Rabu, 8 September 2010

YB Dr. Ismail bergegas pulang sebaik terima berita kebakaran






9 September 2010 - Empat buah rumah yang terletak di belakang Taman Bee Bee, Simpang Kuala musnah dalam kebakaran kira-kira jam 9 malam tadi.

ADUN Kawasan tersebut, Dr. Ismail Salleh yang ketika itu bersolat Tarawih di kampung mertuanya di Kuala Ketil bergegas pulang sebaik sahaja diberitahu mengenainya. Dr. Ismail pulang untuk berbuka puasa di kampung isterinya setelah hampir sebulan tidak berpeluang berbuat demikian disebabkan kesibukan tugas sebagai Exco dan wakil rakyat.

Sebaik sampai ke lokasi kejadian dan meninjau tempat kebakaran, beliau kemudiannya menghimpunkan kesemua mangsa di rumah berhampiran. Dr. Ismail menasihatkan mereka bersabar dan memaklumkan beberapa langkah yang perlu dilakukan untuk penyaluran bantuan.

Bagi meringankan beban mangsa kebakaran tersebut, Dr. Ismail menghulurkan wang tunai kepada kesemua mangsa. Beliau juga memberi hamper yang mengandungi barangan makanan termasuk beras.

Dr. Ismail mencadangkan supaya mereka tinggal sementara di balai raya atau pun surau, bagaimanapun kesemua mangsa kebakaran memilih untuk tinggal di rumah saudara mara mereka yang tinggal berdekatan.

Tiada ulasan: