Selasa, 30 Disember 2008

Pintu Gerbang Muhibbah







Alor Star,30 December:

Sehari selepas umat Islam diseluruh dunia menyambut tahun baru Hijrah 1430,penduduk Bandaraya Alor Star mencatat satu sejarah lagi apabila pintu gerbang Muhibbah dipasang di Pekan Cina.

Pintu gerbang yang dibina dengan kos menjejah rm 200 ribu ringgit adalah sumbangn bersama Kerajaan Negeri dan rakyat jelata.Ia akan dirasmikan oleh KDYMM Sultan Kedah sempena dengan sambutan ulangtahun kelahiran baginda yang ke 81 tahun pada Februari 2009 nanti.

Pintu gerbang ini yang menjadi simbol perpaduan dan jalinan muhibbah diantara penduduk belbagai kaum di Kedah.Ia sekali gus menolak dakwaan golongan tertentu yang mendakwa Kerajaan Negeri meminggirkan kaum minoriti malah sekali gus menunjukan Kerajaan sekarang jauh lebih prihatin dari Kerajaan yang terdahulu yang memerintah lebih 50 tahun tapi gagal untuk membina walaupun sebuah pinyu gerbang.

Peristiwa bersejarah pada malam ini turut dihadiri pimpinan masyarakat Cina,ahli Exco dan wakil rakyat dari kalangan orang cina dan melayu.

Sabtu, 20 Disember 2008

Sumbangan basikal DUN Alor Mengkudu




Alor Mengkudu,20 December 2008:

Satu majlis penyerahan basikal DUN Alor Mengkudu telah diadakan pagi tadi.Seramai 56 orang pelajar-pelajar sekolah telah menerima basikal yang dibeli oleh Kerajaan Negeri melalui duit zakat yang disumbangkan oleh Bank Muamalat.

Dalam ucapan ringkas dalam majlis tersebut YB Dr Ismail menerangkan struktur organisasi dalam majlis daerah supaya orang ramai memahami tugas-tugas ketua kampung,penghulu dan pejabat daerah bagi menyenangkan mereka untuk berurusan dimasa-masa akan datang.

Rabu, 17 Disember 2008

Jawatankuasa Kawalan Wabak Penyakit Chikungunya peringkat Negeri Kedah dibentuk


Alor Star,18 dec 2008:Satu mesyuarat untuk membentuk Jawatankuasa kawalan penyakit Chikungunya deperingkat negeri telah diadakan.


Selain dari Daerah Kuala Muda dimana penyakit ini bermula,Jawatankuasa yang sama diperingkat daerah akan dibentuk.Di Kuala Muda sendiri Jawatankuasa itu telah dibentuk sejak 12 December lagi.


Kes Chikungunya yang mula dikesan di Sungkap Para,Sungai Lalang,Daerah Kuala Muda pada 12 December 2008 dan sehingga kini sebanyak 38 pesakit telah dimasukan kehospital.Terdapat 8 kes di batu 5 Jeniang ,manakala 1 kes di Yan,1 kes di Kubang Pasu dan 2 kes di Pendang juga telah di kesan,menjadikan kes Chikungunya yang dirawat diseluruh Kedah setakat ini seramai 50 orang semuanya.


Fokus utama jawatankuasa itu ialah untuk mengerakan jentera disemua peringkat,selain memberi kesedaran kepada orangramai,aspek-aspek pencegahan diberi penekanan khusus.


Gotong royong untuk membersih kawasan di kampung-kampung yang terlibat dan yang berisiko tinggi mesti dijalankan.Tempat-tempat dan bekas-bekas kosong yang menjadi takungan air menjadi punca kepada pembiakan nyamuk Aedes mesti dihapuskan selain dari semburan kabus.
Mesyuarat tersebut telah di pengerusikan oleh Yb Dr Ismail Salleh,exco kesihatan Kerajaan Negeri Kedah.

Perjumpaan Ahli Majlis Bandaraya Alor star dengan pimpinan Pas Kawasan




Alor Star,16 Dec 2008:Setelah memerintah selama sembilan bulan,Ahli Majlis Bandaraya Alor Star telah mengadakan pertemuan dengan Pimpinan Pas dari tiga kawasan,Alor Star,Kuala Kedah dan Pokok Sena.

Perbincangan 'panas' yang berkisar kepada tiga masalah utama iaitu pentadbiran Bandaraya,masalah social terutamanya dikalangan remaja dan projek-projek kecil.

Masalah asas yang nampak agak payah untuk dirungkai ialah jurang dan perbezaan yang wujud diantara kuasa politik ahli majlis Bandaraya dengan kuasa pentadbiran yang mentadbir dan melaksanakan agenda majlis Bandaraya.

Satu konklusi yang dirumus untuk dilaksanakan dalam masa yang terdekat ialah mengadakan pertemuan yang lebih kerap antara ahli malis Bandaraya Alor Star dan pihak pentadbiran majlis Bandaraya dengan bantuan Kerajaan Negeri.

Empat orang exco Kerajaan Negeri yang hadir dalam majlis itu ialah ialah YB Dato' Hj Ir Phahrolrazi Zawawi,Yb Ir Amiruddin Hamzah,Yb Mohammad Radzi Salleh dan YB Dr Ismail Salleh.

Isnin, 15 Disember 2008

Remaja kita memang bermasalah




Oleh IZWAN ABDUL HALIM
izwan@harakah.net.my

Golongan remaja di dalam negara kita sememangnya bermasalah, pun begitu, usaha ke arah menyelamatkan mereka masih terbuka. Itulah kesimpulan yang dapat dibuat hasil kajian ke atas peserta Kem Bina Sahsiah 2008 anjuran Kerajaan Negeri Kedah dengan kerjasama Majlis Muassasah Darul Ulum di Kompleks Muassasah Darul Ulum, Pokok Sena dari 16 November lalu hingga 6 Disember baru-baru ini.

Keputusan analisis kajian itu telah dibentangkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan Dan Penerangan, Badan-Badan Bukan Kerajaan (NGO), Pembangunan Insan Negeri, YB Dr Ismail Salleh kepada ibu bapa peserta pada hari penutup KBS yang diadakan di Dewan Sultan Abdul Halim Mu‘adzam Shah, Kolej Universiti Insaniah, di sini 6 Disember lalu.

Antara hasil analisis yang memberikan angka keputusan tinggi adalah berhubung harapan ibu bapa terlalu tinggi hingga menjadi tekanan kepada anak-anak. Menurut Dr Ismail, ianya juga boleh ditafsirkan sebagai terdapatnya masalah dalam hubungan anak-anak dengan ibu bapa.

“Tidak salah memberi harapan kepada mereka dan itulah yang sepatutnya. Tetapi perlu muat turun anak-anak dengan kemampuan untuk mengolah tekanan menjadi daya untuk berjaya dalam sesuatu perkara,” katanya

Kefahaman agama di kalangan peserta juga menunjukkan keputusan yang tinggi khususnya dalam perkara berkaitan fardhu ain tetapi pelaksanaan agama misalnya solat menunjukkan sebaliknya.

Peratusan yang tinggi di kalangan peserta lelaki menunjukkan kecenderungan mereka merasa tidak bebas berada di rumah dan meminati aktiviti malam yang tidak berfaedah.

Keputusan paling mengejutkan penganjur ialah kehendak kepada kebebasan agama yang tinggi di kalangan peserta perempuan.

Majoriti peserta juga tidak mempunyai ketahanan diri kerana mempunyai perasaan takut menghadapi kegagalan yang cenderung melemahkan daya usaha. Menurut Dr Ismail, antara simptom yang boleh dilihat kepada anak-anak seperti ini ialah hilangnya tumpuan mereka semasa di sekolah.

Para peserta juga mencatatkan peratusan yang tinggi pada soalan berhubung keterlibatan dalam masalah asas seperti merokok, melepak dan vandalisme. Malah peserta lelaki juga mencatatkan angka tertinggi kepada perasaan hendak melarikan diri dari rumah.

“Tetapi dari segi muhasabah diri juga mencatatkan angka positif. Bahawa anak-anak ini masih boleh dibantu, kerana ada rasa bersalah dan hendak memperbetulkan diri. Naluri ini perlu dibantu ibu bapa.

“Ada peserta masih merasa sokongan keluarga, ada melepaskan tekanan dengan aktiviti berfaedah seperti sukan dan seumpamanya, ada berkongsi dengan rakan sebaya, tetapi tidak kurang memendam rasa yang mungkin disebabkan sikap tidak acuh ibu bapa dalam mendengar masalah anak-anak,” terang Dr Ismail.

Jelas beliau, kajian itu relevan dan boleh dijadikan petunjuk bahawa remaja dalam negara ini sememangnya bermasalah. Jika berterusan katanya, kita tidak tahu keadaan yang akan jadi 20 tahun akan datang.

“Kebanyakan ‘family’ yang datang berpendidikan agama dan peserta juga ramai dari aliran agama. Jadi berdasarkan pembentangan tadi, anak-anak yang berpendidikan agama pun bermasalah, jika petunjuk ini kita ambil, bermakna teruk negara kita ini. Kalau dicampur ibu bapa di luar yang tidak mempunyai asas agama, tentu angkanya tinggi lagi,” ujar beliau melontarkan kebimbangan.

Beliau melihat empat punca yang menyebabkan masalah tersebut iaitu pendidikan dalam keluarga, rakan sebaya, sistem pendidikan dalam negara dan persekitaran luar. Bagaimanapun beliau mengandaikan, faktor keluarga dan rakan sebaya tidak banyak berubah dalam tempoh beberapa tahun, tetapi yang cepat mempengaruhi perubahan ialah sistem pendidikan dan persekitaran.

Katanya, tidak ada ibu bapa yang hendak melihat anaknya berada dalam keadaan tidak baik, tetapi mendidik anak juga memerlukan ilmu. Mendidik anak-anak katanya, secara umum tidak bergantung hanya kepada latarbelakang pendidikan ibu bapa, tetapi juga faktor pengalaman dan didikan yang diperolehi daripada ibu bapa dari keluarganya. Menurutnya, didikan yang didapati oleh ibu bapa itulah selalunya ‘dicetak’ semula kepada anak-anak.

Sedangkan, pembawaan ibu bapa di dalam mendidik anak-anak dengan pendekatan sebegini, kata Dr Ismail, tidak bersesuaian pula dengan perubahan zaman di mana anak-anak telah dipengaruhi oleh faktor persekitaran yang sangat cepat berubah.

“Malah di ‘handphone’ kita sekalipun, boleh ‘download’ macam-macam. Ini antara penyumbang besar kepada masalah anak-anak pada hari ini termasuk juga media massa yang ada. Semua ini tidak menjurus kepada anak-anak untuk menjadi insan yang baik,” katanya.

Jelas beliau, alam keremajaan hadir bermula dengan perubahan hormon secara semulajadi dalam diri. Seiring perubahan itu katanya, perubahan fizikal dan mental turut terjadi.

“Bila masuk ke alam remaja, pemikiran anak kita menjadi kritis kadang-kadang tanpa memikirkan kesan dari tindakan yang dibuat. Dia hendak buat dan cuba. Pada masa ini, anak-anak cenderung untuk punya rakan sebaya yang berkongsi halnya. Jadi masa inilah perlunya ibu bapa menjadi ‘rakan kongsi’ dengan anak-anak,” ujar beliau.

Katanya, tidak bermakna apabila ibu bapa menjadi rakan kepada anak-anak, akan hilang rasa hormat anak-anak kepada mereka. Sebaliknya pemikiran, masalah, pandangan dan perbincangaan dengan anak-anak ujarnya, perlu dikongsi bersama hingga menjadi panduan kepada anak-anak dalam menghadapi situasi sebenar.

“Kalau tempat dan masa ini kita tidak ambil, walaupun kita duduk bersama anak-anak setiap waktu, tidak ada masa berkualiti untuknya, maka bermula dari situlah dia mencari di luar. Jadi sebenarnya, masalah anak remaja ini bermula dari rumah sama ada kita sedari atau tidak,” terangnya.

Beliau turut menasihatkan supaya permasalahan antara ibu bapa juga jangan dijadikan beban masalah kepada anak-anak. Walaupun kesan dari permasalahan itu juga terkena kepada anak-anak, tetapi ibu bapa katanya, berperanan meminimakan kesan itu.

Oleh itu tegasnya, ibu bapa perlu mengemaskini ilmu mendidik anak-anak sesuai dengan perkembangan semasa.

Jelas beliau, dari tahun ke tahun, masalah yang berlaku kepada remaja juga bukan semakin baik tetapi semakin meruncing, walaupun pada asasnya mereka mendapat pendidikan agama.

“Menyedari hakikat itulah, kita hendak menjadikan Kedah ini ‘Negeri Ilmu’. Antaranya memperbanyakkan institusi pendidikan Islam dan pada masa sama, persekitaran serta tempat-tempat yang mempengaruhi ke arah kerosakan akan diberi kawalan.

Menurutnya lagi, pihak beliau melalui portfolio Pembangunan Insan telah menyusun program untuk anak-anak bermula dari darjah 6 dan mereka yang akan melangkah ke peringkat menengah dengan memperkenalkan Kem Bina Solat.

“Maknanya anak-anak ini, sebelum melangkah ke Tingkatan 1, soal solatnya sudah selesai. Untuk anak-anak berusia 15 tahun akan diadakan Kem Bina Insan, manakala kemuncaknya KBS.

Beliau turut merayu agar ibu bapa menyediakan suasana konduksif untuk anak-anak mengaplikasikan perkara yang ditimba sepanjang program itu.

“Berilah ruang dan sediakan ruang untuk mereka ini berubah, sebab kadang-kadang apabila mereka telah ditarbiyyah, pulang ke tempat asalnya, suasana untuk dia berubah itu tidak ada dan dia akhirnya kembali kepada perangai lamanya,” katanya menasihati.

Cawangan Pas baru di Bakar Bata




Alor Setar,15 Dec 2008:Sambutan rakyat kepada Kerajaan Pakatan Rakyat semakin bertambah.Ini dapat dibuktikan dengan penubuhan cawangan -cawangan baru Pas dimerata tempat.


Semalam satu lagi cawangan Pas telah ditubuhkan dengan penyerahan puluhan ahli baru Pas di Flat Sri Gemilang berdekatan dengan Sime Tyres.
AJK penaja cawangan Flat Sri Gemilang dibentuk dalam satu majlis yang dihadiri oleh sebahagian dari AJK Pas kawasan Alor Star.Turut hadir ialah YB Dr Ismail Salleh,YDP Pas Kawasan Alor Star,wakil rakyat angkat kepada DUN Bakar Bata.




"Dunia sekarang sedang membentuk persepsi baru terhadap Islam.Persepsi bahawa Islam itu ganas,anti establishment,tidak mampu memerintah,kolot yang meracuni pemikiran rakyat selama ini telah dilihat tidak relevan lagi oleh rakyat",tegas Yb Dr Ismail dalam ucapanya.
"Kemenangan beberapa negeri yang memberi keizinan Pakatan Rakyat untuk memerintah telah membuktikan kepada rakyat bahawa kemampuan mereka mentadbir negeri dengan cara yang lebih baik,telus,berhemah yang menberi fokus kepada kesejahteraan rakyat",ujarnya lagi.

Dalam pilihanraya yang lalu DUN Bakar Bata telah dimenangi oleh pembangkang dengan majoriti yang kecil.Sambutan rakyat kepada Kerajaan Negeri sekarang membayangkan peluang besar Pakatan Rakyat untuk merampas kerusi ini.

Ahad, 14 Disember 2008

Malaysia antara tertinggi kadar penularan AIDS

ALOR STAR 13 Dis. - Datuk Seri Tunku Puteri Intan Safinaz Sultan Abdul Halim melahirkan rasa prihatin dengan kadar penularan AIDS yang tinggi di negara ini.

Beliau selaku Pengerusi Yayasan Sultanah Bahiyah (YSB) berkata, Malaysia merupakan salah sebuah negara yang mempunyai kadar yang tinggi dalam penularan AIDS di kalangan negara Asia Tenggara dan Pasifik.

"Menurut Joint United Nations Programmes on HIV/Aids (UNAIDS), setiap hari lebih kurang 12 orang di negara ini diuji positif dengan virus HIV/AIDS.

"Sehingga Jun 2008, sebanyak 1,766 kes baru jangkitan HIV/AIDS telah dikesan dan sehingga kini seramai 82,704 rakyat negara ini dijangkiti virus itu sejak ia mula dikesan pada 1986," kata beliau.

Tunku Puteri Intan Safinaz turut prihatin dengan statistik AIDS di Kedah.

"Statistik di negeri Kedah juga menunjukkan angka yang kurang menyenangkan kerana ada peningkatan dalam kes HIV/AIDS di kalangan wanita dan kanak-kanak," kata beliau pada Majlis Pelancaran Hari AIDS Sedunia 2008 Peringkat Negeri Kedah di Mergong, di sini hari ini.

Pada majlis itu, Tunku Puteri Intan Safinaz turut merasmikan penubuhan Persatuan Cahaya Harapan Negeri Kedah yang menyediakan kemudahan untuk ujian HIV, kaunseling dan kaedah rawatan kepada penagih dadah.

Persatuan itu hari ini turut mengadakan program pertukaran jarum suntikan yang membekalkan peralatan menyuntik yang bersih dan selamat kepada penagih yang bermatlamat mengawal penyebaran virus HIV.

- Bernama

Wabak Chikungunya di Sungai Lalang







Sungai Lalang,14 Dec 2008 : Sehingga petang ini seramai 27 orang telah dimasukan ke Hospital Sultan Abdul Halim Sungai Petani dan Hospital Yan,disyaki diserang penyakit yang disebabkan oleh sejenis virus,Chikungunya.

Mereka yang diserang virus ini akan mengalami demam dan sakit dibahagian sendi untuk beberapa hari yang boleh berlanjutan untuk beberapa minggu dengan kemungkinan akan membawa maut satu dalam setiap seribu kes.

Virus yang berasal dari Benua Afrika ini bukan sahaja menyerang negeri-negeri di Benua Afrika tetapi telah merebak ke Asia Tenggara.Di Malaysia wabak penyakit ini dikesan di Negeri Johor buat masa ini.

Pagi tadi penduduk kampung yang terlibat, Kampung Sungkap Para,Sungai Lalang telah menjalankan gotong-royong membersih kawasan.Mereka telah dibantu oleh agensi-agensi Kerajaan Negeri dibawah Majlis Daerah Kuala Muda.

Jabatan Kesihatan Negeri Kedah yang diketuai oleh Dr Shahidan dan Dr Umai Kalsom telah turun padang untuk sama-sama memantau supaya wabak penyakit ini dapat dikawal.

Ahli Majlis Kerajaan Negeri merangkap ADUN Bukit Selambau,YB Arumugam dan Exco Kesihatan Negeri Kedah YB Dr Ismail turut berada dilokasi dan kemudian ke Hospital Sultan Abd Halim untuk melawat pesakit yang dirawat disitu.

Jumaat, 12 Disember 2008

Kem Bina Sahsiah berjaya ubah pelajar

ALOR STAR, 6 Disember: Kes-kes jenayah juvana, pembuangan bayi, penagihan dadah dan alkohol, serta pukul guru semakin menjadi-jadi di kalangan anak muda pada hari ini.

Menteri Besar, YAB Dato' Seri Ustaz Azizan Abdul Razak berkata, perkara yang berlaku itu menjadi kebimbangan ibu bapa dan juga masyarakat kerana ia boleh merosakkan kehidupan anak-anak remaja dan belia.

"Adalah tidak adil jika kita hanya mampu menuding jari kepada pihak lain mengenai punca permasalahan yang berlaku ini," jelasnya.

Beliau berkata demikian pada majlis penutup Kem Bina Sahsiah 2008 di Kolej Universiti Insaniah, di sini.

Menurutnya, ibu bapa dan masyarakat tercari-cari ke mana mereka hendak hantar anak-anak mereka terutama di musim cuti persekolahan untuk diberi 'ilmu tambahan' semata-mata untuk menghindarkan anak mereka dari terjebak dengan pelbagai anasir keruntuhan moral.

"Alhamdulillah, dari laporan yang saya terima, kebanyakan remaja yang sebelum ini mungkin sedikit nakal, bila keluar dari Kem Bina Sahsiah, mereka menunjukkan 100 peratus perubahan diri," katanya.

Ujarnya, ibu bapa turut menghantar surat mengucapkan tahniah, dahulunya anak mereka tidak solat, keluar dari Kem Bina Sahsiah, Alhamdulillah sudah tidak tinggal solat, bijak mengagihkan masa, hormat kepada orang tua dan berbagai lagi kesan positif hasil mereka lalui modul yang disediakan di Kem Bina Sahsiah.

Jelasnya, tentunya Kem Bina Sahsiah tidak mengharapkan pujian tersebut kerana matlamat utamanya adalah untuk melahirkan satu generasi remaja yang mempunyai jati diri dan kenal ajaran agamanya.

"Inilah konsep pembinaan insan yang akan kita tekankan sepanjang masa dalam usaha melihat satu generasi yang berdaya maju, pintar dan bertakwa," ujarnya.

Tambahnya, Kerajaan Negeri turut mengucapkan syabas kepada semua peserta dan diharap mereka dapat mempergunakan segala apa yang dipelajari sepanjang kem berkenaan untuk dipraktikkan dalam kehidupan seharian.

Kem Bina Sahsiah 2008 Siri ke-5 dianjurkan oleh Pusat Pendidikan Muassasah Darul Ulum dengan kerjasama Unit Pembangunan Insan Kerajaan Negeri Kedah yang diadakan di Kompleks Pendidikan Muassasah Darul Ulum, Kilometer 24, Jalan Kuala Nerang, Pokok Sena, di sini selama 21 hari mulai 16 November 2008 hingga 6 Disember 2008.

Kem Bina Sahsiah telah mula dilaksanakan pada tahun 2004 hasil ilham Menteri Besar, YAB Dato' Seri Ustaz Azizan Abdul Razak.

Turut hadir dalam majlis itu ialah Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Penerangan, Badan-Badan Bukan Kerajaan (NGO) serta Pembangunan Insan, YB. Dr. Ismail Salleh dan Speaker Dewan Undangan Negeri Kedah, YB. Dr. Abd. Isa Ismail.

Catatan perjalanan Yayasan Amal Malaysia ke Kemboja

12 December 2008

Kami chek out dari penginapan di Pnohm Penh selepas subuh kerana kami akan ke Siem Riep yang akan mengambil masa perjalanan selama 7 jam.

Sepanjang perjalanan kami disajikan dengan pemandangan yang sama iaitu tanaman padi sejauh mata memandang hasil dari kesuburan delta Mekong yang menjadikan pertanian sebagai pekerjaan utama di Kemboja.Sebelum sampai kedestinasi kami singgah dibeberapa tempat dan makan tengahari disebuah kedai orang Islam melayu Champa yang anaknya sekarang bekerja di Malaysia.Keseronokan mereka menyambut kami jelas terbayang dengan layanan yang sangat istimewa dengan masakan soup yang sangat menyelerakan.

Akhirnya kami tiba di Siem Riep dan menginap di hotel kepunyaan orang Islam.

Siem Riep boleh digelar sebagai Langkawi Kemboja.Walaupun ia bukan pulau tetapi activiti pelancungannya lebih hebat dari Langkawi.Bandar baru Siem Riep yang terkenal dengan Angkor Watt,kelihatan jauh lebih tersusun kalau nak dibandingkan dengan Pnohm Penh.Hotel empat dan lima bintang bercambah.Kami menghabiskan sebahagian besar masa kami untuk melawat dan membeli buah tangan di bazar moden Siem Riep.

Sebelah malamnya kami makan malam di Restaurant D'wau kepunyaan En Fizal,anak Johor yang kini menetap di Seksyen 7 Shah Alam.Beliau pulang beraya dikampung pada masa itu tetapi emak dan adiknya berada disitu untuk menguruskan restaurant.Sekali lagi kami berjumpa dengan beberapa rombongan dari Malysia disini termasuk Yayasan Salam dan Al- Amin.

Kami tidak ke Angkor watt diatas persetujuan dari semua ahli rombongan diatas sebab-sebab tertentu.

Disebelah malamnya kami berehat selain sebahagian dari ahli rombongan kami menaiki tut-tut untuk mengenali keindahan Siem Riep diwaktu malam.

Catatan perjalanan Yayasan Amal Malaysia ke Kemboja











10 Dec 2008

Hari ini adalah hari lawatan bebas.Kami breakfast disebuah restaurant Islam sebelum meneruskan perjalan ke tempat bersejarah di Zaman Pemerintahan Regim Pol Pot, Khmer Rouge yang telah mengorbankan seramai 1.7 juta orang sepanjang pemerintahan regim dari tahun 1975-1979.

Kami telah melawat Choeungek Genocidal Centre,tempat dimana orang ramai dibunuh ,satu dari The Killing Fields.Puluhan lubang tempat mereka yang diseksa ditanam masih jelas kelihatan bersama dengan cebisan tulang dan sebahagian dari pakaian mereka.Ribuan tengkorak tersimpan rapi.

Dari situ kami meneruskan perjalanan kesatu lagi muzium,tempat dimana cerdik pandai diseksa dan dibunuh,Tuol Sleng Muzium.Tuol Sleng yang asalnya adalah sebuah sekolah menengah yang ditukar menjadi penjara penyiksaan oleh Regim Pol Pot.

Gambar cara bagaimana mereka disiksa,peralatan yang digunakan serta penjara yang digunakan dipertontonkan.Cebisan kain baju serta kesan-kesan darah masih kelihatan.

Pulang dari kedua-dua muzium tersebut kami dibawa untuk membeli belah dibazar yang dikenali sebagai Russian market,tidak jauh bezanya dari bazaar dinegara kita yang berbagai jenis pakaian,kain baju sehinggalah kepada cenderamata.

Kami bergegas pulang pada jam 2 petang untuk menghantar sebahagian dari kami ke lapangan terbang untuk pulang ke Malaysia.

Catatan perjalanan Yayasan Amal Malaysia ke Kemboja
















9 Dec 2008

Kami bertolak pada jam 9am,sekali lagi kerumah Col Hj La Lay Personal Assistant kepada seorang Timbalan Menteri Kemboja.Selepas itu kami meneruskan kedestinasi kedua missi kami iaitu kemasjid yang berdekatan yang jauhnya 30 minit perjalanan.

Pasukan kami menyembelih 3 ekor lembu dan 5 ekor kambing di masjid tersebut serentak dengan berkhatan yang dilakukan oleh Yb Dr Ismail Salleh,Dr Mohamad Mahayuddin Abd Rahman,MA Mokhtar Harun dan MA Yusuf Hashim.

Selesai kedua-dua ibadah tersebut sekali lagi kami makan tengahari dirumah Col La Lay.

Sebelum meninggal rumah beliau 2 dari ahli rombongan kami memberi sumbangan kepada anak-anak yatim dan sumbangan untuk membuat telaga dan pam air bersih.

Rombongan kami seterusnya kembali ke Phnom Penh dan pada malam itu kami makan malam disuah restaurant kepunyaan seorang anak Malaysia yang berkahwin dengan anak tempatan Kemboja,Restaurant Mariam.Disana kami bertemu dengan satu rombongan yang menaiki motosikal berkusa besar yang sampai ke Kemboja melalui Thailand yang akan meneruskan perjalanan mereka ke Vietnam.

Catatan perjalanan Yayasan Amal Malaysia ke Kemboja











8 Dec 2008

Kami bangkit tidur seawal jam 5 pagi,menunaikan solat subuh,bersedia untuk meneruskan perjalanan ke kampong 7 Kamara di Wilayah Champ untuk menunaikan solat Aidil Adha dan menunaikan ibadat korban.Perjalanan bermula dengan merentasi sungai Mekong menghala ke Wilayah Champ.

Kami tiba pada jam 7.30 pagi,terus pergi kerumah imam dan kemasjid untuk bersembahyang.Kami disambut mesra oleh penduduk tempatan.Selesai menunaikan sembahyang sunat Aidil Adha kami kembali kerumah imam kerana penyembelihan lembu korban akan dijalankan disitu.14 ekor lembu dan 5 ekor kambing telah ditumbangkan satu persatu.

Selain dari Imam tempatan,Jamel Saring dari Yayasan Amal Selangor telah memainkan peranan utama menyembelih lembu korban.

Setelah selesai menyembelih lembu korban kami dihidangkan dengan breakfast yang amat meyelerakan,masakan istimewa Kemboja.Selesai makan,sesi rawatan percuma diberikan kepada penduduk tempatan selama satu jam.

Kami terpakasa bergegas untuk meneruskan perjalanan kesatu lagi destinasi,kampong Takeo.Perjalanan yang sepatutnya mengambil masa 6 jam itu telah berlanjutan selama 12 jam,satu perjalanan yang cukup menyiksakan.Bas mini kami tiba-tiba rosak diseparuh perjalanan yang memerlukan major repair yang mengambil masa selama 6 jam.

Sepanjang perjalan kami dihidangkan dengan pemandangan yang sama,iaitu sawah padi yang menutupi tanah subur bumi Kemboja.Cuacanya terang benderang disulami dengan angin yang menghembus menyejukan suasana yang amat menyamankan.

Akhirnya kami tiba juga di kampong Takeo,dirumah Col Hj La Lay yang kebetulan tiada dirumah pada masa itu kerana menghadiri mesyuarat.Kami dihidangkan dengan juadah yang menyelerakan.Selesai makan kami dibawa kerumah homestay untuk beristirehat.

Catatan perjalanan Yayasan Amal Malaysia ke Kemboja




7 Dec 2008.

Rombongan kami ke Kemboja mula berkumpul di LCCT pada jam 12 tengahari untuk diberi taklimat oleh ketua rombongan En Azri dari Yayasan Amal Pusat.Rombongan terdiri dari 18 orang peserta,2 orang doctor perubatan,2 orang MA dan selebihnya adalah sukarelawan Yayasan Amal.

Dilapangan terbang kami telah bertemu dengan beberapa rombongan dari Malaysia yang lain membawa misi yang sama ke Kemboja,diantaranya ialah Yayasan Salam,Easy Qurban dan POTO.

Menaiki Air Asia yang dijangka bertolak pada 3.15 petang terpaksa ditunda pada jam 4 petang dan telah mendarat di Phnom Penh International Airport pada 5.10 pm waktu tempatan.

Kami telah disambut oleh Ustaz Mohamad,anak tempatan yang fasih berbahasa melayu.Kami dibawa makan kesebuah restoran Islam menaiki sebuah bas mini yang telah disewa untuk membawa rombongan kami sepanjang missi kemanusiaan di Kemboja.

Setelah dihidangkan dengan masakan tomyam intimewa Kampuchea kami dibawa ke Hotel Mekong yang terletak di depan Sungai Mekong yang mengambil masa perjalanan selama 4 jam dari lapangan terbang.

Sepanjang perjalanan selama 4 jam itu mengesahkan cerita kawan-kawan yang menyebut keadaan di Kampuchea adalah sama seperti Malaysia di tahun-tahun 70han.Dengan bersuluhkan sinaran bulan dan cahaya lampu mini bas,jelas dipenglihatan kami sawah padi,diselang seli dengan semak samun yang menghiasi sepanjang jalan ditanah pamah yang landai sesuai dengan gelaran Lembah Mekong atau Delta Mekong.

Kami check in di Hotel Mekong pada jam 10 pm,bersembahyang dan terus tidur untuk bangkit awal pada esoknya kerana seawal selepas subuh kami akan bertolak kemasjid yang terdekat untuk menunaikan Solat Aidil Adha.

Jumaat, 5 Disember 2008

Health Ministry to launch massive campaign on organ donation

SEREMBAN: With only one in 20 Malaysians willing to donate their organs, a massive campaign will be launched soon by the Health Ministry to increase awareness on organ donation.

Minister Datuk Liow Tiong Lai said the campaign aimed to get more people to sign up as organ donors.

“It is sad because critically-ill patients have to wait for years to get a donor. We want people to know that we can save lives if they are prepared to donate their organs,” he told reporters yesterday after launching the third National Health and Morbidity Survey Scientific Conference: State Findings here.

He said that despite campaigns by the Government to educate the people on the importance of becoming donors, most were reluctant to do so.

To date, 120,838 people have pledged to become donors.

According to the National Transplant Resource Centre, 4,181 patients are on the waiting list for kidney, heart and lung transplants.

Statistics also show that one in three patients on the waiting list dies before a donor is found.

However, Liow said the Government had no plans to compel people to donate their organs, unlike Singapore which passed a law making its citizens automatic organ donors.

Liow said those who wished to become donors could enlist at any government hospital or clinic and was looking for ways to make it easier for them to do so.

He said the Cabinet had recently approved the need for a masterplan to help the increasing number of cancer patients and educate the people on the disease.

Liow said the National Cancer Management Blueprint would chart the ministry’s plan to deal with cancer patients till 2015 where ministry officers would educate people about cancer as most patients came for treatment when they were already in the advanced stages.

Liow also said that his ministry’s plans to get more females over 20 to go for mammograms and pap smears was also working as the percentage of women who went for mammograms increased from 3.7% in 1996 to 7.9% in 2006.

About 45.7% of women had gone for pap smear tests compared with 26% in 1996.

Khamis, 4 Disember 2008

300,000 may have HIV by 2015

KUALA LUMPUR: Malaysia may have 300,000 people affected by HIV by 2015, said Datuk Dr Hassan Abdul Rahman, the Director of the Disease Control Divison of the Health Ministry.

To combat this epidemic, the Government has committed RM500mil to implement the National Strategic Plan on AIDS and the Harm Reduction programme between 2006 and 2010, he said at the launch of a Health Ministry and Unicef Report 2008 entitled Women and Girls Confronting HIV and AIDS in Malaysia yesterday.

The report was released in conjunction with the Special World AIDS Day 2008.

The National Strategic Plan on AIDS involves various government and non-government bodies as well as international agencies such as Unicef.

The daughter of the Sultan of Kedah, Datuk Seri Tunku Puteri Intan Safinaz, who launched the event, said the trend of new HIV infections occurring among women in the country had risen alarmingly from 1.2% of total new cases in 1990 to 16% in December 2007.

She said reducing the impact of HIV required that the needs and issues of women be addressed at various levels.

