Isnin, 22 Februari 2010

Islam agamaku,Kedah negeriku

Inilah wajah dipintu masuk ke DUN Alor Mengkudu melalui jalan Alor Mengkudu.Rock Cafe menjadi menjadi mercu tanda baru,terletak bersebelahan stesyen minyak caltex dan bertentangan dengan Restoren Sala.

Melihat kepada tiga keping gambar yang saya paparkan disini,saya teringatkan semasa belajar perubatan di Belgium sedikit masa dulu .Gambaran sebegini adalah lumrah diluar negara tetapi tidak di Malaysia apatah lagi dinegeri Kedah Darul Aman,sebuah negeri dibawah PR.

Cafe ini telah dibuka beberapa hari sebelum Tahun Baru Cina.Memulakan operasi sekitar enam petang sehingga lewat dua pagi.Mempunyai sebuah premis tertutup,yang selebih 2/3 lagi premis ini adalah terbuka.


Diawal pagi botol-botol dan tin-tin arak berselerak dan bersepahan diatas meja ditempat terbuka.

Pagi tadi saya berada dipremis tersebut seawal 8.30 pagi.Ada tiga orang pekerja yang melakukan pembersihan termasuk menyusun gelas,botol dan tin arak.Seorang dari pekerja tersebut adalah Melayu Islam.

Saya menghubungi Pejabat Daerah Kota Setar untuk mengetahui status lesen premis ini.Seperti biasa beberapa orang yang patut saya bercakap belum masuk pejabat.Akhirnya saya dimaklumkan oleh mereka bahawa mereka tidak mengeluarkan lesen menjual arak.Saya merasa lega kerana inilah yang diputuskan oleh mesyuarat EXCO.

Saya terus kestesyen minyak caltex yang terletak bersebelahan yang juga dipunyai oleh tuan yang sama.Beliau mengenali saya dan begitu juga disebaliknya.Setelah berbincang,beliau berjanji untuk tidak mengulangi perkara yang sama.Beliau memberi alasan sambutan Tahun Cina yang dikunjungi oleh terlalu ramai pengunjung menjadikan pekerja mereka tidak mampu mengawal apa yang saya sebutkan diatas.


Sebelum saya meninggalkan premis tersebut beliau telah menunjukan lesen yang dikeluarkan oleh Pejabat Daerah Kota Setar.Saya terpaku disitu.

Sebagai wakil rakyat saya akan pantau perkara ini untuk memastikan Ugama Islam tidak diperkotak-katikan sebegini rupa.

Kepada sahabat-sahabat saya dikalangan non muslims kami menghormati bahawa minum arak itu dibolehkan oleh ugama kamu tetapi jangan sampai tidak ada kawalan seperti diatas.

1 ulasan:

al amin ahmad berkata...

assalamualaikum
astaga....
saya memula nak tumpang bangga jugak la nengk ada restoren canggih dibukak dalam kawasan simpang kuala ni...rupanya dah mula bibit nak menghonar pemimpin tempatan..tu kalau dapat tahu dek media..mula kata pemimpin tempatan tak betui...macammana PBT leh bg lesen arak? tak habih2 buat masalah laaa geng PBT ni...bukan zaman PR ja..zaman tak PR pun sama...bilaaa laaa nak insaf pepuak dalam PBT ni...
saya rasa YB kena bertindak agresif sket la sebelum benda ni menambahkan lagi kekusutan kawasan simpang kuala nih..

wassalam