Isnin, 22 November 2010

Majlis Qurban anjuran PKWR

Program tradisi tahunan PKWR diadakan lagi iaitu majlis Qurban sempena Aidil Adha. Lima ekor lembu disembelih di Tok Keling, kemudian lembu yang disembelih dilapah dan ditumpukkan di Sekolah Rendah Islam Burhanudin Helmi, Jalan Datuk Kumbar.
Kenduri kurban turut diadakan untuk menjamu petugas serta orang ramai. Dua pertiga dari keseluruhan daging korban telah diagihkan kepada orang ramai melalui pengerusi Majlis Ketua Kampung (MKK).

ADUN Alor Mengkudu, YB Dr Ismail Salleh sendiri terbabit menumbang
kan lembu, melapah dan mengagih daging korban.

Semoga korban pada tahun hadapan dapat dibuat dalam jumlah yang lebih besar. InsyaAllah.

Selamat berkorban demi perjuangan Islam.






Jumaat, 12 November 2010

Kem Anak Soleh(KAS),Kem Bina Insan(KBI) dan Kem Bina Sakhsiah(KBS)



Tiga Kem(KAS,KBI dan KBS)akan berjalan serentak di seluruh Kedah semasa cuti persekolahan nanti.Kami akan membuat hebahan dari semasa kesemasa.

Yb Dr Ismail menyampaikan sumbangan banjir di DEWAN UMNO

< href="https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhGISWqhkrOnXyvc8GuAAnxa33Bm0H1yB3OuoLGbJhZtNQdiCDWEE5wYwLlieV1xxptUeZAItaxg_bXl9YA_uIUzWPT7DA0aXnaQ2uncUaflADKG4wmggNHBH2nyGlI9X6i24TtS2xn21rp/s1600/bantuan+banjir+pualau+binjal+016.jpg">
JKKP Tok Keling,Azmi Md Isa tampil untuk menjadi hero walaupun beliau tidak tahu menahu apa yang sebenarnya berlaku.

Hari ini Yb Dr Ismail menyampaikan sumbangan kepada mangsa banjir di DEWAN UMNO Pulau Binjal.

Penerima sumabangan tersebut sudah tentu mangsa yang terlibat termasuk dikalangan penyokong Umno termasuk ahli JKKP Pulau Binjal,En Zulkifli Yaakob.

Beberapa keping gambar yang dikepilkan disini menceritakan segala-galanya dan dengan sendiri menolak dakwaan JKKP Tok Keling, Azmi Md Isa yang pendek akal.











Khamis, 11 November 2010

Yb Dr Ismail,Yb Johari dan Yb Izzat cuci masjid



Alor Setar,10 November -Walaupun banjir
yang melanda negeri ini sudah pun surut, namun
ia tetap meninggalkan kesan yang mendalam kepada mangsa-mangsa banjir yang terlibat.

Banyak peralatan rumah seperti perabut dan barangan elektrik mengalami kerosakan akibat banjir di samping kesan kekotoran yang ditinggalkan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kupang, YB Johari Abdullah telah menggerakkan ahli-ahli PAS Kawasan Baling untuk membantu membersihkan kawasan yang terlibat dengan banjir.




Antara tempat yang mereka bersihkan ialah Sekolah Kebangsaan Taman Uda dan Masjid Lutfi, Pantai Johor.

Turut serta dalam operasi tersebut ialah Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah, YB. Dr. Ismail Salleh dan Timbalan Speaker DUN Yb. Ahmad Izzat Shauki.

Selasa, 9 November 2010

JKKP Tok Keling Azmi Md Isa PENIPU BESAQ!

ALOR MENGKUDU – Dakwaan kononnya ADUN Alor Mengkudu YB Dr. Ismail Salleh ‘mengambil kembali’ barangan yang diberikan kepada mangsa banjir di Alor Selut kerana mereka ahli-ahli Umno adalah fitnah jahat semata-mata.

Demikian diberitahu oleh Setiausaha Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) Alor Mengkudu Encik Fakhrurrazi Salleh bagi menjelaskan perkara sebenar.

Baru-baru ini Pengerusi JKKP Tok Keling, Azmi Md Isa mendakwa Dr. Ismail Salleh mengambil kembali barangan yang diserahkan kepada mangsa banjir Alor Selut setelah mendapati mereka ahli-ahli Umno. Kenyataan beliau dalam bentuk klip video itu disebarkan secara meluas dalam Facebook.

“Apa yang sebenarnya berlaku ialah pusat penempatan mangsa banjir di Alor Selut itu hanya sebuah khemah di tepi jalan. Selepas konvoi PKWR menurunkan barang-barang makanan di situ, Dr. Ismail berbincang dengan JKKP bernama Jid mengenai kesesuaian tempat tersebut dijadikan pusat pemindahan kerana tiada kemudahan tempat tidur, tempat solat, tandas dan keselamatan mangsa juga tidak terjamin, maklumlah hanya khemah semata-mata.

“Dr. Ismail menghubungi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan JKM maklumkan mereka tidak akan iktiraf tempat yang tiada kemudahan asas untuk dijadikan pusat penempatan mangsa banjir.

“Atas sebab tersebut Dr. Ismail memujuk mangsa banjir untuk berpindah ke surau berdekatan, apabila ada penduduk yang bersetuju untuk berpindah ke surau maka Dr. Ismail mengarahkan petugas memindahkan barang-barang yang diturunkan tadi ke surau,” terang Fakhrurazzi.

Jadi, katanya, tidak timbul langsung barang-barang makanan tersebut dibawa ke kawasan lain kerana mereka ahli Umno.

“Dr. Ismail sendiri pun tak tahu menahu bahawa mereka ahli Umno, barang makanan yang dipindah ke surau itu untuk mereka juga sebagai mangsa banjir bukan untuk diberi kepada orang lain,” ujarnya.

Sementara itu, seorang penduduk memberitahu bahawa JKKP yang membuat fitnah itu itu bukan penduduk situ dan tidak ada di situ pada hari kejadian.

ADUN Alor Mengkudu, Dr. Ismail Salleh ketika dihubungi untuk mengulas isu tersebut, tidak menolak kemungkinan menyaman pemfitnah serta pihak yang menyebarkan fitnah tersebut melalui media kedua.

Ahad, 7 November 2010

Lagi laporan banjir PKWR Alor Mengkudu

Di saat media-media pro APCO melemparkan pelbagai fitnah kononnya Kerajaan Negeri atau Pakatan Rakyat tidak pedulikan rakyat yang ditimpa bencana banjir, kami PKWR DUN Alor Mengkudu 'memekakkan telinga' terhadap segala tohmahan yang dilemparkan oleh golongan pondan politik yang hanya tahu menuding jari, berpeluk tubuh dan bercekak pinggang itu. Tidak sempat untuk melaporkan setiap aktiviti yang diatur sepanjang musim banjir ini, biarlah gambar-gambar berikut menceritakan seribu perkataan.























Jutaan terima kasih kepada semua pihak yang membantu PKWR Alor Mengkudu menyalurkan bantuan mangsa banjir, antaranya para penderma, PAS dari negeri2 lain yang menghantar sukarelawan, Telekom, Yayasan Salam, Pasukan Perubatan Islam, Dewan Himpunan Penyokong PAS dll yang tidak sempat tersenarai di sini.

Kedah sedia RM1 juta bantu mangsa banjir

ALOR SETAR, 7 Nov: Kerajaan Negeri Kedah telah memperuntukkan hampir RM1 juta untuk membantu mangsa banjir di samping RM500,000 daripada wang zakat yang diumumkan Sultan Kedah semalam.

Exco kerajaan negeri, Datuk Phahrolrazi Zawawi berkata, soal kerajaan negeri tidak membantu mangsa banjir tidak berbangkit langsung di negeri ini.

"Yang menjadi masalah adalah media yang tidak membuat liputan untuk kerajaan negeri," kata beliau.

Kerajaan negeri, katanya, telah menubuhkan Bilik Gerakan Banjir peringkat negeri dan daerah.

Di peringkat negeri ia diketuai oleh Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri manakala di daerah di ketuai Pegawai Daerah.

"Memandangkan SUK di Mekah, Timbalan SUK, Datuk Haji Ahmad Mat Isa yang ketuai operasi ini," kata Phahrolrazi kepada Harakahdaily.

Selain jentera kerajaan, NGO dan parti politik khasnya PAS dan Pakatan Rakyat juga terlibat.


"Dakwaan Shahrizat Jabatan Kebajikan Masyarakat agensi pusat tak betul. Pengarahnya staff kerajaan negeri. Ia agensi bersama," katanya.

Beliau mengaku jabatan itu paling banyak membantu magsa di samping kerajaan tempatan, polis, bomba dan juga jabatan kesihatan dan pelajaran.

Hari ini, kata Phahrolrazi, pihaknya bersama JKR akan bersama syarikat yang menjaga konsesi trek berkembar, Gamuda, akan menyiasat kalau projek itu menyebabkan laluan banjir tersekat.

"Memang di Jalan Tun Razak dan Jalan Sultanah ada isu itu, kita akan siasat secara menyeluruh hari ini," katanya.

Sementara itu, sumbangan dari luar datang mencurah-curah untuk membantu mangsa banjir di negeri Kedah.

Tengahari ini, Exco kerajaan negeri Selangor, Dr Halimah Ali menyerahkan sumbangan RM400,000 dari kerajaan negeri Selangor kepada kerajaan negeri Kedah.

Bantuan juga diserahkan oleh kawasan-kawasan PAS di seluruh negara di samping kutipan dibuat di masjid dan surau untuk diserahkan kepada mangsa banjir.

Pemuda PAS kawasan Selayang telah menghantar kira-kira 50 kampit beras dan diserahkan di bilik oeparasi banjir PAS yang terletak di Kompleks PAS Kedah, dekat Kota Sarang Semut.