Khamis, 5 Ogos 2010

Shamisha - Beli tiket sambil menderma






Hari ini Yb Dr Ismail merasmikan Pelancaran Program "membeli tiket bas ekspres sambil menderma"oleh Syarikat Shamisha Holiday dan Travels Sdn Bhd.

Syarikat Shamisha yang telah beroperasi sejak beberapa tahun yang lalu mempunyai 80 buah bas ekspres kedestinasi seluruh negara.Mereka meletakan target untuk mempunyai 100 buah bas dalam masa yang terdekat.

Sempena dengan bulan puasa dan hari raya yang bakal tiba,Syarikat Shamisha melancarkan sumbangan RM 1 ketabung kebajikan dari setiap tiket yang dibeli.

Yb dr Ismail memuji usaha syarikat yang mengambil initiatif ini dan beliau berharap agar banyak lagi syarikat yang akan meniru usaha yang sama.

"Tidak ada sejarah orang yang miskin kerana memberi sumbangan atau infak kepada orang lain,malah dengan sumbangan itu Allah akan memberikan keberkatan kepada rezeki yang diterima",ujar Yb Dr Ismail dalam ucapanya.








Turut hadir dalam program itu ialah Pengarah Urusan Shamisha,En Sobri Omar,Wakil LPKP,Puan Latifah Yahya dan Timbalan Pengarah JPJ Kedah,En Rosmadi Mohd Dom.

Tiada ulasan: