasa, 20 April 2010

SITUASI SEMASA DEMAM DENGGI DAN CHIKUNGUNYA DI MALAYSIA



Bagi tempoh antara 4 hingga 10 April 2010, sejumlah 886 kes
demam denggi telah dilaporkan di seluruh negara, meningkat sebanyak
63 kes (8%) berbanding dengan 823 kes pada minggu sebelumnya.

10 negeri menunjukkan peningkatan kes iaitu Selangor (35 kes), WP Kuala
Lumpur/Putrajaya dan Kedah masing-masing (12 kes), Perak (9 kes),
Pahang (5 kes), Perlis (4 kes), Terengganu (2 kes), manakala
N.Sembilan, Melaka dan Sabah masing-masing (1 kes).


Jumlah terkumpul kes yang dilaporkan bagi tahun ini adalah 13,866
kes dengan 47 kematian berbanding 15,825 kes dengan 39 kematian
bagi tempoh yang sama tahun lepas.

Walaupun kes menurun sebanyak
12%, tetapi bilangan kematian pada tahun ini meningkat sebanyak 21%.

Dua (2) kematian yang dilaporkan pada minggu lepas adalah dari
Perak dan Kedah, disebabkan oleh Demam Denggi Berdarah dan
komplikasi Dengue Shock Syndrome.

Kedua-dua kes kematian terjadi
samada di kawasan wabak atau di kawasan yang berisiko untuk jangkitan
denggi kerana mempunyai kadar pembiakan Aedes yang tinggi iaitu
2.1%.

Bagi tempoh 4 hingga 10 April 2010, sejumlah 17 kes penyakit
Chikungunya dilaporkan, berbanding 8 kes pada tempoh yang sama
minggu sebelumnya, peningkatan sebanyak 9 kes.

17 kes yang
dilaporkan adalah 15 dari Sarawak dan 2 kes di Selangor.

Jumlah
terkumpul kes Chikungunya ialah 525 kes berbanding 1,219 kes,
penurunan sebanyak 694 kes (57%) untuk tempoh yang sama pada
tahun 2009


Piala MB - Dr Ismail menampilkan dua team hebat















Idea untuk mengadakan Kejohanan liga Bolasepak Piala MB Kedah yang akan bermula pada 24 April nanti telah dicetuskan oleh Mb sendiri.


Kejohanan ini dibahagikan kepada 6 zon yang setiap zon akan diwakili oleh 6 pasukan dari 6 DUN.







Pemenang disetiap zon dan 2 pasukan yang berada pada kedudukan nombor 2 yang terbaik akan memasuki suku akhir.

Pemenang setiap 8 kumpulan ini seterusnya akan berentap diseparuh akhir.

Manakala pemenang diperingkat ini akan memasuki pertandingan akhir pada 26 June di stadium Darul Aman untuk menjulang Piala Mb.







Yb Dr Ismail akan menampilkan dua pasukan yang kuat melalui Team DUN Alor Mengkudu dan Team DUN Bakar Bata.








Kuil Muniswaran di beri perhatian

Alor Setar,20 April :

Pembinaan Jalan Keretapi Berkembar Ipoh Padang Besar sedang rancak berjalan.

Ia merentasi beberapa tempat awam di DUN Alor Mengkudu.Diantaranya ialah Kuil Muniswaran.

Perbincangan diantara Gamuda/MMC/KTM dan Persatuan Hindu Sangam Malaysia bersama dengan Ajk Kuil berkenaan telah diadakan beberapa kali.






Mereka telah mendapat beberapa persetujuan asas bersabit dengan perpindahan tersebut.

Yb Dr Ismail telah turun kepadang bertemu dan berbincang dengan AJK Kuil dan penduduk tempatan untuk menyelesaikan beberapa perkara teknikal yang masih menjadi perbalahan.

Pemilik empat buah kuil kecil 'haram' yang bertaburan disekitar kuil induk Muniswaran telah diberi satu tapak untuk mereka berpindah.
Publish Post Save NowSave as Draft


Isnin, 19 April 2010

Four-year-old girl from Sibu is latest victim of A(H1N1)






KUALA LUMPUR: A four-year-old girl from Sibu died on Sunday after catching the Influenza A(H1N1) vi­­rus.
Her death was classified under Ca­­te­­gory 2 — described as deaths indirectly caused by the virus.

Health Minister Datuk Seri Liow Tiong Lai said the girl died from pneu­monia and blood poisoning with an underlying H1N1 infection.

There were 31 new H1N1 cases de­­tected as of yesterday, bringing the number of people admitted into hospitals with influenza-like illnesses to 550.
To date, 13,158 patients have been diagnosed with H1N1.

“Out of this number, 66 have tested positive for H1N1 and 13 are in intensive care. Ten of those in ICU are patients in the high-risk group,” Liow told reporters at a press conference after visiting the 12th Defence Ser—vices Asia (DSA) exhibition at PWTC here yesterday.

Liow reiterated this was not the second A(H1N1) wave.

“We are also monitoring if the virus has mutated to a more deadly form.

“So far, it has not, although the transmission rate is still high because we have not built up immunity to the virus yet,” he said.

Daily practice: Tadika Juara Cerdik pupils going through a temperature check at the kindergarten in Petaling Jaya yesterday.

Liow urged those in the high-risk group to get vaccinated as other complications could arise if they caught the virus.

He added that anti-viral medication did not kill the virus but only slowed down its reproduction rate while human antibodies killed the virus.

In Putrajaya, Health Ministry director-general Tan Sri Dr Ismail Merican said only one cluster case – involving two students from SMK Bukit Sentosa 2 in Rawang – was alerted to health authorities between Sunday and yesterday morning.

He said one of the students was admitted to the hospital while another received outpatient treatment, adding that both were given anti-viral medication.

The ministry was waiting for the results of their laboratory tests.

“Parents and teachers should keep a close eye on the health status of students,” he said.

Sabtu, 17 April 2010

SPNB dan KEDA bermain politik





RUMAH MESRA RAKYAT

Program ini diwujudkan dibawah SPNB bagi membantu golongan berpendapatan rendah seperti nelayan, petani dan keluarga miskin yang tidak mempunyai rumah atau tinggal di rumah usang (daif) tetapi mempunyai tanah untuk memiliki rumah sendiri yang sempurna dan selesa.

Sementara itu Keda juga mempunyai Program Bantuan Rumah(PBR) untuk rakyat termiskin.Rumah yang dibina dengan kos Rm 33,000.00 setelah permohonan diluluskan tanpa perlu membayar balik kepada Keda.

KELAYAKAN PEMOHON UNTUK RMR

1.Warganegara Malaysia.
2.Pemohon mestilah berumur 18 hingga 65 tahun.
3.Pendapatan kasar seisi rumah tidak melebihi RM1,500 sebulan.
4.Tidak mempunyai rumah sendiri atau mempunyai rumah yang usang / tidak sempurna.
5.Mempunyai tanah / tapak yang bersesuaian dan tiada sekatan / cagaran ke atasnya. Jika tanah bukan kepunyaan pemohon, Surat Akuan / Kebenaran Berkanun dari tuan tanah diperlukan untuk membina dan menggadai tanah tersebut kepada SPNB.
6.Berkahwin atau, ibu / bapa tunggal yang mempunyai tanggungan.




SYARAT TAMBAHAN

1.Pemohon mesti ahli Umno
2.Permohonan hendaklah disahkan oleh Ketua Bahagian Umno
3.Temuduga akan dibuat di pejabat umno atau pejabat wakil rakyat umno
4.JKKP berhak membatalkan kelulusan kalau pemohon bukan ahli atau penyokong Umno.

Kampung Berjaya johan Piala Dr Ismail







Bakar Bata,16 April :

Pasukan bolasepak Kampung Berjaya telah berjaya menjadi johan merebut Piala Yb Dr Ismail dengan mengalahkan pasukan dari flat Sri Gemilang setelah mengharungi beberapa perlawanan sehari suntuk.


Hadiah berupa wang,trofi dan medal telah disampaikan oleh Yb Dr Ismail sendiri.





Syabas dan tahniah diucapkan kepada mereka-mereka yang terpilih untuk menjalani latihan bagi mewakili pasukan Bakar Bata.