She said there was a need to reverse the underlying socio-economic factors that contributed to women’s HIV risks, such as gender inequality, poverty, lack of economic and educational opportunity, and the lack of legal and human rights protection. — Bernama

06/12/2008 - Majlis Perasmian Penutup KBS 2008

Pada : 6 Disember 2008 (Sabtu)
Masa : 10.00 pagi - 5.30 petang
Tempat : Dewan Sultan Abdul Halim Muadzzam Shah, Kolej Universiti Insaniah KUIN), Alor Star, Kedah


Aturcara:-SESI BERSAMA WARIS

10.00 pg : Ketibaan Waris

10.05 pg : Taklimat Urusetia Bersama Waris

10.35 pg : Taklimat Fasilitator Bersama Waris

12.30 tgh : Makan tengahari/rehat/solat zohor

MAJLIS PERASMIAN PENUTUP

1.55 ptg : Ketibaan Tetamu Jemputan

2.00 ptg : Ketibaan YAB Dato' Seri Ust Hj Azizan Abd. RazakMenteri Besar Kedah
Pemeriksaan Perbarisan Peserta KBS 2008

2.20 ptg : Ucapan Pengerusi Majlis

2.30 ptg : Ucapan Ust Musoddak Hj Ahmad, Pengarah KBS 2008

2.50 ptg : Ucapan oleh YB Dr. Ismail Salleh, PengerusiJawatankuasa Penerangan, Kesihatan & Pembangunan Insan

3.05 ptg : Majlis Penyampaian Sijil Dan Anugerah Peserta Terbaik

3.30 ptg : Ucapan Perasmian Penutupoleh YAB Dato' Seri Ust Hj Azizan Abd. Razak,Menteri Besar Negeri Kedah Darul Aman

4.30 ptg : YAB Dato' Seri Menteri Besar Dan Tetamu jemputan Beredar ke Dewan Jamuan

4.40 ptg : Majlis Penyerahan Peserta Kepada Waris

5.30 ptg : Bersurai

Selasa, 2 Disember 2008




Wednesday, December 3, 2008

Buat kebajikan, terutama di bulan Muharram

Oleh: SITI ZALEHA ABDUL RAHIM
ALOR SETAR – Menteri Besar Kedah, YAB Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak menyarankan warga Wisma Darul Aman memupuk dan menyemai diri dengan amalan kebajikan, terutama pada bulan Muharam ini.
Kebajikan merupakan amalan yang membawa kepada kebaikan untuk kesejahteraan seluruh rakyat.
Islam menggariskan empat panduan yang perlu disemai dalam diri bagi memupuk sifat kebajikan serta mengukuhkan iman. Antaranya, amalan berdoa di kalangan umatnya, setinggi manakah darjat kita di dunia ini, disisi Allah semuanya sama sahaja, menadah tangan memanjatkan doa kepada Allah memohon hidayah, ujar beliau pada Perhimpunan Bulanan Wisma Darul Aman semalam.
Selain doa, kita perlu bertaqwa kepada Allah dengan cara melakukan apa yang disuruh, meninggalkan apa yang dilarang bagi mendapat keberkatan hidup di dunia dan akhirat. Ketaqwaan perlu ditambah dengan keinsafan serta memohon kepada Allah kekayaan jiwa, iaitu menghindarkan diri daripada sifat tamak dan hasad dengki sesama insan di dunia ini, tambah beliau.
“Sebagai pentadbir, kalau sikap ini ada, Insya Allah kita dapat jalan tugas dengan baik, kita akan diyakini dan kita akan dihormati serta jiwa rasa tenang dalam menjalankan tugas,” jelas beliau.
Beliau berkata, selama sembilan bulan beliau mengetuai kerajaan, beliau dapati semua warga Wisma Darul Aman saling bekerja sama dalam mentadbir negeri Kedah dengan sempurna.
“Tak lama lagi kita akan melangkah tahun 2009, banyak cabaran bakal kita tempuhi, jadi sama-samalah kita berusaha kekalkan keyakinan dunia bahawa negeri kita adalah negeri yang stabil ekonominya, politik serta sosial.
“Maka, ramai orang akan datang ke negeri kita terutama dalam bidang pelaburan,” ujar beliau.
Pada perhimpunan tersebut, YAB Dato’ Seri Ustaz Azizan turut menyampaikan Sijil Perkhidmatan Cemerlang kepada 19 kakitangan Wisma Darul Aman yang telah berkhidmat dengan cemerlang dalam menjalankan tugas.
Posted by Warta Darul Aman Daily at 1:02 PM


Wednesday, December 3, 2008

Kulim 2020: Daerah Kulim akan dinaiktaraf

Oleh: WADIASSOFI JAAFAR
KULIM, 2 Disember: Draf Rancangan Tempatan Daerah Kulim 2004-2020 atau lebih dikenali sebagai Kulim 2020 adalah satu usaha kerajaan di bawah pengawasan Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia untuk membangunkan dan menaiktaraf ekonomi, sosial dan fizikal Daerah Kulim.
Menteri Besar, YAB Dato' Seri Ustaz Azizan Abdul Razak berkata, draf rancangan itu diwujudkan adalah sebagai persediaan untuk menghadapi cabaran globalisasi khususnya perindustrian berteknologi tinggi dan hasrat untuk menjadikan Kulim sebagai Bandaraya Pintar di Negeri Kedah.
"Kulim 2020 akan menterjemahkan dan memperincikan dasar-dasar strategik yang telah diperuntukan di dalam Rancangan Struktur Negeri Kedah untuk dilaksanakan di peringkat daerah," jelasnya.
Beliau berkata demikian pada majlis perasmian Publisiti Draf Rancangan Tempatan Daerah Kulim 2004-2020 di Dewan Majlis Perbandaran Kulim, di sini.
Menurutnya, ia mengutarakan dengan lebih terperinci tentang cadangan-cadangan pembangunan yang direncanakan untuk kawasan Majlis Perbandaran Kulim sehingga tahun 2020 dan akan menjadi panduan kepada Majlis Perbandaran Kulim khususnya dan kerajaan negeri amnya di dalam memaju dan mencorakkan pembangunan di daerah ini.
"Kita ingin menjadikan Kulim sebagai daerah berimej teknologi tinggi yang mesra penduduk tanpa mengabaikan aspek sekitar serta dilengkapi dengan kemudahan infrastruktur dan utiliti dalam usaha menuju kemajuan fizikal, ekonomi dan sosial," katanya.
Ujarnya, Kerajaan Negeri tidak mahu sesuatu cadangan, perancangan atau wawasan yang dibuat itu adalah di luar dari kemampuan atau ia adalah tidak realistik, namun, yang lebih penting adalah bagaimana cara untuk kita melaksanakannya.
Beliau menjelaskan, pihak yang merancang hendaklah mempunyai pelbagai persiapan ke arah itu seperti kemudahan-kemudahan yang diperlukan dan bagi sesetengah pihak menganggap kemajuan itu adalah sejauh mana atau sebanyak mana jumlah pembangunan yang berjaya di bawa ke satu-satu tempat.
Tambahnya, jika kejayaan yang dicapai tidak dapat dirasai oleh rakyat atau semakin maju sesuatu tempat itu semakin terhimpit pula hidup rakyat, maka pastinya ada sesuatu yang tidak kena dengan pembangunan tersebut.

Isnin, 1 Disember 2008


Monday, December 1, 2008

AZAM DATUK BANDAR BANDARAYA ALOR STAR YANG BARU
Oleh: AMELIA HASHIMamelia@kedah.gov.myALOR STAR, 30 November: Azam Datuk Bandar Bandaraya Alor Star yang baru Dato’ Haji Khazali Haji Din untuk membawa konsep keceriaan dan kebersihan di bandaraya Alor Star diluahkan kepada wartawan selepas istiadat pelantikannya diadakan di Istana Anak Bukit, hari ini.Bekas Pegawai Daerah Kuala Muda ini berkata antara bandar Alor Star dengan Sungai Petani ada perbezaan dari sudut suasana dan gaya hidup warganya. Kebanyakan penduduk Sungai Petani bekerja makan gaji merangkumi kakitangan kerajaan, swasta dan kilang-kilang.Gaya hidup mereka memberi kesan kepada keceriaan Bandar Sungai Petani. Ini dapat kita lihat Sungai Petani pada suasana malamnya lebih ceria jika dibandingkan dengan Alor Setar ibu negeri Kedah yang terkenal sebagai Bandar pentadbiran.“Penduduk Sungai Petani yang berkerja pada waktu siang akan menikmati suasana malam untuk rehat sambil makan sama ada di gerai-gerai atau tempat-tempat makan yang eksklusif yang terdapat disekitar Bandar Sungai Petani.“Selain itu warga Sungai Petani juga akan menggunakan waktu malam untuk perbincangan atau pertemuan dengan teman-teman atau sesiapa sahaja yang tidak sempat dilakukan pada waktu siang,” katanya.Ini sangat berbeza dengan warga Alor Star yang datangnya dari pelbagai bidang pekerjaaan termasuklah kakitangan kerajaan, nelayan dan petani dan penternak. Gaya hidup mereka mempengaruhi suasana malam di Alor Setar , kebiasaannya jam 9 malam sudah kelihatan sepi . Kedai-kedai dan gedung membeli-belah kebanyakkannya juga sudah ditutup pada waktu ini. Antara langkah keceriaan yang akan diambil ialah dengan menukar pandangan minda masyarakat kepada budaya Bandaraya Alor Setar.“Masih terdapat penduduk yang di taman-taman perumahan yang memelihara lembu atau kambing iaitu haiwan yang tidak sepatutnya di pelihara dalam kawasan perumahan bandaraya,“Kita juga akan mengadakan aktiviti waktu malam selain keceriaan lampu-lampu yang mengindahkan bandar raya Alor Star,” katanya. Selain keceriaan cahaya lampu, beliau juga menekankan aspek kebersihan yang banyak menimbulkan isu kebelakangan ini. Bercakap mengenai kebersihan beliau tidak menafikan faktor yang menyumbang kepada lambakan sampah itu terletak kepada sikap masyarakat itu sendiri. Begitupun tidak dapat dielakkan kerana pengeluaran sampah datangnya dari aktiviti harian masyarakat itu sendiri.Untuk tujuan ini beliau mengharapkan bantuan dari pihak media melaporkan tempat-tempat yang berlaku longkang atau parit tersumbat yang menimbulkan masalah kepada penduduk.“Kita akan mengambil tindakan segera apabila mendapat laporan parit atau longkang yang tersumbat” ujarnya.Antara beberapa sebab yang menimbulkan masalah sampah di Bandaraya Alor Star kebelakangan ini. adalah kerana ada khabar angin tentang urusan kebersihan sampah ini kan diserahkan kepada pihak swasta. Oleh itu pihak Banadaraya Alor Setar menunggu keputusan itu dan enggan mengambil sebarang tindakan untuk beberapa bulan terakhir tahun ini.“Buat apa membelanjakan wang untuk kegunaan dua tiga bulan sahaja sekiranya urusan ini akandiserahkan kepada pihak lain, tapi sampai sekarang nampaknya tidak ada kata putus daripada Kerajaan Pusat” katanya.Menyentuh mengenai gerai-gerai yang berselerak di bandaraya ini komennya, semua gerai tersebut akan susun semula supaya berada dalam kaadaan sistematik dan sedap mata memandang sebagai imej sebuah Bandaraya.
Posted by Warta Darul Aman Daily at 11:17 PM
Labels:

Ahad, 30 November 2008


Yoga secara sistematik haram - Majlis Fatwa
Majlis Fatwa Kebangsaan hari ini mengharamkan umat Islam mengamalkan yoga secara sistematik, yang melibatkan unsur-unsur fizikal dan spiritual kerana ia bertentangan dengan syariat Islam.
Pengerusinya Dato' Dr Abdul Shukor Husin bagaimanapun berkata, amalan fizikal iaitu senaman dalam yoga, tanpa adanya unsur-unsur mentera dan pemujaan pada zahirnya tidak menjadi kesalahan.
Namun, katanya, ia tidak digalakkan kerana dikhuatiri boleh menghakis akidah seseorang Muslim memandangkan ia merupakan salah satu komponen daripada keseluruhan amalan yang diharamkan itu.
"Amalan yoga yang berasal dari masyarakat Hindu mempunyai tiga peringkat, peringkat pertama adalah fizikal iaitu senaman, peringkat kedua adalah mentera dan pemujaan bagi mendapatkan ketenangan dan peringkat ketiga adalah penyatuan diri dengan tuhan.
"Oleh itu ahli muzakarah bersetuju memutuskan bahawa apa jua jenis atau bentuk amalan yang mengandungi unsur-unsur tersebut adalah dilarang dan bertentangan dengan ajaran Islam," katanya dipetik Bernama di sini hari ini.
Abdul Shukor berkata perkara itu diputuskan dalam persidangan Anggota Majlis Muzakarah Fatwa Kebangsaan ke-83 yang bersidang 22-24 Okt lalu di Kota Bharu, Kelantan, dan akan dipanjangkan kepada majlis-majlis agama negeri untuk diwartakan.
Selain Malaysia, amalan yoga telahpun diharamkan di Singapura dan Mesir, katanya.
Abdul Shukor berkata, pada peringkat ini, program kesedaran mengenai amalan itu akan diperluaskan ke seluruh negara melalui Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).
Beliau turut menasihatkan masyarakat Islam supaya berhati-hati dan berwaspada dengan perkara-perkara yang boleh memesongkan akidah, serta perlu mengkaji secara mendalam mengenai sesuatu amalan sebelum melakukannya.
Beliau berkata terdapat banyak amalan lain dalam Islam yang boleh dilakukan bagi menjaga kesihatan dan mendapatkan ketenangan termasuk mengamalkan sembahyang dan berzikir.
Yoga merupakan satu pakej senaman yang telah diamalkan sejak 3,000 tahun sebelum Masihi dan dikatakan boleh melambatkan penuaan, mengurangkan risiko kencing manis, lelah dan penyakit jantung. - mks._sumber harakahdaily

DATO’ KHAZALI DATUK BANDAR BANDARAYA ALOR STAR
Oleh: AMELIA HASHIM
Amelia@kedah.gov.my

ALOR STAR, 30 November: Pegawai Daerah Kuala Muda Dato' Haji Khazali Haji Din telah dilantik menjadi Datuk Bandar Bandaraya Alor Star mulai 1Disember ini bersamaan 3 Zulhijjah 1429. Istiadat pelantikan berlangsung di Istana Anak Bukit oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah.

Sebelum itu Ketua Istiadat YB Dato' Wira Haji Syed Unan Mashri menghadap KDYMM Tuanku Sultan mempersembah maklum memohon izin memulakan istiadat. Diikuti perarakan masuk pemegang Al-Quran dan cokma Majlis Bandaraya Alor Star.

Selepas itu Datuk Bandar mengangkat sumpah disusuli dengan menandatangani penerimaan pelantikan. KDYMM Tuanku Sultan Kedah perkenan menyampaikaan Watikah Pelantikan Datuk Bandar di sudahi dengan bacaan doa.

Dato' Haji Khazali dilahirkan di Kampung Nongka, Mukim Hosba Jitra pada 7 Februari 1955 dan mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Hosba kemudian Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim JItra.

Beliau lulusan Ijabzah Sarjana Muda Ekonomi dari Universiti Kebnagsaan Malaysia pada tahun 1979 dan memulakan kerjaya sebagai Pegawai Tadbir Bahagian Pemperosesan Data di Ibu Pejabat FELDA Kuala Lumpur sehingga Disember 1979.

Kemudian beliau skim Perkhidmatan Tadbir Negeri Kedah pada 1 Januari 1980 di Pejabat Daerah Bandar Baharu Kedah sebagai Penolong Pegawai Daerah 11 sehingga Oktober 1983 sebelum ditukatrkan ke Pejabat Srtiausaha Kerajaan Negeri Kedah sebagai Penolong Setiausaha Kerajaan (Cawangan Am).

Pada 1 Ogos 1987 beliau ditukar ke Pejabat Daerah Kota Star sebagai Ketua Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan) dan terpilih menghadiri Kursus Plainning dan Management of Rural Development di bawah rancangan hadiah Latihan Jabatan Perkhidmatan Awam di United Kingdom selama tiga bulan pada tahun 1990.

Pada 2 November 1991 beliau dipindahkan ke Unit Perancang Ekonomi (UPEN) sebagai Ketua Penolong Pengarah dan mendapat peluang sekali lagi mengkuti kursus jangka pendek selama empat bulan di Institute of Social Studies, The Denhague di Netherland biaya United Nation Development Programme (UNDP) pada tahun 1994.

Pada 1 Disember 1996 menjadi Bendahari Negeri Kedah kemudian dipinjamkan sebagai Pengurus Besar Samak Aquaculture Sdn Bhd mulai 15 Mei 1997 sehingga Mei 2000. Berikutnya beliau dipindahkan pula ke Yayasan Islam Negeri Kedah sebagai Pengurus Besar pada 2001 . Di sini beliau sempat mengikuti kursus Pentadbiran Perniagaan Universiti Utara Malaysia selama dua tahun dan mendapat Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan pada 2003. Pada 1 Mei 2004 beliau kembali sekali lagi ke Samak Aquaculture Sdn Bhd sebagai Ketua Pegawai Operasi sehingga Ogos 2007. Jawatan terakhir ialah sebagai Pegawai Daerah Kuala Muda.

Sepanjang Perkhidmatan ini beliau mendapat anugerah Bintang Cemerlang Kedah (BCK) 1991, Ahli Mahkota Kedah (AMK) 1995 dan Dato' Setia Diraja Kedah (DSDK) pada 2008 oleh KDYMM Tuanku Sultan Kedah.


























oleh. Mohd Azam Hj Awang (Pak Tam)

Alor Mengkudu: Pertandingan Futsal Piala DR Ismail Salleh yang diadakan di Gelanggang Sukan SAGA Spot Planet mendapat sambutan yang menggalakan daripada golongan remaja dan belia dalam DUN Alor Mengkudu.

Program anjuran PKWR yang bermula pada jam 9.30 pagi itu diadakan secara tertutup disertai oleh golongan belia kampong dan komuniti DUN Alor Mengkudu dan sebanyak 29 pasukan turut mengambil bahagian

Ketika berucap pada pembukaan program berkenaan, YB Dr Ismail Salleh berharap dan berjanji akan berusaha menjadikan aktiviti ini sebagai program tahunan selain daripada sukan sepak raga, badminton dan sukan yang lain.

“ saya berjanji akan memberikan perhatian kepada aktiviti seumpama ini dan amat berharap ianya dapat di teruskan dari masa kesemasa’, ujarnya

“ saya juga berharap aktiviti ini dapat menunaikan tuntutan remaja dan para belia kususnya bagi memenuhi aktiviti remaja supaya remaja tidak terjebak pada aktiviti yang tidak berfaedah dan berharap agar sambutan sebegini dapat di teruskan, tambah beliau.

Pertandingan secara liga pada pusingan pertama dan kalah mati pada pusingan kedua, itu disandang oleh pasukan Public FT sebagai johan, Pasukan PKWR Futsal Team naib johan manakala tempat ketiga di sandang oleh Pasukan WNS Team dan tempat keempat oleh Pasukan T,T,H,J (B) itu berakhir jam 6 petang.

Hadiah di sampaikan sendiri oleh YB Dr Ismail Salleh yang juga Wakil Rakyat ADUN Alor Mengkudu berupa piala iringan dan wang tunai kepada para peserta yang mengambil bahagian.


Tamat

Isnin, 24 November 2008

Isu Babi : Rasional Keputusan Pas kedah

Oleh baskaro

"Kerajaan baru Kedah di bawah Ustz. Azizan dilihat melakukan tindakan yang bijak di dalam menangani isu cadangan kawasan penternakan babi di Bukit Selambau, Mukim Teloi Kiri, Daerah Kuala Muda.

Seperti yang diketahui umum, projek tersebut telahpun memperoleh kelulusan dari kerajaan negeri yg sebelumnya iaitu di bawah Mahathir Khalid yang dilakukan tanpa mengira sensitiviti penduduk setempat, alam sekitar serta dasar perancangan sediada yang menyebut kawasan tersebut adalah merupakan kawasan pertanian getah dan kelapa sawit.

Dengan beranggapan projek tersebut akan berjalan dengan lancar tanpa gangguan dan kerajaan BN kedah mampu memperolehi kemenangan majoriti dalam PRU12 mungkin antara sebab kenapa ia mendapat restu kerajaan negeri terdahulu.Tewasnya BN pada PRU12, telah membuka pekong yg lama cuba ditutup. Seperti juga kes kawasan menternak babi di Sepang yg telah mendapat kelulusan dari kerajaan Khir Toyo sebelumnya, kerajaan baru terpaksa meneruskan projek tersebut memandangkan ia telah memperoleh kelulusan dari kerajaan Kedah. Isu ini menjadi begitu hangat dan menjadi senjata utama BN untuk memperlekehkan ustaz Azizan dan rakyat kedah. Sepanjang minggu ini sahaja ia menjadi topik utama akhbar2 perdana dan headline dalam Buletin utama TV3 untuk menghentam kerajaan PAS Kedah iaitu cakap tak serupa bikin dan sebagainya.

Kebijaksanaan kerajaan PAS boleh dilihat daripada tindakan mereka menyerahkan kepada pihak yang bertanggungjawab seperti rakyat marhaen atau jabatan teknikal bagi menentukan kedayahidupan projek ini untuk diteruskan. Ia sekaligus akan mengelakkan kerajaan negeri disaman oleh pihak yg terlibat sekiranya kelulusan tersebut ditarik balik,kerana kerajaan negeri telah mengingkari syarat kelulusan yang telah diberikan oleh kerajaan sebelumnya. Ini boleh mengakibatkan kerajaan negeri di saman ribuan atau boleh jadi jutaan ringgit duit rakyat seperti yang berlaku kepada kerajaan Adnan Yaakob di Pahang.

Respon terbaru menunjukkan Jabatan veterinar dan jabatan alam sekitar negeri kedah tidak menyokong projek tersbut diteruskan atas sebab2 teknikal dan sebagainya. Ini menjadi alasan kukuh bagi kerajaan menolak projek tersebut daripada berlaku di negeri Kedah utk sementara waktu tanpa perlu berhadapan dengan tindakan undang2 dan sebagainya kerana tanpa sokongan jabatan teknikal dan kebenaran dari orang ramai di sekitarnya, sesuatu projek itu boleh ditarik balik kelulusannya atas sebab2 kacau ganggu, keselamatan, alam sekitar dan sebagainya oleh Pihak Berkuasa Negeri.......bak kata orang menarik rambut dalam tepung, tepung jangan berserak, rambut jangan putus.....................

Cuma yang menghairankan, bagaimana projek tersebut mendapat kelulusan dari kerajaan yang terdahulu sedangkan rakyat dan jabatan teknikal begitu menentang kehadirannya di Bukit Selambau dan mungkin juga di Sepang. Dimana ketelusan dan keprihatinan kerajaan BN di dalam memperjuangkan nasib rakyat dan kaum melayu yang majoritinya menghuni sekitar kawasan tersebut. Ini di tambah dengan cadangan jalan utama terus dari sg.petani-bukit selambau-kulim yg sudah tentu akan membelah ladang ternakan babi tersebut menjadikan babi sebagai tatapan umum utama sepanjang perjalanan di Bukit Selambau.........

Tepuk Dada Tanya Iman..........
Sunday, November 23, 2008

Niat Jahat Stesyen TV terhadap Kerajaan Negeri Kedah
Oleh: AMELIA HASHIM
ALOR STAR, 20 Oktober: Nampaknya Sistem Telivisyen Malaysia Berhad(TV 3) dalam siaran beritanya mempunyai niat jahat terhadapnegeri-negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat. Media ini seperti ularyang sentiasa menunggu peluang untuk menyebarkan virusnya untukmenimbulkan kemarahan rakyat terhadap kerajaan yang memerintahsekarang.
Di dalam jawapan bertulis muka surat 29 pada Sidang Dewan UndanganNegeri Kedah ke 12 yang dikeluarkan kemarin menyatakan Kerajaan Nngerihanya akan membuka ladang babi moden secara berpusat di Bukit Selambausekiranya tidak mendapat bantahan daripada penduduk tempatan.Sedangkan TV3 dalam Buletin Utamanya melaporkan Kerajaan Kedah akanmengikut jejak Selangor dan Perak mengadakan ladang ternak haiwanberkenaan.
Jawapan yang diputar oleh TV3 ini bagi menjawab soalan Ahli DewanUndangan Negeri (ADUN) Bakar Bata YB Dato' Paduka Ahmad Bashah MdHanipah yang ingin tahu sama ada Kerajaan Negeri mempunyai perancanganuntuk membuka ladang menternak babi secara komersial bagi menampungkeperluan daging haiwan tersebut bagi Kedah dan Pulau Pinang.
Kerajaan Negeri hanya merancang untuk membuka ladang menternak babibersistematik (modern pig farming area) jika tidak ada bantahanpenduduk setempat. di Bukit Selambau yang telah dilulusskan olehkerajaan Barisan Nasional dahulu (Surat UPEN (K) 707 SK.4() bertarikh4 Disember 2007. bertajuk :' Keputusan Majlis Mesyuarat KerajaanNegeri Kedah (MMK) mengenai ladangan masa depan industri ternakankhinzir di Negeri Kedah Darul Aman.
Kawasan seluas 407 ekar di Bukit Selambau hanya menghadkan sebanyak46,000 ekor haiwan berkenaan yang mengsyaratkan kepada syarikatberkenaan secara 'close house system dengan zero discharged.
Untuk jaminan keselamatan pendudduk sekitar, Kerajaan BN pada masa itutelah mewujudkan Enakmen Pengawalan Penternakan Babi Bil 21 Tahun 1991yang telah diluluskan oleh Kerajaan ketika itu pada 11 Ogos 1991 padaMesyuarat Dewan Undangan Negeri..
Thursday, November 20, 2008

BAJET 2009 SEBNYAK RM1.28 BILLION

Oleh: WADIASSOFI JAAFAR
ALOR STAR, 18 November: Kerajaan Negeri mencadangkan sejumlah RM1,287, 492,417 diperuntukkan di dalam Bajet Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman pada tahun 2009 dan bajet tahun 2009 dirangka dengan mengambil kira kedudukan kewangan semasa, anggaran hasil serta keperluan perbelanjaan mengurus, pembangunan dan bekalan air.
Menteri Besar, YAB. Dato' Seri Ustaz Azizan Abdul Razak berkata dalam Ucapan Bajet 2009 di Dewan Mesyuarat Dewan Undangan Negeri. Hasil Kerajaan Negeri pada tahun 2009 dianggarkan sebanyak RM487,478,010 berbanding RM484,955,785 pada tahun 2008 dan ini menunjukkan terdapat kenaikan hasil sebanyak 0.5 peratus.
Menurutnya, sumber hasil Kerajaan Negeri adalah daripada hasil cukai yang dianggarkan berjumlah RM261,403,530, hasil bukan cukai sebanyak RM57,902,310 dan terimaan bukan hasil sebanyak RM168,172,170.
"Sebanyak 39 peratus daripada anggaran bajet tahun 2009 akan digunakan untuk perbelanjaan mengurus yang berjumlah RM505,007,757 berbanding RM502,922,751 pada tahun 2008 dan ini menunjukkan kenaikan sebanyak 0.4 peratus," jelasnya.
Beliau berkata, daripada jumlah itu, kira-kira 41 peratus atau pun RM206,749,498 akan digunakan untuk bayaran emolument kakitangan Kerajaan Negeri dan sebanyak 19 peratus atau RM96,281,597 disediakan untuk bayaran perkhidmatan dan bekalan, RM185,423,020 atau 37 peratus disediakan untuk pemberian dan kenaan bayaran tetap manakala pembelian aset sebanyak RM6,382,238 dan lain-lain perbelanjaan berjumlah RM10,171,404.
Ujarnya, bagi melaksanakan pelbagai projek pembangunan yang disusun rapi, kerajaan mencadangkan anggaran pembangunan diperuntukkan sebanyak RM425,990,370 berbanding anggaran peruntukan tahun 2008 sebanyak RM277,640,580 manakala anggaran pembangunan tahun 2009 meliputi kumpulan wang pembangunan negeri berjumlah RM250,490,320 dan pinjaman daripada Kerajaan Persekutuan berjumlah RM175,500,050.
Beliau berkata demikian pada majlis Istiadat Pembukaan Mesyuarat Bajet 2008 Penggal Yang Pertama Dewan Undangan Negeri Kedah Darul Aman Yang Kedua Belas di Wisma Darul Aman, di sini.
Berdasarkan agihan peruntukan mengikut aktiviti, katanya, Kerajaan Negeri memaklumkan peruntukan untuk infrastruktur disediakan sebanyak RM314.7 juta atau pun 73.88 peratus, diikuti oleh pertanian sebanyak RM29 juta atau 6.82 peratus, kemasyarakatan (sebanyak RM5.6 juta), pentadbiran (sebanyak RM65.4 juta), sukan (sebanyak RM0.8 juta), ICT (sebanyak RM2 juta) dan pelancongan (sebanyak RM8.3 juta).
Tambahnya, bagi anggaran bekalan air, Kerajaan memperuntukkan sebanyak 28 peratus iaitu sebanyak RM356,494,290 dan anggaran ini adalah meningkat sebanyak dua peratus daripada anggaran tahun 2008.
Posted by Warta Darul Aman Daily at 2:46 PM
Thursday, November 20, 2008

KDYMM TUANKU RASMI SIDANG DUN KE 12

Oleh: WADIASSOFI JAAFAR
ALOR STAR, 18 November: Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Tuanku Sultan Kedah berkenan berangkat ke majlis Istiadat Pembukaan Mesyuarat Bajet 2009 Penggal Yang Pertama Dewan Undangan Negeri Kedah Darul Aman Yang Ke 12 di perkarangan Wisma Darul Aman, di sini.
Menyambut keberangkatan KDYMM Tuanku Sultan Kedah ialah Menteri Besar, YAB Dato' Seri Ustaz Azizan Abdul Razak dan isteri, YABhg. To' Puan Hajah Faikah Sheikh Hamzah.
Berangkat sama ialah Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Kedah, YTM Tunku Laksamana dan YABhg. Toh Puan Laksama, YTM Tunku Temenggong dan YABhg. Toh Puan Temenggong, YTM Tunku Bendahara dan YABhg. Toh Puan Bendahara Yang Teramat Mulia (YTM) Dato' Seri Tunku Puteri Intan Safinaz dan YTM Dato' Seri Diraja Tunku Soraya,
Hadir sama ialah Speaker Dewan Undangan Negeri, YB. Dr. Abd. Isa Ismail; Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (EXCO), Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN); Setiausaha Kerajaan Negeri, YB. Dato' Bijaya Indera Dato' Paduka Haji Syed Unan Mashri Syed Abdullah Shahabudin; Pegawai Kewangan Negeri, YB. Dato' Seraja Setia Dato' Wira Hj. Rasli Basir dan Penasihat Undang-Undang Negeri, YB. Dato' Zakiah Kassim.
Majlis dimulakan dengan KDYMM Tuanku Sultan Kedah berangkat ke Pentas Diraja dan Kawalan Kehormatan menyembahkan "Hormat Diraja" dan lagu "Allah Selamat Sultan" dimainkKan dan bendera Peribadi KDYMM Tuanku Sultan Kedah dikibarkan.
Ketua Pasukan Kawalan Kehormatan mara ke hadapan memohon limpah perkenan KDYMM Tuanku Sultan Kedah berangkat untuk memeriksa Pasukan Kawalan Kehormatan dari Batalion Satu, Pasukan Gerak Am (PGA) Ulu Kinta, Perak dengan kekuatan 130 anggota.
Selepas memeriksa Pasukan Kawalan Kehormatan, KDYMM Tuanku Sultan Kedah berangkat semula ke Pentas Diraja dan Pasukan Kawalan Kehormatan menyembahkan "Hormat Diraja" dan lagu "Allah Selamat Sultan" dimainkan.
KDYMM Tuanku Sultan Kedah berangkat ke bilik istirehat di Wisma Darul Aman sebelum berangkat ke Dewan Mesyuarat Dewan Undangan Negeri untuk menyampaikan Titah Ucapan dasar 2009.
Monday, November 24, 2008

Kenyataan Akhbar Isu Babi oleh Pejabat MB
Kenyataan Akhbar
Isu Babi: Jawapan Kepada RTM & TV3
Saya merujuk kepada siaran berita RTM di TV1 sekitar jam 1.00 petang19 November 2008 dan siaran Buletin Utama TV3 jam 8.00 malam 19November 2008.
Kedua-dua siaran tv ini melaporkan bahawa Kerajaan Negeri Kedah bakalmembuka sebuah ladang ternakan babi di Kedah.
Saya ingin tegaskan bahawa kedua-dua berita tersebut adalah satupembohongan dan telah memutarbelitkan fakta seperti yang tercatatdalam buku Jawapan Bertulis Mesyuarat Keempat Penggal Pertama DewanUndangan Negeri Kedua Belas (Mesyuarat Bajet 2009).
Siaran berita tersebut hanyalah berbentuk jahat untuk menjatuhkan namabaik Kerajaan Negeri Kedah dan menghasut rakyat untuk bencikanKerajaan dan berbentuk provokasi.
Sebagai makluman pembukaan ladang itu hanya akan berlaku jika terdapataduan kacau ganggu di ladang-ladang yang sedia ada.
Selebihnya, keputusan tersebut telah dibuat oleh Kerajaan terdahulumelalui surat UPEN (K) 707 SK.4 ( ) bertarikh 4 Disember 2007bertajuk: "Keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah (MMK)Mengenai Ladangan Masa Depan Industri Ternakan Khinzir di Negeri KedahDarul Aman.
Sekalipun telah dijelaskan dalam sesi penggulungan Sidang Bajet pada20 November dan sidang akhbar pada hari yang sama oleh Menteri Besar,Dato' Seri Ustaz Azizan Abdul Razak, bahawa ini adalah keputusanKerajaan terdahulu (Barisan Nasional) bagaimanapun TV3 khususnya masihmenggunakan perkataan 'hasrat Kerajaan PAS Kedah membuka ladang babi'.
Bagi saya ia jelas satu pembohongan fakta yang amat jelas oleh stesyentelevisyen swasta berkenaan dalam siarannya pada 20 dan 21 Novembermelalui slot Buletin Utama.
Saya juga ingin menjelaskan bahawa dalam sidang akhbar, Menteri Besarjuga telah memberitahu bahawa beliau dan Kerajaan Negeri PakatanRakyat menghormati keputusan Kerajaan terdahulu (BN) bertarikh 4Disember 2007 itu dan setelah mendapat nasihat daripada pihakVertarina negeri, pihaknya belum lagi memutuskan tempat atau bilaladang berpusat itu akan dibina.
Pembinaan ladang ternakan itu katanya, adalah untuk kebaikan semuapihak untuk mengelakkan sebarang kemungkinan masalah sepertipencemaran, bau busuk dan seumpamanya.
Menurut Ustaz Azizan, bukan hanya ladang babi, jika terdapat ladangayam, lembu, kambing, kerbau sekalipun telah menimbulkan keresahanrakyat, maka ladang tersebut akan dipindahkan.
Dari penjelasan itu, amat jelas bahawa Kerajaan Negeri memikirkan satutempat dan kaedah terbaik untuk mengatasi permasalahan yang mungkinatau telah wujud berpunca dari ladang ternakan tersebut.
Adalah di luar dari jangkauan pemikiran saya jika pemberita TV3 Kedahlebih suka melihat ladang babi dibina berdekatan kawasan perumahanjika dibandingkan dengan usaha Kerajaan Negeri untuk memindah danmemusatkan ladang dan sembelihan di satu kawasan yang jauh darikawasan penempatan penduduk.
Saya juga menjangkakan, jika ladang baru itu nanti terbina sekalipunjauh dari kawasan penempatan, sekali lagi akan ada pihak memainkan isubahawa Kerajaan Pakatan Rakyat telah membina ladang ternakan babi yangluas, jika andaian saya ini benar-benar berlaku, sahlah bahawa beritaberkenaan bukannya membela hak dan kepentingan rakyat tetapi ia lebihmembela hak binatang ternakan tersebut kerana telah dipinggirkan danditempatkan di kawasan yang terpencil.
Mohd. Helmi Mohd. KhalidSetiausaha Akhbar kepadaYAB Menteri Besar Kedah Darul Aman
Posted by Warta Darul Aman Daily at 10:03 AM

Ahad, 23 November 2008

Bersama anak-anak tersayang

Nurul Hidayah dan Mohamad Imran




Nurul Raihanah,Nurul Sofia dan Muhammad Ansarullah.




Bersama dengan tiga dari anak-anak tersayang dalam satu majlis sedikit masa lalu.


Sabtu, 22 November 2008

Projek pusat ternakan babi dibatal

ALOR STAR-Projek pusat ternakan babi termoden di Bukit Selambau dibatalkan atas nasihat Jabatan Veterinar, kata Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak. Beliau berkata berdasarkan penyelidikan yang dijalankan, jabatan itu memberi nasihat kepada kerajaan negeri agar membatalkan projek berkenaan kerana kawasan itu tidak lagi sesuai. “Bukit Selambau didapati dikelilingi kayu kayan dan jumlah penduduknya ramai,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas menggulung perbahasan pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini.

Beliau bagaimanapun berkata kerajaan negeri kesal dengan laporan mengenai projek pusat ternakan babi termoden yang didakwanya diputarbelit stesen televisyen.

Isu mengenai kelulusan membina sebuah pusat ternakan babi termoden di Bukit Selambau sebenarnya tidak lagi timbul kerana ia telah diluluskan kerajaan Barisan Nasional (BN) pada Disember tahun lepas, katanya.

Kelmarin sebuah stesen televisyen swasta memetik jawapan bertulis pada sidang Dewan Undangan Negeri mengenai perkara itu, kononnya kerajaan negeri telah meluluskan projek pusat ternakan babi berkenaan.

Pada perkembangan lain, Azizan berkata kerajaan negeri akan terus bekerjasama dengan kerajaan pusat untuk membangunkan pulau Langkawi sebagai pusat pelancongan. Beliau berkata memandangkan perjanjian kerjasama dengan Lembaga Pembangunan Langkawi (Lada) iaitu sebuah agensi kerajaan pusat berakhir pada Mac 2010, kerajaan negeri sedia untuk berbincang semula dengan kerajaan pusat mengenai perkara itu.

Azizan turut melahirkan rasa kesalnya dengan beberapa agensi kerajaan pusat yang didakwa tidak memberi kerjasama kepada kerajaan negeri termasuk tidak membenarkan gambarnya sebagai Menteri Besar digantung dalam pejabat dan sekolah. “Sebuah jabatan juga tidak mahu memberi alat siaraya pada majlis yang dirasmikan saya. Peristiwa itu berlaku pada satu majlis penyampaian sijil di Baling tetapi tak apalah, kita beli sendiri alat tu (alat siaraya)”, katanya.

Sementara itu, Azizan berkata kerajaan negeri akan meneruskan hasrat menebang balak di kawasan Empangan Pedu kerana walaupun kerajaan pusat pada dasarnya berjanji untuk memberi pampasan RM100 juta supaya kawasan itu tidak diganggu, wang itu belum diterima. “Jika bagi RM100 juta kita tak usik la balak di kawasan itu tetapi jika tidak beri duit seperti yang dijanjikan, kita akan tetap potong dengan cara yang terbaik tanpa mencemarkan alam sekitar,” katanya.

APA MOTIF SEBENAR TV3???

oleh Aris Awang

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah dan Mengasihani.

"Hai orang yang beriman, janganlah kamu ambil menjadi rakan kepercayaanmu orang-orang yang diluar kalanganmu (kerana) mereka tidak henti-hentinya (menimbulkan) kemudaratan bagimu. Mereka menyukai apa yang menyusahkan kamu. Telah nyata kebencian dari mulut mereka, dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka lebih besar lagi. Sungguh telah Kami terangkan kepadamu ayat-ayat (Kami). jika kamu memahaminya."Ali-Imran 118

Jam 10.00 malam turun dari surau selepas mesyuarat khas PAS cawangan untuk persiapan ceramah Ust Nor Azli Musa, DPP Perak dan YB Nasir Zakaria, MP Padang Terap di kampung aku(Kg Baru, Tambak Bunga), aku bergegas kerumah mak dengan motor untuk ambil isteri yang aku hantar ketika nak pergi solat Maghrib di surau.Isteri ku terus membonceng di belakang motor, sampai dirumah dia terus cerita mengenai TV3 siarkan sedutan kertas soalan Taklimat Pengurusan dan Pentabiran Kerajaan Negeri Kedah yang diadakan pada Jumaat 14 Nov 2008.

Menyebut bahawa kertas tersebut di berikan kepada mereka (TV3) oleh seorang YB.Ngungam..... ngungam... dia dok cerita..... apa yang TV3 siar.... aku masuk dalam bilik bacaan terus cari kertas soalan yang diserahkan oleh Ust Fakhruzzaman Hj Jamil, (Ust Man) Setiausaha Penerangan PAS Kedah ketika taklimat berlangsung kerana aku ialah AJK Badan Perhubungan PAS Negeri Kedah. Ada ....lega, kertas tu terhad pesan Ust Man.Aku cuba nak buka internet untuk tengok kembali siaran TV3, tapi bila tengok jam sudah jam 11.13 malam, tak jadi nak layarinya kerana masa nak masuk bengkel kuih dah dekat.Pergi ambil wudhuk, solat hajat 2 rakaat, terus pecut motor pergi ke bengkel kuih dekat rumah mak aku.

Sambil otak dok berligar pasai apa TV3 siar soalan-soalan tu dan siapa yang bagi.Otak tetap berligar masa adun tepung.... terus berligar lagi masa canai adunan.... terus berligar lagi masa bahagi dough.... terus berligar masa potong pastri........ sedar-sedar pukul 2.30 pagi. Kerja peringkat pertama selesai.... pembantu-pembantu pula lah yang akan sambung.Cuci semua peralatan..... susun pastri untuk di sambung tugas oleh pembantu-pembantu. Start motor.... sampai rumah mandi, mengadap Tuhan sekejap. Buka internet cari berita TV3, tentang berita yang dicerita oleh isteri aku..... tak jumpa..... sebab tengok cara lompat-lompat.Otak masih berfikir apa motif TV3 siarkan soalan tersebut, yang kononnya akan ada sambungan lagi esok. Program taklimat yang dibuat adalah program tertutup, hantu kejadah mana yang masuk.

Program tu pula adalah program yang disusun oleh PAS Kedah dan memang minta supaya setiap kawasan memberi soalan, cadangan dan komentar terhadap pentadbiran kerajaan Negeri Kedah yang diperintah oleh Pakatan Rakyat secara bertulis agar ada pertanggung jawaban. Tanyalah apa nak tanya... cadanglah apa nak cadang.... komenlah apa nak komen... pemimpin nak tengok dan selepas itu akan ambil mana yang baik dan perjelaskan mana yang mungkin salah persepsi. Benda biasa....Budaya ingat mengingat, tegur menegur, muhasabah adalah budaya dalam PAS yang disemai sejak dahulu lagi...... biasa sahaja. Kadang-kadang pedas... kadang manis.... kadang masin... kadang-kadang masam.

Otak aku masih berligar apa motif kononnya YB yang bagi soalan tu pada TV3? Dan apakah motif TV3 siarkan?Apakah ianya bermotif untuk menakutkan pemimpin dan ahli PAS meneruskan budaya sihat bermuhasabah antara satu sama lain. Kerana kalau buat lagi program macam hari Jumaat itu maka akan keluar lagi dalam TV3, RTM, NTV7, TV8, ASTRO dsb yang akan menyebabkan konon PAS malu?Aku rasa, jika orang yang memberikan kepada TV3 atau TV3 curi merasakan itu adalah salah satu strategi untuk tidak lagi membenarkan PAS menyuburkan budaya muhasabah adalah silap, kerana kami berpegang kepada fahaman 'Agama itu Nasihat'.Kami memilih perjuangan menegakkanIslam melalui PAS ialah kerana demi menyempurnakan ketaqwaan kepada Allah dan kebaktian kepada sesama manusia, tidak lebih dan kurang dari itu.... dan kami merasakan inilah minda kelas pertama. Setiap ahli PAS akan terus peka dalam setiap denyut nadi perjuangan agar terus berada diatas landasan siratalmustaqim dan rakyat terus terbela samada ketika BN atau Pakatan Rakyat memerintah, kami tetap setia dengan Islam dan golongan tertindas.Kami tidak akan menjadi seperti ahli UMNO, ketika kenderaan tayar kempis, masing-masing mengatakan, tak apa tayar je yang kempis. Ketika kenderaan sudah melelong kesana sini, mereka mengata tidak apa, baru melelong, ketika kenderaan menuju gaung, mereka mengatakan tak apa drebar cekap, akhirnya apa yang berlaku UMNO punah ranah terjun gaung, dan sudah tidak mampu untuk diselamatkan lagi.Aku secara individu sebaik sahaja selesai menulis artikel ini akan mengadakan solat hajat khusus memohon agar individu-individu yang cuba melakukan ganggu gugat kepada perjuangan menegakkan Islam yang syumul dibumi Allah ini akan diberi balasan yang setimpal oleh Allah swt sejak didunia ini lagi.

Maaf aku serius...... 4.24 pagi.Khusus untuk pemuda dan pemudi ku teruskan budaya muhasabah antara sesama kita, kerana budaya ini adalah budaya yang telah menguatkan kita dan mengukuhkan ukhwah kita. Saidina Umar r.a pernah memberi hadiah kepada sahabat yang memberi nasihat kepadanya. Tanpa kita kekalkan budaya ini tunggulah saat kehancuran seperti yang berlaku kepada umat terdahulu, dan yang paling dekat ialah UMNO.

Dan kepada rakyat Kedah ingin kami beritahu, inilah kami ahli dan pemimpin PAS tetap akan memastikan kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Kedah terus berada dilandasan yang betul untuk membela kepentingan rakyat dan tidak akan teragak-agak menegur sesiapa sahaja yang dirasa sudah sampai masanya wajar ditegur.Kalau motif TV3 nak melemahkan kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Kedah, rasanya dia silap banyak kerana dengan tersiarnya soalan dan muhasabah tersebut menunjukkan bahawa PAS lebih terkehadapan jauh dari UMNO dalam menjaga ketulusan dan ketelusan pemerintahan.Cukup... dulu... masih belum jumpa apa motif yang sebenarnya??? Aku akan cuba tanya Sdr Zulkifli Yahaya.

Isu ladang babi: RTM,TV3 berniat jahat terhadap Kedah

Mohd Khalil Abdullah Sat Nov 22, 08 2:51:45 pm MYT

KUALA LUMPUR, 22 Nov (Hrkh) - Media pro Umno-Barisan Nasional (BN) sekali lagi cuba menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat yang didukungi oleh PAS,KeADILan dan DAP.

Jika sebelum ini, media cetak memainkan peranan dengan menjadi agen penyebar dakyah dan permainan licik politik BN,kini media elektronik menjadi senjata apabila RTM dan TV3 cuba memutarbelitkan fakta untuk menjatuhkan nama baik Kerajaan Negeri Kedah.

Setiausaha Akhbar Menteri Besar Kedah, Mohd Helmi Mohd Khalid dalam satu kenyataannya kepada Harakahdaily hari ini mendedahkan bagaimana kerajaan Kedah dijadikan mangsa dengan corak pemberitaan yang memesongkan dan berniat jahat.

Menurutnya, siaran berita RTM di TV1 sekitar jam 1.00 petang 19 November 2008 dan siaran Buletin Utama TV3 jam 8.00 malam 19 November 2008 mendedahkan tembelang sebenar kedua-dua stesen televisyen tersebut apabila menyiarkan berita yang jauh terpesong dan berniat jahat.

"Kedua-dua siaran tv ini melaporkan bahawa Kerajaan Negeri Kedah bakal membuka sebuah ladang ternakan babi di Kedah.
"Saya ingin tegaskan bahawa kedua-dua berita tersebut adalah satu pembohongan dan telah memutarbelitkan fakta seperti yang tercatat dalam buku Jawapan Bertulis Mesyuarat Keempat Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri Kedua Belas (Mesyuarat Bajet 2009),"jelasnya.
Tambahnya,siaran berita tersebut hanyalah berbentuk jahat untuk menjatuhkan nama baik Kerajaan Negeri Kedah dan menghasut rakyat untuk bencikan Kerajaan dan berbentuk provokasi.

"Sebagai makluman pembukaan ladang itu hanya akan berlaku jika terdapat aduan kacau ganggu di ladang-ladang yang sedia ada.
"Selebihnya, keputusan tersebut telah dibuat oleh Kerajaan terdahulu melalui surat UPEN (K) 707 SK.4 ( ) bertarikh 4 Disember 2007 bertajuk: Keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah (MMK) Mengenai Ladangan Masa Depan Industri Ternakan Khinzir di Negeri Kedah Darul Aman,"katanya lagi.

Helmi juga mendedahkan,sekalipun telah dijelaskan dalam sesi penggulungan Sidang Bajet pada 20 November dan sidang akhbar pada hari yang sama oleh Menteri Besar, Dato' Seri Ustaz Azizan Abdul Razak, bahawa ini adalah keputusan Kerajaan terdahulu (Barisan Nasional) bagaimanapun TV3 khususnya masih menggunakan perkataan 'hasrat Kerajaan PAS Kedah membuka ladang babi'.

"Bagi saya ia jelas satu pembohongan fakta yang amat jelas oleh stesen televisyen swasta berkenaan dalam siarannya pada 20 dan 21 November melalui slot Buletin Utama.

"Saya juga ingin menjelaskan bahawa dalam sidang akhbar, Menteri Besar juga telah memberitahu bahawa beliau dan Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat menghormati keputusan Kerajaan terdahulu (BN) bertarikh 4 Disember 2007 itu dan setelah mendapat nasihat daripada pihak Vertarina negeri, pihaknya belum lagi memutuskan tempat atau bila ladang berpusat itu akan dibina,"jelasnya lagi.

Beliau juga menambah, bahawa Ustaz Azizan juga menyatakan pembinaan ladang ternakan itu adalah untuk kebaikan semua pihak untuk mengelakkan sebarang kemungkinan masalah seperti pencemaran, bau busuk dan seumpamanya.
Menurut Ustaz Azizan,kata Helmi, bukan hanya ladang babi, jika terdapat ladang ayam, lembu, kambing, kerbau sekalipun telah menimbulkan keresahan rakyat, maka ladang tersebut akan dipindahkan.

Oleh itu katanya, dari penjelasan itu, amat jelas bahawa Kerajaan Negeri memikirkan satu tempat dan kaedah terbaik untuk mengatasi permasalahan yang mungkin atau telah wujud berpunca dari ladang ternakan tersebut.

"Adalah di luar dari jangkauan pemikiran saya jika pemberita TV3 Kedah lebih suka melihat ladang babi dibina berdekatan kawasan perumahan jika dibandingkan dengan usaha Kerajaan Negeri untuk memindah dan memusatkan ladang dan sembelihan di satu kawasan yang jauh dari kawasan penempatan penduduk.

"Saya juga menjangkakan, jika ladang baru itu nanti terbina sekalipun jauh dari kawasan penempatan, sekali lagi akan ada pihak memainkan isu bahawa Kerajaan Pakatan Rakyat telah membina ladang ternakan babi yang luas, jika andaian saya ini benar-benar berlaku, sahlah bahawa berita berkenaan bukannya membela hak dan kepentingan rakyat tetapi ia lebih membela hak binatang ternakan tersebut kerana telah dipinggirkan dan ditempatkan di kawasan yang terpencil,"tegasnya.

Pimpinan Pakatan Rakyat kecam media pro Umno-BN

Sementara itu, baru-baru ini pemimpin Pakatan Rakyat, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Dato' Seri Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang sepakat mengecam konspirasi media pro Umno-BN yang sedang bertungkus lumus untuk menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat dengan menabur fitnah, adu-domba dan memainkan isu-isu sensitif bagi mengelirukan rakyat.

Selain untuk mencetuskan kemarahan rakyat, tindakan media pro Umno-BN itu juga bertujuan untuk menjatuhkan reputasi lima kerajaan Pakatan Rakyat yang dipimpin.
Perkara ini didedahkan oleh ketiga-tiga mereka pada 'Majlis Makan Malam dan Bengkel Mini Pakatan Rakyat' yang diadakan di Hotel De Palma, Ampang dekat sini baru-baru ini.
Presiden PAS dalam penegasannya bimbang peranan yang dimainkan oleh media arus perdana boleh mengancam kestabilan dan kemuafakatan parti-parti dalam Pakatan Rakyat sekiranya perkara ini tidak dapat dibendung dengan segera.

Kata beliau, peri pentingnya media telah dibuktikan oleh MCA dengan mengambil alih dua buah akhbar utama berbahasa Cina, Nyangyang Siang Pau dan Sin Chew Daily selepas pilihan raya kecil Lunas bagi menyekat sokongan orang-orang Cina terhadap pembangkang.
Sementara itu, Ketua Umum KeADILan menyifatkan media arus perdana bertindak 'kasar' dengan melaporkan isu-isu sensitif yang boleh mencetuskan perbalahan kaum dan agama seperti yang berlaku ke atas exco kerajaan Pakatan Rakyat Selangor, Teresa Kok dan Ronnie Liu serta editor Malaysia-today, Raja Petra Kamaruddin.

"Media sekarang ini mainkan isu perkauman. Bangkitkan isu agama. Seolah-olah terdapat pergeseran dikalangan pemimpin Pakatan Rakyat dan ini amat merbahaya," tegas Penasihat DAP, Lim Kit Siang.

Justeru itu, ketiga-tiga pemimpin mengingatkan rakyat agar tidak terpedaya dengan laporan-laporan berniat 'jahat' yang disiarkan oleh media cetak dan elektronik yang dikuasai Umno-BN.

- mks. _

Jumaat, 21 November 2008

Muhasabah: Pembinaan Peribadi Di Era Kemenangan

Oleh izali

"Sewaktu menang pemimpin dan pengikut adalah merupakan orang yang bertanggung jawab untuk mempertahankan kemenangan. Telahan lagi yang bernama pemimpin menjawat jawatan Menteri besar, exco, wakil rakyat. Kemenangan ini adalah kemenangan bersama dan wajib seluruh anggota mempertahankan kemenangan dan mengekalkan kemenangan untuk kita melaksanakan tanggungjawab kepada agama Allah SWT dalam kemampuan dan batasan yang ada.

Program tarbiah tidak tamat apabila kita sudah mencapai kemenangan, kerana ujian sewaktu menang lebih hebat daripada waktu tidak menang. Antara perkara yang perlu kita sama-sama lakukan dan titik beratkan dalam pembinaan peribadi pemimpin dan ahli ialah:

A. Muraqabah dengan Allah SWT

Semua di kalangan anggota parti mesti melakukan muraqabah dengan Allah, melalui amalan-amalan sunat, beruzlah (mengambil sedikit masa untuk tumpuan ibadah) dari kesibukan dunia untuk mendapat ketenangan dan memohon supaya Allah memberi kekuatan dalam menjalankan amanah. Inilah senjata yang paling utuh perlu diterap dalam jiwa para ahli terutama di kalangan pimpinan.

Caranya:

-Membanyakkan amalan fardiah supaya dapat membersihkan diri dan jiwa dengan membaca al-Quran, berzikir, solat sunat, puasa dan amalan-amalan yang boleh menjadi nilai tambah kepada kita. Godaan syaitan dan iblis cukup kuat untuk merosakkan perjuangan ketika kita menang.
-Muhasabah diri sendiri supaya dapat membuat penentuan hidup. Kata-kata Saidina Umar RA
Bermaksud
“Hitunglah diri kamu sebelum kamu dihitung dihadapan Allah SWT”

B. Qudwah hasanah

Suri contoh teladan yang baik adalah senjata yang paling berkesan untuk mengajak orang kepada perjuangan dan menyakinkan apa yang kita bawa. Kerana manusia lebih terpengaruh dengan bahasa perbuatan daripada bahasa lidah.
Kisah seorang Yahudi bernama Zaid bin Saanah memiliki hutang pada Rasulullah SAW dua atau tiga hari sebelum sampai tempoh pembayarannya, beliau dan beberapa sahabatnya bertindak dengan kasar dan caci nista untuk meminta hutang. Saidina Umar yang ada pada waktu itu hendak pancung si lelaki tersebut. Baginda SAW melarang sebaliknya menyuruh Saidina Umar menjelaskan hutang dan di tambah 20 gantang tamar. Maka yahudi itu hairan, dan bertanya kenapa? maka Saidina Umar memberi tahu sebagai ganti kepada perbuatanku yang telah menggerunkan engkau. Akhirnya Yahudi tersebut memeluk Islam dan sebahagian hartanya disedekah kepada umat Muhammad SAW.

Kita pernah dengar bagaimana seorang masuk Pas kerana melihat al-Marhum Ustaz Fadhil Nor sebagai Presiden Pas berbaris dengan orang ramai walaupun ada orang menjemput beliau memotong giliran.

Bagaimana orang hendak ikut kita sedangkan kita sendiri lemah yang tidak memaparkan akhlak yang tinggi. Kita tidak mahu orang menjauhi kerana tidak ada suri teladan yang baik, dengan ini mendatangkan rugi kepada jama’ah. Watak ini jangan ada seperti kita mengajak orang lain berjihad sedangkan ia tidak. Mengajak orang lain berkorban sedangkan beliau sendiri bakhil. Jika kita mahu mengajak orang lain mengutamakan orang lain maka kita perlu tunjukkan dahulu sebelum menyuruh orang lain. Mengajak anak orang, isteri orang lain untuk berjuang sedangkan keluarganya mendiamkan diri di rumah dan tidak memberi galakan kepada mereka untuk mempertahankan kemenangan.

Firman Allah SWT
“Mengapa kamu suruh orang lain (mengerjakan ) kebaikan sedangkan kamu melupakan diri kamu padahal kamu membaca al-Kitab (Taurat). Maka tidakkah kamu berfikir?” (al-Baqarah: 44)
Caranya:

-Banyak mengambil iktibar daripada akhlak Rasulullah SAW dan para sahabat sewaktu menang

-Banyak membaca kisah nabi-nabi SAW, para sahabat dan ulama’ serta pejuang-pejuang Islam
di seluruh dunia kerana ini akan memberi motivasi kepada jiwa kita untuk meniru mereka

-Jangan menunjuk lambang kemewahan, kerana orang benci terutama pengikut dan petugas kita di peringkat bawah. Kita bimbang jika jama’ah memerlukan wang kita tidak boleh beri wang sedangkan mereka melihat kita bergaya dengan kemewahan. Semua ini akan menghakis thiqah pengikut dan orang awam kepada kemenangan kita. Maka mereka menuduh kemenangan kita tidak mempunyai erti kepada perjuangan Islam. Bukan mustahil semangat mereka untuk bekerja kearah untuk mengekalkan kemenangan akan luntur. Kita tidak bimbang musuh benci kepada Pas, yang paling kita takut ialah apabila petugas marah dan tidak bekerja untuk mengekalkan kemenangan dalam PRU akan datang.

-Banyak muhasabah diri dan merasakan kelemahan yang terlalu banyak pada diri dan berusaha untuk meningkat

-Bersedia untuk menerima teguran, kerana kelemahan sendiri agak sukar untuk melihat dengan ini kita memerlukan orang lain yang memerhatikannya.

-Kena suruh anak dan isteri kita bertungkus lumus bersama dengan perjuangan untuk memasti kemenangan dikekalkan dengan ini mendorong petugas bertambah semangat untuk bekerja seperti baginda SAW bersama menggali parit ketika berlaku peperangan Ahzab dalam bulan syawal tahun 5 hijrah. Walaupun sahabat suruh baginda berehat, namun baginda tidak mahu berbuat demikian semata-mata untuk memberi semangat kepada sahabat yang lain dalam mempertahankan kota Madinah.

-Aurat anak isteri mesti dijaga, kerana ini adalah penilaian awal masyarakat kepada perjuangan kita. Memelihara aurat adalah lambang yang membezakan kita dengan perjuangan orang lain. Pakaian adalah tanggapan awal untuk orang thiqah dengan perjuangan yang kita bawa. Masyarakat akan tawar hati apabila ia melihat ketika berdegar-degar bercakap tentang Islam dan menyeru kepada perjuangan Islam, sedangkan anak isteri punya pakaian tidak melambangkan apa yang diucap.

Oleh : Ustaz Idris Haji Ahmad
Setiausaha Majlis Syura Ulama' PAS Pusat

http://idrisahmad.wordpress.com