Jumaat, 26 Februari 2010

Perasmian serentak mesyuarat Agung cawangan-cawangan Pas kawasan Alor Setar

Perasmian mesyuarat agung cawangan-cawangan Pas kawasan Alor Setar telah dilakukan pada malam Jumaat lepas oleh Yb Dato Ir Phahrolrazi Zawawi,TPJ 1 Pas Kedah dan Exco Kerajaan Negeri.
Dalam ucapan perasmian tersebut beliau telah menyentuh tentang banyak perkara termasuk pentadbiran parti dan juga Kerajaan Negeri.

YDP Pas kawasan Alor Setar,Yb Dr Ismail Salleh dalam ucapan aluanya sekali lagi telah membentang misi dan visi Pas kawasan Alor Setar sessi 2009/2011.
Semua cawangan akan mendapat mandat,visi dan misi yang sama.Itulah tujuan mengapa perasmian serentak dilakukan.





Sembang kedai kopi bersama YB

Hari ini pagi sabtu seperti biasa YB berada dalam program mingguanya iaitu sembang kedai kopi bersama YB.

Pagi ni kedai kopi En Anuar yang terletak berdekatan dengan masjid Tanjung Bendahara.Menu utamanya adalah nasi lemak dan roti canai.

Yb sempat mendengar masalah dan aduan rakyat dari kampung Tanjung Bendahara dan taman-taman yang berdekatan seperti Taman Selesa,Taman Tanjung Bendahara,Taman Sri Tanjung dan Taman Putra Jaya dalam persidangan kedai kopi itu .

Turut hadir bersama Yb ialah Pengerusi Pkwr,Tuan Haji Zulkifli Yahya,MKK cikgu Tajudin dan En Magjid.

Gambar disebelah adalah Yb Dr Ismail dengan En Malik,JKKP Kg Tanjung Bendahara.

Tunku Bendahara Melawat KUIN

Semalam Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan,Tunku Bendahara telah membuat lawatan rasmi ke tapak pembinaan KUIN di Kuala Ketil.

Lawatan Baginda diiringi oleh Yab DS MB,ahli-ahli Exco,ADUN-ADUN,Rektor KUIN dan Dato CEO BDB .

Taklimat telah disampaikan oleh Rektor KUIN,Prof Jamil Osman.

Luas keseluruhan tapak pembinaan yang telah diusahakan ialah 320 ekar dari luas keseluruhan 83o ekar.Pembinaan akan mengambil masa 21/2 tahun,yang dijangka akan siap pada akhir 2012.Pecah tanah projek ini telah dilakukan oleh Ds Mb sendiri pada bulan Februari 2009.

Projek yang menelan belanja RM 330 juta ini dibiayai Rm200 oleh Bank Islam Berhad dan yang selebihnya oleh Affin Islamic Bank Berhad.

Apabila siap sepenuhnya KUIN boleh menampung seramai 13 ribu pelajar berbanding 4 ribu pelajar sekarang ini.

Tunku Bendahara telah dibawa untuk melihat kerja-kerja membina kolam sepanjang 1,2 km yang akan berada dipintu masuk Kuin yang didalamnya akan dibina sebuah masjid terapung yang pembinaannya nanti akan ditaja sepenuhnya.



Baginda melahirkan rasa bangga dan puas hati melihat projek yang sedang rancak berjalan itu.

Isnin, 22 Februari 2010

Islam agamaku,Kedah negeriku

Inilah wajah dipintu masuk ke DUN Alor Mengkudu melalui jalan Alor Mengkudu.Rock Cafe menjadi menjadi mercu tanda baru,terletak bersebelahan stesyen minyak caltex dan bertentangan dengan Restoren Sala.

Melihat kepada tiga keping gambar yang saya paparkan disini,saya teringatkan semasa belajar perubatan di Belgium sedikit masa dulu .Gambaran sebegini adalah lumrah diluar negara tetapi tidak di Malaysia apatah lagi dinegeri Kedah Darul Aman,sebuah negeri dibawah PR.

Cafe ini telah dibuka beberapa hari sebelum Tahun Baru Cina.Memulakan operasi sekitar enam petang sehingga lewat dua pagi.Mempunyai sebuah premis tertutup,yang selebih 2/3 lagi premis ini adalah terbuka.


Diawal pagi botol-botol dan tin-tin arak berselerak dan bersepahan diatas meja ditempat terbuka.

Pagi tadi saya berada dipremis tersebut seawal 8.30 pagi.Ada tiga orang pekerja yang melakukan pembersihan termasuk menyusun gelas,botol dan tin arak.Seorang dari pekerja tersebut adalah Melayu Islam.

Saya menghubungi Pejabat Daerah Kota Setar untuk mengetahui status lesen premis ini.Seperti biasa beberapa orang yang patut saya bercakap belum masuk pejabat.Akhirnya saya dimaklumkan oleh mereka bahawa mereka tidak mengeluarkan lesen menjual arak.Saya merasa lega kerana inilah yang diputuskan oleh mesyuarat EXCO.

Saya terus kestesyen minyak caltex yang terletak bersebelahan yang juga dipunyai oleh tuan yang sama.Beliau mengenali saya dan begitu juga disebaliknya.Setelah berbincang,beliau berjanji untuk tidak mengulangi perkara yang sama.Beliau memberi alasan sambutan Tahun Cina yang dikunjungi oleh terlalu ramai pengunjung menjadikan pekerja mereka tidak mampu mengawal apa yang saya sebutkan diatas.


Sebelum saya meninggalkan premis tersebut beliau telah menunjukan lesen yang dikeluarkan oleh Pejabat Daerah Kota Setar.Saya terpaku disitu.

Sebagai wakil rakyat saya akan pantau perkara ini untuk memastikan Ugama Islam tidak diperkotak-katikan sebegini rupa.

Kepada sahabat-sahabat saya dikalangan non muslims kami menghormati bahawa minum arak itu dibolehkan oleh ugama kamu tetapi jangan sampai tidak ada kawalan seperti diatas.

Open house GXFC Yb Lim Soo Nie

Suasana sambutan tahun Baru Cina masih dirasai.Hari ini Yb Kulim,Lim Soo Nie mengadakan sambutan itu bertempat di dewan Putra,Kulim.

Yb Dr Ismail menghadiri open house itu pada jam 1.50 petang.

Macam biasa banyak hidangan disediakan termasuk satay.



Suasana harmoni antara kaum dapat dirasai apabila ia dikunjungi bukan saja dikalangan orang-orang Cina tetapi juga masyarakat Melayu dan India.Malah bentara dewan adalah dikalangan petugas-petugas unit amal Pas.Semoga keharmonian ini dapat berkekalan buat selama-lamanya.

Sabtu, 20 Februari 2010

Perasmian mini karnival Daerah Yan

Mini karnival Kedah sejahtera peringkat Daerah Yan 2010 yang berlangsung selama dua hari dirasmikan oleh Yab DS Mb sebentar tadi.

Program sambutan itu dipenuhi dengan berbagai atucara yang melibatkan jabatan/agensi kerajaan dan penglibatan secara langsung penduduk Daerah Yan seperti pertandingan gubahan bunga,pertandingan layang-layang,persembahan kesenian Islam dan sepak raga timbang.

Malam esok akan diadakan forum perdana yang akan membariskan ahli panel terkenal seperti Dato Mufti Kedah dan Dekan Kuliah Syariah KUIN.

Gong Xi Fa Cai di rumah Yb Tan Wei Shu


Bertandang ke rumah Yb Tan Wei Shu untuk merayakan Gong Xi Fa Cai.Kami disambut oleh Yb Tan sekeluarga dan dijamu dengan hidangan yang menyelerakan.

Sambutan Gong Xi Fa Cai di DUN Alor Mengkudu

Sambutan Tahun baru Cina,Gong Xi Fa Cai telah diadakan di Taman Mangga DUN Alor Mengkudu dengan jayanya.

Program anjuran pkwr Alor Mengkudu itu bermula seawal lapan malam dan berakhir jam sepuluh telah dihadiri sekitar 500 orang dari berbagai bangsa.


Selain dari jamuan makan dan ucapan oleh Yb Dr Ismail,sumbangan berbentuk hamper dan angpau juga telah disampaikan oleh Yb kepada mereka-mereka yang kurang bernasib baik.

Dalam ucapan Yb dr Ismail berulang kali menyebut bahawa sambutan Gong Xi Fa Cai ini adalah lahir dari rasa hormat menghormati antara satu sama lain yang lahir dari hati sanubari dan ini bukan sambutan lakunan sebagaimana pimpinan UMNO dalam majlis-majlis yang dianjurkan oleh pimpinan MCA atau Gerakan.

Perasaan hormat menghormati antara satu sama lain ini dimanifestasikan dalam sambutan ini.Yb Dr Ismail mengucapkan terima kasih diatas sokongan yang diberikan oleh masyarakat Tionghua dalam Pru 12 dan sepanjang dua tahun Kerajaan PR Kedah.Semoga sokongan dan dokongan ini akan berterusan untuk selama-lamanya.

Sambutan itu diserikan lagi dengan pertunjukan tarian singa dan bunga api.

Khamis, 18 Februari 2010

Merawat pesakit terlantar




Kedah sejahtera,nikmat untuk semua.Itulah tema pemerintahan Kerajaan Pakatan Rakyat Kedah.Tema ini bukan diungkap dibibir mulut sahaja tetapi dijiwai oleh setiap wakil rakyat PR.

Berbeza dengan ungkapan 1Malaysia Najib,rakyat didahulukan pencapaian diutamakan yang diungkapkan oleh pimpinan BN setiap hari.Tetapi apa yang dipraktikan pada setiap hari ialah kroni didahulukan,kekayaan diutamakan.

Hari ini Yb Dr Ismail sempat merawat seorang pesakit yang telah terlantar beberapa hari dirumah.Beliau memberi rawatan IVD kepada pesakit tersebut.Inilah contoh memberi kesejahteraan kepada semua rakyat.

Rabu, 17 Februari 2010

Mangsa kebakaran di Pekan Sunagi Limau dibantu







Satu kebakaran besar telah berlaku di Pekan Sungai Limau pada 16 Feb 2010.Sebanyak 13 buah kedai kepunyaan 15 keluarga telah hangus dijilat api.

Kebakaran yang berlaku diwaktu tengahari itu diburukan lagi dengan cuaca semasa yang panas terik,kering dan berangin.Punca kebakaran dan jumlah anggaran kerugian masih belum dikenal pasti.Walau apapun tiada berlaku kemalangan jiwa.


Yab DS Mb telah berada ditempat kejadian pada hari yang sama dan semalam satu majlis sumbangan oleh Ds Mb dan Tuaku Bendahara telah diadakan bertempat di sekolah Cina Sungai Limau.

Masyarakat Cina dibantu




Masyarakat Cina baru saja menyambut tahun baru mereka diseluruh dunia.Tahun ini adalah tahun harimau.

Seperti biasa tahun baru disambut dengan kegembiraan,berkumpul kaum keluarga dengan mengharapkan tahun harimau ini akan membawa lebih banyak rezeki dan kejayaan serta kebahagiaan.

Tetapi jangan lupa kepada mereka-mereka yang kurang bernasib baik yang mungkin selama ini diabaikan.

Kerajaan negeri telah mmenghulurkan sumbangan sempena dengan tahun baru ini.Seramai 400 orang berbangsa Tionghua yang tergolong dalam kategori kurang bernasib baik dari seluruh negeri Kedah telah menerima sumbangan ini.

Yab Menteri Besar sendiri telah menyampaikan sumbangn ini bersama dengan ADUN masing-masing.Proram yang diadakan di Sri Mentalon ini disudahi dengan jamuan makan .

Isnin, 15 Februari 2010

Yang miskin dibantu,yang sakit diziarahi



Jumaat lepas,Yb Dr Ismail meneruskan program turun padang.Kali ini beliau sempat melawat dan menziarahi beberapa orang penduduk dikampung Kuar dan Jelai.

Salah seorang yang dilawati ialah En Baharudin,seorang kelendan lori yang mempunyai pendapatan tidak tetap sekitar Rm 400 sebulan.Berumur lewat empat puluhan dan mempunyai seorang isteri dan lima orang anak.Beliau duduk dirumah seluas 10x15 kaki,bekas sebuah kedai runcit.

Tiga dari anak-anaknya bersekolah,manakala anak bongsu mereka berumur satu tahun setengah,masih lagi menyusu.

Untuk meringankan bebanan suami isteri beliau mengambil upah membersihkan ikan bilis yang dibayar 80 sen satu kilogram.

Yb Dr Ismail akan berusaha untuk menolong keluarga ini melalui agensi-agensi yang berkaitan dan beliau menghulurkan sedikir sumbangan peribadi.

Rabu, 10 Februari 2010

Rawatan di pkwr Alor Mengkudu diteruskan



Tidak ada apa yang boleh dibanggakan dengan klinik 1Malaysia yang Pm lancarkan tempohari yang telah beroperasi hampir disetiap negeri diseluruh Malaysia.


Dari segi pentadbiran klinik 1Malaysia adalah HARAM.


Untuk membuka dan menjalankan operasi klinik di Malaysia,permohonan oleh Doktor yang bertauliah yang ada sijil amalan tahunan saja yang akan diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.Dengan perkataan lain HANYA doktor yang ada sijil amalan tahunan(APC) sahaja yang boleh dan berhak membuka dan menjalankan operasi klinik.


Namun kerajaan masih boleh membuka klinik 1Malaysia seperti yang ada sekarang tanpa dikendalikan oleh doktor yang bertauliah tetapi pentadbirannya mestilah diletakan dibawah Pejabat Kesihatan Daerah(PKD).


Kedua-dua kriteria diatas tidak dipenuhi oleh Kementerian Kesihatan Malaysia menjadikan klinik 1Malaysia HARAM dari segi pentadbiranya.


Saya telah lama memberi khidmat perubatan terutamanya kepada warga DUN Alor Mengkudu.Setiap hari khamis PKWR Alor Mengkudu akan menjadi klinik 1Alor Mengkudu yang memberi rawatan sebagaimana klinik swasta biasa.


Apalah nak dibanggakan sangat dengan klinik 1Malaysia yang telah menghabiskan peruntukan RM10 juta.Sebenarnya klinik 1Malaysia hanyalah boneka Najib untuk menjuarai(baca menjual) rakyat.

Gerakerja daftar pemilih Dun Bakar Bata dilancar




Semalam gerakerja daftar pemilih pengundi baru untuk Dun Bakar Bata dilancar dengan rasmi,bertempat dipejabat baru MTD/PKWR Dun Babar Bata.


Program yang dihadiri oleh hampir semua Ajk MTD bakar Bata dan MKK Bakar Bata dimulai dengan taklimat daftar pemilih oleh Pengarah Urusan daftar pemilih JPN,En Zulkifli Ismail.


Seterusnya program dirasmikan dengan rasminya oleh Yb Dr Ismail.Dalam ucapanya beliau menyamakan UMNO/BN sekarang seperti orang gila yang kelemasan,akan berbuat apa saja untuk mengekalkan kemenangan.Sebab itu kita mesti bersedia dari sekarang dan peluru yang paling ampuh untuk berhadapan dengan mereka iaitu daftar pemilih.

Selasa, 9 Februari 2010

Menulis semula Perlembagaan

Oleh Zukri Aksah
Hari ini termaktub satu sejarah dalam perjalanan demokrasi di negara kita bilamana Mahkamah Persekutuan menolak rayuan Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin dan menolak keputusan Mahkamah Tinggi serta mengekalkan keputusan Mahkamah Rayuan, bahawasanya Datuk Seri Zambry Abd Kadir adalah Menteri Besar Perak yang sah dari segi undang-undang.
Penghakiman oleh panel lima orang hakim menyorot dua perkara penting dalam Undang-Undang Tubuh Negeri Perak iaitu Perkara 16 (6) dan 36 (2). Perkara 16 (6) menerangkan keadaan bilamana seorang Menteri Besar tidak lagi mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Undangan Negeri, maka beliau sama ada menghadap Yang Amat Mulia Tuanku Sultan Perak memohon perkenan membubarkan DUN atau beliau secara bertanggungjawab meletak jawatan.
Nizar membawa kesnya ke mahkamah menggunakan Perkara ini, bahawa beliau telah menghadap Yang Amat Mulia Tuanku Sultan Perak memohon pembubaran DUN tetapi tidak diperkenankan. Dalam keadaan begini Yang Amat Mulia Tuanku Sultan Perak telah mengambil tindakan melantik Menteri Besar yang baru iaitu Zambry, pada ketika Nizar belum meletak jawatan. Berdasarkan Perkara 16 (6) ini, sebelum Nizar meletak jawatan, beliau masih Menteri Besar Perak yang sah dan tiada peruntukan dalam Undang-Undang Tubuh Negeri Perak yang mengizinkan beliau, selagimana tidak hilang kelayakan di sisi undang-undang, dipecat oleh sesiapa, wa’ima oleh Yang Amat Mulia Tuanku Sultan Perak sekalipun. Dari sinilah krisis bermula…
Perkara 36 (2) pula adalah pernyataan umum tentang kuasa Yang Amat Mulia Tuanku Sultan Perak untuk membubarkan DUN, kerana ia umum, maka ia boleh digunakan sama ada dalam keadaan biasa atau luar biasa, sama ada untuk keperluan pilihanraya lima tahun sekali atau untuk keperluan-keperluan mendesak seperti yang berlaku di Perak.
Yang menarik untuk dibincangkan adalah bagaimana Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa Nizar telah hilang kepercayaan majoriti ahli Dewan Undangan Negeri hanya semata-mata berasaskan sebuah “pertemuan” di antara Yang Amat Mulia Tuanku Sultan Perak dengan 31 orang ADUN. Mahkamah mencatatkan bahawa adalah memadai dengan pertemuan tersebut untuk menjadi tanda bahawa DUN telah hilang kepercayaan terhadap Nizar.
Ini yang ditulis, dan ini untuk berpuluh atau beratus tahun akan datang bakal kekal sebagai sebahagian dari Undang-Undang Tubuh Negeri Perak. Tetapi kesan keputusan Mahkamah Persekutuan ini bukan hanya terhadap Negeri Perak tetapi ia juga “mencederakan” pemerintahan negeri lain.
Jika proses menentukan hilang kepercayaan terhadap seorang Menteri Besar begitu mudah boleh dilakukan hanya melalui sebuah “pertemuan,” bagaimana halnya bila pada 23 Mac 2008, Rosol Wahid yang mengetuai sekumpulan 22 orang ADUN BN di Terengganu menghantar memorandum kepada Majlis Penasihat Pemangku Raja (MPPR) Terengganu, membantah perlantikan Ahmad Said sebagai Menteri Besar yang baru. Pada hari yang sama juga Ahmad Said menerima watikah perlantikan Menteri Besar dari MPPR. Abdullah Ahmad Badawi yang ketika itu Perdana Menteri Malaysia menyifatkan perlantikan Ahmad Said tidak mengikut perlembagaan kerana tidak mendapat sokongan majoriti ADUN BN.
Nah… jika status sebuah “pertemuan” boleh dipakai untuk mengesahkan bahawa Nizar telah hilang kepercayaan Ahli Dewan Undangan Negeri Perak, apa bezanya sebuah memorandum yang menggabungkan suara 22 orang ADUN? Kalau mengikut logik Mahkamah Persekutuan hari ini (yang sedang menulis semula perlembagaan), Ahmad Said menerima watikah perlantikan sebagai Menteri Besar dalam keadaan beliau, bukan sahaja hilang, tetapi tiada kepercayaan dari majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri Terengganu. Salah? Rosol kena buat usul undi tidak percaya di DUN, memorandum tidak terpakai? Kalau memorandum tidak boleh pakai, maka “pertemuan” itu juga tidak bererti apa-apa.
Mahkamah Persekutuan hari ini juga menghukum rasionalnya “pertemuan” boleh menjadi penentu bahawa Nizar telah hilang kepercayaan DUN kerana tiada peruntukan dalam Undang-Undang Tubuh Negeri Perak tentang usul undi tidak percaya. Memang tiada, kerana undang-undang kita digarap berkiblatkan gaya Westminster, seperti United Kingdom, Kanada dan Australia, terutamanya United Kingdom yang merupakan bekas penjajah kita. Mengikut gaya ini, usul undi tidak percaya diformalisasikan mengikut konvensyen berperlembagaan (constitutional convention). Maka Mahkamah Persekutuan hari ini telah lari dari gaya Westminster dan merujuk perlembagaan negara-negara seperti Jerman dan Sepanyol yang punya undang-undang bertulis tentang usul undi tidak percaya. Sekali lagi perlembagaan kita sedang ditulis semula…
Kalau benarpun keputusan Mahkamah Persekutuan hari ini berasaskan kepada kepercayaan Yang Amat Mulia Tuanku Sultan Perak bahawa Nizar telah hilang kepercayaan majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri, bagaimana mungkin di ketika Nizar belum meletak jawatannya, seorang Menteri Besar baru boleh dilantik? Jika Mahkamah Persekutuan mengatakan tiada peruntukan dalam Undang-Undang Tubuh Negeri Perak tentang perlunya usul undi tidak percaya, maka Undang-Undang Tubuh yang sama tidak juga langsung memperuntukkan yang seorang Menteri Besar boleh dipecat oleh Yang Amat Mulia Tuanku Sultan Perak, tidak pula memperuntukkan yang seorang Menteri Besar boleh terlucut jawatannya semata-mata kerana sebuah “pertemuan.”
Kalaupun benar kata Mahkamah Persekutuan bahawa Zambry mempunyai sokongan majoriti, 31 dari 59 orang ADUN, bolehkah beliau dilantik sebagai Menteri Besar dalam keadaan Nizar belum meletak jawatan? Berdasarkan konvensyen berperlembagaan gaya Westminster yang selama ini menjadi rujukan kita sebagai salah sebuah negara Komanwel, dan ia juga selari dengan Undang-Undang Tubuh Negeri Perak, andai berlakunya usul undi tidak percaya, Nizar ada dua pilihan, pertama meletak jawatan, kedua mendapatkan kelulusan pembubaran DUN dan memanggil satu pilihanraya baru. Masalahnya, usul undi tidak percaya tidak pernah berlaku, Nizar tidak mahu meletak jawatan dan lebih cenderung dengan pilihan kedua iaitu pembubaran DUN dan pilihanraya baru, tiada masalah sama ada Nizar memohon perkenan Yang Amat Mulia Tuanku Sultan Perak berdasarkan Perkara 16 (6) atau 36 (2). Disinilah perkenan Yang Amat Mulia Tuanku Sultan Perak memainkan peranannya. Selagi Nizar belum meletak jawatan, selagi DUN belum dibubarkan dan pilihanraya baru tidak dipanggil, selagi itulah Nizar masih Menteri Besar Perak.
Nampaknya. bukan hanya sejarah ditulis oleh orang yang menang, undang-undang juga begitu! Selepas Nizar nanti tiba pula giliran Anwar yang menyerahkan nasib mereka kepada mahkamah. Apa yang saya mampu harapkan, teringat sebaris dialog dalam siri drama West Wing yang saya pernah tonton dahulu, “… sometimes opposition win…” Kadang-kadang sahaja, yang kadang-kadang itupun kadangkala dirampas, ingatlah itu.

Penyerahan elaun MKK Mukim Tajar




Satu majlis penyerahan elaun bulan Oktober,November dan December 2009 kepada MKK Mukim Tajar diadakan sebentar tadi bertempat di pejabat penghulu Mukim Tajar,Tuan Haji Fauzi.

Majlis yang serba ringkas itu dimulai dengan ucapan dan taklimat dari Adun Alor Mengkudu,Yb Dr Ismail.Selain dari penerangan tentang perlaksaan skim Kafalah yang baru dilancarkan baru-baru ini,seperti biasa Yb Dr menyampaikan suntikan semangat dan motivasi kepada MKK.



Rata-rata mereka melahirkan rasa syukur dengan elaun yang mereka perolehi.

Sabtu, 6 Februari 2010

Skim kafalah dilancar dengan rasmi







Hari ini Kedah melakar satu lagi sejarah apabila Kerajaan Negeri melancar skim kafalah dengan rasmi berkuatkuasa 1 jan 2010 oleh YAB Menteri Besar Kedah.

Skim kafalah yang disebut khusus dalam dewan undangan negeri yang lalu adalah idea yang disebut didalam manifesto Pas dalam pilihanraya umum 2008.


Sumbangan kafalah akan diberikan kepada keluarga yang miskin dan miskin tegar sebanyak RM 500 apabila berlaku kematian kepada mana-mana ahli dalam keluarga tersebut tanpa mengira had umur,bangsa dan ugama.

Kerajaan Negeri telah memperuntukan sebanyak 3.6 juta untuk skim ini semata-mata untuk meringankan beban keluarga yang menimpa musibah kematian.

Jumaat, 5 Februari 2010

Masalah rakyat diselami







Semalam satu perjumpaan dengan penduduk Kampung Pegawai,Alor Setar diadakan bertempat disalah sebuah rumah penduduk dikampung tersebut.

Penduduk Kampung Pegawai yang terlibat dengan projek jalan keretapi berkembar diarahkan untuk berpindah oleh pihak pemaju tanpa sebarang pampasan.

Jalan keretapi berkembar adalah projek usahasama keretapi berhad,MMC dan Gamuda.


Sebahagian besar dari mereka telah mendiami kampung tersebut lebih dari limapuluh tahun yang lalu.Mereka mempunyai geran tanah berstatus TOL yang telah diperkecilkan kawasan nya semasa menyambung pajakan selama 99 tahun pada tahun 1998.


Yb Dr Ismail akan membawa perkara ini kepihak atasan untuk mengetahui status tanah yang sebenar dan meyelesaikan masalah tersebut.

Sehari bersama rakyat di UPU Kerian Pulau




Hari ini Yb Dr Ismail meneruskan lagi program mesra bersama rakyat.Program yang diatur oleh dewan Muslimat Pas Kawasan itu bermula seawal jam 9 pagi.

Sementara muslimat menjalankan banci keluarga dan juga pendaftaran pemilih baru,Yb Dr Ismail sempat menyelami dan menangani masalah penduduk setempat.Beliau menziarahi golongan warga emas yang kurang mampu serta meninjau prasarana yang perlu dibaiki seperti jambatan dan jalanraya.

Muslimat meneruskan bancian keluarga disebelah petang.

Pada sebelah malamnya pula diadakan ceramah kelompok yang disampaikan oleh Yb Ustaz Izat Shauki,Tuan Haji Adnan Saad dan Yb Dr Ismail sendiri.

Rabu, 3 Februari 2010

Asrama puteri dibuka




Semalam saya sempat membaca Yasin untuk mendoakan keberkatan asrama puteri Madrasah AlTaklimiah AlKhairiah Tok Keling

Asrama yang pembinaannya hanya mengambil masa 3 bulan,hanya mampu disiapkan tingkat bawahnya sahaja.Setelah acara pecah tanahnya dilakukan oleh Yab DS Mb, pihak kontraktor telah bertungkus lumus untuk menyiapkan tingkat bawah dahulu.Kos pembinaan sehingga kini mencecah RM 300,000.00.Pembinaan dua tingkat lagi akan diteruskan untuk menampung jumlah pelajar yang melebihi 250 orang.


Orangramai diseru untuk meneruskan sumbangan agar pembinaan dua tingkat lagi dapat diteruskan.

Selasa, 2 Februari 2010

Seminar memperkasakan parti Pas Kawasan Alor Setar




Satu seminar untuk memperkasakan parti Pas Kawasan Alor Setar telah diadakan pada hari sabtu lepas,31 Jan 2010.
Seminar itu telah dihadiri oleh semua AJK cawangan-cawangan, dewan pemuda dan muslimat.
Sebanyak dua kertaskerja telah dibentang dalam seminar yang bermula pada jam 9 pagi dan berakhir pada jam tiga petang.
Kertaskerja yang bertama telah dibentang oleh Ustaz Idris Ahmad,ketua penerangan Pas Pusat.Beliau banyak menyentuh peranan dan tanggungjawab pemimpin dan pengikut.
YDP Pas Kawasan Alor Setar,Yb Dr Ismail Salleh telah membentang kertaskerja kedua yang bertajuk misi dan visi Pas Kawasan.
Peserta seminar telah diberi peluang untuk berdailog dengan pembentang kertaskerja diakhir pembentangan masing-masing.
Seminar berakhir dengan penyampaian watikah kepada semua AJK.
Peserta meninggalakan seminar dengan semangat dan azam baru untuk sama-sama membawa Pas Kawasan kesatu tahap yang lebih membanggakan.

Isnin, 1 Februari 2010

Menzirahi MKK Alor semela


Tanggal 23 Nov 2009,beberapa hari sebelum hari raya Aidil Adha adalah hari malang buat MKK Alor Semela,En Ibrahim Md Saud.

Hari tersebut beliau terlibat dalam satu kemalangan yang menyebabkan isterinya meninggal dunia.Beliau bersama dengan anaknya yang berumur 4 tahun dimasukan ke HSB.Beliau dirawat serta pembedahan dilakukan dan terpaksa tinggal dihospital beberapa minggu.

Kini beliau hampir pulih sepenuhnya walaupun kesan parutnya masih jelas kelihatan.

Anak kecilnya sedang nyenyak tidur,mungkin keletihan kerana baru pulang dari pra sekolah.