Ahad, 31 Ogos 2008

Ahlan Wasahlan Ramadhan Al Mubarak


Besok Ramadhan datang lagi.Bulan keberkatan yang dinanti-nanti oleh sebahagian besar umat Islam diseluruh dunia.Bulan yang diawalnya diselubungi rahmat,dipertengahanya keampunan dan diakhirnya pembebasan dari api neraka.

Bulan yang pintu syurga dibuka dengan seluas-luasnya dan pintu neraka ditutup.Bulan dimana syaitan laknatullah di belenggu.Bulan dimana program dan agenda ketakwaan dibuka dengan seluas-luasnya.

Ramadhan adalah bulan madrasah tarbiyah.Sepanjang 30 hari Ramadhan menjadi tempat pembinaan tarbiyah dalam bentuk praktikal untuk menyediakan umat Islam mengharungi 11 bulan yang selebihnya.

Ramadhan adalah bulan untuk membina kekuatan ruhiyah(spiritual) tetapi Ramadhan juga adalah adalah bulan siyasah(politik) kerana dalam bulan inilah diturunkan Al-Quran yang mengandungi perintah,suruhan dan larangan.

Ramadhan juga adalah bulan kesihatan yang membawa kepada fitrah.Organ-organ dalam badan yang selama ini bekerja sepanjang tahun tanpa banyak protes diberi peluang untuk bekerja pada tahap fitrah.Itupun dengan syarat kita berpuasa dan berbuka dan diisi pengisian malamnya dengan cara yang betul.

Ramadhan adalah bulan pertembungan antara roh(iman) dan juga nafsu.Umat Islam akan diajar untuk menguruskan pertarungan antara iman dan nafsu.Keputusan pertarungan ini yang akan memberi keputusan menang kalah akhirnya juga akan menentukan tempat kita diakhirat nanti.Berbahagialah kepada mereka-mereka yang berjaya dalam pertembungan ini.

Pertarungan antara iman dan nafsu,baik dan jahat,syurga dan neraka inilah yang menjadi pertarungan dari dulu sampai sekarang dan akan berterusan sampai bila-bila.Sesungguhnya pertarungan ini bukan terhad kepada makan minum,pakaian,perbuatan dan amalan malah meliputi kefahaman politik yang akan dijelmakan dalam bentuk politik sekular atau politik Islam.

Dan disinilah berdirinya kita sebagai pejuang Islam Pas.Pas yang menjadi wadah perjuangan kita mesti sentiasa berada diatas landasan yang betul pada sepanjang masa walaupun pendekatanya akan berbeza dengan berlalunya masa.Tetapi prinsip perjuangan itu tetap sama sepanjang masa.Prinsip perjuangan Islam inilah yang menjadi tonggak kekuatan Pas.51 tahun merdeka telah mematangkan Pas.Onak,duri dan ranjau yang dilalui oleh pejuang-pejuang kita yang terdahulu akan kita sambung.Walaupun onak duri yang kita hadapi sekarang sudah tentu berbeza.Kita telah biasa dengan ranjau kekalahan.Kita telah mahir untuk menguruskan kekalahan tetapi kita masih diperingkat awal belajar bagaimana untuk mengurus sedikit kemenangan yang Allh beri kepada kita.

Kemenangan yang sedikit ini menjadikan kita berbalah dalam soal `muka balah',walaupun pada permukaannya dilihat telah selesai dengan berakhirnya muktamar di Ipoh baru-bari ini.Tetapi perbalahan ini pada saja saya baru saja bermula.Lihatlah dalam blog-blog yang ditulis,fitnah menyerang peribadi yang tiada kesudahannya,seolah-olah kita tiada bezanya dari orang-orang umno yang patut `kita balah'.Pada pengamatan saya perbalahan ini akan berterusan sehingga pemilihan dalam muktamar yang akan datang.Lagi malang kerana perbalahan ini berlaku kepada pimpinan tertinggi yang sepatutnya menunjuk contoh yang terbaik sebagai seorang pemimpin.Bagaimana orang-orang bawahan nak akur dengan pimpinan kalau akhlak ini yang ditunjukan oleh pimpinan sendiri.

Banyak lagi yang saya nak tulis tapi untuk permulaan ini cukuplah dulu.Semoga Ramadhan yang kita akan sambut besok akan menginsafkan kita.Sama-samalah kita melakukan koreksi diri.Hentikanlah segala perselisihan yang kalau dipanjangkan akan melemahkan kita.Kita sama-sama meminta keampunan dari Allah.

Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak dari insan yang sangat kerdil ini.

Jumaat, 15 Ogos 2008

Rawatan percuma diteruskan







14 Ogos 2008








Seperti biasa rawatan percuma di Pusat Khidmat Wakil Rakyat Alor Mengkudu pada setiap hari khamis diteruskan.Hari ini seramai 34 pesakit telah menerima rawatan yang berakhir pada jam 2 petang.








Selepas itu Yb Dr Ismail telah menziarahi pesakit yang ada diantaranya telah bertahun-tahun lumpuh tanpa mendapat bantuan perubatan yang sewajarnya.Ada sepasang suami isteri yang kedua-duanya lumpuh sejak empat tahun yang lalu tidak pernah mendapat pembelaan yang sewajarnya.



Yb Dr Ismail telah memeriksa pesakit-pesakit tersebut dan bantuan perubatan dan lain-lain bantuan termasuk kerusi roda akan diusahakan.












Disertakan beberapa keping gambar untuk tatapan.

Jumaat, 8 Ogos 2008

Sambutan kemerdekaan dan awal Ramadhan

8 Ogos 2008,Sungai Petani
NGO(Wehdah dan Teras) merancang satu program sambutan 31 Ogos dan awal Ramadhan yang akan diadakan pada 28 Ogos 2008.

Pengerusi Wehdah yang juga Presiden Teras dan pengerusi program tersebut telah memberi satu taklimat tentang program itu dan juga majlis pelancaran untuk mendapatkan sumbangan dan dana bertempat di Hotel Seri Malaysia,Sungai Petani.

Berbagai program dirancang dengan kemuncaknya adalah forum kemerdekaan pada sebelah malam dengan penampilan panel Pengerusi Wehdah sendiri,Haji Mohd Azmi Abd Hamid,Exco Kerajaaan Negeri YB Ustazah Aisyah binti Ghazali dan Dato' Mufti Perak.

YAB DS Menteri Besar dijangka akan merasmikan program tersebut.

Turut serta dalam taklimat tersebut ialah Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri,Yb Dr.Ismail bin Salleh.

Rabu, 6 Ogos 2008

SAMBUTAN SEMAKIN MENGGALAKKAN


6 Ogos 2008:
Pada hari ini YB Dr Ismail Salleh telah mengadakan khidmat rawatan kesihatan seperti minggu-minggu yang lalu.Rawatan bermula pada pukul 10 pagi,orang ramai berpusu-pusu datang untuk mendapatkan khidmat rawatan dan nasihat-nasihat untuk menjaga kesihatan.Pada minggu yang lalu seramai 15 yang datang untuk mendapatkan rawatan,tetapi pada hari ini orang ramai datang seramai 31 orang.Khidmat rawatan kesihatan akan diadakan pada setiap hari Khamis,pukul 9pg-2tgh hari.Sebarang perubahan tarikh akan diberitahu kelak.

Sebaik sahaja tamat perkhidmatan rawatan percuma Dr Ismail telah melawat seorang pesakit di Kampung Kuar.Pesakit,Mohd Zuki bin Abd Razak 78 tahun yang mengidap penyakit darah tinggi,kencing manis dan gout terlantar dirumahnya beberapa hari.

Rawatan diberikan kepada pesakit tersebut.

Ahad, 3 Ogos 2008

Temasya sukan sungai







2 Ogos 2008






Sambutan Perayaan Jubli Emas diserikan lagi dengan Temasya Sukan Sungai yang diadakan pada 1 dan 2 Ogos 2008 di Tanjung Chali Alor Star.






KDYMM Tuanku Sultan dan Sultanah telah berangkat hadir untuk menyaksikan pertandinagn perahu naga.Pertandingan yang dibahagikan kepada beberapa kategori berjalan dalam cuaca yang baik.






Pasukan KDYMM telah memenangi pertandingan yang paling berprestig iaitu Piala Jubli Emas.






Ribuan rakyat telah hadir untuk menyaksikan pertandinagn tersebut.






Turut hadir ialah KDYMM Raja Muda,YTM Dato' Seri Tunku Puteri Intan Safinaz,YAB Dato' Seri MB dan Toh Puan,Exco-exco,Ketua-ketua Jabatan.

Sabtu, 2 Ogos 2008

Tazkirah maghrib oleh Naib Presiden







2 Ogos 2008






Satu tazkirah maghrib telah disampaikan sebaik saja selesai menunaikan solat maghrib secara berjamaah.Ybhg Mohd Sabu telah menyampaikan tazkirah tersebut sempena sambutan Israk dan Mikraj dan juga sempena melancarkan usrah gabungan cawangan-cawangan di Pas Kawasan Alor Star.



Penyampaian dalam versi yang sedikit kelainan dari versi konvensional banyak menekankan perjuangan Umat Islam untuk membebaskan Masjid Al-Aqsa untuk kesekian kalinya.



Tumbangnya khalifah Islam Othmaniah dengan kejatuhan kerajaan Othmaniah yang berpusat diTurki adalah akibat dari tangan umat Islam sendiri.Begitu juga jatuhnya Masjid Al-Aqsa ketangan Yahudi dengan bantuan Britain juga akibat dari perbuatan tangan orang-orang Islam sendiri.



Sejak kebelakangan ini tiga golongan Islam utama telah mengambil alih perjuangan penentangan terhadap Yahudi,yang hari ini telah menampakan cahaya kemenangan.Hamas,Hisbullah dan Jihad Fisabilillah adalah tiga golongan utama itu.



Umat Islam diMalaysia juga diingatkan kepada perjuangan asal Islam ini,dengan tidak tergoda dengan pujukan dari musuh.



Itulah diantara intipati Tazkirah tersebut.



Khamis, 31 Julai 2008

Mesyuarat Pemadam

31 Julai 2008

Mesyuarat Majlis Anti Dadah Pemadam Kebangsaan telah diadakan hari ini pada jam 3 petang bertempat di ibu pejabat Pemadam Kuala Lumpur.

Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Naib Yang Dipertua Pemadam,Y.Bhg Dato' Haji Sanad Haji Said telah membincangkan beberapa perkara.Diantaranya:

1.Menunda Perhimpunan Agung Tahunan ke 33 pada 2-3 Nov 2008.
2.Menetapkan perwakilan dan pemerhati dari negeri dan daerah 10/3 dan 5/2.
3.Tarikh akhir mesyuarat Agung Daerah ialah pada 30 Sep 2008.
4.Menghantar nama yang dicadangkan untuk anugerah Pemadam.
5.Menghantar peserta untuk TOT.
6.Membuat kertaskerja dan melantik AJK untuk melaksanakan projek budget hotel di Sungai Besi.

Turut hadir dalam mesyuarat itu ialah pengerusi Pemadam dari setiap negeri dan Yb Dr Ismail Salleh telah mewakili Kedah yang juga pengerusi Pemadam Negeri Kedah.

Jumaat, 25 Julai 2008

Perasmian Hospital Sultanah Bahiyah







24 Julai 2008






Setelah beroperasi setahun,akhirnya perasmian Hospital Sultanah Bahiyah disempurnakan pada 24 Julai 2008 dengan jayanya.






Majlis perasmian itu telah dilaksanakan oleh KDYMM Sultan Kedah.Hadir sama dalam majlis yang bersejarah itu ialah Menteri Kesihatan Datuk Liow Tiong Lai,Menteri Besar Kedah DA datuk Seri Ust Hj Azizan Abd Razak,Exco dan MP,Pengarah Kesihatan Negeri,Pengarah Hospital dan Ketua-ketua Jabatan.






Turur serta ialah Exco Kesihatan yang juga pengerusi Program tersebut,Yb Dr Ismail Salleh.

Khamis, 24 Julai 2008

Pelancaran majalah kenari




23 julai 2003






Hari ini satu sejarah dicatat lagi apabila KFA telah melancarkan majalah dwi bulanan mereka.Majalah 24 muka surat itu dikeluarkan dengan kerjasama Tangan Seni Sdn Bhd dan KCE sdn Bhd.






Peminat bolasepak tempatan akan berpeluang untuk mendapatkan maklumat terkini tentang bolasepak Kedah.






Majalah KENARI dijual dengan harga RM 6 satu naskah.






Majlis pelancaran telah disempurkan oleh YB Dr Hamdan Mohd Khalib EXCO Kerajaan Negeri dan Yb Dr Ismail Salleh,Pengerusi KCE Sdn Bhd.












Selasa, 22 Julai 2008

Majlis Santapan Diraja Jubli Emas


21 Julai 2008



Sambutan Perayaan Jubli Emas sampai kekemuncak dengan ketibaan KDYMM Yang DiPertuan Agung dan Permaisuri dan KDYMM Sultan dan Sultanah,juga TYT dan isteri setiap negeri pada 21 Julai 2008.



Majlis Santapan Diraja yang diadakan di Dewan Santapan Istana Anak Bukit 22 Julai 2008 berlangsung dalam suasana tenang dan harmoni.



Disebelah paginya pula berlangsung acara Golf Jubli Emas yang diadakan di kelab Golf Cinta Sayang Sungai Petani.



Disertakan bersama beberapa keping gambar untuk tatapan kita bersama.










Sabtu, 19 Julai 2008

Perancangan Sambutan hari kemerdekaan

19 Julai 2008
Satu mesyuarat awal telah diadakan untuk program sambutan hari kemerdekaan 31 Ogos 2008. Diantara program yang dirancang adalah seperti berikut:
1.Nostalgia forum perdana

2.Persembahan kebudayaan

3.Karnival sukan termasuk futsal

4.Expo

Diantara penaja yang telah menyatakan penajaan mereka ialan MAS dan Telekom Malaysia.

Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh YB Dr Ismail Salleh, Pengerusi Urusetia Penerangan Negeri Kedah.
Acara penuh program akan dimasukkan kemudian.

Jamuan rakyat sempena sambutan Jubli Emas

19 Julai 2008

Majlis jamuan rakyat telah diadakan sempena Perayaan Jubli Emas di Stadium Sultan Abd Halim Suka menanti.Majlis itu telah berlangsung dari jam 11 pagi sehingga jam 4 petang dihadiri dari segenap lapisan masyarakat.
KDYMM Tuanku Sultan dan Sultanah telah mencemar Duli untuk hadir dalam majlis itu.Sepanjang 5 jam sambutan perayaan itu,selain dari ucapan dari YB Abdullah Jusoh dan Datuk Seri MB,ia juga diserikan lagi dengan persembahan bertenaga dari Akil Hay yang menyampaikan beberapa buah lagu berkonsepkan peringatan dan dakwah.


KDYMM Tuanku Sultan dan Sultanah telah mencemar Duli untuk hadir dalam majlis itu.Sepanjang 5 jam sambutan perayaan itu,selain dari ucapan dari YB Abdullah Jusoh dan Datuk Seri MB,ia juga diserikan lagi dengan persembahan bertenaga dari Akil Hay yang menyampaikan beberapa buah lagu berkonsepkan peringatan dan dakwah.

Disertakan beberapa keping gambar untuk tatapan bersama.




Ahad, 13 Julai 2008

Penyerahan borang kelab penyokong Pas




13 Julai 2008:Satu majlis dialog dan penyerahan borang kelab penyokong Pas telah diaadakan bertempat di Dewan Persatuan Kebajikan masyarakat Tionghua Padang Serai.



Majlis yang dihadhiri 100 orang peserta berbilang kaum bermula dari jam 3 petang dan berakhir 6.30 petang.Pimpinan utama yang hadir pada petang itu ialah Exco kebajikan wanita merangkap ADUN Merbau Pulas Yb Ustazah Siti Aishah Ghazali dan Pengerusi Kelab penyokong Pas Kedah merangkap Exco dan Adun Alor Mengkudu,Yb Dr Ismail Salleh.

Sabtu, 12 Julai 2008

Majlis Perasmian PKWR Dun Alor Mengkudu

12 Julai 2008:Majlis perasmian PKWR Dun Alor Mengkudu telah dirasmikan oleh Tuan Guru Dato' Seri Abdul Hadi Awang yang turut hadir bersama isteri beliau.Majlis bermula pada pukul 3 petang dengan ucapan alu-aluan oleh Pengerusi PKWR,Ustaz Yaakub bin Ismail,kemudian ucapan oleh YB Dr Ismail Salleh,Exco Kerajaan Negeri/Adun Alor Mengkudu,dan diakhiri dengan ucapan perasmian dan menandatangani plak PKWR.Majlis ini turut dihadiri oleh YB Mohd Nasir Mustafa,Adun Kubang Rotan,YB Lee Guan Aik,Adun Kota Darulaman dan seluruh penduduk-penduduk kampung di kawasan Dun Alor Mengkudu ini.Kira-kira 300 org yang hadir ke majlis perasmian ini.


Bersama-sama ini adalah beberapa keping gambar untuk dikongsi bersama pembaca.











Rabu, 9 Julai 2008

Program Yb Dr Ismail di Marang

1.Makan Malam Sambil Derma
Tarikh:10 Julai,9.30 malam
Tempat:Restoran Ulam Desa,Rusila

2.Taklimat Isu Semasa
Tarikh:11 Julai,3.00ptg
Tempat:Pasti Gong Kubur,Bukit Payung

3.Tazkirah
Tarikh:11 Julai,7.30 mlm
Tempat:Masjid Kedai Buloh

4.Ceramah Umum
Tarikh:11 Julai,9.30 mlm
Tempat:Dataran Masjid Rusila

Selasa, 8 Julai 2008

Perasmian PKWR Alor Mengkudu


PKWR Alor Mengkudu yang telah memulakan operasinya semingu yang lalu akan dirasmikan pada Sabtu ini,12hb Julai 2008 oleh Tuan Guru Dato Seri Haji Abd Hadi Awang,Presiden Pas.

Selain dari memberi khidmat sebagai PKWR,pusat ini juga akan memberi khidmat rawatan perubatan secara percuma pada setiap hari Khamis.

Dengan adanya pusat PKWR ini diharap ia akan digunakan sepenuhnya untuk mengendalikan segala permasalahan rakyat di DUN Alor Mengkudu.

Khamis, 3 Julai 2008

AKTIVITI PUSAT KHIDMAT WAKIL RAKYAT ALOR MENGKUDU ( 3 JULAI 2008)

3 JULAI 2008: 9 pagi,YB Dr. Ismail mengadakan khidmat rawatan kesihatan di PKWR Alor Mengkudu dihadiri seramai 12 orang penduduk yang berada di sekitar kawasan Alor Mengkudu.

Disini dipaparkan gambar-gambar sepanjang rawatan pagi ini.
















Selepas rawatan kesihatan YB Dr. Ismail telah menziarah Awang Kechik dari Kampung Tok Sibil yg berada di wad ICU di Hospital Sultanah Bahiyah.

Ziarah Kematian pada hari yang sama wakil peribadi Dr Ismail,Ustaz Jazid b Saad telah menziarahi satu kematian di Kampung Alor Mengkudu dan dikebumikan selepas solat isyak.


PAPAN TANDA PUSAT KHIDMAT WAKIL RAKYAT



PAPAN TANDA PUSAT KHIDMAT WAKIL RAKYAT

DUN ALOR MENGKUDU

Rabu, 2 Julai 2008

Exco Penerangan Kerajaan Negeri Kelantan menerima kunjungan lawatan kerja Exco Penerangan Kerajaan Negeri Kedah bersama Urusetia Penerangan Kerajaan



KOTA BHARU:Pada 16 Jun 2008 yang lalu, exco kerajaan negeri Kedah, YB Dr Ismail B Salleh(ADUN ALOR MENGKUDU) bersama rombongan Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Kedah telah membuat lawatan kerja ke Pejabat Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Kelantan. Rombongan telah diberi taklimat dari urusetia penerangan kerajaan negeri kelantan tentang fungsi Urusetia Kerajaan Negeri Kelantan.taklimat disampaikan oleh Exco Kerajaan Negeri Kelantan,Pengarah Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Kelantan serta pegawai Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Kelantan. Yb.Dr.Ismail B Salleh Exco Penerangan Kerajaan Negeri Kedah ,En Zulkifli B Yahya Pengarah Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Kedah juga berucap didalam majlis tersebut.