Sabtu, 31 Januari 2009

BERITA DARI MESIR



29 Januari 2009-Haiyu Sabiek.Satu Majlis Jamuan Makan telah diadakan bertempat di Asrama Darul Aman 3,Haiyu Sabiek. Majlis yang telah dianjurkan oleh Majlis Kebajikan Keluarga Kedah ini bertujuan meraikan kedatangan tetamu dari Negeri Kedah iaitu Pengurus Besar Pustaka Darussalam, Ustaz Abdul Hadi Awang.

Majlis yang diadakan selepas Solat Maghrib ini bermula dengan solat Hajat dan Bacaan Yasin. Majlis diteruskan dengan Tazkirah ringkas yang disampaikan oleh Ustaz Abdul Hadi. Dalam ucapannya, beliau banyak menyentuh berkenaan kepentingan masa yang telah diberikan kepada kita untuk menuntut ilmu di Bumi Mesir ini. Malahan masyarakat Malaysia juga menanti-nanti kepulangan mahasiswa dan mahsiswi al-azhar untuk berkhidmat dalam menyebarkan ilmu dan membentuk masyarakat. Beliau juga menyentuh tentang peluang untuk mendapat sebanyak mungkin kitab-kitab yang bemanfaat tambahan lagi ketika ini sedang berlansungnya Pameran Buku Antarabangsa.

Ustaz Abdul Hadi yang merupakan Graduan Universiti Al-Azhar suatu ketika dahulu mengingatkan kepada mahasiswa supaya berusaha untuk menambah ilmu dan juga thaqafah dalam pelbagai bidang. Diantara kitab-kitab yang boleh dijadikan sebagai bahan rujukan dalam menambah thaqafah antaranya adalah kitab "Thaqafah Daieyyah" karangan Dr.Yusuf Qaradhawi dan Dr Abdullah Nasih Ulwan.Terakhirnya,beliau meminta kepada semua Mahasiswa supaya sentiasa ikhlaskan niat dalam apa jua keadaan sekalipun kerana keikhlasan akan membuahkan hasil yang benar-benar bermanfaat kepada diri,masyarakat dan juga agama.

Majlis disudahi dengan jamuan makan setelah selesai solat Isya berjemaah.

Tiada ulasan: