Jumaat, 12 Disember 2008

Catatan perjalanan Yayasan Amal Malaysia ke Kemboja




7 Dec 2008.

Rombongan kami ke Kemboja mula berkumpul di LCCT pada jam 12 tengahari untuk diberi taklimat oleh ketua rombongan En Azri dari Yayasan Amal Pusat.Rombongan terdiri dari 18 orang peserta,2 orang doctor perubatan,2 orang MA dan selebihnya adalah sukarelawan Yayasan Amal.

Dilapangan terbang kami telah bertemu dengan beberapa rombongan dari Malaysia yang lain membawa misi yang sama ke Kemboja,diantaranya ialah Yayasan Salam,Easy Qurban dan POTO.

Menaiki Air Asia yang dijangka bertolak pada 3.15 petang terpaksa ditunda pada jam 4 petang dan telah mendarat di Phnom Penh International Airport pada 5.10 pm waktu tempatan.

Kami telah disambut oleh Ustaz Mohamad,anak tempatan yang fasih berbahasa melayu.Kami dibawa makan kesebuah restoran Islam menaiki sebuah bas mini yang telah disewa untuk membawa rombongan kami sepanjang missi kemanusiaan di Kemboja.

Setelah dihidangkan dengan masakan tomyam intimewa Kampuchea kami dibawa ke Hotel Mekong yang terletak di depan Sungai Mekong yang mengambil masa perjalanan selama 4 jam dari lapangan terbang.

Sepanjang perjalanan selama 4 jam itu mengesahkan cerita kawan-kawan yang menyebut keadaan di Kampuchea adalah sama seperti Malaysia di tahun-tahun 70han.Dengan bersuluhkan sinaran bulan dan cahaya lampu mini bas,jelas dipenglihatan kami sawah padi,diselang seli dengan semak samun yang menghiasi sepanjang jalan ditanah pamah yang landai sesuai dengan gelaran Lembah Mekong atau Delta Mekong.

Kami check in di Hotel Mekong pada jam 10 pm,bersembahyang dan terus tidur untuk bangkit awal pada esoknya kerana seawal selepas subuh kami akan bertolak kemasjid yang terdekat untuk menunaikan Solat Aidil Adha.

Tiada ulasan: