Isnin, 29 September 2008

SALAM LEBARAN DI AIDIL FITRI



SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI
DARI KAMI WARGA ,,,,,,
URUSETIA PENERANGAN KERAJAAN NEGERI KEDAH DARUL AMAN
Salam Aidil Fitri, Salam Kemaafan kami pohonkan…
> Dari kami seluruh Warga Penerangan Kerajaan Negeri di Unit Penerangan dan Multimedia.
Kepada YB Dr Ismail Salleh dan kakitangan Pusat Khidmat disemua peringkat,
Muslimin/ Muslimat di mana sahaja anda berada terutama yang sering mengikuti
perkembangan Web ini.
Dalam kegembiraan menyambut satu shawal, jangan kita lupakan insan-insan yang memerlukan perhatian dan sumbangan kita
Ringankan tangan, hulurkan simpati kita,,semoga kegembiran dapat kita kecapi bersama MAAF ZAHIR BATIN dari ku jua ,,,,,,


Blogger anda rjwarta@yahoo,com

Sabtu, 27 September 2008

Perutusan AidilFitri dari MB

Sunday, September 28, 2008

PERUTUSAN AIDIL FITRI YAB MENTERI BESAR KEDAH DARUL AMAN

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
Bagi pihak kerajaan Negeri Kedah, saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, kepada rakyat negeri Kedah dan tidak ketinggalan kepada seluruh muslimin-muslimat di negara ini.
Aidil Fitri adalah hari kebesaran kurniaan Allah SWT setelah kita menunaikan ibadat puasa dalam masa sebulan, berjihad dan bermujahadah dengan mengerjakan ibadat dengan penuh ketaatan kepada Allah SWT, melakukan perkara yang disuruh dan meninggalkan perkara yang dilarang.
Ibadat yang melatih kita untuk menjadi orang-orang yang bertakwa kepada Allah Taala. Orang yang bertaqwa adalah mereka yang senantiasa mentaati perintah Allah dan amat takut untuk melakukan kejahatan.
Semoga ‘Madrasah Ramadhan 1429’ yang baru kita lalui ini akan menjadi ikhtibar untuk kita meneruskan amalan yang baik yang dilaksanakan sepanjang Ramadhan.
Setelah sebulan dalam bulan Ramadhan, kita bakal sama-sama menyambut hari kebesaran, iaitu Aidil Fitri.
Di sinilah letakkan penghujung atau kemuncak setelah kita berlapar dahaga, bersabar dengan cabaran Ramadhan, bermunajat di malam Ramadhan dan seumpamanya.
Segalanya bakal lenyap tanpa pahala jika kita alpa dan dilalaikan dengan sambutan Aidil Fitri yang terkeluar dari norma-norma Islam.
Islam menganjurkan kita memuji nama Allah apabila menjelangnya Syawal, memanjatkan rasa syukur kerana berjaya melalui ujian besar menghadapi Ramadhan serta bersedih kerana kita sudah terlepas daripada Ramadhan, bulan yang penuh rahmat.
Menyambut hari kemenangan ini tidak salah, tetapi yang salahnya adalah cara menyambut Aidil Fitri.
Kejayaan akan menjadi milik kita dengan pertolongan Allah swt sekiranya kita berjaya menzahirkan ketaqwaan dan keimanan yang kukuh.
Al Quran yang diturunkan pada bulan Ramadhan mestilah menjadi pegangan dan panduan kita untuk dibawa ketengah masyarakat bagi menyelamatkan mereka dari kesesatan dan kemusnahan dengan memimpin mereka ke arah kebenaran dan kesejahteraan yang sebenar.
Semoga dengan berkat Aidil Fitri kali ini, kita dapat mentautkan kembali tali silaturrahim sesama rakyat di negeri ini.
Saya yakin, kesempatan ini akan digunakan oleh rakyat dari berbilang bangsa untuk kunjung-mengunjung antara satu sama lain.
Teruskanlah budaya muhibbah ini, negeri ini milik kita, Kedah Sejahtera kerana kita.
Marilah pada kesempatan ini, kita membaharukan semangat untuk meningkatkan lagi kerja dan amal kita dalam meningkatkan ibadah kepada Allah SWT, menguatkan ukhuwah, persaudaraan di kalangan kita dengan ukhuwah iman dan Islam yang menyatukan umat Islam sehingga mereka tidak ada beza di antara satu sama lain.
Tidak ketinggalan untuk saya ucapkan selamat pulang berhari raya di negeri tercinta ini kepada anak-anak Kedah yang berada di perantauan.
“Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar takwa dan janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan kamu menjadi orang-orang Islam.” (Surah Ali Imran: 102)
Sekian, terima kasih.
Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar, walillah il-hamd.
Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak
Menteri Besar Negeri Kedah Darul Aman

Khamis, 25 September 2008

Sumbangan Raya Pas Kawasan Alor Star



Berikut adalah jadual penyampaian sumbangan Pas Kawasan Alor Star

1.Zon 1 : 24 Sept,9.00pagi di Mad Taklimiah Khairiah Tok Keling
2.Zon 2 : 24 Sept,3.00 petang di Madrasah Sribah Tok Sibil

3.Zon 3 : 25 Sept,3.00 petang di Laksa Gelam
4.Zon 4 : 26 Sept,9.00 pagi di Pasti Seberang Pumpong
5.Zon 5: 26 Sept,3.00 petang di Pasti Gunong Sali
6.Zon 6 : 27 Sept,9.00 pagi di Markas Pas Batu 2
7.Zon 7 : 27 Sept,3.00 petang di PKWR Alor Mengkudu
8.Zon 8 : 27 Sept,3.00 petang di Surau kampung Mempelam

MUNAJAT BERSAMA DATO' DR HARUN DIN


Tarikh : Jumaat
26 September
2008

Masa : 10.00 malam

Tempat : Masjid Jalan Sultanah

Penyampai Tazkirah : Dato' Dr Harun Din
Tuan Haji Mohamad Azmi bin Hamid

Anjuran : WEHDAH dan Urusetia Penerangan Negeri Kedah

Semua muslimin dan muslimat dijemput hadir.

Selasa, 23 September 2008

MB tetap bertugas walaupun di katil hospital


Oleh: SITI ZALEHA ABDUL RAHIM

ALOR STAR – Tidak dapat disangkal lagi kepimpinan Menteri Besar kita,YAB Dato' Seri Azizan Abdul Razak seorang yang bertanggungjawab danberdedikasi dalam memikul tanggungjawabnya dalam menerajui KerajaanNegeri.
Walaupun beliau sedang dirawat di Hospital Sultanah Bahiyah, beliautetap menjalankan tugasnya selagi yang termampu bagi memastikandasar-dasar Kerajaan Negeri berjalan dengan lancar, di mana Setiausaha Sulit beliau, Encik Helmi Yahya membawa beberapa dokumen yang perlu ditandatangani dan disemak oleh YAB Dato' Seri.

Dengan sifatnya yang ramah dan suka dengan kunjungan orang, melayani tetamu-tetamu yang datang melawat beliau dengan ramah walaupun masih dalam rawatan. Tetamu yang datang tidak akan berkecil hati kerana YABDato' Seri Azizan Abdul Razak akan melayani sesiapa sahaja yang datangmelawat beliau tanpa mengira kedudukan dan pangkat.

Beliau dimasukkan ke wad Hospital Sultanah Bahiyah selepas menjalani pembedahan kecil di bahagian matanya. Sehingga kini, matanya berada dalam keadaan yang stabil dan beliau dijangka keluar hospital sebelum Hari Raya Aidil Fitri.

Sumbangan Raya di Premis Lan Jan







Alor Star,23 september:

Satu majlis sumbangan barangan makanan harian dan duit telah diadakan di Premis baru Tuan Haji Azlan Jan di Gunong Sali,Mergong.

Seramai 50 orang yang tidak bernasib baik telah menerima sumbangan tersebut.Mereka terdiri dari penduduk tempatan Gunong Sali dari dari kampung-kampung yang berdekatan.Turut hadir dalam majlis ini ialah pelajar-pelajar sekolah dari Maktab Mahmud Pokok Sena,Madrasah Taklimiah Tok Keling dan pelajar-pelajat dari Tahfiz batu 2.
Program ini diadakan sempena dengan perasmian pembukaan premis baru Tuan Haji Azlan,pemilik Syarikat Percetakan Angkatan Edaran Sdn Bhd yang beribu pejabat di Shah Alam.Ia bermula denagn sumbangna Aidil Fitri,bacaan Yasin dan doa selamat,Majlis berbuka puasa dan berakhir dengan sembahyang Tarawih.

Sumbangan telah disampaikan oleh Exco Kerajaan negeri,YB Dr Ismail Salleh dan ADUN Kubang Rotan,YB Mohd Nasir Mustafa.Penganjur bersama majlis ini adalan Pas Kawasan Alor Star.

Isnin, 22 September 2008

Sumbangan PIKAT kepada pesakit HSB




Alor Star,22 September:

Sempena dengan bulan mulia Ramadhan dan Syawal yang akan tiba tidak lama lagi,persatuan isteri-isteri wakil rakyat(PIKAT) hari ini telah menyampaikan sumbangan berbentuk barang makanan dan duit raya kepada pesakit-pesakit di Hospital Sultanah Bahiyah.

PIKAT yang diketuai oleh pengerusinya,Toh Puan Faeqah Sheikh Hamzah bersama dengan ahli-ahli yang lain telah menyampaikan sumbangan itu kepada 180 orang pesakit di enam wad yang berbeza.

Turut serta dalam rombongan itu ialah EXCO kesihatan YB Dr Ismail Salleh dan EXCO Kerajaan Negeri YB Encik Arumugam.

Ahad, 21 September 2008

Ceramah Nuzul Quran Mohd Sabu







Alor Mengkudu,20 September:

Satu ceramah telah diadakan di perkarangan Sekolah Al-Taklimiyah Tok Keling oleh Naib Presiden Pas,Tuan Haji Mohd Sabu.

Program yang bermula pada jam 10 malam selepas sembahyang Tarawih itu,didahului dengan ucapan aluan dari YDP Pas Kawasan Alor Star,YB Dr Ismail Salleh.Beliau menekankan kelebihan dan fadilat Ramadhan.Ramadhan adalah bulan ruhiyah dan mengawal nafsu,siasah,kesihatan dan bulan untuk merasai penderitaan dan kesusahan orang lain.Beliau memperincikan satu persatu hujjah-hujjah yang sangat relevan.

Manakala Tuan Haji Mohd Sabu mengimbas kembali sejarah turun naik Islam yang ingin beliau kaitkan dengan perlaksanaan sistem dan perundangan Islam.Dikala Islam berada dikemuncaknya rakyat tidak menemui istana raja(kerana tiada istana) tetapi disaat itulah negara lain dapat ditakluk oleh negara Islam satu persatu.Tetapi disebaliknya ketika pemerintah Isam bersenang lenang di istana,negara-negara yang ditakluk oleh negara Islam terlepas ketangan musuh satu demi satu.

Beliau juga mengaitkan rentetan sejarah Islam itu dengan senario kegawatan semasa politik Malaysia.

Iftar dan tazkirah Ramadhan di Masjid Alor Mengkudu




Alor Mengkudu,20 September:

Satu majlis diskusi dan tazkirah Ramadhan telah diadakan bertempat di Masjid Alor Mengkudu.Majlis itu bermula dengan sembahyang Asar.

Diskusi Ramadhan telah menampilkan panel-panel yang tak asing lagi iaitu Ybg Dato' Hamid Tahir dan Ybg Ustaz Fadhil Hj Awang.Banyak persoalan tentang Ramadhan telah dikupas oleh kedua-dua ahli panel.

Sebelum majlis berbuka puasa,tazkirah tentang kelebihan dan kehebatan Ramadhan telah disampaikan.

Program ini adalah anjuran Pejabat Ugama Islam Daerah Kota Star.Kehadiran memuaskan.Turut hadir dalam majlis tersebut ialah ADUN Alor Mengkudu,YB Dr Ismail Salleh.

Jumaat, 19 September 2008

Secebis Jasa sejuta Rasa 2008





Alor Mengkudu,19 september 2008:


Satu majlis sumbangan Ramadhan dan berbuka puasa bersama fakir miskin dan anak yatim telah diadakan bertempat di rumah pengajian Al Quran,Taman Sultan Abd Halim mulai jam 4.00 petang kelmarin.
Seramai 150 anak-anak yatim dan ibu tunggal telah menerima sumbangan tersebut manakala majlis berbuak puasa telah dihadiri seramai 500 orang.

Program tahunan ini adalah anjuran Kawasan Rukun tetangga Sri Bendahara,kelas Pengajian Al Quran Taman Sultan Abd Halim dan Pusat Khidmat Wakil Rakyat Aor Mengkudu.

Mengikut Pengerusi KRT Sri Bendahara Ustazah Nazrah binti Yusof,sambutan pada tahun ini lebih baik dari tahun-tahun yang lepas dan program ini akan diteruskan lagi pada tahun-tahun yang akan datang.

Turut hadir dalam majlis yang dirasmikan oleh Exco Kerajaan Negeri Kedah,YB Dr Ismail Salleh itu ialah pegawai Perpaduan Negeri Kedah,Puan Norrasenah .

Islam menjadi syarat





Alor Star,17 September 2008:Seperti ditahun-tahun yang lepas,sambutan Nuzul Quran diadakan pada tahun ini bertempat di Komplek Pas,Batu 9.

Program bermula dari petang lagi dengan bacaan tahlil,sembahyang Maghrib,sembahyang Isyak dan Tarawih dan kemuncaknya dengan ceramah perdana Nuzul Quran yang telah disampaikan oleh YB Dato' Seri Presiden Pas dan YAB Dato' Seri MB Kedah.

YAB Ustaz Azizan dalam ceramahnya telah menyentuh tentang kelebihan dan fadilat bulan Ramadhan.Beliau juga memberi taklimat terkini tentang kerajaan negeri dan meminta agar kita dapat bersabar diatas kelewatan pelaksanaan Islam sebagaimana yang kita hasratkan.

Sementara Tok Guru Presiden mengimbas kembali akan perjuangan Islam dizaman Rasulullah saw,seperti ceramah beliau 25 tahun yang lalu.Beliau banyak menekankan bahawa Islam menjadi syarat dalam apa gerakerja kita.

Diatas prinsip Islamlah kita menolak UMNO dan diatas dasar Islam jugalah kita mengadakan tahaluf siasi.
Ceramah yang diadakan didalam dewan Kompleks Pas Batu 9 telah berjaya menarik 5 ribu orang.

Rabu, 17 September 2008

Maklumat Semasa


Sunday, September 14, 2008

Lebihan akaun kerajaan negeri selepas enam bulan

Oleh Izwan Abdul Halim

KUALA KEDAH, 10 September – Laporan semasa kewangan negeri Kedah menunjukkan perkembangan positif dengan terdapatnya lebihan puluhan juta ringgit di dalam penyata kira-kira kewangan negeri.
Demikian menurut Menteri Besar, YAB Dato' Seri Ustaz Haji Azizan Abdul Razak semasa menyampaikan ucapan pada Majlis Penyampaian Zakat Dan Berbuka Puasa di Masjid Kariah Kampung Hutan, Mukim Padang Hang, di sini.
"Kita dapat maklumat daripada Pegawai Kewangan Negeri, inilah kali pertama dalam masa enam bulan, kira-kira kewangan negeri kita positif," maklum beliau pada majlis itu.
Terdahulu, pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri di Wisma Darul Aman pada petang itu, Ustaz Azizan mengarahkan Syarikat Milik Kerajaan Negeri (GLC) membuat laporan kepada polis dan Badan Pencegah Rasuah (BPR) berhubung Jenayah Pecah Amanah yang berlaku di dalam pengurusan sesetengah GLC terbabit semasa di zaman pemerintahan Barisan Nasional.
Ujarnya, Kerajaan Negeri setelah enam bulan mengambil alih tampuk pemerintahan menjumpai banyak penyelewengan serta salah guna kuasa dan wang yang dilakukan pentadbiran terdahulu.
Dalam perkembangan lain, YAB Menteri Besar pada 5 Ogos lalu memaklumkan Kerajaan Negeri berjaya menjimatkan puluhan juta ringgit hasil daripada polisi belanja berhemah yang diamalkan selain mengurangkan 30 peratus peruntukan untuk pembangunan berikutan kenaikan harga minyak pertengahan Jun lalu.
Posted by Warta Darul Aman Daily at 3:07 PM

Isnin, 15 September 2008

Bantuan oarng miskin di Temple







Kuala Kedah,15 September 2008:

Satu majlis sumbangan berbentuk barangan runcit dan angpau telah diadakan bertempat di Temple Chee Chong Tam,Jalan Ampang,Lencong Barat,Alor Star,Kedah.
Seramai 100 penerima sumbangan yang terdiri dari mereka yang tak bernasib baik dan golongan orang tua.Mereka terdiri dari berbagai bangsa,Cina Melayu dan India.
Sumbangan seperti ini telah menjadi acara tahunan bagi Temple tersebut.Sumbangan itu telah disampaikan oleh Ahli Mesyuarat Kerajaan negeri,YB Dr Ismail Salleh,ADUN Kubang Rotan,Yb Mohd Nasir Mustaffa dan ADUN Kota Darul Aman,YB Lee Guan Aik.

Sumbangan Zakat dan Majlis Berbuka Puasa Bersama Penduduk di Masjid Tok Temenggong


15 September:Masjid Tok Temenggong telah mengadakan majlis sumbangan zakat dan majlis berbuka puasa bersama penduduk kampung.Sumbangan zakat yang telah diberi oleh Pejabat Zakat telah disampaikan oleh YB DR Ismail B Salleh.Seramai 32 orang mendapat sumbangan tersebut.Pihak yang mendapat sumbangan zakat mengucapkan ribuan terima kasih kepada pejabat zakat dan YB kerana dengan berbesar sudi menyampaikan sumbangan tersebut.

Setelah sumbangan zakat telah selesai disampaikan,semua penduduk yang hadir telah berbuka puasa bersama-sama YB DR Ismail B Salleh yang sudi meluangkan masa bersama-sama penduduk di kampung ini.Pihak masjid juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada YB kerana sudi hadir untuk memeriahkan majlis ini.Setelah selesai solat maghrib berjemaah,YB telah pergi berterawih di Surau Kampung Ganding.

Kerajaan Negeri Kedah sokong penubuhan PERSADA

Petaling Jaya, 14 September: Persatuan Mahasiswa Darul Aman (PERSADA) telah membuat pertemuan bersama-sama dengan wakil kerajaan Negeri Kedah Darul Aman. Pertemuan tersebut diadakan selepas sesi perjumpaan wakil kerajaan Negeri bersama mahasiswa Kedah di kawasan Lembah Klang.
Di dalam perjumpaan tersebut, Presiden Penaja PERSADA saudara Mohd Faisal Bin Mustaffa memberikan penerangan secara terperinci berkenaan PERSADA kepada wakil kerajaan negeri. Selain memberikan Kertas Kerja Cadangan penubuhan PERSADA, beliau juga menyerahkan Kertas Kerja Cadangan Himpunan Mahasiswa Darul Aman yang di cadangkan untuk di adakan pada hujung tahun ini.
Cadangan yang dilontarkan ini mendapat respon yang baik daripada YB. DR Ismail Bin Salleh, merangkap Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Badan Bukan Kerajaan (NGO), Penerangan dan Pembangunan Insan. Beliau menyatakan kesediaan diperingkat Kerajaan Negeri untuk memberikan kerjasama kepada mahasiswa bagi menjayakan agenda pembangunan insan di peringkat negeri. Beliau juga menyokong dan mengalu-alukan kewujudan PERSADA dalam membantu kerajaan Negeri Kedah.
Selain itu pandangan mahasiswa ini juga mendapat respon yang baik daripada Ustaz Salim dan Saudara Rosidi yang turut hadir di dalam perjumpaan tersebut.
Di akhir perbincangan tersebut, PERSADA menyerahkan surat kepada Dr Ismail bagi mengadakan pertemuan secara rasmi bersama pihak kerajaan Negeri dan PERSADA. – www.siswakedah.com

Ahad, 14 September 2008

Penduduk gembira dapat berbuka bersama MB


Oleh Izwan Abdul Halim

KUALA KEDAH, 10 September - Kerajaan Negeri berusaha melaksanakan setiap janji kepada rakyat dan menerima mandat mentadbir negeri sebagai satu amanah.
Demikian komitmen yang dinyatakan Menteri Besar, YAB Dato' Seri Ustaz Haji Azizan Abdul Razak semasa menyampaikan ucapan pada Majlis Penyampaian Zakat Dan Berbuka Puasa di Masjid Kariah Kampung Hutan, Mukim Padang Hang, di sini."Bila kita diberi mentadbir Kedah ini, ia adalah amanah. Amanah kepada anak yatim, amanah kepada ibu tunggal, orang miskin dan rakyat. Itu kerja kita, kerana itu kita kena buat.
"Kita berdoa agar kita dapat melaksanaan keadilan, menegakkan kebenaran, memberi pembelaan kepada golongan-golongan lemah yang memerlukan pembelaan," ujarnya yang turut menyeru agar negeri ini juga dibangunkan dari doa rakyat dan kerjasama kakitangan kerajaan. Tegasnya, kerajaan negeri tidak mengamalkan diskriminasi kepada rakyat yang mempunyai hak terhadap pegangan politik masing-masing.
"Dasar kita Islam, walaupun kepada musuh tetapi keadilan kita berikan."Janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah, kerana adil itu lebih dekat kepada taqwa," ujar beliau yang mengakhiri ucapannya dengan peringatan dari ayat 8 surah al-Ma'idah itu.
Pada majlis tersebut, seramai 47 fakir miskin menerima zakat masing-masing. Hadir sama Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, YB Dato' Haji Ir Phahrolrazi Haji Zawawi, YB Tuan Haji Ir Amiruddin Hamzah dan YB Dr Ismail Salleh, Ahli Parlimen Kuala Kedah, YB Encik Kassim Ahmad, Pegawai Daerah Kota Star, YBhg Dato' Ahmad Md Isa dan Pegawai Agama Daerah Kota Star, Al-Fadzil Tuan Syeikh Zakaria Mustafa.
Posted by Warta Darul Aman Daily at 2:39 PM

Iftar Pas Kawasan Alor Star





Alor Star,14 Sept 2008:

Pas kawasan Alor Star telah mengadakan satu majlis berbuka puasa(Iftar) di pejabat Pas kawasan.Program yang dianjurkan oleh Lajnah Kebajikan itu telah berjaya menarik seramai 150 ahli.


Program itu bermula seawal jam 5.45 petang lagi dengan tazkirah yang disampaikan oleh Timbalan Pesuruhjaya Pas negeri Kedah,Ustaz Hassan Razak.Selepas itu diikuti dengan taklimat zakat dan penyampaian watikah amil-amil yang telah dilantik yang telah disampaikan oleh Yang Dipertua Pas Kawasan Alor Star merangkap ADUN Alor Mengkudu,Dr Ismail Salleh.

Selepas Iftar dan sembahyang Maghrib,mesyuarat ringkas program penyampaian sumbangan hari raya untuk mereka yang tidak bernasib baik telah diadakan.

Program berakhir dengan jamuan more selepas menunaikan sembahyang sunat Tarawih.

