ALOR MENGKUDU – Dakwaan kononnya ADUN Alor Mengkudu YB Dr. Ismail Salleh ‘mengambil kembali’ barangan yang diberikan kepada mangsa banjir di Alor Selut kerana mereka ahli-ahli Umno adalah fitnah jahat semata-mata.
Demikian diberitahu oleh Setiausaha Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) Alor Mengkudu Encik Fakhrurrazi Salleh bagi menjelaskan perkara sebenar.
Baru-baru ini Pengerusi JKKP Tok Keling, Azmi Md Isa mendakwa Dr. Ismail Salleh mengambil kembali barangan yang diserahkan kepada mangsa banjir Alor Selut setelah mendapati mereka ahli-ahli Umno. Kenyataan beliau dalam bentuk klip video itu disebarkan secara meluas dalam Facebook.
“Apa yang sebenarnya berlaku ialah pusat penempatan mangsa banjir di Alor Selut itu hanya sebuah khemah di tepi jalan. Selepas konvoi PKWR menurunkan barang-barang makanan di situ, Dr. Ismail berbincang dengan JKKP bernama Jid mengenai kesesuaian tempat tersebut dijadikan pusat pemindahan kerana tiada kemudahan tempat tidur, tempat solat, tandas dan keselamatan mangsa juga tidak terjamin, maklumlah hanya khemah semata-mata.
“Dr. Ismail menghubungi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan JKM maklumkan mereka tidak akan iktiraf tempat yang tiada kemudahan asas untuk dijadikan pusat penempatan mangsa banjir.
“Atas sebab tersebut Dr. Ismail memujuk mangsa banjir untuk berpindah ke surau berdekatan, apabila ada penduduk yang bersetuju untuk berpindah ke surau maka Dr. Ismail mengarahkan petugas memindahkan barang-barang yang diturunkan tadi ke surau,” terang Fakhrurazzi.
Jadi, katanya, tidak timbul langsung barang-barang makanan tersebut dibawa ke kawasan lain kerana mereka ahli Umno.
“Dr. Ismail sendiri pun tak tahu menahu bahawa mereka ahli Umno, barang makanan yang dipindah ke surau itu untuk mereka juga sebagai mangsa banjir bukan untuk diberi kepada orang lain,” ujarnya.
Sementara itu, seorang penduduk memberitahu bahawa JKKP yang membuat fitnah itu itu bukan penduduk situ dan tidak ada di situ pada hari kejadian.
ADUN Alor Mengkudu, Dr. Ismail Salleh ketika dihubungi untuk mengulas isu tersebut, tidak menolak kemungkinan menyaman pemfitnah serta pihak yang menyebarkan fitnah tersebut melalui media kedua.
3 ulasan:
itu dewan alor binjal dgn alor mengkudu jauh dan lari dari tajuk tu...mesti ramai yang akan tampil menjadi saksi sebab perkara ini secara rambang berlaku dihadapan penduduk yang berada di pusat pemindahan begitu..alasan pusat penempatan diiktiraf atau tidak bukan asasnya tetapi keadaan darurat memerlukan bantuan kemanusian bukan perlu dikira diiktiraf atau tidak,sepatutnya mangsa keadaan sebegini perlu diutamakan bukan timbul soal politik..kami badan NGO yang terbabit sentiasa mempertahankan perjuangan demi bangsa,agama dan tanah air bukan menjadi boneka petunjuk politik..cerita begini mudah dimanipulasikan.kita nak katakan orang pembohong dan penipu besaq pn bukan boleh hukum sesuka hati apatah lagi sesama melayu islam.boleh ke ambil satu langkah bersemuka secara isu berdebat untuk membetulkan secara bersemuka.?kalau saman menyaman pun saya yakin sgt perkara sebegini akan terbongkar jugak sebab saksi-saksi yang juga mangsa bencana akan tampil memperjelaskan kebenaran yang sebenarnya..///.
dalam isu ini pula kenapa mudah melemparkan tuduhan penipu besar?..untuk makluman juga..satu sidang media diadakan di rumah JKKKP Paklong Jit yang dikatakan YB telah berbincang dan bersetuju dengan memindahkan mangsa ke tempat yang diiktiraf itu satu pembohongan besar PAS..dalam sidang media petang tadi yang dihadiri pelbagai pihak media termasuk saluran tv telah diada berikutan JKKKP Paklong Jit ingin menjelaskan dan menafikan sekeras2nya kenyataan dan putarbelit pas ini..diharap pihak PAS ambil pendekatan supaya memohon maaf kepada pihak yang terlibat dan mengakui kelemahan yang ada serta boleh diperbaiki..apa yang dilihat kami sebagai badan NGO ini sekarang PAs menggunakan senjata seperti makian,cacian dan putar belit fakta yang sebenarnya..kami yakin jika PAS dapat merendahkan keegoan dengan menyatakan secara terbuka memohon maaf kepada pihak terbabit dan segala kelemahan dapat diperbaiki...InsyaAllah..
rakyat tentu sedar..JKKP Majid sendiri yang mengupas isu pengambilan balik makanan dari mangsa banjir di alor selut dalam brita TV1 dan Astro Awani kemarin dan hari ini..serta dalam akhbar tempatan...Allah yang tentukan siapa benar siapa pembohong seperti kaum pas ni...penipu besar putar belit..kita tggu pulak PRU nt rakyat ni bodoh ke dah celik..
Catat Ulasan