Khamis, 15 Julai 2010

Majlis Pelancaran hari Terbuka TM - Jom Broadband







Alor Setar,15 Julai : Hari ini Yb Dr Ismail telah merasmikan Program Pelancaran Hari Terbuka TM - Jom Broadband bertempat di perkarangan bangunan TM,Jalan Kolam Air,Alor Setar.

Beliau mengucapkan syabas kepada Pengurus Besar TM,Puan Pauziah Taib yang berjaya menganjurkan majlis ini demi untuk meningkatkan lagi penggunaan internet dikalangan orangramai.




Program Jom Broadband diharap akan menjadi pemangkin kepada penggunaan jalur lebar sebagai usaha untuk mencapai tahap 50 peratus pada akhir 2010.

"Penggunaan internet pada hari ini telah menjadi satu keperluan dalam pelbagai bidang terutamanya komunikasi,perniagaan dan pencapaian ilmu",tegas Yb Dr Ismail didalam ucapan perasmianya.

Yb dr Ismail seterusnya telah menyampaikan hadiah kepada pelanggan terbaik TM.



Beberapa buah Netbook juga telah disumbangkan oleh TM kepada pelanggan yang berjaya.

Turut hadir dalam program itu ialah Yb Mohd Nasir Mustaffa,ADUN Kubang Rotan,Tuan Haji Anuar Tahir,Group CEO Kedah Agro dan Puan Pauziah Taib,Pengurus Besar TM Kedan & Perlis.

Tiada ulasan: