Jumaat, 12 Disember 2008

Catatan perjalanan Yayasan Amal Malaysia ke Kemboja











8 Dec 2008

Kami bangkit tidur seawal jam 5 pagi,menunaikan solat subuh,bersedia untuk meneruskan perjalanan ke kampong 7 Kamara di Wilayah Champ untuk menunaikan solat Aidil Adha dan menunaikan ibadat korban.Perjalanan bermula dengan merentasi sungai Mekong menghala ke Wilayah Champ.

Kami tiba pada jam 7.30 pagi,terus pergi kerumah imam dan kemasjid untuk bersembahyang.Kami disambut mesra oleh penduduk tempatan.Selesai menunaikan sembahyang sunat Aidil Adha kami kembali kerumah imam kerana penyembelihan lembu korban akan dijalankan disitu.14 ekor lembu dan 5 ekor kambing telah ditumbangkan satu persatu.

Selain dari Imam tempatan,Jamel Saring dari Yayasan Amal Selangor telah memainkan peranan utama menyembelih lembu korban.

Setelah selesai menyembelih lembu korban kami dihidangkan dengan breakfast yang amat meyelerakan,masakan istimewa Kemboja.Selesai makan,sesi rawatan percuma diberikan kepada penduduk tempatan selama satu jam.

Kami terpakasa bergegas untuk meneruskan perjalanan kesatu lagi destinasi,kampong Takeo.Perjalanan yang sepatutnya mengambil masa 6 jam itu telah berlanjutan selama 12 jam,satu perjalanan yang cukup menyiksakan.Bas mini kami tiba-tiba rosak diseparuh perjalanan yang memerlukan major repair yang mengambil masa selama 6 jam.

Sepanjang perjalan kami dihidangkan dengan pemandangan yang sama,iaitu sawah padi yang menutupi tanah subur bumi Kemboja.Cuacanya terang benderang disulami dengan angin yang menghembus menyejukan suasana yang amat menyamankan.

Akhirnya kami tiba juga di kampong Takeo,dirumah Col Hj La Lay yang kebetulan tiada dirumah pada masa itu kerana menghadiri mesyuarat.Kami dihidangkan dengan juadah yang menyelerakan.Selesai makan kami dibawa kerumah homestay untuk beristirehat.

Tiada ulasan: