Pusat khidmat Wakil Rakyat Alor Mengkudu Bersama Pemuda Kampong Tok Keling akan menganjurkan Pertandingan Wau (Bebas)terbuka.pada 19 - 21 mac 2009.
bertempat Padang kampong Tok Keling(Halaman Rumah Pak Long)
Kaunter pendaftaran dibuka pada
19.3.2009 (khamis)
9pagi - 6 petang
20.3.2009 (jumaat)
9 pagi - 12 tengahari
maklumat Lanjut
Pak long - 0194971362
wan Baharuddin - 0194332367
Kudin - 0124456117
JOM PAKAT KITA PI MAIN WAU- HADIAH LUMAYAN, CABUTAN BERTUAH PUN ADA
HADIAH PENYERTAAN TERBANYAK, - CUMA RM5 SATU PENYERTAAN. MAI LA , PAKAT HABAG KAT KAWAN2 NO
Sabtu, 14 Mac 2009
Selasa, 10 Mac 2009
Tree Top Walk akan jadi aset pelancongan Kedah
Oleh: WADIASSOFI JAAFAR
KULIM - Jambatan gantung yang dibina merentasi kaki Gunung Inas dan Gunung Bintang atau lebih dikenali sebagai ‘Tree Top Walk’ yang terletak di Sedim bakal menjadi aset pelancongan di Negeri Kedah Darul Aman.
Menurut Menteri Besar, YAB. Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak, dengan adanya promosi menyeluruh, Tree Top Walk bakal menjadi salah satu sumber yang menyumbang kepada sector pelancongan di negeri ini.
“Kulim yang sudah terkenal dengan kawasan rekreasi dan pelancongannya, akan mempunyai satu lagi produk pelancongan baru bagi menarik pelancong ke negeri ini,” jelasnya.
Beliau berkata demikian pada majlis perasmian ‘Tree Top Walk’ di sini yang disempurnakan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Tuanku Sultan Kedah.
Menteri Besar berkata, Tree Top Walk ini dibina pada konsep asalnya berpandukan Tree Top Walk Giant yang terdapat di Australia dan pembinaannya dilaksanakan di bawah Rancangan Malaysia Ke-8 (RMK8).
“Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Pelancongan membentuk dua projek untuk dilaksanakan di sini iaitu pelaksanaan peningkatan kemudahan di sini dan pembinaan Tree Top Walk sebagai agen eko pelancongan di kawasan ini,” ujarnya.
Beliau menjelaskan, kos pembinaan jambatan gantung itu lebih RM4.5 juta dan untuk fasa seterusnya, kerajaan telah meluluskan kira-kira RM9 juta pada tahun 2007 untuk tujuan peningkatan kemudahan di kawasan ini.
Kos peningkatan kemudahan fasa kedua itu turut membabitkan projek pembinaan laluan masuk dari Kampung Desa Teruna ke Tree Top Walk, Sedim dan peningkatan sumber kuasa di kawasan ini.
Jambatan ini mula dibina pada bulan Januari 2004 dan siap pada tahun 2005. di mana ia adalah jambatan terpanjang di negara ini dan pada tahun 2006 sahaja ketika di awal pembukaannya, ia menerima lebih 80,715 pengunjung.
Jambatan gantung atau Tree Top Walk ini dirasmikan oleh KDYMM Tuanku Sultan Kedah bersempena sambutan Hari Keputeraan Baginda yang ke-81 pada tahun ini.
Sabtu, 7 Mac 2009
lawatan muhibbah bersama pemuda
7.3.2009.sabtu,
Program perjumpaan muhibbah bersama belia Kampong Padang, Alor Mengkudu menjalinkan hubungan belia dengan Pusat Khidmat Wakil Rakyat Alor Mengkudu,program diadakan pada malam sabtu selepas solat isyak,Ust Aziz B Saad wakil peribadi Dr Ismail bersama Mohd Azam Awang,Sharoni Mat Isa, Ajk PKWR turut serta dalam program tersebut ketua Kampong Alor Mengkudu Sdr Fauzi mustafa. majlis dimulakan dengan ucapan ust Aziz Saad selaku wakil Yb Dr Ismail,antara ucapan beliau banyak menyentuh tentang peristiwa mauluddurasul,serta hubungan keluargaan antara penduduk,turut berucap dalam majlis tersebut ialah Mohd Azam Awang yang banyak menyentuh mengenai halatuju belia masakini,majlis turut membuka dailog kepada semua yang hadir tentang permasalahan penduduk setempat.majlis tersebut diakhiri dengan majlis penyerahan jersey bola kepada wakil belia Kampong Padang,Alor Mengkudu.
Meninjau masalah Penduduk
6.3.2009.jumaat.Yb Dr Ismail Salleh turun padang melihat perkembangan masyarakat setempat mengenai saliran air yang menjadi masalah kepada penduduk di Taman Putrajaya.Projek yang sedang dilakukan oleh JPS berhampiran dengan Taman Sultan Abdul Halim. Yb Dr Ismail bersama Ust Aziz,kapt(B) Hj Bakar serta wakil Penduduk Taman Putrajaya meninjau tapak projek tersebut.
kenduri tahlil Tanjong Bendahara
GOTONG-ROYONG PENDUDUK TAMAN MANGGA
Rabu, 4 Mac 2009
Tidak hadir majlis angkat sumpah Exco di istana
Oleh: SITI ZALEHA ABDUL RAHIM
ALOR SETAR, 3 Februari: Disebabkan sehelai surat layang yang entah dari mana datangnya, barisan Pemuda UMNO menjadikannya sebagai ‘modal’ untuk menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Negeri Kedah.
Isi kandungan surat layang tersebut menyatakan terdapat seorang Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah (Exco) telah menghina Sultan. Menteri Besar Kedah, YAB Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak mencabar Pemuda UMNO untuk mendedahkan nama Exco tersebut serta mengemukan bukti-bukti yang berasas, beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Pelantikan Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman.

“Namun, apa yang dikesalkan, surat itu tidak menyatakan nama Exco yang dipersalahkan, dan kita semua sedia maklum bahawa surat layang sudah tentu tiada nama dan alamat pengirim (ianya) tidak boleh diambil kira sama sekali.
“Dia (Pemuda UMNO) kata salah seorang Exco, tapi siapa? Kena bagi tau nama pada saya, ni asyik-asyik kata salah seorang Exco, esok orang kata MB pula.
“Ini semua sebab satu surat, bekas balut cabai Melaka di pasar tulis macam tu, dia (Pemuda UMNO) pun cakap macam tu, walaupun orang cakap macam-macam, Majlis Pelantikan Exco hari ni boleh buat juga.
“Orang yang kata Exco derhaka pada Sultan, dia pun tak mai istana, Ketua Pemuda UMNO tu ADUN, tapi bila Sultan panggil, tak mai, tapi dia kata taat pada Raja.“Boleh kata taat pada Raja ke tu? Derhaka ke tak ni? Tuanku Sultan dah siap makan dan tempat untuk meraikan Tuanku Sultan, tapi dia tak mai.
“Dia (Pemuda Umno) kata ada orang derhaka pada Sultan, tapi siapa? Nama apa? Dia (Exco) buat di mana? Ada bukti apa? Kalau itu baru betul derhaka. Baru orang kata profesional,” ujar beliau.
Majlis tersebut telah diadakan di Balai Penghadapan Istana Anak Bukit, di sini. Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Tuanku Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah serta KDYMM Tuanku Sultanah Kedah, Sultanah Hajjah Haminah Haji Hamidun telah berkenan berangkat ke majlis tersebut.
Isnin, 2 Mac 2009
senarai exco kedah mulai 3 Mac
SENARAI BARISAN EXCO KERAJAAN NEGERI KEDAH MULAI 3 MAC 2009
BIL | NAMA EXCO | POTFOLIO |
1 | YAB. DATO' SERI USTAZ HAJI AZIZAN BIN ABDUL RAZAK | Pengerusi J/Kuasa Perancang Ekonomi Negeri, Perancang Negeri, Hal Ehwal Tanah, Hasil Bumi & Sumber Asli, Majlis Tindakan Negeri, Kewangan, Syarikat Milik Kerajaan |
2 | YB. DATO' IR. HAJI PHAHROLRAZI BIN HAJI ZAWAWI Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri | Pengerusi J/Kuasa Perumahan & Kerajaan Tempatan, Pemb. Luar Banndar & Basmi Kemiskinan, Kerja Raya, Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga |
3 | YB. DATO' HAJI MOHAMED TAULAN BIN MAT RASUL | Pengerusi J/Kuasa Agama, Pelajaran dan Koperasi |
4 | YB. DATO' HAJI AMIRUDDIN BIN HAJI HAMZAH | Pengerusi J/Kuasa Industri & pelaburan, Pertanian & Industri Asas Tani, Bioteknologi dan Penerangan |
5 | YB. MOHAMAD RADZHI BIN SALLEH | Pengerusi J/Kuasa Pelancongan, Pembangunan Masyarakat serta Sumber Tenaga Manusia |
6 | YB. DR. HAJI HAMDAN BIN MOHAMED KHALIB | Pengerusi J/Kuasa Belia & Sukan, Kesenian, Warisan, Kebudayaan |
7 | YB. USTAZAH HJH SITI AISHAH BIN HAJI GHAZALI | Pengerusi J/Kuasa Pembangunan Wanita, Pembangunan Keluarga dan Kebajikan Masyarakat |
8 | YB. HAJI ABDULLAH BIN JUSOH | Pengerusi J/Kuasa Sains & Inovasi, Teknologi Maklumat ICT dan Komunikasi, Pembangunan Usahawan |
9 | YB. DR. ISMAIL BIN SALLEH | Pengerusi J/Kuasa Kesihatan, Badan-badan Bukan Kerajaan (NGO) dan Pembangunan Insan |
10 | YB. TAN WEI SHU | Pengerusi J/Kuasa Alam Sekitar, Hal Ehwal Masyarakat Cina dan Pengangkutan |
Ahad, 1 Mac 2009
Tuduhan hanya bersumber sehelai surat layang
Oleh: SITI ZALEHA ABDUL RAHIM
ALOR SETAR – Bermacam-macam taktik dan helah digunakan, dalam usaha pihak tertentu mendapatkan kuasa, walaupun melalui cara yang dilihat tidak bermaruah.
Keputusan Pilihan Raya Umum ke-12 yang lalu telah menggemparkan kita dengan kejatuhan zaman kegemilangan sebuah parti politik tertua di negara kita. Rakyat kini sudah dapat menilai siapakah yang layak untuk membela nasib mereka.Kekalahan itu bukan kerana rakyat sudah tidak percaya pada parti tersebut, tetapi disebabkan karenah-karenah para pemimpinnya yang sukar untuk dipercayai untuk membela nasib mereka.Yang lebih menggemparkan negara baru-baru ini, pemimpin-pemimpin ini sudah berani melibatkan Sultan dan Raja dalam helah politik bagi membuktikan mereka sahaja yang jujur dan amanah dalam menunaikan tanggungjawab kepada rakyat.Selepas Perak dan Selangor diserang dengan permainan politik itu, kini ia menular ke Kedah pula dengan mendakwa seorang Ahli Mesyuarat Kerajaan (Exco) kononnya telah menghina kedaulatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Sultan Kedah.Kerajaan Negeri tidak cepat melatah dengan tohmahan tersebut. Menteri Besar, YAB Dato' Seri Ustaz Azizan Abdul Razak menganggap ini sebagai kerja insan-insan yang tidak profesional dan kurang bijak.“Ini adalah publisiti murahan pemuda UMNO, kalau nak buat laporan pun biarlah ada asas, kerana saya difahamkan dia dapat satu nota tentang Exco Kedah yang dah hina KDYMM Tuanku Sultan.“Dia berniat nak burukkan kerajaan negeri, cuba nak heret Tuanku Sultan, kita minta pihak terlibat lebih profesional sikit,” ujar beliau pada sidang media selepas merasmikan Majlis Dialog Industri dan Program Pembangunan Industri Halal Nasional Peringkat Negeri Kedah di Dewan Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS), di sini.Desakan demi desakan, tuduhan demi tuduhan dilakukan oleh Pemuda UMNO untuk menjatuhkan Exco tersebut sekaligus kerajaan Pakatan Rakyat yang telah dipilih oleh rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-12 Mac lalu.Setelah setahun mereka ditumpaskan, mereka tidak dapat menerima yang kini Barisan Nasional (BN) telah menjadi pembangkang di negeri yang kaya dengan tanaman padi, sedangkan George W. Bush yang berjaya menakluk dunia pun boleh jatuh, inikan pula negeri kita ynag kerdil.Sebagai seorang pemimpin yang betul-betul amanah untuk membela nasib rakyat, mereka perlu terima qada' dan qadar yang rakyat tidak memilih mereka untuk memperjuangkan nasib. Ini pula, mereka dilihat begitu aktif dan bersungguh-sungguh untuk menjatuhkan seseorang yang dibenci.Apa salahnya, mahupun pembangkang dan kerajaan negeri sama-sama berganding bahu membela nasib rakyat serta membangunkan negeri ke arah yang lebih baik. Sebagai insan yang lemah, adakah kita tahu siapakah yang benar dan sebaliknya, yang Maha Mengetahui adalah Allah Yang Esa.Sebagai menjawab soalan yang diajukan oleh wartawan, YAB Dato' Seri Ustaz Azizan meminta pihak polis buat siasatan terhadap orang yang buat membuat laporan tersebut, daripada mana surat itu beliau dapat, siapa yang megeluarkan surat tersebut, pelbagai kemungkinan boleh berlaku tanpa kita duga.“Kita tak layan kerja-kerja macam ni, Perdana Menteri sendiri pun dapat banyak surat layang, tak da pun televisyen buat liputan, buat apa saya nak layan surat layang macam ni, kalau kita layan orang tak cerdik macam ni, kita pun jadi tak cerdik sama,” ujar beliau.Saban hari kita dengar di media massa menyiarkan berita tentang Pemuda UMNO di seluruh negeri Kedah membuat laporan mengenai isu ini. Mengapa kita begitu komited dengan perkara yang tidak membawa apa-apa faedah kepada rakyat, banyak lagi isu-isu yang boleh diketengahkan untuk membuktikan kepada rakyat bahawa kita adalah pemimpin yang disegani, profesional dan amanah dalam tanggungjawab.Sebagai contoh, di televisyen semalam menyiarkan seorang pelajar Tingkatan Tiga dibuli dengan begitu zalim sekali, adakah kita sebagai pemimpin yang dianggap bijak di mata rakyat mengambil sebarang inisiatif bagi menanganinya? Memang kejadian itu tidak berlaku dalam negeri kita, apa salahnya kita mengambil langkah berjaga-jaga sebelum ianya menjadi lebih parah pada rakyat sendiri?

Akibat surat layang Pemuda UMNO ‘mengamuk’ di Wisma Darul Aman
Oleh:MOHD AZAM AWANG
ALOR SETAR-Pemuda UMNO Negeri Kedah hari ini mengemukakan memorandum kepada Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah ekoran kononnya seorang Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah (Exco) menghina Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Tuanku Sultan Kedah.Dengan lagak ‘ala samseng’ kumpulan Pemuda UMNO mengadakan perhimpunan haram sambil berteriak di perkarangan Wisma Darul Aman sehingga mengganggu kakitangan awam yang sedang bertugas
Ketua Pemuda UMNO Negeri Kedah, Mohd. Rawi Abdul Hamid berkata, satu tindakan tegas perlu diambil terhadap Exco berkenaan walaupun berdasarkan surat layang kerana beranggapan surat layang adalah dokumen yang sangat berautoriti.“Ia merupakan satu fenomena dan menjadi satu trend dengan menghina Raja Melayu dan perkara yang berlaku ini perlu diambil perhatian segera,” jelasnya.“Pemuda UMNO Negeri Kedah mengambil langkah ini adalah bertujuan untuk menjaga institusi Raja agar tidak dicerca oleh mana-mana pihak,” katanya.Beliau berharap memorandum yang diserahkan kepada Pegawai Khas Kepada YB. Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, Mohamad Rizal Mohamad Radzi dapat dibawa kepada KDYMM Tuanku Sultan Kedah.“Saya berharap KDYMM Tuanku Sultan Kedah dapat memecat Exco berkenaan serta memberi tekanan kepada Exco terbabit meletak jawatan di samping menarik balik pingat-pingat kebesaran yang diberikan kepada Exco itu,” ujarnya.Beliau menjelaskan, Exco berkenaan boleh didakwa di bawah Akta Hasutan kerana menghina KDYMM Tuanku Sultan Kedah

Langgan:
Catatan (Atom)