Isnin, 9 Ogos 2010

Ziarah Yb Dr Ismail berterusan








Sabtu lepas Yb Dr Ismail meneruskan lagi program ziarah kepada warga emas dan mereka yang mengalami masalah kesihatan.

Kali ini beliau ke Kampung Tok Sibil menziarahi Tok Ndak yang lumpuh sebulan yang lalu.Dua minggu yang lepas Yb Dr Ismail telah datang kesini untuk membuat pemeriksaan terhadap Tok Ndak dan telah menyumbang sebuah kerusi roda.


Beliau telah juga diberi rawatan Tekanan Darah Tinggi.
Beliau sekeluarga mengucapkan terima kasih diatas kunjungan itu.
Turut serta dalam program ziarah itu ialah isteri
kepada Yb Dr Ismail.

Tiada ulasan: