Sabtu, 13 Mac 2010

Denggi di Kedah terkawal,malaria dipantau


DENGGI

Sehingga 6 March 2010(minggu epid ke 9) jumlah kes denggi terkumpul di Kedah ialah 82 kes berbanding 285 kes dalam tempoh yang sama tahun lalu.

Daerah Kuala Muda mencatat kes yang tertinggi iaitu 31 kes,diikuti Kulim 19 kes,Kota Setar 9 kes,Kubang Pasu 8 kes dan yang selebihnya kes yang terdapat dilain-lain daerah.

Walaupun Baling mencatat hanya 3 kes tetapi berlaku 1 kematian,setelah pada tahun 2009 dan 2008 tiada kematian dicatatkan di Kedah.

Daerah Bandar Baru dan Langkawi setakat ini masih bersih dari kes demam denggi.

Kementerian Kesihatan Malaysia mensasarkan penurunan kes denggi sebanyak 10% setiap tahun dengan 85% dari wabak tersebut dapat dikawal dalam masa 2 minggu dengan kadar penurunan lokaliti demam denggi sebanyak 25%.

MALARIA

Terdapat kenaikan sebanyak 13 kes malaria pada tahun ini berbanding tempoh yang sama pada tahun lalu.Bagi tempoh Jan - Feb 2009 terdapat 13 kes malaria direkodkan,sementara tahun ini sebanyak 26 dicatat.

Kulim dan Sik adalah penyumbang utama kes Malaria dan sehingga kini terdapat 1 kematian di Pendang.Kebanyakan pengidap demam malaria terdiri dari pendatang asing(PATI).

H1N1

Sepanjang tahun ini terdapat hanya 1 kes H1N1 di Kedah dan tiada tanda-tanda akan berlaku gelombang kedua.

Khamis, 11 Mac 2010

Pemuda Taman Wira Masuk Pas

Isu perumahan Taman Wira Mergong masih hangat diperkatakan.Segelintir dari mereka yang tidak mahu membayar hutang sewabeli dengan Kerajaan Negeri tetap mengatakan Kerajaan tidak prihatin.

Tetapi yang lebih hebatnya Umno Bahagian Alor Setar yang diketuai oleh Adun Bakar Bata menjadikan isu ini sebagai agenda politik UBN,setelah mereka ketiadaan modal untuk berhadapan dengan Pas.Mereka tidak menyedari orangramai menilai dan tidak boleh menerima apa yang mereka buat.


Muak dengan permainan politik Umno ini, hampir 100 orang pemuda dari blok B dan C telah mengisi borang keahlian Pas.

Semalam YDP Kawasan Alor Setar telah menerima penyerahan borang ini.

Pada 19 March nanti ada lagi kejutan.Sempena dengan program ceramah dan penerangan isu-isu semasa yang akan disampaikan oleh Yb Dato Mahfuz Omar,Yb Dr Ismail Salleh dan En Sanusi akan ada lagi penyerahan borang seperti ini.Kita akan tunggu siapa pula yang akan menyertai Pas.

Umno kedah malang dapat ketua pemuda tak berapa cerdik



Kita selalu mendengar ungkapan,kalau kita tak pandai lebih baik diam kerana kalau bersuara orang akan tahu kita bodoh.Orang akan kata confirmed bodoh.

Inilah yang berlaku kepada ketua pemuda umno Kedah yang namanya saya tak berapa ingat.

Tadi depa demo lagi di depan Wisma Darul Aman yang diketuai oleh ketua pemuda umno Kedah diatas isu kekurangan bekalan air dibeberapa tempat di Kedah.Katanya Kedah ada 4 empangan,Muda,Beris,Ahning dan Pedu tapi katanya lagi kawasan yang berdekatan dengan empangan inilah yang menghadapi masalah air.Punca kekurangan bekalan air ini katanya disebabkan kelemahan pengurusan.

Kesian.........

Itulah kalau tak tahu tak payahlah bercakap.Nanti nampak kita tak cerdik dan kini kita boleh confirmed ketua pemuda ni tak berapa cerdik.Kesian kat dia.

Kedah adalah pengeluar padi yang terbesar di Malaysia.Tanaman padi yang diusahakan 2 kali setahun ini memerlukan jumlah air yang banyak yang diambil dari empangan tadi melalui terusan dan taliair MADA.Yang selebihnya air tadi digunakan untuk perkilangan dan domestik.

Kemarau yang melampau telah menyebabkan krisis air di Malaysia termasuk Pahang,Johor dan lain-lain negeri yang diperintah UBN.Di Negeri Sembilan catuan air telah dilakukan.

Selain dari kemarau, prasarana bekalan air termasuk loji,tangki dan paip air yang tidak sempurna menyebabkan berlakunya masalah bekalan air.Keadaan ini diburukan lagi dengan jumlah NRW yang melebihi 50% berlaku di Kedah.

Sejumlah 1.5 B diperlukan untuk mengatasi masalah ini.Kedah hanya diberi 600 juta sepanjang RMK 9 untuk tujuan ini.

Dia ingat kita boleh menebuk terus dari empangan untuk memberi bekalan air dikawasan sekitar denganya.Itulah KETUA PEMUDA UMNO KEDAH.

Nilailah sendiri.

Rabu, 10 Mac 2010

Sambutan Kem Anak Soleh luar biasa


Dibawah potfolio Pembangunan Insan Yb Dr Ismail telah merancang untuk membuat program berikut untuk pelajar-pelajar.


1.Kem Anak Soleh(KAS) untuk pelajar tahun 5 dan 6

2.Kem Bina Insan(KBI) untuk pelajar tingkatan 1 hingga 3

3.Kem Bina Sakhsiah(KBS) untuk pelajar 16 - 20 tahun


KBS telah berjalan selama 2 tahun di Muassasah Darul Ulum.Ia dibuat selama tiga minggu diakhir setiap tahun.Tahun lepas seramai 300 peserta telah mengikuti kem itu walaupun permohonan untuk menyertainya menjangkau 600 orang.Permintaan yang begitu ramai setelah mereka melihat sendiri produk yang dilahirkan dari kem ini.


Bermula 13 hingga 15 Mac nanti Kem Anak Soleh akan diadakan di Maktub Mahmud di lima daerah iaitu Maktab Mahmud Pendang,Sik,Baling,Bandar Baru dan Langkawi manakala satu kem lagi khusus untuk anak nelayan akan diadakan di SMIDU.


Sambutan untuk menyertai kem ini sangat luar biasa.Pendaftaran di maktab Mahmud Pendang,Sik,Baling dan Langkawi hanya dibuka selama 2 hari dan permintaan selepas itu terpaksa ditolak kerana terpaksa menghadkan penyertan seramai 200 orang disetiap tempat.


DS Yab MB akan melakukan perasmian penutup di Maktab Mahmud Baling pada 15 March 2010.Pada sebelah malamnya akan diadakan forum perdana dengan menampilkan Yb Us Izat Shauki,Ust Roslan Che Ros,Us Dr Elias Zakaria dan Ust Iszki Hafizi sebagai ahli panel.

Amanah Exco disambung


Pagi tadi istiadat mengangkat sumpah Exco Kedah diadakan di Istana Anak Bukit.Seperti kita maklum 2 masuk dan 2 keluar.

Amanah jawatan Exco Yb Dr Ismail disambung.Seperti juga rakan-rakan Exco Pas yang lain mengangapkan jawatan ini adalah amanah yang harus dipikul.Beliau mengekalkan 3 potfolio terdahulu dan satu potfolio baru ditambah.Potfiolio yang dijawat oleh beliau sekarang ini adalah seperti berikut:

1.Kesihatan
2.NGO
3.Pembangunan Insan
4.ICT,Sains dan Inovasi

Sepanjang dua tahun berlalu beliau berjaya mecapai 60% dari KPI yang beliau sendiri gariskan dan berharap untuk mencapai 80% pada tahun ini.

"Masih terlalu banyak perkara yang harus dibuat kearah untuk mendaulatkan Islam",ujar beliau diakhir pertemuan beliau dengan saya sebentar tadi.

Pkwr Alor Mengkudu.

Sabtu, 6 Mac 2010

Dana untuk SAR


Tahniah diucapkan kepada pengurusan Maxcare Success Sdn Bhd yang telah menubuhkan satu tabung dana amal yang telah dilancarkan oleh Yb Dr Ismail semalam di SP Inn.
Dana ini akan memberi fokus untuk membantu SAR diseluruh Malaysia.
MCS adalah syarikat milik bumiputra yang telah beroperasi sejak 18 tahun yang lalu yang menjadikan minyak injin kenderaan sebagai core bisnes.
Dimajlis pelancaran semalam sebanyak lima buah sekolah SAR telah menerima bantuan dari tabung itu.

Jumaat, 5 Mac 2010

Ceramah Maulidurasul


1.Mohd Sabu


2.Misbahul Munir


3.Dr Ismail


Di Kompleks Hijau Kuning Alor Setar


9 malam,7 March 2010.

Semua dijemput hadir

Aktiviti Yb pada hari Jumaat,5 March 2010.

Diari Yb tidak pernah mengenal masa dan hari.Tiada istilah hari cuti dan tiada istilah masa rehat.

Hari ni saja Yb Dr Ismail ada empat aktiviti yang melibatkan rakyat.Bermula seawal 9 pagi beliau telah merasmikan mesyuarat agung tahuhan Pertubuhan kebajikan Taman Putra Jaya.Hampir 100 orang hadir dalam mesyuarat pertubuhan kebajikan yang baru berusia 3 tahun itu.

Selepas itu beliau bergegas ke Kampung Padang Luar untuk sama-sama bergotong royong membaiki rumah En Abdullah Hashim yang sudah terlalu uzur.

Dana dari tabung STARCARE yang akan dilancarkan pada 19 March nanti telah digunakan untuk membaiki rumah tersebut.Ini rumah yang pertama dibaiki dari tabung ini dan semua pembiayaan menbaiki rumah selepas ini akan diambil dari tabung ini.




Selepas solat Jumaat Yb telah merasmikan mesyuarat agung Pas cawangan Taman Desa Kamila dan sebelah malam nanti Insya Allah beliau akan ke Sungai Petani untuk merasmikan program MAXCARE.
Semoga Allah memberikan kesihatan yang baik kepada beliau untuk meneruskan khidmatnya kepada rakyat.

Selasa, 2 Mac 2010

Kem Anak Soleh

Kem anak soleh yang akan diadakan pada musim cuti sekolah nanti terbuka kepada pelajar tahun 5 dan 6 yang akan memberi penekanan khusus kepada aspek sembahyang.

Kem anjuran Kerajaan Negeri dibawah potfolio pembangunan insan adalah dengan kerjasama Yayasan Islam Kedah,Jabatan Ugama Islam Kedah dan Maktab Mahmud.

KEM ANAK SOLEH

Tarikh : 13,14 dan 15 March 2010

Tempat : 1. Maktab Mahmud Pendang
2. Maktab Mahmud Sik
3. Maktab Mahmud Baling
4.Maktab Mahmud Bandar Baru
5. Maktab Mahmud Langkawi

Bayaran Rm 10 seorang akan dikenakan.Untuk pendaftaran sila berhubung dengan Maktab Mahmud yang terdekat.

Kem anak soleh ini juga akan diadakan khusus untuk anak-anak nelayan di Sekolah Menengah Islam Darul Ulum pada tarikh yang sama.

Amanat DS Mb diperhimpunan bulanan

Pagi tadi diadakan himpunan pagi untuk warga Wisma Darulaman bagi bulan March.Himpunan bulanan ini dihadiri oleh semua staff Wisma termasuk exco-exco kerajaan negeri.Seperti biasa Ds Mb akan menyampaikan tazkirah dan amanat beliau.

Beliau menghuraikan 2 perkara dengan panjang lebar:

1.Hutang

Ds Mb memetik beberapa ayat Al Quran dan Hadis untuk menjelaskan kewajipan membayar hutang,sehingga kalau kita matipun hutang itu masih tidak terlepas.Para waris hendaklah menjelaskan hutang itu dari harta-harta peninggalan beliau.Roh mereka yang berhutang akan terapung diantara langit dan bumi.

Sebab itulah apabila berlaku satu kematian siwaris akan membuat pengumuman supaya mereka membuat tuntutan terhadap hutang mereka yang belum dijelaskan.

Begitulah hukum Islam yang mewajibkan setiap yang berhutang supaya membayarnya walaupun telah meninggal dunia.

Semalam satu demonstrasi diadakan di Taman Wira Mergong dan sebahagian dari mereka datang ke pejabat Mb untuk menyerahkan memorandum membantah hasrat kerajaan menuntut hutang sewa rumah yang mereka duduki.Rm 6 dari 27 juta hutang PAKR adalah dari Taman Wira Mergong.

Sebahagian dari mereka mampu mengubahsuai rumah,ada Astro dan kereta tetapi tidak mampu membayar sewabeli sebanyak Rm 100 sebulan selama bertahun-tahun lamanya dan 7 penyewa tidak pernah membayar sewabeli selama lebih dari 25 tahun.

Yang jelas mereka sengaja tidak mahu membayar sewa,bukan kerana tidak mampu.


2.Masalah air

Selain dari Pulau Pinang yang berjaya menguruskan air dengan baik,pengurusan air dilain-lain negeri di Malaysia lebihkurang sama.Oleh itu masalah kekurangan air dewasa ini berlaku disemua negeri akibat kemarau yang melampau.

Tetapi media hanya menyiarkan seolah-olah ianya berlaku di Kedah sahaja,demi semata-mata untuk menunjukan kegagalan Kerajaan Kedah menguruskan air.

Walau apapun kerajaan negeri akan mengambil beberapa langkah yang perlu demi untuk mengatasi masalah tersebut termasuklah akan membina ampangan kecil di Sungai Jeniang dan Sungai Muda di Pinang Tunggal.

Isnin, 1 Mac 2010

Sehari Empat Ringgit Tiga Kupang...

Oleh Aris Awang
Setahun ada 365 hari. Sehingga sekarang sudah 25 tahun. Jika Sehari RM4.30 di bayar (lebih murah dari harga minimum sekotak rokok 20 batang - RM6.20). Jika ini dibuat secara istiqamah benda tu dah jadi hak milik pun!!!.365 hari, kali dengan 25 tahun sama jugak dengan 9,125 hari. Harga yang kena bayar ialah RM39,600 termasuk faedah.Tak percaya??? Cuba tekan mesin kira (calculator). RM39,600 bahagi dengan 9,125 hari sama jugak dengan RM4.33726027397 (Empat Ringgit Tiga Kupang jika digenapkan).

Itulah harga Perumahan Awam Mergong Taman Wira, Alor Setar yang telah menjadi riuh rendah oleh Pemuda UMNO Bahagian Alor Setar dalam demontrasi yang di Ketuai oleh Anak Syed Yunan iaitu Syed Hafiz sebagai Timbalan Ketua Pemuda UMNO Bahagian di Padang Blok A, Taman Wira Mergong (Tempat Agih Kanji). Bashah tak nampak pun.... pi mana, sepatutnya dialah yang kena jadi juara takkan nak bagi kat Mahadir Khalid kut.

Perumahan Awam Mergong, Taman Wira mula diduduki pada tahun 1985 iaitu 25 tahun yang lalu. Sepatutnya hari ini semua peduduk di Taman Wira tu dah dapat hak milik mereka masing jika kutipan sewa beli dilakukan dengan sempurna oleh KCS UMNO (Bahagian Perumahan), Exco UMNO dan MB UMNO sejak sebelum Mac 2008.

Sudahlah urusan kutipan tidak diurus dengan sempurna, syarat tanah masih lagi pertanian, punya la terok UMNO memerintah Kedah selama 51 tahun. Kenyataan ini memang menyakitkan kepada pemimpin UMNO yang mendengarnya, tetapi itulah hakikatnya.

Tetapi nasi masih belum menjadi bubur, insyaAllah seluruh penduduk Taman Wira yang ada tunggakan hutang yang sedikit panas kerana di layoq oleh pemimpin UMNO Bahagian Alor Setar akan kembali tenang.

Yang penting, penjelasan yang sewajarnya perlu diberikan kepada seluruh penduduk, bahawa sesiapa yang melangsaikan tunggakkan hutang sewa beli mereka yang sudah tidak terlalu banyak itu, seterusnya melakukan proses ubah syarat tanah di pejabat tanah maka rumah dan tanah yang diduduki itu menjadi hak milik masing-masing. Maksud jadi hak milik, boleh jadi pusakalah.

Ada geran cek ooiii.......... sapa tak mau, silap-silap sesak boleh sandar bank untuk buat modal bisnes ke..... apa ke.......

Kiah kaum ibu UMNO yang masuk TV3, kata dia tak mampu bayar sampai makan nasi dengan kicap je. Malam tadi aku pi la round tengok kawasan Taman Wira tu termasuk rumah Kiah yang makan nasi dengan kicap tu. Astro ada, rumahpun dah buat tambahan, kereta pun ada............ aku rasa dia silap cakap kut, bukan makan nasi dengan kicap tetapi makan nasi dengan lauk ayam masak kicap.

