Rabu, 28 Oktober 2009

Awas taktik UMNO

KUALA LUMPUR 27 Okt:

Ahli PAS diingatkan agar berwaspada dan sentiasa berhati-hati serta bijak dalam membaca sebaran berita di internet khususnya dalam blog, facebook dan juga media massa lainnya.Menurut Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad, pada waktu ini PAS mendapati semakin banyak tuduhan liar dilontarkan oleh 'cyber trooper' Umno yang menyamar sebagai ahli PAS atau wakil pimpinan PAS di dalam media alternatif ini.

"PAS mendapati mereka mengunakan isu Unity Goverment dan juga cadangan Tuan Guru Datuk Nik Abd Aziz Nik Mat bagi menunjukan bahawa PAS kini berpecah."Pemimpin Umno seperti Najib Tun Razak, Muhyiddin Yasin dan Zahid Hamidi bersilih ganti menangguk di air keruh dengan memberikan komen seolah-olah PAS kini sedang berpecah yang mana sebahagiannya mengambarkan seperti ada kumpulan dalam PAS yang mahu bergabung dalam Umno, sebahagian lagi mahu Mursyidul Am dan Presiden letak jawatan,

"jelasnya dalam satu kenyataan hari ini.Tambahnya,dalam ucapan Muktamar yang lepas, telah dijelaskan oleh Presiden PAS bahawa PAS tiada hasrat untuk bergabung dengan Umno dan isu Unity Goverment tidak berbangkit lagi."Sehubungan dengan itu, kewujudan fitnah seolah-olah wujudnya pertemuan sulit pimpinan PAS yang Pro Unity Goverment dan Pro-Erdogan wajar difahami ahli sebagai satu gerak kerja saraf Umno untuk memecahkan parti ini kepada dua kelompok."Sesungguhnya tiada sebarang pertemuan sulit yang dilaporkan dan belum ada bukti yang diterima diperingkat kepimpinan PAS tentang kewujudan dua kumpulan ini melainkan individu-individu yang berbeza pandangan dengan pimpinan,"jelasnya lagi.

Selain itu katanya,PAS melihat, selain jalan Musyawarah perlu juga Laporan Disiplin dibuat bagi mengesahkan setiap tuduhan yang dibuat untuk memudahkan kita mengetahui asal punca masalah ini."Lembaga Disiplin PAS juga membuka ruang yang seluas-luasnya terhadap mana-mana pimpinan dan ahli yang mempunyai bukti mengenai fitnah ini atau mereka-mereka yang menyebarkan berita bahawa terdapat segelintir pimpinan PAS sedang berusaha membawa PAS bergabung dengan Umno untuk membuat Laporan Disiplin. Jika ada laporan dan bukti yang sahih kita akan membuat keputusan, walaupun yang didakwa itu Mursyidul Am, Presiden atau mana-mana pemimpin tertinggi parti sekalipun,"katanya.

Beliau juga yakin kerja-kerja fitnah CyberTrooper Umno dan mereka yang kononnya menjadi ahli PAS tetapi bekerja untuk Umno akan mati dengan sendirinya jika sebarang Laporan Disiplin gagal dibuat dan tiada sebarang pembuktian diserahkan kepada pihak Lembaga.Oleh itu,tambahnya, PAS meminta ahli bertenang dan tidak membuat sebarang ulasan terbuka mengenai perkara ini dan memberikan ruang kepada pemimpin bermusyawarah bagi mencari punca masalah ini."Gunakanlah saluran yang ada (Lembaga Disiplin) bagi mencari kebenaran dan menguatkan Ukhuwah dalam parti.

"Marilah kita bersama-sama melakukan solat hajat moga mereka yang cuba menganiaya parti ini diberikan hidayah oleh Allah untuk menginsafi perbuatan mereka. Kita mohon pada Allah semoga PAS dileraikan dari belenggu fitnah dan perjuangan kita terus mendapat hidayah dari-Nya,"tegasnya.

Seminar ganti muktamar khas



PAS adakan seminar ganti muktamar khas

Zulkifli Sulong Thu Oct 29, 09 1:36:34 am MYT
KUALA LUMPUR, 29 Okt: PAS akan mengadakan satu seminar khas bagi membincangkan halatuju parti itu bagi menggantikan muktamar khas yang dicadangkan oleh Mursyidul Amnya.
Seminar yang bakal disertai oleh lebih 1000 perwakilan dari seluruh negara itu akan diadakan 7 November ini di Dewan Datuk Fadzil Noor, Markas Tarbiyah PAS Pusat, Taman Melewar, Kuala Lumpur.
Antara yang akan dijemput memberikan pandangan nanti adalah Profesor Dr Abdul Aziz Bari.
Demikian beritahu Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam sidang medianya jam 1.00 pagi tadi.
Sidang media itu diadakan selepas mesyuarat khas Jawatankuasa Pusat yang diadakan di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut.
Selain itu, mesyuarat khas itu juga mengambil ketetapan agar Lembaga Disiplin PAS yang dipimpin oleh Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menyiasat semua dakwaan terhadap PAS Selangor.
Lembaga ini akan mencadangkan tindakan disiplin kepada mana-mana pihak yang didapati bersalah melanggar disiplin parti.
Dalam sidang media itu juga, Abdul Hadi memaklumkan, isu Kerajaan Perpaduan ditutup sepenuhnya dan tidak akan berbangkit lagi.
Turut serta dalam sidang media selepas mesyuarat berjalan mulai jam 9.00 malam hingga 1.00 pagi itu adalah Naib Presiden, Tuan Ibrahim Tuan Man, Salahudin Ayub, Mahfuz Omar dan Setiausaha Agung, Datuk Mustafa Ali serta Ketua Pemuda, Nasrudin Hassan Tantawi.

13 tahun defisit, BN lemah urus ekonomi-Anwar

29 October 2009

oleh HarakahDaily
KUALA LUMPUR, 26 Okt: Masalah defisit sebenarnya berpunca dari kegagalan BN yang mengurus ekonomi untuk menganjakkan negara dan rakyat ke arah ekonomi tambah nilai sehingga menjejaskan pendapatan negara.Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pelbagai langkah dan peruntukkan diumumkan oleh kerajaan untuk memacu ekonomi mencapai tahap maju seperti Singapura, Korea Selatan namun malangnya, statistik terus menunjukkan kemerosotan pendapatan yang secara langsung menyumbang kepada masalah defisit.

Walaupun belanjawan defisit kali ini lebih kecil daripada yang dijangkakan tetapi banyak lagi belajwan-belanjawan tambahan, pakej rangsangan, perbelanjaan off-budget dan sebagainya akan dibentangkan sepanjang tahun 2010 menyebabkan defisit akan terus meningkat."Adakah benar kerajaan berbelanja defisit kerana kebajikan rakyat didahulukan atau kelemahan dalam pengurusan ekonomi pimpinan kerajaan sekarang.

"13 tahun berturut-turut kerajaan membentang belanjawan deficit baik dalam keadaan harga petroleum dan komoditi melambung tinggi, ekonomi mengalami pertumbuhan pesat apatah lagi dalam keadaan kemelesetan ekonomi," katanya sewaktu perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2010 tengah hari tadi di Dewan Rakyat.Akibatnya kata Anwar hutang negara meningkat 18.3 peratus daripada RM306.4 billion pada tahun 2008 kepada RM362.5 billion tahun 2009.

Katanya lagi keutamaan dalam pembangunan ekonomi jauh tersimpang di mana kerajaan memberi keutamaaan yang berlebihan kepada pembangunan infrastruktur awam dan mengabaikan keperluan infrastruktur sosial dan teknikal seperti peningkatan kualiti sumber manusia, pelaburan dalam penyelidikan dan pembangunan, pencegahan jenayah dan sebagainya."Rasional ekonomi kerajaan BN berlandaskan Ekonomi Naungan (Patronage Economy)."Pembinaan projek-projek dan infrastruktur awam mega merupakan jalan paling mudah dan cepat mengagih habuan kepada konco-konco politik dan kontraktor-kontraktor Umno-BN.

Ini membantut penyediaan iklim persaingan yang sihat dalam ekonomi," katanya.Selain itu, Anwar turut menyentuh kelemahan yang menjejas daya saing Negara perlu diperbaiki seperti pencegahan jenayah, sistem perundangan dan kawalan pelaburan bagi memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai destinasi utama pelaburan yang telah banyak ditawar oleh Negara-negara lain.Sebelum itu, beliau turut merujuk laporan �World Competitiveness Report 2009/2010� yang dikeluarkan oleh �The World Economic Forum (WEF)� di mana Malaysia jatuh dari tangga 21 kepada 24 kerana kelemahan dalam perundangan manakala pentadbiran yang jatuh dari tangga 17 kepada 43 dalam masa 2 tahun.

" Selain itu peningkatan kadar jenayah, saiz belanjawan defisit dan kelemahan dalam sistem penyampaian yang sudah ketinggalan menjadi kebimbangan juga."Pelabur menjadikan laporan ini sebagai panduan dalam menentu tempat mereka melabur. Lebih baik ranking Negara lebih menarik kita kepada pelabur," katanya yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh.Dalam perbahasannya juga, Anwar turut membangkit persoalan kemerosotan keselamatan dan peningkatan jenayah di bandar yang bukan hanya disebabkan kemajuan dan pembangunan ekonomi tetapi juga masalah kemiskinan dan ketidaksaksamaan dalam pengagihan kekayaan negara.

Perancangan ekonomi mesti diperbaiki dengan mengolah polisi bagi memasti keadilan sosial berlaku untuk semua kaum, katanya.Katanya lagi ekonomi yang berkembang pesat mengundang amalan kecurian dan penipuan seperti yang disaksikan dalam skandal WorlddotCom, Enron dan sebagainya hasil pertumbuhan pesat ekonomi Amerika Syarikat."Tidak kurang juga dengan apa yang berlaku dalam Negara seperti skandal Timedotcom, PKFZ, Perwaja dan banyak lagi yang masih dilindungi dan ditutup oleh pihak berkuasa.

"Tidak ada bezanya kecurian dan penipuan yang berlaku disini cuma penguatkuasa sibuk dengan bagaimana dokumen kerajaan boleh terdedah daripada menyiasat penyelewengan yang berlaku atau bagaimana bendera dibeli dengan harga RM2800 daripada menyiasat perbelanjaan peruntukan setahun dalam masa 2 bulan oleh YB-YB dulu, " katanya secara sinis.

Selasa, 27 Oktober 2009

Pemuda PAS bantah kaitkan peristiwa Memali dengan ajaran sesat

ALOR SETAR, 26 Okt: Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah mengecam penyiaran artikel oleh akhbar Kosmo! yang mengaitkan peristiwa Memali dengan ajaran sesat. Ketuanya, Ustaz Ahmad Yahya berkata, artikel tersebut merupakan satu tuduhan yang berniat jahat dan cuba mengeruhkan ketenangan para penduduk Memali khususnya dan para pendokong PAS amnya.
Tegas beliau, penulis artikel berkenaan jelas gagal memahami sejarah peristiwa itu apabila menyamakannya dengan ajaran sesat. "Peristiwa Memali adalah satu perjuangan rakyat menolak undang-undang zalim iaitu Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Ingin kami Pemuda PAS Kedah tegaskan ianya tidak langsung boleh disamakan atau sama sekali tidak berkait dengan ajaran sesat. "Kosmo! dengan sengaja telah membangkitkan fitnah yang sedang tidur! Secara tidak langsung Kosmo! bukan sahaja telah memfitnah Memali tetapi juga kepada PAS yang sehingga kini komited menentang ISA.

"Cukuplah dengan derita yang ditanggung sekian lama oleh ahli keluarga mangsa terbabit, tidak perlu lagi dibangkit dan mungkin menimbulkan tekanan kepada mereka," ujar Ahmad kepada Harakahdaily, sebentar tadi. Menurut beliau, para pejuang Memali yang terkorban dalam peristiwa 19 November 1985 itu bukan sahaja diiktiraf syahid oleh anggota Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah, Almarhum Tuan Guru Yahya Joned, malah Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu�adzam Shah juga pernah mencemar duli menyiram air mawar di pusara para syuhada. Malah kata Ahmad, isu Memali jelas satu penganiayaan apabila Kerajaan Malaysia akhirnya bersetuju membayar pampasan kepada ahli keluarga mangsa Memali melalui rundingan diluar mahkamah selain tidak pernah ada mana-mana pihak berkuasa agama yang menyatakan bahawa As-Syahid Ustaz Ibrahim Libya dan pengikutnya sebagai sesat.

Untuk itu, beliau menuntut Kosmo! dan wartawan serta editor berkenaan tidak terus bermain api dengan segera membuat permohonan maaf secara terbuka. Sementara itu di Baling, para penduduk Memali bersama-sama Dewan Pemuda PAS Kawasan Baling telah mengadakan himpunan untuk menghantar laporan polis sebagai membantah penyiaran artikel tersebut di Ibu Pejabat Polis Daerah Baling, jam 3 petang tadi. Kosmo! dalam cetakannya hari ini di mukasurat 11 ruangan Negara! kolum Di Sebalik Berita tulisan Zulkifli Manzor berhubung ajaran sesat di negara ini telah turut sama mengaitkannya dengan peristiwa Memali._ -DPPNKedah

PAS mohon KOSMO tarik balik artikel Peristiwa Memali jika tidak SAMAN....



28 October 2009KUALA LUMPUR: Parti Islam seMalaysia (PAS) hari ini mendesak akhbar Kosmo menarik balik artikel yang bertajuk 'Jangan Pandang Rendah Ajaran Sesat; yang disiarkan semalam, mengaitkan Peristiwa Memali dengan ajaran sesat.Setiausaha Dewan Pemuda Pas Pusat, Kamaruzaman Mohamad dalam kenyataannya amat kesal dengan artikel berkenaan yang jelas berunsur fitnah yang melampau dan berniat jahat terhadap PAS.


"Tulisan tersebut jelas bertujuan menghasut dengan niat menanam kebencian terhadap perjuangan PAS kepada masyarakat umum," katanya.Pas juga, katanya mahu Kosmo memohon maaf secara terbuka kepada keluarga dan waris yang terlibat dengan Peristiwa Memali serta parti itu.Kamaruzaman berkata Pas akan mempertimbangkan tindakan undang-undang sekiranya akhbar itu gagal menarik balik artikel berkenaan dan memohon maaf secara terbuka. - Bernama

Ahad, 25 Oktober 2009

SELAMAT HARI LAHIR YAB DATO' SERI UST AZIZAN

Ahad, 2009 Oktober 2009

Pusat Khidmat Wakil Rakyat Alor Mengkudu mengucapkan selamat hari lahir ke 65 kepada YAB Dato' Seri Ust Hj Azizan Abd Razak, Menteri Besar , Kedah yang juga Pesuruhjaya PAS Kedah yang jatuh pada hari ini.Petang tadi di Dewan Banquet Pejabat Menteri Besar, telah diadakan majlis ringkas bagi meraikan YAB Menteri Besar yang dianjurkan oleh kakitangan Pejabat Menteri Besar Kedah.



Turut hadir memeriahkan majlis Ybhg. Tok Puan Hajjah Faekah, Dato' Speaker Exco-Exco Kerajaan Negeri, Kedah, Pegawai-pegawai Khas, kakitangan Pejabat Menteri Besar Kedah, kakitangan Perbadanan Menteri Besar Kedah, dan Juga kakitangan Pejabat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah.
Dalam majlis tersebut YAB Menteri Besar memotong 3 biji kek yang disumbangkan oleh pihak kakitangan Pejabat Menteri Besar.

Sabtu, 24 Oktober 2009

"Tak perlu ada EGM"-Dato Seri Azizan

25 October 2009
Oleh SAFINA RAMLIutusankedah@utusan.com.my
ALOR SETAR 24 Okt. - Pas tidak perlu mengadakan Muktamar Agung Khas (EGM) untuk membersihkan parti daripada kumpulan prokerajaan perpaduan kerana yang wujud hanya sedikit kekeliruan dan salah faham di kalangan pemimpin parti itu.
Ahli Jawatankuasa Pas Pusat yang juga Pesuruhjaya Pas Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, EGM yang dibuat oleh MCA dan UMNO berbeza, justeru beliau tidak nampak sebarang keperluan untuk Pas juga mengadakan EGM.

"UMNO buat EGM sebab pemimpinnya nak perkasakan parti ini melalui pindaan perlembagaan parti.
"MCA buat EGM sebab masalah dalaman pemimpin mereka dan saya rasa Pas tidak ada masalah sehingga perlu ke tahap nak buat EGM," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Azizan yang juga Menteri Besar Kedah berkata demikian ketika diminta mengulas cadangan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mahu mengadakan EGM kerana mahukan Pas dibersihkan daripada kumpulan prokerajaan perpaduan.

Nik Aziz mahu EGM diadakan segera bagi mendapatkan keputusan sama ada pemimpin Pas yang menyokong perpaduan dengan UMNO diterima atau ditolak daripada parti itu.
Beliau menamakan tiga pemimpin bermasalah yang perlu 'dibersihkan' iaitu Timbalan Presiden, Nasharuddin Mat Isa; Setiausaha Agung, Datuk Mustafa Ali dan Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Hassan Ali.

Menurut Azizan, apa yang berlaku dalam parti itu hanya disebabkan perbezaan pendapat dan sedikit kekaburan mengenai sesuatu perkara.
"Perbezaan pendapat ini adalah satu rahmat dan ia tidak teruk seperti yang dikatakan oleh sesetengah pihak," katanya.

Jamuan Mesra Pemuda bersama pkwr Di Kampong kuar







satu majlis jamuan anjuran Dewan Pemuda PAS Kawasan telah diadakan di kampong kuar dalam UPU Tok Sibil meriah dihadiri oleh seluruh penduduk kampong kuar dan kampong berdekatan.En. Md. Zain B. Abd. Hamid & Keluarga dan seluruh cawangan pemuda yang terlibat dalam menjayakan Jamuan Pemuda di Kg. Kuar semalam (Jumaat).
Program itu berjaya menarik lebih 300 orang termasuk penduduk setempat. Turut hadir ke majlis itu ialah Ahli Jawatankuasa PAS Kawasan, Dewan Muslimat, Majlis Ketua Kampung(MKK), Ketua dan ahli Cawangan yang berdekatan.
Dalam ucapan aluan yang disampaikan oleh Kapt(B) Tuan Hj. Abu Bakar Dahlan (Ketua Penerangan PAS Kawasan), menyeru agar pemuda menekankan tiga aspek utama iaitu 1. Disiplin 2. Menambah Ilmu pengetahuan 3. Menggunakan Usia kepemudaan ini dengan sebaiknya.
Turut berucap Timbalan Ketua Pemuda DPPKAS Saudara Mohd Azam Bin Hj. Awang dan Mantan Ketua Pemuda PAS kawasan dan negeri yang menyemarakan lagi semangat Pemuda iaitu Tn. Hj. Adnan Bin Saad. "Program sebegini hendaklah diteruskan agar dapat memupuk semangat dan hubungan ukhwah dikalangan pemuda". itulah diantara harapan MKK Kg. Kuar En. Fadhil. Rata-rata tetamu yang hadir merasa gembira dengan program tersebut.