Perjumpaan dengan Tanqiah Kedah




13 September 2008,Kuala Lumpur:
Satu perjumpaan antara beberapa orang pimpinan Pas Kedah dengan anak-anak Kedah di Universiti tempatan(Tanqiah) telah diadakan semalam bertempat dibeberapa buah Universiti Awam di Lembah Kelang.

Pimpinan Pas yang hadir dalam perjumpaan itu ialah Exco Kerajaan Negeri,Dr Ismail Salleh,Ketua Dewan Pemuda Pas Negeri Kedah,Ustaz Mussodak Hj Ahmad,Setiausaha KBS,Encik Rashidi Abd Razak dan Pengerusi JPP Dewan Pemuda Pas Kedah,Ustaz Salim.

Banyak perkara yang telah dibincangkan dalam perjumpaan tersebut,berkisar dari program Kem Bina Sakhsiyah(KBS) sehinggalah maklumat terkini politik semasa Kerajaan Kedah dan Malaysia.Banyak maklumat yang dapat dikongsikan bersama termasuk pandangan dan cadangan terhadap Kerajaan Negeri.

"Satu pertemuan yang sangat positif",luah YB Dr Ismail apabila diminta mengulas tentang pertemuan itu.

Sabtu, 13 September 2008

Taman Wira Mergong Dilanda Ribut



Thursday, September 11, 2008

TAMAN WIRA MERGONG DILANDA RIBUT

Oleh: WADIASSOFI JAAFAR
ALOR STAR, 8 September – Penduduk Taman Wira Mergong diuji kesabaransetelah rumah mereka rosak dalam kejadian ribut yang berlaku di sini.
Dalam kejadian kira-kira pukul 11 malam itu, 20 buah rumah mengalamikerosakan apabila bumbung diterbangkan angin kencang.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Penerangan, Badan-Badan BukanKerajaan (NGO) dan Pembangunan Insan, YB. Dr. Ismail Salleh berkata,tiada penduduk yang mengalami kecederaan dalam kejadian itu.
"Semua penduduk telah diminta untuk membuat laporan mengenai jumlahkerugian yang ditanggung kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)Negeri Kedah bagi memudahkan kerja mengagihkan bantuan dijalankan,"jelasnya.
Menurutnya, daripada jumlah 20 buah rumah yang rosak itu, tigadaripadanya mengalami kerosakan teruk.
"Saya berharap JKM dapat menyalurkan bantuan dengan segera bagimeringankan beban yang dihadapi oleh penduduk terbabit," ujarnya.
Seorang penduduk, Ahmad Hassan, 62, berkata, hamper kesemua bumbungrumahnya diterbangkan agin kencang.
Dia yang tinggal selama 20 tahun di taman berkenaan terpaksa tidurdalam keadaan kesejukan di bahagian dapur rumahnya setelah ruang tamudan bilik tidur mereka dibasahi hujan.
"Saya sedang berehat di ruang tamu bersama isteri dan tiba-tibaterdengar bunyi angin yang kuat di luar rumah manakala cucu sayasedang tidur di dalam bilik menangis ketakutan dan kami semua terusberlari keluar dari rumah kerana bimbang berlaku kejadian yang tidakdiingini," ujarnya.
Menurut Ahmad, tidak sampai seminit berada di luar rumah, diaternampak angina yang berpusar-pusar dan menerbangkan bumbungrumahnya.
"Saya hanya mampu berdoa agar seluruh penduduk taman ini selamat danini adalah pengalaman pertama saya menghadapi bencana ribut ini,"katanya.
Seorang lagi penduduk, Rokiah Isa, 60, berkata, dia terpaksa bersahurdengan cahaya lilin setelah bekalan elektrik ke taman itu terputusakibat ribut.
Katanya, bumbung rumahnya juga mengalami kerosakan teruk dan beliauberharap bantuan akan segera diberikan kepada keluarganya terutamadalam bulan Ramadhan ini.
Posted by Warta Darul Aman Daily at 9:44 AM