Ahad, 19 Oktober 2008

10 Ribu Tetamu Berbagai Kaum Hadir Rumah Terbuka DUN Alor Mengkudu








Oleh: SITI ZALEHA ABD RAHIM

Alor Mengkudu, 18 Oktober 2008 - Kira-kira 10 ribu menghadiri Rumah Terbuka Aidil Fitri PAS Kawasan Alor Setar yang diadakan di Ganding, Jalan Alor Mengkudu baru-baru ini.
Rakyat dari pelbagai kaum datang seawal jam 2.30 petang walaupun majlis rasmi bermula dari jam 3.00 hingga 5.00 petang.
Selaku tuan rumah, Yang Dipertua PAS Kawasan yang juga ADUN Alor Mengkudu YB Dr. Ismail Salleh mengetuai seluruh ahli jawatankuasa PAS Kawasan meraikan ketibaan tetamu yang datang tidak putus-putus.
Majlis dimeriahkan dengan persembahan oleh pelajar-pelajar PASTI Kawasan Alor Setar yang memenangi pertandingan uji bakat PASTI Negeri Kedah baru-baru ini.
Sempena rumah terbuka ini juga pihak penganjur telah mengundang crew derma darah Hospital Sultanah Bahiyah, bagi memberi peluang kepada orang ramai yang ingin menderma darah. Lebih 30 penderma telah mendermakan darah mereka kepada tabung tersebut.
Menurut Ketua Penerangan PAS Kawasan Aor Setar, Encik Zulkifli Yahaya, rumah terbuka pada tahun ini dianggap paling berjaya kerana menerima kunjungan paling ramai serta kehadiran masyarakat dari pelbagai kaum.
“Banyak menu utama seperti satey, lemang, mi rebus, tapai, bubur kacang, nasi habis awal. Mujur laksa, bihun dan kueteow goreng kita sediakan agak banyak dan semua pengunjung yang datang dapat menikmati apa yang ada,” ujar beliau yang juga merupakan pengarah Rumah Terbuka Aidil Fitri PAS Kawasan Alor Setar.

Tiada ulasan: