Khamis, 1 Julai 2010

Gotong royong baiki rumah di Tok Keling


PKWR dengan kerjasama penduduk kampung Tok Keling mengadakan gotong royong membaiki rumah keluarga Allahyarham Azhar Osman yang uzur, ekoran bumbungnya yang sudah reput. Kerja menggantikan bumbung serta kayu yang reput telah dilakukan dengan gotong-royong dan disambung oleh seorang tukang rumah sehingga siap sepenuhnya. Balu Allahyarham Azhar serta keluarganya berterima kasih kepada PKWR Alor Mengkudu, khususnya YB. Dr. Ismail Salleh yang telah menghulurkan sumbangan membeli peralatan membaiki rumah.

Tiada ulasan: