Sabtu, 13 Mac 2010

Denggi di Kedah terkawal,malaria dipantau


DENGGI

Sehingga 6 March 2010(minggu epid ke 9) jumlah kes denggi terkumpul di Kedah ialah 82 kes berbanding 285 kes dalam tempoh yang sama tahun lalu.

Daerah Kuala Muda mencatat kes yang tertinggi iaitu 31 kes,diikuti Kulim 19 kes,Kota Setar 9 kes,Kubang Pasu 8 kes dan yang selebihnya kes yang terdapat dilain-lain daerah.

Walaupun Baling mencatat hanya 3 kes tetapi berlaku 1 kematian,setelah pada tahun 2009 dan 2008 tiada kematian dicatatkan di Kedah.

Daerah Bandar Baru dan Langkawi setakat ini masih bersih dari kes demam denggi.

Kementerian Kesihatan Malaysia mensasarkan penurunan kes denggi sebanyak 10% setiap tahun dengan 85% dari wabak tersebut dapat dikawal dalam masa 2 minggu dengan kadar penurunan lokaliti demam denggi sebanyak 25%.

MALARIA

Terdapat kenaikan sebanyak 13 kes malaria pada tahun ini berbanding tempoh yang sama pada tahun lalu.Bagi tempoh Jan - Feb 2009 terdapat 13 kes malaria direkodkan,sementara tahun ini sebanyak 26 dicatat.

Kulim dan Sik adalah penyumbang utama kes Malaria dan sehingga kini terdapat 1 kematian di Pendang.Kebanyakan pengidap demam malaria terdiri dari pendatang asing(PATI).

H1N1

Sepanjang tahun ini terdapat hanya 1 kes H1N1 di Kedah dan tiada tanda-tanda akan berlaku gelombang kedua.

Tiada ulasan: