Jumaat, 12 Disember 2008

Catatan perjalanan Yayasan Amal Malaysia ke Kemboja











10 Dec 2008

Hari ini adalah hari lawatan bebas.Kami breakfast disebuah restaurant Islam sebelum meneruskan perjalan ke tempat bersejarah di Zaman Pemerintahan Regim Pol Pot, Khmer Rouge yang telah mengorbankan seramai 1.7 juta orang sepanjang pemerintahan regim dari tahun 1975-1979.

Kami telah melawat Choeungek Genocidal Centre,tempat dimana orang ramai dibunuh ,satu dari The Killing Fields.Puluhan lubang tempat mereka yang diseksa ditanam masih jelas kelihatan bersama dengan cebisan tulang dan sebahagian dari pakaian mereka.Ribuan tengkorak tersimpan rapi.

Dari situ kami meneruskan perjalanan kesatu lagi muzium,tempat dimana cerdik pandai diseksa dan dibunuh,Tuol Sleng Muzium.Tuol Sleng yang asalnya adalah sebuah sekolah menengah yang ditukar menjadi penjara penyiksaan oleh Regim Pol Pot.

Gambar cara bagaimana mereka disiksa,peralatan yang digunakan serta penjara yang digunakan dipertontonkan.Cebisan kain baju serta kesan-kesan darah masih kelihatan.

Pulang dari kedua-dua muzium tersebut kami dibawa untuk membeli belah dibazar yang dikenali sebagai Russian market,tidak jauh bezanya dari bazaar dinegara kita yang berbagai jenis pakaian,kain baju sehinggalah kepada cenderamata.

Kami bergegas pulang pada jam 2 petang untuk menghantar sebahagian dari kami ke lapangan terbang untuk pulang ke Malaysia.

Tiada ulasan: