Rabu, 23 Mac 2011

Video seks: ‘Datuk T’ mengaku terlibat, salah seorang ada dalam video


WarkahDaily, 23 Mac – Baru aje Datuk Johari pecah tembelang barua-barua Umno-BN tu, sekarang ni pulak duk mengaku ada dalam rakaman video seks tu.




MENGAKU: "Saya dalam video itu, " jelas Datuk Shazryl Eskay kepada media. foto Malaysiakini

Dah makin bercelaru nampaknya modus operandi Umno-BN untuk jatuhkan Anwar Ibrahim. Rupa-rupanya ‘Datuk T’ tu ada tiga orang. ‘Datuk T’ itu kononnya bermaksud ‘Datuk Trio’ – tiga orang datuk (rakan baik). Antara trio itu ialah bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Rahim Thamby Chik, ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan bendahari Perkasa Datuk Shuib Lazim. Laa...budak Perkasa ada jugak ke..sah Perkasa adalah barua Umno-BN.

Hari ini, Datuk Shazryl Eskay Abdullah telah membuat pengakuan bahawa beliau ada dalam rakaman video seks yang didedahkan kelmarin.

"Saya dalam video itu, " jelas Datuk Shazryl Eskay kepada media.

Beliau membuat pengakuan itu dalam satu sidang media bersama Tan Sri Rahim Thamby Chik hari ini selepas ditanya sama ada beliau yakin Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan orang dalam video seks yang ditayangkan kelmarin.

Menurut laporan Malaysiakini, Shazryl yang mengakui bekas sahabat Anwar bagaimanapun enggan menjelaskan apakah peranannya ketika adegan itu berlaku.

Beliau juga enggan mendedahkan di bahagian mana gambar beliau dilihat dalam rakaman itu kerana ia sudah menjadi kes polis.

Dalam sidang media berkenaan, Rahim Thamby Chik turut mendedahkan seorang lagi yang bergelar ‘Datuk T’ iaitu bendahari Perkasa, Datuk Shuib Lazim.

1 ulasan:

al amin ahmad berkata...

assalamualaikum,
kian lama kian pelik..saya sendiri dah kian pening..dalam keadaan rakyat Malaysia yang kian panic dgn taraf hidup yg kian tinggi sampai nak makan pun susah..sempat lagi depa ni menambah semak kepala.
apa yg pasti bila saya tengok berita tadi nampak sangat rahim tamby chik tu melepaskan geram..dendam kesumat yang belum terbalas..nampak sangat dia berdendam dekat anuar..
tak nampak kata tujuan mereka itu murni melainkan dendam semata-mata.nampak sangat nak suruh orang puji melangit yang dia kononnya pernah letak jawatan secara terhormat..
nasib baik la kita tak duduk dalam zaman jahiliyah..mokata dok buat lagu tu mohon doa ja ALLAH swt balas on the spot...masyaallah..
bukan politik camni yg saya sebagai rakyat Malaysia mintak..mmg tak dapat saya nafikan saya sendiri dah kian celaru dgn politik hari ni..dah serabut semacam..macam Najib dah tekan panic button utk full attack dekat PR.cam dah mula fobia dgn PR,dah cam di kejar bayangan "rakyat mengamuk" seperti di negara2 arab yang tgh memberontak..walhal kalau Najib duduk diam2..rakyat tak peduli pon..
ntah lee..jangan sampai ada kes ahli politik upah mafia bunuh ahli politik yg lain cam kat dunia barat udaaah..
wassalam