Hari ini 31 ogos 2008.Hari ini adalah hari kemerdekaan Negara kita sejak 51 tahun yang lalu.Hari ini disambut dengan berbagai-bagai acara sambutan hari kemerdekaan bermula dari semalam lagi dengan acara sambutan ambang kemerdekaan.
Melihat kepada sambutan pada hari ini,ianya tidak jauh berbeza dari tahun-tahun yang lepas.Ia juga tidak banyak berbeza dari negara-negara lain.Sambutan ambang merdeka detik 12 malam di Dataran Merdeka,di KLCC dan di Jalan Bukit Bintang tidak banyak bezanya dari sambutan tahun baru di negara-negara barat.Program sambutan tahun baru di London,New York,Adelaide,Paris atau Hamburg tak banyak bezanya dari sambutan ambang kemerdekaan di Kuala Lumpur,tanah jajahan British 51 tahun yang lalu.
Betul lah kita telah merdeka dari segi fizikalnya.Kita tidak lagi dijajah.Tiada lagi gabenor atau askar British.Tiada lagi pegawai-pegawai atau guru-guru British.
Tetapi sambutan ambang merdeka seolah-olah kita masih tidak merdeka.Kalau sambutan itu pun kita masih belum membebaskan diri dari penjajah sudah tentu banyak lagi perkara-perkara lain yang kita masih mewarisi amalan British.Dengan perkataan lain kita telah merdeka dari segi fizikal tetapi tidak dari segi mentalnya.
Nabi yang kita sanjung Muhamad s.a.w telah meninggalkan pesan bahawa kemerdekaan yang hakiki ialah kemerdekaan dengan membebaskan diri dari menghambakan diri sesama manusia kepada menghambakan diri kepada Allah subhanahu wataala.
Lihatlah segala sistem yang dilaksanakan dalam negara kita.Sistem perundangan,sistem muamalat,sistem kepolisan dll penuh dengan kebobrokan,yang menunjukan kita masih belum merdeka.Ambil satu contoh sistem perundangan negara kita.Bermula dari pemecatan Tun Salleh Abbas,kes tape Lingam dan kes DS Anwar Ibrahim 1998 dan yang terbaru kes Saiful muhabalah menunjukan bagaimana kelemahan dan kecacatan sistem perundangan kita.Sistem tertinggi yang menjadi tempat semua orang mengadu dilihat sebagai tidak mempunyai intergriti setelah banyak keputusan-keputusan tidak lagi berdasarkan keadilan yang sepatutnya tetapi lebih tunduk kepada kehendak pemimpin politik tertentu.
Merdekakah kita?
Hari Jumaat yang lalu,The Star telah menyiarkan temubual wartawannya dengan saya.Intipati wawancara tersebut adalah dasar hiburan di Negeri Kedah,satu negeri dibawah Pakatan Rakyat.Polisi Kerajaan Negeri yang telah dibincang dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri ialah tidak membenarkan konsert terbuka yang bercanggah dengan syariat Islam.Justeru itu sambutan ambang merdeka pada tahun ini di perkarangan stadium menjurus kearah itu.
Tetapi agak malang saya difahamkan sambutan ambang merdeka di Pulau Permata Kedah Kedah Langkawi tidak selari dengan keputusan mesyuarat Exco dan aspirasi Kerajaan Negeri.Malah saya dimaklumkan juga sambutan kali ini lebih `teruk' dari tahun-tahun yang lalu.
Merdekakah kita?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan