Isnin, 19 Julai 2010

Petronas Digunakan Untuk Terus Membuncitkan Keluarga Najib


Auto debit: PAS pertikai Petronas lantik CIMB bank tunggal

Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub mempersoalkan tindakan Petronas yang memutuskan untuk mewajibkan pengusaha stesen minyaknya di seluruh negara menggunakan sistem auto debit disediakan oleh CIMB sebagai bank tunggal.Salahuddin berkata, berdasarkan pekeliling dikeluarkan baru-baru ini pengusaha stesen minyak dikehendaki menggunakan sistem itu mulai 1 September ini.

Khamis, 15 Julai 2010

2 Unit komputer untuk SJK(C) NAN KWANG








Alor Mengkudu,15 Julai : SJK(C) NAN KWANG telah menerima 2 unit komputer pada petang ini.

Majlis Pelancaran hari Terbuka TM - Jom Broadband







Alor Setar,15 Julai : Hari ini Yb Dr Ismail telah merasmikan Program Pelancaran Hari Terbuka TM - Jom Broadband bertempat di perkarangan bangunan TM,Jalan Kolam Air,Alor Setar.

Yb Dr Ismail menyumbang 6 unit komputer pada SAR






Alor Mengkudu,15 Julai : Hari ini Yb Dr Ismail telah menyampaikan sumbangan 6 unit komputer kepada 2 SAR dan 1 NGO di DUN Alor Mengkudu.

2 sekolah yang terlibat ialah Sekolah Rendah Berhanuddin Helmi Tok Sibil dan Madrasah Al Taklimiah Al Khairiah Tok Keling.Setiap sekolah menerima 2 unit komputer.

Selasa, 13 Julai 2010

WACANA PERDANA "Islam Di Malaysia: Realiti & Harapan" 4

Tahap pemikiran Ulamak Umno

Pakcik Hashim dibantu








Empat tahun yang lalu Pakcik Hashim terlibat dalam satu kemalangan di Jitra.Beliau telah dirawat diHSB beberapa hari.

Beliau mengalami perdarahan dalam otak.Walaupun tahap ingatan dan fungsi otak beliau telah pulih seperti biasa,badan sebelah kirinya kekal lumpuh buat selama-lamanya.

Menziarahi pesakit








Lapan tahun yang beliau adalah seorang pelajar yang normal.Beliau pergi sekolah macam biasa,belajar,makan minum dan bermain macam biasa.

Isnin, 12 Julai 2010

BONGKAR LAGI - PENYELEWENGAN SERI TEMIN ZAMAN BN

Semakin banyak didedahkan mengenai penyelewengan dalam GLC di zaman BN, semakin banyak pihak atau individu yang menghubungi penulis memberikan maklumat. Cuma saya perlu berhati-hati kerana bukan semua maklumat boleh disiarkan sewenang-wenang. Bukan kerana ianya tidak benar tetapi kerana semua fakta perlu disokong oleh bukti.

Jadi, walaupun terlalu banyak maklumat penyelewengan GLC yang diterima namun hanya maklumat yang terpilih sahaja yang boleh dan wajar didedahkan. Saat di mana BN menggunakan cengkaman kuku besinya untuk mengawal media, kita perlu berhati-hati. Suara Keadilan hanya melakukan kesilapan tidak meletakkan tanda ‘?’ pada tajuk ‘Felda Bangkrap’ menyebabkan ia diharamkan, walhal seluruh isi berita dalam akhbar tersebut tidak menyebut sepatah pun bahawa Felda sudah diisytiharkan bangkrap.

UMNO Kedah bakal menyembah bumi - mesyuarat kecoh

Ahad, 11 Julai 2010

Gotong Royong di Taman Putra Jaya




Satu program gotong royong telah diadakan di Taman Putra Jaya pada hari Sabtu yang lalu.

Program yang dianjurkan oleh Persatuan Penduduk Taman Putra Jaya ini telah dijayakan oleh hampir 100 penduduk taman tersebut.

Hi Tea bersama Pemimpin





Alor Setar,9 Julai : Satu majlis Hi Tea bersama pemimpin telah diadakan di kediaman rasmi MB,Sri Mentalon.

Program anjuran Lajnah Kebajikan Pas Kawasan Alor Setar itu telah dihadiri seramai 300 orang.

Bukit Selambau juara piala MB









Alor Setar, 10 Julai : Pasukan DUN Bukit Selambau telah muncul juara pertandingan bolasepak Piala Menteri Besar setelah berjaya mengalahkan pasukan DUN Kota Siputeh 4-3 menerusi tendangan penalti.

Jumaat, 9 Julai 2010

Jamuan Muhibbah DHPP



Forum Perlembagaan Persekutuan

Tarikh : 18 Julai 2010, 2.00pm

Tempat : KUIN

Perasmi : Yab Dato' Seri Menteri Besar

Ahli Panel :
1.Dato' Zaid Ibrahim
2.Ybhg Sulaiman Abdullah
3.Prof Aziz Bari

Semua lapisan masyarakat di jemput hadir

Rabu, 7 Julai 2010

Penyelewengan BN Kedah - Siri 2


Oleh: ZUKIFLI YAHAYA

Saya sebenarnya tidak berminat untuk menulis apa yang akan ditulis ini jika pihak pembangkang Kedah tidak memulakan serangan terhadap kerajaan Pakatan Rakyat dengan fakta-fakta fitnah melalui risalah haram bertajuk ‘Mai Kedah’ yang disebarkan hampir ke setiap pintu masjid di negeri ini. Oleh kerana mereka menjual, tiada masalah kita membeli – tunai!

Penyelewengan BN Kedah - Siri 1



Oleh: ZULKIFLI YAHAYA

Pihak pembangkang telah menyebarkan secara meluas sebuah risalah bertajuk ‘Maila Kedah’. Secara umumnya risalah tersebut ‘membongkar penyelewengan’ kerajaan Pakatan Rakyat Kedah, khususnya anak-anak syarikat Kerajaan Negeri.

Khamis, 1 Julai 2010

Rawatan kesihatan percuma dipindah ke setiap Jumaat


Rawatan Kesihatan Percuma yang diberikan oleh YB. Dr. Ismail Salleh di PKWR Alor Mengkudu pada hari Khamis, kini dipindahkan pada setiap hari Jumaat bermula jam 9 pagi hingga 12 tengahari.

Gotong royong baiki rumah di Tok Keling


PKWR dengan kerjasama penduduk kampung Tok Keling mengadakan gotong royong membaiki rumah keluarga Allahyarham Azhar Osman yang uzur, ekoran bumbungnya yang sudah reput.