
Khamis, 18 Mac 2010
Taman Saga 4 bersih

Kubu kuat Bashah pecah

Taman Wira Mergong,18 Mac:Semalam satu majlis penyerahan borang keahlian Pas oleh bekas JKKK selama empat penggal bersama 100 orang ahli yang lain sempena dengan program ceramah Pas Kawasan Alor Setar bertempat di Stadium mini KUIN.
Beliau yang dikenali dengan Pak Pin membuat penyerahan itu kepada Yb Dato Mahfuz Omar,Naib Presiden Pas.
Tindakan yang beliau ambil itu disebabkan kecewa dengan perjuangan umno.
"Umno ini sebenarnya adalah perjuangan golongan yang mempunyai kepentingan periuk nasi dan mengejar habuan poket semata-mata",kata beliau dalam nada kesal dan kecewa.
Ini memberi tamparan yang hebat kepada Bashah memandangkan Taman Wira adalah fixed deposit ataupun kubu kuatnya.
Pada pilihanraya umum yang lalu beliau menang tipis dengan majoriti 315 undi hasil dari penyokong kuat beliau di Taman Wira.
Dua minggu lepas sekumpulan 100 orang pemuda dari blok C dan D mengambil langkah yang sama dan ini adalah permulaan kejatuahn Bashah di DUN Bakar Bata.
Penerangan isu semasa khasnya isu perumahan awam Taman Wira Mergong dan situasi air di Kedah dikupas secara detail oleh penceramah.
Ceramah semalam yang dihadiri 1000 orang disampaikan oleh Yb Dato Hj Mahfuz,Yb Dr Ismail dan En Mohamad Sanusi Mohd Nor,setiausaha politik kepada Yab Mb.
Rabu, 17 Mac 2010
4 lagi kematian kes denggi
iaitu tiga (3) di Selangor dan satu (1) di Kelantan, kesemuanya
disebabkan oleh komplikasi “Dengue Shock Syndrome”.
Kesemua kes-kes kematian ini berlaku di kawasan wabak denggi atau di kawasan yang
mempunyai indeks pembiakan Aedes yang tinggi (1.6% hingga 5.6%).
Dalam tempoh yang sama sebanyak 9 kes dicatatkan di Kedah,penurunan 5 kes berbanding minggu sebelumnya,menjadikan jumlah terkumpul kes denggi diKedah sehingga 13 Mac ialah 92 kes berbanding dengan 291 kes dalam tempoh yang sama tahun lalu.
RM86m dam to ease water woes
A NEW dam costing RM85.5 million is being planned in Kahang near Kluang in a move to address the water shortage problem during the dry season in the district.
State International Trade and Industry, Energy, Water, Communications and Environment Committee chairman Tan Kok Hong said the project would provide an additional 134 million litres of raw water daily.
"Once the plan is approved, the construction of the project will commence in 2013," he said in reply to Ng Lam Hua (BN-Mengkibol).
The depth of the existing Sembrong dam would also be increased from 8.5m to 9.5m.
It will be upgraded through the construction of a water channel to drain away excessive water at a cost of RM4 million.
"To solve water shortage in rivers, there are plans to build an inflatable rubber dam costing RM4 million at the East Sembrong water treatment plant in 2012."
On the water shortage in Kluang during Chinese New Year recently, Tan said Syarikat Air Johor Holding had to ration water supply from Feb 13 after considering technical and water supply factors.
He said the dry spell since last June had resulted in low water level in both the dam and rivers.
"On Feb 4, the water level at Sungai Sembrong had touched 0.8m and the Sembrong Timur water treatment plant could still operate as usual. However, the level had been reduced to only 0.3m on Feb 11, which is much lower than the critical level of 0.5m."
Selasa, 16 Mac 2010
Sabah rations water
KOTA KINABALU: Sabah has ordered water rationing in areas experiencing shortages as the dry spell shows no sign of abating.
Chief Minister Datuk Musa Aman said rationing was necessary because water supply in certain districts was becoming critical.
“We do not want to burden the people but this must be done,” he said in a statement here yesterday.
Musa also reminded the public to be sparing in their usage of water and to cut down on unnecessary activities which would require large amounts of water.
Among the areas affected is the east coast of Tawau. The water level in Sungai Tawau, the district’s main source, has dropped in the past two months.
“We need a dam in Tawau urgently. As it is, the water treatment plant is affected (whenever) the river level goes down,” Sri Tanjung state assemblyman Jimmy Wong told The Star yesterday.
He said water shortages in Tawau were particularly acute in the downtown area as well as the densely populated Jalan Apas.
Other areas facing water shortages include the interior districts of Keningau and Tenom. The water level of rivers such as Sungai Pegalan has dropped by about 80%.
Sabah Meteorological Department director Abdul Malik Tusin said the dry spell, which had also triggered numerous bush and forest fires, was expected to last until April.
He said the dry spell was because of the tail end of the north-east monsoon, which usually lasts from November until March, as well as the El Nino phenomenon that began since June.
Sumbangan Kafalah untuk orang Cina
Skim kafalah yang berkuatkuasa mulai 1 Jan 2010 telah dilancarkan sedikit masa lalu.Skim ini memberi sumbangan sebanyak Rm 500 kepada keluarga simati yang miskin tanpa mengira peringkat umur atau bangsa.Kategori miskin ialah mereka yang mumpunyai pendapatan isirumah kurang dari Rm 720 atau perkapita kurang dari Rm 180.
Pagi tadi sumbangan kafalah ini disampaikan oleh Yb Dr Ismail kepada puan Law Hai Cheng.Suami beliau yang bekerja sebagai tukang besi berpendapatan rm 600 sebulan meninggal dunia minggu lepas akibat kanser.

Beliau yang tinggal di Taman Bersatu Alor Setar terpaksa menanggung 4 orang anak,3 darinya masih belajar manakala seorang lagi OKU.
Beliau mengucapkan jutaan terima diatas sumbangan itu dan mengharapkan akan meringankan sedikit bebanan yang ditanggung beliau.
Persatuan Lion Club Alor Setar yang diwakili oleh pengerusinya En Tan Weng Fatt turut sama memberi sumbangan kepada beliau.

Isnin, 15 Mac 2010
Kem Anak Soleh berjaya

Hari ini perasmian penutup Kem Anak Soleh untuk anak-anak nelayan akan diadakan oleh Exco Pembangunan Insan yang juga pengerusi Jawatankuasa induk Kem ini,Yb Dr Ismail Salleh.
Seramai 1240 peserta telah terlibat di 6 kem ini dan mereka dibimbing oleh 200 orang fascilitator.
Kem Anak Soleh adalah program dibawah potfolio pembangunan insan yang akan dijadikan agenda tahunan selain dari Kem Bina Sahsiah.Satu lagi kem yang akan memberi fokus kepada pelajar-pelajar tingkatan 1,2 dan 3,Kem Bina Insan akan diakan pada June nanti.
Kem Anak Soleh untuk pelajar-pelajar tahun 5 dan 6 ini,adalah kem yang memberi penekanan serta melatih peserta tentang sembahyang yang menjadi tiang agama.
Sembahyang yang dijaga dengan baik dan dilakukan dengan kyusuk akan menusuk kedalam roh anak-anak peserta yang akan menjadi asas dalam membina anak soleh.Sembahyang yang dijiwai ini juga akan mencegah dari melakukan perbuatan maksiat dan mungkar.
Kerajaan Negeri meletak sasaran untuk melihat setiap pelajar yang akan memasuki sekolah menengah sudah settle dari segi sembahyang.
Sabtu, 13 Mac 2010
Denggi di Kedah terkawal,malaria dipantau

Sehingga 6 March 2010(minggu epid ke 9) jumlah kes denggi terkumpul di Kedah ialah 82 kes berbanding 285 kes dalam tempoh yang sama tahun lalu.
Daerah Kuala Muda mencatat kes yang tertinggi iaitu 31 kes,diikuti Kulim 19 kes,Kota Setar 9 kes,Kubang Pasu 8 kes dan yang selebihnya kes yang terdapat dilain-lain daerah.
Walaupun Baling mencatat hanya 3 kes tetapi berlaku 1 kematian,setelah pada tahun 2009 dan 2008 tiada kematian dicatatkan di Kedah.
Daerah Bandar Baru dan Langkawi setakat ini masih bersih dari kes demam denggi.
Kementerian Kesihatan Malaysia mensasarkan penurunan kes denggi sebanyak 10% setiap tahun dengan 85% dari wabak tersebut dapat dikawal dalam masa 2 minggu dengan kadar penurunan lokaliti demam denggi sebanyak 25%.
MALARIA
Terdapat kenaikan sebanyak 13 kes malaria pada tahun ini berbanding tempoh yang sama pada tahun lalu.Bagi tempoh Jan - Feb 2009 terdapat 13 kes malaria direkodkan,sementara tahun ini sebanyak 26 dicatat.
Kulim dan Sik adalah penyumbang utama kes Malaria dan sehingga kini terdapat 1 kematian di Pendang.Kebanyakan pengidap demam malaria terdiri dari pendatang asing(PATI).
H1N1
Sepanjang tahun ini terdapat hanya 1 kes H1N1 di Kedah dan tiada tanda-tanda akan berlaku gelombang kedua.
Khamis, 11 Mac 2010
Pemuda Taman Wira Masuk Pas
Isu perumahan Taman Wira Mergong masih hangat diperkatakan.Segelintir dari mereka yang tidak mahu membayar hutang sewabeli dengan Kerajaan Negeri tetap mengatakan Kerajaan tidak prihatin.Tetapi yang lebih hebatnya Umno Bahagian Alor Setar yang diketuai oleh Adun Bakar Bata menjadikan isu ini sebagai agenda politik UBN,setelah mereka ketiadaan modal untuk berhadapan dengan Pas.Mereka tidak menyedari orangramai menilai dan tidak boleh menerima apa yang mereka buat.
Muak dengan permainan politik Umno ini, hampir 100 orang pemuda dari blok B dan C telah mengisi borang keahlian Pas.Semalam YDP Kawasan Alor Setar telah menerima penyerahan borang ini.
Pada 19 March nanti ada lagi kejutan.Sempena dengan program ceramah dan penerangan isu-isu semasa yang akan disampaikan oleh Yb Dato Mahfuz Omar,Yb Dr Ismail Salleh dan En Sanusi akan ada lagi penyerahan borang seperti ini.Kita akan tunggu siapa pula yang akan menyertai Pas.
Umno kedah malang dapat ketua pemuda tak berapa cerdik

Kita selalu mendengar ungkapan,kalau kita tak pandai lebih baik diam kerana kalau bersuara orang akan tahu kita bodoh.Orang akan kata confirmed bodoh.
Inilah yang berlaku kepada ketua pemuda umno Kedah yang namanya saya tak berapa ingat.
Tadi depa demo lagi di depan Wisma Darul Aman yang diketuai oleh ketua pemuda umno Kedah diatas isu kekurangan bekalan air dibeberapa tempat di Kedah.Katanya Kedah ada 4 empangan,Muda,Beris,Ahning dan Pedu tapi katanya lagi kawasan yang berdekatan dengan empangan inilah yang menghadapi masalah air.Punca kekurangan bekalan air ini katanya disebabkan kelemahan pengurusan.
Kesian.........
Itulah kalau tak tahu tak payahlah bercakap.Nanti nampak kita tak cerdik dan kini kita boleh confirmed ketua pemuda ni tak berapa cerdik.Kesian kat dia.
Kedah adalah pengeluar padi yang terbesar di Malaysia.Tanaman padi yang diusahakan 2 kali setahun ini memerlukan jumlah air yang banyak yang diambil dari empangan tadi melalui terusan dan taliair MADA.Yang selebihnya air tadi digunakan untuk perkilangan dan domestik.
Kemarau yang melampau telah menyebabkan krisis air di Malaysia termasuk Pahang,Johor dan lain-lain negeri yang diperintah UBN.Di Negeri Sembilan catuan air telah dilakukan.
Selain dari kemarau, prasarana bekalan air termasuk loji,tangki dan paip air yang tidak sempurna menyebabkan berlakunya masalah bekalan air.Keadaan ini diburukan lagi dengan jumlah NRW yang melebihi 50% berlaku di Kedah.
Sejumlah 1.5 B diperlukan untuk mengatasi masalah ini.Kedah hanya diberi 600 juta sepanjang RMK 9 untuk tujuan ini.
Dia ingat kita boleh menebuk terus dari empangan untuk memberi bekalan air dikawasan sekitar denganya.Itulah KETUA PEMUDA UMNO KEDAH.
Nilailah sendiri.
Rabu, 10 Mac 2010
Sambutan Kem Anak Soleh luar biasa

Amanah Exco disambung

Amanah jawatan Exco Yb Dr Ismail disambung.Seperti juga rakan-rakan Exco Pas yang lain mengangapkan jawatan ini adalah amanah yang harus dipikul.Beliau mengekalkan 3 potfolio terdahulu dan satu potfolio baru ditambah.Potfiolio yang dijawat oleh beliau sekarang ini adalah seperti berikut:
1.Kesihatan
2.NGO
3.Pembangunan Insan
4.ICT,Sains dan Inovasi
Sepanjang dua tahun berlalu beliau berjaya mecapai 60% dari KPI yang beliau sendiri gariskan dan berharap untuk mencapai 80% pada tahun ini.
"Masih terlalu banyak perkara yang harus dibuat kearah untuk mendaulatkan Islam",ujar beliau diakhir pertemuan beliau dengan saya sebentar tadi.
Pkwr Alor Mengkudu.
Sabtu, 6 Mac 2010
Dana untuk SAR

Tahniah diucapkan kepada pengurusan Maxcare Success Sdn Bhd yang telah menubuhkan satu tabung dana amal yang telah dilancarkan oleh Yb Dr Ismail semalam di SP Inn.Jumaat, 5 Mac 2010
Ceramah Maulidurasul
Aktiviti Yb pada hari Jumaat,5 March 2010.
Diari Yb tidak pernah mengenal masa dan hari.Tiada istilah hari cuti dan tiada istilah masa rehat.Hari ni saja Yb Dr Ismail ada empat aktiviti yang melibatkan rakyat.Bermula seawal 9 pagi beliau telah merasmikan mesyuarat agung tahuhan Pertubuhan kebajikan Taman Putra Jaya.Hampir 100 orang hadir dalam mesyuarat pertubuhan kebajikan yang baru berusia 3 tahun itu.
Selepas itu beliau bergegas ke Kampung Padang Luar untuk sama-sama bergotong royong membaiki rumah En Abdullah Hashim yang sudah terlalu uzur.
Dana dari tabung STARCARE yang akan dilancarkan pada 19 March nanti telah digunakan untuk membaiki rumah tersebut.Ini rumah yang pertama dibaiki dari tabung ini dan semua pembiayaan menbaiki rumah selepas ini akan diambil dari tabung ini.Selasa, 2 Mac 2010
Kem Anak Soleh
Kem anak soleh yang akan diadakan pada musim cuti sekolah nanti terbuka kepada pelajar tahun 5 dan 6 yang akan memberi penekanan khusus kepada aspek sembahyang.Kem anjuran Kerajaan Negeri dibawah potfolio pembangunan insan adalah dengan kerjasama Yayasan Islam Kedah,Jabatan Ugama Islam Kedah dan Maktab Mahmud.
KEM ANAK SOLEH
Tarikh : 13,14 dan 15 March 2010
Tempat : 1. Maktab Mahmud Pendang
2. Maktab Mahmud Sik
3. Maktab Mahmud Baling
4.Maktab Mahmud Bandar Baru
5. Maktab Mahmud Langkawi
Bayaran Rm 10 seorang akan dikenakan.Untuk pendaftaran sila berhubung dengan Maktab Mahmud yang terdekat.
Kem anak soleh ini juga akan diadakan khusus untuk anak-anak nelayan di Sekolah Menengah Islam Darul Ulum pada tarikh yang sama.
Amanat DS Mb diperhimpunan bulanan
Pagi tadi diadakan himpunan pagi untuk warga Wisma Darulaman bagi bulan March.Himpunan bulanan ini dihadiri oleh semua staff Wisma termasuk exco-exco kerajaan negeri.Seperti biasa Ds Mb akan menyampaikan tazkirah dan amanat beliau.Beliau menghuraikan 2 perkara dengan panjang lebar:
1.Hutang
Ds Mb memetik beberapa ayat Al Quran dan Hadis untuk menjelaskan kewajipan membayar hutang,sehingga kalau kita matipun hutang itu masih tidak terlepas.Para waris hendaklah menjelaskan hutang itu dari harta-harta peninggalan beliau.Roh mereka yang berhutang akan terapung diantara langit dan bumi.
Sebab itulah apabila berlaku satu kematian siwaris akan membuat pengumuman supaya mereka membuat tuntutan terhadap hutang mereka yang belum dijelaskan.
Begitulah hukum Islam yang mewajibkan setiap yang berhutang supaya membayarnya walaupun telah meninggal dunia.
Semalam satu demonstrasi diadakan di Taman Wira Mergong dan sebahagian dari mereka datang ke pejabat Mb untuk menyerahkan memorandum membantah hasrat kerajaan menuntut hutang sewa rumah yang mereka duduki.Rm 6 dari 27 juta hutang PAKR adalah dari Taman Wira Mergong.
Sebahagian dari mereka mampu mengubahsuai rumah,ada Astro dan kereta tetapi tidak mampu membayar sewabeli sebanyak Rm 100 sebulan selama bertahun-tahun lamanya dan 7 penyewa tidak pernah membayar sewabeli selama lebih dari 25 tahun.
Yang jelas mereka sengaja tidak mahu membayar sewa,bukan kerana tidak mampu.

2.Masalah air
Selain dari Pulau Pinang yang berjaya menguruskan air dengan baik,pengurusan air dilain-lain negeri di Malaysia lebihkurang sama.Oleh itu masalah kekurangan air dewasa ini berlaku disemua negeri akibat kemarau yang melampau.
Tetapi media hanya menyiarkan seolah-olah ianya berlaku di Kedah sahaja,demi semata-mata untuk menunjukan kegagalan Kerajaan Kedah menguruskan air.
Walau apapun kerajaan negeri akan mengambil beberapa langkah yang perlu demi untuk mengatasi masalah tersebut termasuklah akan membina ampangan kecil di Sungai Jeniang dan Sungai Muda di Pinang Tunggal.
Isnin, 1 Mac 2010
Sehari Empat Ringgit Tiga Kupang...
Setahun ada 365 hari. Sehingga sekarang sudah 25 tahun. Jika Sehari RM4.30 di bayar (lebih murah dari harga minimum sekotak rokok 20 batang - RM6.20). Jika ini dibuat secara istiqamah benda tu dah jadi hak milik pun!!!.365 hari, kali dengan 25 tahun sama jugak dengan 9,125 hari. Harga yang kena bayar ialah RM39,600 termasuk faedah.Tak percaya??? Cuba tekan mesin kira (calculator). RM39,600 bahagi dengan 9,125 hari sama jugak dengan RM4.33726027397 (Empat Ringgit Tiga Kupang jika digenapkan).
Itulah harga Perumahan Awam Mergong Taman Wira, Alor Setar yang telah menjadi riuh rendah oleh Pemuda UMNO Bahagian Alor Setar dalam demontrasi yang di Ketuai oleh Anak Syed Yunan iaitu Syed Hafiz sebagai Timbalan Ketua Pemuda UMNO Bahagian di Padang Blok A, Taman Wira Mergong (Tempat Agih Kanji). Bashah tak nampak pun.... pi mana, sepatutnya dialah yang kena jadi juara takkan nak bagi kat Mahadir Khalid kut.
Perumahan Awam Mergong, Taman Wira mula diduduki pada tahun 1985 iaitu 25 tahun yang lalu. Sepatutnya hari ini semua peduduk di Taman Wira tu dah dapat hak milik mereka masing jika kutipan sewa beli dilakukan dengan sempurna oleh KCS UMNO (Bahagian Perumahan), Exco UMNO dan MB UMNO sejak sebelum Mac 2008.
Sudahlah urusan kutipan tidak diurus dengan sempurna, syarat tanah masih lagi pertanian, punya la terok UMNO memerintah Kedah selama 51 tahun. Kenyataan ini memang menyakitkan kepada pemimpin UMNO yang mendengarnya, tetapi itulah hakikatnya.
Tetapi nasi masih belum menjadi bubur, insyaAllah seluruh penduduk Taman Wira yang ada tunggakan hutang yang sedikit panas kerana di layoq oleh pemimpin UMNO Bahagian Alor Setar akan kembali tenang.
Yang penting, penjelasan yang sewajarnya perlu diberikan kepada seluruh penduduk, bahawa sesiapa yang melangsaikan tunggakkan hutang sewa beli mereka yang sudah tidak terlalu banyak itu, seterusnya melakukan proses ubah syarat tanah di pejabat tanah maka rumah dan tanah yang diduduki itu menjadi hak milik masing-masing. Maksud jadi hak milik, boleh jadi pusakalah.
Ada geran cek ooiii.......... sapa tak mau, silap-silap sesak boleh sandar bank untuk buat modal bisnes ke..... apa ke.......
Kiah kaum ibu UMNO yang masuk TV3, kata dia tak mampu bayar sampai makan nasi dengan kicap je. Malam tadi aku pi la round tengok kawasan Taman Wira tu termasuk rumah Kiah yang makan nasi dengan kicap tu. Astro ada, rumahpun dah buat tambahan, kereta pun ada............ aku rasa dia silap cakap kut, bukan makan nasi dengan kicap tetapi makan nasi dengan lauk ayam masak kicap.
Walaupun begitu............ bila ditanya kepada penduduk, "Apa pandangan jika urusan menuntut semula hutang diserah kepada bank", jawapan yang diterima ialah, "Tidak setuju.... dan meminta Kerajaan Negeri mengkaji semula dan membuat penyusunan semula kaedah pembayaran".
Aku terjumpa jugak dengan bekas JKKK yang nak isytihar masuk PAS selepas ini, dia menyebut dalam tinjauannya sekitar 60% hingga 70% penduduk tidak setuju jika diserah kepada bank dan mereka juga tidak setuju dengan cara Pemuda UMNO Bahagian membuat demontrasi kerana masalah datang daripada mereka (UMNO) sejak 25 tahun lalu, kerajaan Pakatan sekarang ini cuma sedang mencari jalan hendak memberi hak milik rumah itu kepada penduduk dan jugak hendak mendapatkan semula tunggak hutang untuk membuat rumah lain kepada mereka yang masih memerlukan rumah.
"Tolong bawa mai Mat Sabu, kita buat ceramah, insyaAllah saya akan isytihar masuk PAS dalam majlis tu bersama dengan 80 orang ahli UMNO yang saya dah kutip setakat la ni.... rasa boleh tambah lagi." sambung bekas JKKK tu penuh semangat.
Aku dok fikir, "Hebat orang tua ni, bersyarah kat aku pulak... nampak lebih cerdik dari Pemuda UMNO Bahagian, tu..... baru kata nak masuk PAS, kalau masuk lagi cerdik apa?.
Dia jugak minta, "Pasai bank-bank tu tak payah dok sebut la, dia boleh bagi kesan politik, yang penting macam mana Pejabat Perumahan tu boleh bertindak seperti bank dengan berkesan, orang tak marah punya. Sebut bank je semua penduduk jadi seram sejuk".
"Kepada tujuh orang yang tak pernah bayar duit sewa beli, sejak azali tu, kami setuju ambik tindakan kat depa" celah salah seorang yang duduk di gerai depan Insaniah.Seorang lagi mencelah (rasa aku nama dia Zul Che Harun), "Masalahnya sekarang UMNO tinggai taik, PAS yang kena basuh.... bila PAS nak basuh Pemuda UMNO mai hasut penduduk jangan basuh".
Apapun mereka adalah rakyat terbanyak yang perlu diberi pendidikan, teguran dan kasih sayang dari sebuah pemerintahan yang berlandas Islam yang suci. Segala kekusutan yang ditinggalkan oleh pemerintahan UMNO dan BN jangan lah diulangi oleh penggubal dasar dan pelaksana tugas bahagian perumahan.
Selamat mendapat Hak Milik Rumah setelah bayaran yang sebenarnya hanya Empat Ringgit Tiga Kupang sehari, di langsaikan oleh 1,982 unit penyewa beli Perumahan Awam Mergong, Taman Wira terdiri dari blok A, B, C, D dan E.
Jumaat, 26 Februari 2010
Perasmian serentak mesyuarat Agung cawangan-cawangan Pas kawasan Alor Setar
.Dalam ucapan perasmian tersebut beliau telah menyentuh tentang banyak perkara termasuk pentadbiran parti dan juga Kerajaan Negeri.

YDP Pas kawasan Alor Setar,Yb Dr Ismail Salleh dalam ucapan aluanya sekali lagi telah membentang misi dan visi Pas kawasan Alor Setar sessi 2009/2011.
Sembang kedai kopi bersama YB
Hari ini pagi sabtu seperti biasa YB berada dalam program mingguanya iaitu sembang kedai kopi bersama YB.Pagi ni kedai kopi En Anuar yang terletak berdekatan dengan masjid Tanjung Bendahara.Menu utamanya adalah nasi lemak dan roti canai.
Yb sempat mendengar masalah dan aduan rakyat dari kampung Tanjung Bendahara dan taman-taman yang berdekatan seperti Taman Selesa,Taman Tanjung Bendahara,Taman Sri Tanjung dan Taman Putra Jaya dalam persidangan kedai kopi itu .
Turut hadir bersama Yb ialah Pengerusi Pkwr,Tuan Haji Zulkifli Yahya,MKK cikgu Tajudin dan En Magjid.Gambar disebelah adalah Yb Dr Ismail dengan En Malik,JKKP Kg Tanjung Bendahara.