Walaupun begitu............ bila ditanya kepada penduduk, "Apa pandangan jika urusan menuntut semula hutang diserah kepada bank", jawapan yang diterima ialah, "Tidak setuju.... dan meminta Kerajaan Negeri mengkaji semula dan membuat penyusunan semula kaedah pembayaran".

Aku terjumpa jugak dengan bekas JKKK yang nak isytihar masuk PAS selepas ini, dia menyebut dalam tinjauannya sekitar 60% hingga 70% penduduk tidak setuju jika diserah kepada bank dan mereka juga tidak setuju dengan cara Pemuda UMNO Bahagian membuat demontrasi kerana masalah datang daripada mereka (UMNO) sejak 25 tahun lalu, kerajaan Pakatan sekarang ini cuma sedang mencari jalan hendak memberi hak milik rumah itu kepada penduduk dan jugak hendak mendapatkan semula tunggak hutang untuk membuat rumah lain kepada mereka yang masih memerlukan rumah.

"Tolong bawa mai Mat Sabu, kita buat ceramah, insyaAllah saya akan isytihar masuk PAS dalam majlis tu bersama dengan 80 orang ahli UMNO yang saya dah kutip setakat la ni.... rasa boleh tambah lagi." sambung bekas JKKK tu penuh semangat.

Aku dok fikir, "Hebat orang tua ni, bersyarah kat aku pulak... nampak lebih cerdik dari Pemuda UMNO Bahagian, tu..... baru kata nak masuk PAS, kalau masuk lagi cerdik apa?.

Dia jugak minta, "Pasai bank-bank tu tak payah dok sebut la, dia boleh bagi kesan politik, yang penting macam mana Pejabat Perumahan tu boleh bertindak seperti bank dengan berkesan, orang tak marah punya. Sebut bank je semua penduduk jadi seram sejuk".

"Kepada tujuh orang yang tak pernah bayar duit sewa beli, sejak azali tu, kami setuju ambik tindakan kat depa" celah salah seorang yang duduk di gerai depan Insaniah.Seorang lagi mencelah (rasa aku nama dia Zul Che Harun), "Masalahnya sekarang UMNO tinggai taik, PAS yang kena basuh.... bila PAS nak basuh Pemuda UMNO mai hasut penduduk jangan basuh".

Apapun mereka adalah rakyat terbanyak yang perlu diberi pendidikan, teguran dan kasih sayang dari sebuah pemerintahan yang berlandas Islam yang suci. Segala kekusutan yang ditinggalkan oleh pemerintahan UMNO dan BN jangan lah diulangi oleh penggubal dasar dan pelaksana tugas bahagian perumahan.

Selamat mendapat Hak Milik Rumah setelah bayaran yang sebenarnya hanya Empat Ringgit Tiga Kupang sehari, di langsaikan oleh 1,982 unit penyewa beli Perumahan Awam Mergong, Taman Wira terdiri dari blok A, B, C, D dan E.

Jumaat, 26 Februari 2010

Perasmian serentak mesyuarat Agung cawangan-cawangan Pas kawasan Alor Setar

Perasmian mesyuarat agung cawangan-cawangan Pas kawasan Alor Setar telah dilakukan pada malam Jumaat lepas oleh Yb Dato Ir Phahrolrazi Zawawi,TPJ 1 Pas Kedah dan Exco Kerajaan Negeri.
Dalam ucapan perasmian tersebut beliau telah menyentuh tentang banyak perkara termasuk pentadbiran parti dan juga Kerajaan Negeri.

YDP Pas kawasan Alor Setar,Yb Dr Ismail Salleh dalam ucapan aluanya sekali lagi telah membentang misi dan visi Pas kawasan Alor Setar sessi 2009/2011.
Semua cawangan akan mendapat mandat,visi dan misi yang sama.Itulah tujuan mengapa perasmian serentak dilakukan.





Sembang kedai kopi bersama YB

Hari ini pagi sabtu seperti biasa YB berada dalam program mingguanya iaitu sembang kedai kopi bersama YB.

Pagi ni kedai kopi En Anuar yang terletak berdekatan dengan masjid Tanjung Bendahara.Menu utamanya adalah nasi lemak dan roti canai.

Yb sempat mendengar masalah dan aduan rakyat dari kampung Tanjung Bendahara dan taman-taman yang berdekatan seperti Taman Selesa,Taman Tanjung Bendahara,Taman Sri Tanjung dan Taman Putra Jaya dalam persidangan kedai kopi itu .

Turut hadir bersama Yb ialah Pengerusi Pkwr,Tuan Haji Zulkifli Yahya,MKK cikgu Tajudin dan En Magjid.

Gambar disebelah adalah Yb Dr Ismail dengan En Malik,JKKP Kg Tanjung Bendahara.

Tunku Bendahara Melawat KUIN

Semalam Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan,Tunku Bendahara telah membuat lawatan rasmi ke tapak pembinaan KUIN di Kuala Ketil.

Lawatan Baginda diiringi oleh Yab DS MB,ahli-ahli Exco,ADUN-ADUN,Rektor KUIN dan Dato CEO BDB .

Taklimat telah disampaikan oleh Rektor KUIN,Prof Jamil Osman.

Luas keseluruhan tapak pembinaan yang telah diusahakan ialah 320 ekar dari luas keseluruhan 83o ekar.Pembinaan akan mengambil masa 21/2 tahun,yang dijangka akan siap pada akhir 2012.Pecah tanah projek ini telah dilakukan oleh Ds Mb sendiri pada bulan Februari 2009.

Projek yang menelan belanja RM 330 juta ini dibiayai Rm200 oleh Bank Islam Berhad dan yang selebihnya oleh Affin Islamic Bank Berhad.

Apabila siap sepenuhnya KUIN boleh menampung seramai 13 ribu pelajar berbanding 4 ribu pelajar sekarang ini.

Tunku Bendahara telah dibawa untuk melihat kerja-kerja membina kolam sepanjang 1,2 km yang akan berada dipintu masuk Kuin yang didalamnya akan dibina sebuah masjid terapung yang pembinaannya nanti akan ditaja sepenuhnya.



Baginda melahirkan rasa bangga dan puas hati melihat projek yang sedang rancak berjalan itu.

Isnin, 22 Februari 2010

Islam agamaku,Kedah negeriku

Inilah wajah dipintu masuk ke DUN Alor Mengkudu melalui jalan Alor Mengkudu.Rock Cafe menjadi menjadi mercu tanda baru,terletak bersebelahan stesyen minyak caltex dan bertentangan dengan Restoren Sala.

Melihat kepada tiga keping gambar yang saya paparkan disini,saya teringatkan semasa belajar perubatan di Belgium sedikit masa dulu .Gambaran sebegini adalah lumrah diluar negara tetapi tidak di Malaysia apatah lagi dinegeri Kedah Darul Aman,sebuah negeri dibawah PR.

Cafe ini telah dibuka beberapa hari sebelum Tahun Baru Cina.Memulakan operasi sekitar enam petang sehingga lewat dua pagi.Mempunyai sebuah premis tertutup,yang selebih 2/3 lagi premis ini adalah terbuka.


Diawal pagi botol-botol dan tin-tin arak berselerak dan bersepahan diatas meja ditempat terbuka.

Pagi tadi saya berada dipremis tersebut seawal 8.30 pagi.Ada tiga orang pekerja yang melakukan pembersihan termasuk menyusun gelas,botol dan tin arak.Seorang dari pekerja tersebut adalah Melayu Islam.

Saya menghubungi Pejabat Daerah Kota Setar untuk mengetahui status lesen premis ini.Seperti biasa beberapa orang yang patut saya bercakap belum masuk pejabat.Akhirnya saya dimaklumkan oleh mereka bahawa mereka tidak mengeluarkan lesen menjual arak.Saya merasa lega kerana inilah yang diputuskan oleh mesyuarat EXCO.

Saya terus kestesyen minyak caltex yang terletak bersebelahan yang juga dipunyai oleh tuan yang sama.Beliau mengenali saya dan begitu juga disebaliknya.Setelah berbincang,beliau berjanji untuk tidak mengulangi perkara yang sama.Beliau memberi alasan sambutan Tahun Cina yang dikunjungi oleh terlalu ramai pengunjung menjadikan pekerja mereka tidak mampu mengawal apa yang saya sebutkan diatas.


Sebelum saya meninggalkan premis tersebut beliau telah menunjukan lesen yang dikeluarkan oleh Pejabat Daerah Kota Setar.Saya terpaku disitu.

Sebagai wakil rakyat saya akan pantau perkara ini untuk memastikan Ugama Islam tidak diperkotak-katikan sebegini rupa.

Kepada sahabat-sahabat saya dikalangan non muslims kami menghormati bahawa minum arak itu dibolehkan oleh ugama kamu tetapi jangan sampai tidak ada kawalan seperti diatas.

Open house GXFC Yb Lim Soo Nie

Suasana sambutan tahun Baru Cina masih dirasai.Hari ini Yb Kulim,Lim Soo Nie mengadakan sambutan itu bertempat di dewan Putra,Kulim.

Yb Dr Ismail menghadiri open house itu pada jam 1.50 petang.

Macam biasa banyak hidangan disediakan termasuk satay.



Suasana harmoni antara kaum dapat dirasai apabila ia dikunjungi bukan saja dikalangan orang-orang Cina tetapi juga masyarakat Melayu dan India.Malah bentara dewan adalah dikalangan petugas-petugas unit amal Pas.Semoga keharmonian ini dapat berkekalan buat selama-lamanya.

Sabtu, 20 Februari 2010

Perasmian mini karnival Daerah Yan

Mini karnival Kedah sejahtera peringkat Daerah Yan 2010 yang berlangsung selama dua hari dirasmikan oleh Yab DS Mb sebentar tadi.

Program sambutan itu dipenuhi dengan berbagai atucara yang melibatkan jabatan/agensi kerajaan dan penglibatan secara langsung penduduk Daerah Yan seperti pertandingan gubahan bunga,pertandingan layang-layang,persembahan kesenian Islam dan sepak raga timbang.

Malam esok akan diadakan forum perdana yang akan membariskan ahli panel terkenal seperti Dato Mufti Kedah dan Dekan Kuliah Syariah KUIN.

Gong Xi Fa Cai di rumah Yb Tan Wei Shu


Bertandang ke rumah Yb Tan Wei Shu untuk merayakan Gong Xi Fa Cai.Kami disambut oleh Yb Tan sekeluarga dan dijamu dengan hidangan yang menyelerakan.

Sambutan Gong Xi Fa Cai di DUN Alor Mengkudu

Sambutan Tahun baru Cina,Gong Xi Fa Cai telah diadakan di Taman Mangga DUN Alor Mengkudu dengan jayanya.

Program anjuran pkwr Alor Mengkudu itu bermula seawal lapan malam dan berakhir jam sepuluh telah dihadiri sekitar 500 orang dari berbagai bangsa.


Selain dari jamuan makan dan ucapan oleh Yb Dr Ismail,sumbangan berbentuk hamper dan angpau juga telah disampaikan oleh Yb kepada mereka-mereka yang kurang bernasib baik.

Dalam ucapan Yb dr Ismail berulang kali menyebut bahawa sambutan Gong Xi Fa Cai ini adalah lahir dari rasa hormat menghormati antara satu sama lain yang lahir dari hati sanubari dan ini bukan sambutan lakunan sebagaimana pimpinan UMNO dalam majlis-majlis yang dianjurkan oleh pimpinan MCA atau Gerakan.

Perasaan hormat menghormati antara satu sama lain ini dimanifestasikan dalam sambutan ini.Yb Dr Ismail mengucapkan terima kasih diatas sokongan yang diberikan oleh masyarakat Tionghua dalam Pru 12 dan sepanjang dua tahun Kerajaan PR Kedah.Semoga sokongan dan dokongan ini akan berterusan untuk selama-lamanya.

Sambutan itu diserikan lagi dengan pertunjukan tarian singa dan bunga api.

Khamis, 18 Februari 2010

Merawat pesakit terlantar




Kedah sejahtera,nikmat untuk semua.Itulah tema pemerintahan Kerajaan Pakatan Rakyat Kedah.Tema ini bukan diungkap dibibir mulut sahaja tetapi dijiwai oleh setiap wakil rakyat PR.

Berbeza dengan ungkapan 1Malaysia Najib,rakyat didahulukan pencapaian diutamakan yang diungkapkan oleh pimpinan BN setiap hari.Tetapi apa yang dipraktikan pada setiap hari ialah kroni didahulukan,kekayaan diutamakan.

Hari ini Yb Dr Ismail sempat merawat seorang pesakit yang telah terlantar beberapa hari dirumah.Beliau memberi rawatan IVD kepada pesakit tersebut.Inilah contoh memberi kesejahteraan kepada semua rakyat.