Khamis, 28 Oktober 2010

Ucapan Belanjawan 2011 Lim Kit Siang

Bajet 2011 bukan hasil Model Ekonomi Baru (New Economic Model -NEM) tetapi mengandungi segala petanda dasar-dasar ala-Mahathir lama yang terbukti usang.

Pada Isnin lepas, Perdana Menteri Najib Razak melancarkan Program Transformasi Ekonomi (Economic Transformation Programme - ETP).

Ia juga merupakan hari pertama dalam minggu ini di mana Program Transformasi Kerajaan (Government Transformation Programme - GTP) mengalami tiga tamparan berturut-turut.

Tamparan pertama adalah laporan Ketua Audit Negara yang dibentangkan di Parlimen pada hari Isnin yang memaparkan segala cerita-cerita gerun mengenai pembaziran, salah urus, salah guna dana awam dan korupsi - sepertimana yang diserlahkan oleh tajuk-tajuk utama berikut:-

1. Federal Government debt hits five-year high;
2. KTMB mired in RM1.4 billion debt;
3. Only 18/2% of pupils bring free eBooks to school;
4. Stimulus funds used for chandeliers, home theatre, government audit shows;
5. PTPTN to face whopping RM46 bil deficit;
6. PTPTN okayed RM23 mil to students who didn't apply;
7. Millin-ringgit scanner stuck in KLIA, under utilisation woes;
8. "Sandwich kosong" for school kids, sardines missing.

Isnin, 25 Oktober 2010

Adik ipar Blair peluk Islam




Dapat hidayah ketika kunjungi masjid

LONDON: Adik ipar bekas perdana menteri Britain Tony Blair yang juga penyiar dan wartawan Lauren Booth, 43, mengumumkan beliau memeluk Islam enam minggu lalu selepas mendapat hidayah. Lauren, adik tiri kepada isteri Blair, Cherry, berkata beliau kini memakai hijab ketika keluar rumah, bersolat lima kali sehari dan pergi ke masjid setiap kali mempunyai kesempatan.

Poll Sinar hanya 14% rakyat puas hati bajet 2011



Merujuk kepada undian yang dibuat oleh Akhbar online Sinar Harian, setakat ini hanya 14% pembaca akhbar itu yang berpuas hati dengan bajet 2011 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Najib Razak.

Akhbar Sinar Harian merupakan salah sebuah akhbar berpengaruh di Malaysia yang dibaca oleh pelbagai golongan tanpa mengira ideologi politik kerana ia bukanlah sebuah akhbar yang menumpukan berita berkaitan politik seperti Malaysiakini dan Harakahdaily, sebaliknya ia sebuah akhbar yang lebih tertumpu kepada menyajikan berita-berita semasa dalam dan luar negara.

Undian ini dapat menggambarkan penolakkan rakyat terhadap bajet 2011 yang dibentangkan oleh Najib Razak.

Dari 7725 undian, hanya 14% pengundi yang berpuas hati dengan bajet 2011 yang dibentangkan oleh Najib Razak jumaat lalu. Jelas sekali di sini konsep 1 Malaysia bertemakan "Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan" hanyalah laungan kosong pemimpin UMNO dan Barisan Nasional memandangkan tindakan mereka jelas tidak berjaya merealisasikan konsep "Rakyat didahulukan".

Ahad, 24 Oktober 2010

Umno Bn keluar dari amalan demokrasi




BUTTERWORTH, 24 Okt: Kerajaan Umno Barisan Nasional (BN) tidak memberikan ruang demokrasi yang sempurna dalam mentadbir negara, kata Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mohamad Sabu.

Beliau berkata, apabila Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) serta media diperalatkan oleh kerajaan, maka demokrasi hampir menjunam.

Umno tetap perkauman selepas 50 tahun merdeka




KUALA TERENGGANU, 23 Okt: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, ternyata setelah lebih 50 tahun merdeka, Umno tetap berwajah perkauman dan bersikap berpura-pura, bahkan menentang Islam.

“Justeru, kita tidak mempunyai pilihan dalam membangunkan negara yang makmur dan masyarakat yang adil, melainkan dengan mendaulatkan Islam dan ianya tidak akan tercapai melainkan dengan kita memperkasakan jihad,” ujarnya ketika menyampaikan ucaptama pada Ijtimak Kepimpinan PAS Negeri Terengganu ke-14 di Kampung Tanjung, Batuk Rakit, pagi ini.

Mutakhir ini, katanya Umno BN sedang mengukuhkan strategi gerakan Islam Liberal melalui pengisytiharan kemasukan sekumpulan mereka yang dianggap sebagai ‘ulama muda’.

Menurutnya, mereka diharapkan oleh Umno menjadi barisan hadapan untuk menentang gerakan PAS di bawah kepimpinan ulama.

Khamis, 21 Oktober 2010

3 Naib Presiden Ameno akui kekuatan Negeri Pakatan Rakyat

Ade sesapa tengok wawancara jam 1100 malam tadi??.., Aku lupa lak.. tv1 ke tv3.., babnya terlampau seronok pada soklan akhir oleh pengacara forum terhadap 3 Naib President.. Dato' Zahid Hamidi.. Dato' Sri Hishamudin Tun Hussain... Dato' Sri Shafie Afdal..

WAWANCARA: "Oleh kerana kita dah cukup masa untuk menutup tirai perbincangan ini, maka saya ada soalan akhir untuk Dato' dan Dato' Sri.Saya harap dengan ikhlas dan sejujur jujurnya dapat Dato dan Dato Sri mejawab soalan saya.

" WAWANCARA: " Soalan saya ini untuk Dato' Zahid Hamidi, Adakah BN mampu menawan balik Pulau Pinang dari DAP?.."

DATO' ZAHID HAMIDI: Dengan muka kemerahan.. tarik nafas dalam dalam.., sekejap tunduk, dan dengan muka serius, " Saya sebagai Ketua Ameno perhubungan Pulau Pinang merasakan pada masa terdekat ini agak mustahil untuk dapatkan kembali Pulau Pinang dari DAP.., justeru itu BN perlu mempergiatkan lagi penerangan pada rakyat Pulau Pinang.. jangan terpengaruh dengan dakyah mereka..dan jangan sekadar RM100 yang diberikan oleh kerajaan Negeri, yang mana kita tahu bahawa duit itu adalah duit judi..

" WAWANCARA: " Soalan saya pada Dato' Sri Hishamuddin.., bagaimana dengan kerajaan Terengganu masa kini, adakah kerajaan BN mampu mempertahankan negeri Terengganu??..

DATO' SRI HISHAMUDDIN: Senyum senyum kambing.., " Kan Dato' ada bersama ketika mersyuarat itu..??.. Pulang paku buah keras pada wawancara.., sambil gelak kecil, " Sebenarnya banyak permasaalahan berlaku pada di setiap peringkat dari atas sampai kebawah.., Kalau antara mereka sudah tidak ada kesepakatan bagaimana untuk kita mempertahankannya.., justeru saya minta semua peringkat cabang Ameno perlu menghindari permasaalahan masing masing demi Parti..

" WAWANCARA: " Dan soalan saya pada Dato' Sri Shafie Afdal.., Dato' Sri adalah ketua perhubungan Ameno Negeri Kedah.., dan bagaimana pula pada Pandangan Dato Sri.. adakah kita juga mampu untuk mengambil Kedah??

" DATO SRI SHAFIE AFDAL: Sambil gelak gelak kecil.., " Saya melihat suasana di Kedah perlu diberi penekanan serta pemahaman kepada rakyat Kedah secara menyeluruh dengan dasar kerajaan Pusat BN. Walau pun saya orang Sabah.., tetapi sebagai jambatan Parti macam juga Allahyarham Tun Ghafar Baba dulu, menjadi ketua perhubungan Ameno Sabah..adalah amat perlu bagi saya walaupun ianya kelihatan pudar.. adalah amat perlu bagi setiap anggota menghindari kepentingan masing masing dan bersatu.."

Mendaya Bangsa Meneraju kemakmuran, Woi...Bangang!!! -Mendaya itu maksudnya Menipu


Nampaknya Najib bersungguh-sungguh dengan ucapannya di Perhimpunan Agung Umno. Ucapan yang bertemakan 'Mendaya Bangsa Meneraju Kemakmuran'. Memang benar Najib ingin mendaya bangsa, bersungguh-sungguh dengan ucapannya, berbuih dengan laungannya tetapi ingin menipu bangsa.

Kenapa penulis teks Najib dan Najib sendiri bangang sangat. Mendaya itu maksudnya menjalankan tipu daya (muslihat), menipu. Itulah satu-satunya maksud mendaya. Kalau tidak percaya bukalah Kamus Dewan Edisi Keempat terbitan Dewan Bahasa Pustaka di muka surat 321. Berlainan pula dengan maksud berdaya-mempunyai tenaga, bertenaga, berupaya.

Berbanggalah Najib. Sememangnya Najib memang ingin menipu bangsa terutama Melayu. Dengan Mahathir, dengan Pak Lah dan dengan sekalian Umno yang berada di PWTC dan seluruhnya dimendaya Najib, secara lansung lagi.

Kah! Kah! Kah! dan Kah! Kah! Kah! Ketawa macam Tukar Tiub, kuat lagi pun boleh. Itulah akibatnya ingin pelik-pelik dengan bahasa, supaya enak didengar. Berdaya tak mahu guna. Kecapaian pun tak selesai. Sahlah Najib itu kaki tipu orang...Kah! Kah! Kah!

Isnin, 18 Oktober 2010

Bajet raih undi, bukan ekonomi pendapatan tinggi

Oleh Dr Azman Ibrahim

Bajet 2011 berjumlah RM213 bilion, RM162.8 bilion untuk belanja mengurus, RM49.2 bilion untuk pembangunan. Maknanya belanja mengurus 3 kali ganda belanja pembangunan. JPM sendiri terima peruntukan sehingga RM15 bilion berbanding RM78 juta untuk parlimen.

Bajet ini satu petunjuk yang sangat jelas, pilihan raya sudah dekat. Bajet yang disasarkan untuk mendapat undi, bukan ekonomi berpendapatan tinggi. GST tak jadi dibuat, elaun pengerusi JKKK dan elaun mesyuarat JKKK naik, elaun Tok Batin naik, elaun Tok Imam naik (tapi kenapa bilal tak naik), elaun guru KAFA naik, imbuhan yang pelbagai tapi adakah rakyat akan merasai imbuhan tersebut? Atau imbuhan-imbuhan ini hanya perangkap.

Bekas bendahari Umno Merbok kontraktor bina Istana Negara

Kontrektor Yang Bina Istana Negara Milik Kroni Umno
Penulis Tamu - Mohd Sayuti Omar

KETIKA Ibrahim Ali sedang bertarung dengan maut di Hospital Ampang Putri kerana melalui pembedahan jantung, Anwar Ibrahim berucap membahas ucapan belanja 2010 di Parlimen. Mungkin kalau Ibrahim ada di Dewan beliau dapat mendengar beberapa pendedahan menarik yang dibuat Anwar di mana memungkinkan beliau akan bersetuju dengan Anwar dalam beberapa perkara.

Salah satu didedahkan Anwar ialah mengenai misteri di sebalik pembinaan istana negara yang baru di mana banyak perkara-perkara diungkitkan Anwar menimbulkan tanda tanya dan keganjilan. Seolah ketelusan yang dijanjikan perdana menteri semuanya nihil kabne nihil belaka di sebalik projek raksasa berkenaan.

Anwar : Projek mega Najib petanda empayar BN bakal runtuh



KUALA LUMPUR, 18 Okt – Sambil mengkritik pentadbiran Najib juga sudah mula boros dengan projek-projek mega atas alasan mahu merancakkan ekonomi negara, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, ia petanda awal empayar Barisan Nasional (BN) kini di ambang keruntuhan.

Sabah dan Serawak penyumbang terbesar tetapi dapat peruntukan tercorot

KUALA LUMPUR 18 Okt - Sabah dan Sarawak terus dipinggirkan apabila kerajaan Umno-Barisan Nasional hanya memperuntukkan RM10 bilion untuk projek pembangunan sementara Semenanjung Malaysia mendapat sepuluh ganda jumlah tersebut iaitu RM110 bilion.

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua berkata dalam siri projek mega berbilion ringgit yang disebut Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam Belanjawan 2011 yang dibentangnya Jumaat lalu untuk mentranformasikan ekonomi ke arah negara berpendapatan tinggi, Sabah dan Sarawak sekali lagi ditekan dan dipinggirkan daripada menikmati manfaat daripada Pelan Transformasi Kerajaan.

Jumaat, 15 Oktober 2010

BAHAYA MELAKUKAN MAKSIAT

Ibnu Qayyim Al-Jauziyah mengatakan maksiat sangat berbahaya bagi hati dan fizikal manusia di dunia dan akhirat. Perbuatan maksiat akan mempunyai pengaruh buruk, seperti :

1. Terhalang memperoleh ilmu.

2. Terhalang mendapatkan rezeki.

3. Seorang yang melakukan maksiat akan menemukan perasaan terasing, antara si pelaku maksiat dengan Allah Azza Wa Jalla.

4. Keterasingan bukan hanya antara manusia dengan Allah, tetapi akibat perbuatan dosa dan maksiat itu, yang lebih berat juga akan mengasingkan pelakukanya dengan manusia lainnya terutama mereka yang melakukan kebajikan.

Rabu, 13 Oktober 2010

FAKTA PENTING YANG MESTI DIKETAHUI OLEH RAKYAT

KENAIKAN TARIF ADALAH ARAHAN KERAJAAN PUSAT
(KERAJAAN NEGERI TERIKAT DENGAN AKTA PARLIMEN)

 Kerajaan Persekutuan mempunyai kuasa eksekutif berhubung dengan sistem bekalan air dan perkhidmatan air di seluruh Semenanjung Malaysia sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Akta Industri Perkhidmatan Air (Akta 665) yang diluluskan pada tahun 2006 oleh BN yang menguasai majoriti dua pertiga di Parlimen.

 Jemaah Menteri dalam mesyuaratnya pada 4 Disember 2009 meminta isu penyemakan dan pelarasan tarif air dibentangkan dalam mesuarat kabinet untuk kemudiannya dikuatkuasakan di seluruh negeri.

 Berdasarkan Akta 655 Pusat telah membuat penstrukturan semula melibatkan juga pengambilalihan aset air Kedah oleh Pengurusan Aset Air Sdn Bhd (PAAB) dan PAAB akan mengambil liabaliti air kerajaan negeri Kedah. PAAB kemudian menyewa pajak aset tersebut kepada SADA.

Selasa, 5 Oktober 2010

Pendedahan Ustaz Azizan mengenai isu air semasa umno/Bn

ALOR SETAR, 4 Oktober - Sebenarnya hutang Kerajaan Negeri kepada Kerajaan Persekutuan sebanyak RM2.3 bilion dan RM1.7 daripada adalah untuk pembangunan bekalan air dan selebihnya adalah untuk pinjaman kepada Perbadanam Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) untuk Kulim Hitech Park dan pembangunan perumahan untuk rakyat.

“Oleh kerana Kerajaan dahulu tidak pernah bayar hutang ini maka hutang itu bertapok-tapok. Itu adalah hakikat.


“Bukan saya memutar belitkan fakta saya mendapat figure ini daripada Pegawai Kewangan Negeri yang dibentangkan dalam mesyuarat exco. Jadi saya rasa pihak berkenaan tak faham kenapa hutang air banyak,” kata Menteri Besar Kedah YAB Ustaz Azizan Abdul Razak kepada media, di sini, hari ini.