Ahad, 1 Mac 2009

Tuduhan hanya bersumber sehelai surat layang

Oleh: SITI ZALEHA ABDUL RAHIM

ALOR SETAR – Bermacam-macam taktik dan helah digunakan, dalam usaha pihak tertentu mendapatkan kuasa, walaupun melalui cara yang dilihat tidak bermaruah.

Keputusan Pilihan Raya Umum ke-12 yang lalu telah menggemparkan kita dengan kejatuhan zaman kegemilangan sebuah parti politik tertua di negara kita. Rakyat kini sudah dapat menilai siapakah yang layak untuk membela nasib mereka.Kekalahan itu bukan kerana rakyat sudah tidak percaya pada parti tersebut, tetapi disebabkan karenah-karenah para pemimpinnya yang sukar untuk dipercayai untuk membela nasib mereka.Yang lebih menggemparkan negara baru-baru ini, pemimpin-pemimpin ini sudah berani melibatkan Sultan dan Raja dalam helah politik bagi membuktikan mereka sahaja yang jujur dan amanah dalam menunaikan tanggungjawab kepada rakyat.Selepas Perak dan Selangor diserang dengan permainan politik itu, kini ia menular ke Kedah pula dengan mendakwa seorang Ahli Mesyuarat Kerajaan (Exco) kononnya telah menghina kedaulatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Sultan Kedah.Kerajaan Negeri tidak cepat melatah dengan tohmahan tersebut. Menteri Besar, YAB Dato' Seri Ustaz Azizan Abdul Razak menganggap ini sebagai kerja insan-insan yang tidak profesional dan kurang bijak.“Ini adalah publisiti murahan pemuda UMNO, kalau nak buat laporan pun biarlah ada asas, kerana saya difahamkan dia dapat satu nota tentang Exco Kedah yang dah hina KDYMM Tuanku Sultan.“Dia berniat nak burukkan kerajaan negeri, cuba nak heret Tuanku Sultan, kita minta pihak terlibat lebih profesional sikit,” ujar beliau pada sidang media selepas merasmikan Majlis Dialog Industri dan Program Pembangunan Industri Halal Nasional Peringkat Negeri Kedah di Dewan Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS), di sini.Desakan demi desakan, tuduhan demi tuduhan dilakukan oleh Pemuda UMNO untuk menjatuhkan Exco tersebut sekaligus kerajaan Pakatan Rakyat yang telah dipilih oleh rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-12 Mac lalu.Setelah setahun mereka ditumpaskan, mereka tidak dapat menerima yang kini Barisan Nasional (BN) telah menjadi pembangkang di negeri yang kaya dengan tanaman padi, sedangkan George W. Bush yang berjaya menakluk dunia pun boleh jatuh, inikan pula negeri kita ynag kerdil.Sebagai seorang pemimpin yang betul-betul amanah untuk membela nasib rakyat, mereka perlu terima qada' dan qadar yang rakyat tidak memilih mereka untuk memperjuangkan nasib. Ini pula, mereka dilihat begitu aktif dan bersungguh-sungguh untuk menjatuhkan seseorang yang dibenci.Apa salahnya, mahupun pembangkang dan kerajaan negeri sama-sama berganding bahu membela nasib rakyat serta membangunkan negeri ke arah yang lebih baik. Sebagai insan yang lemah, adakah kita tahu siapakah yang benar dan sebaliknya, yang Maha Mengetahui adalah Allah Yang Esa.Sebagai menjawab soalan yang diajukan oleh wartawan, YAB Dato' Seri Ustaz Azizan meminta pihak polis buat siasatan terhadap orang yang buat membuat laporan tersebut, daripada mana surat itu beliau dapat, siapa yang megeluarkan surat tersebut, pelbagai kemungkinan boleh berlaku tanpa kita duga.“Kita tak layan kerja-kerja macam ni, Perdana Menteri sendiri pun dapat banyak surat layang, tak da pun televisyen buat liputan, buat apa saya nak layan surat layang macam ni, kalau kita layan orang tak cerdik macam ni, kita pun jadi tak cerdik sama,” ujar beliau.Saban hari kita dengar di media massa menyiarkan berita tentang Pemuda UMNO di seluruh negeri Kedah membuat laporan mengenai isu ini. Mengapa kita begitu komited dengan perkara yang tidak membawa apa-apa faedah kepada rakyat, banyak lagi isu-isu yang boleh diketengahkan untuk membuktikan kepada rakyat bahawa kita adalah pemimpin yang disegani, profesional dan amanah dalam tanggungjawab.Sebagai contoh, di televisyen semalam menyiarkan seorang pelajar Tingkatan Tiga dibuli dengan begitu zalim sekali, adakah kita sebagai pemimpin yang dianggap bijak di mata rakyat mengambil sebarang inisiatif bagi menanganinya? Memang kejadian itu tidak berlaku dalam negeri kita, apa salahnya kita mengambil langkah berjaga-jaga sebelum ianya menjadi lebih parah pada rakyat sendiri?

1 ulasan:

ALAM berkata...

Apa nak susah YB, panggil dua individu tu, suruh depa sumpah, tak payah nak pertahan, susah sangat ka nak buat perkara tu, kalau depa buat orang tak kata apa-apa. Jangan tunggu samapai nak bicara di padang mahsyar.