Selasa, 14 Oktober 2008

LAWATAN MUHIBAH KE RTM


















oleh; Ramli Jaafar

Alor Star,14 Oktober : Buat petama kalinya selepas Pakatan Rakyat memerintah Negeri Kedah satu rombongan Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Kedah yang di ketuai oleh Exco Kesihatan, Penerangan dan Pembangunan Insan Negeri YB Dr. Ismail Salleh membuat lawatan kunjungan muhibah ke Jabatan Penyiaran Malaysia (RTM) Negeri Kedah.

Rombongan yang terdiri daripada Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri disambut dengan penuh mesra oleh Pengarah Penyiaran Malaysia Negeri Kedah Encik Radzi Lim dan kakitangan jabatan berkenaan.

Di samping diberikan taklimat berhubung dengan sejarah penubuhan Jabatan Penyiaran Negeri Kedah serta peranan RTM, rombongan Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Kedah turut dibawa melawat beberapa unit penting Jabatan Penyiaran seperti bahagian Kejuruteraan, konti penyiaran, Unit Berita dan Rakam Khanah yang menyimpan dan menempatkan berbagai pita rakaman bermula pada tahun 1968 lagi.

Menurut YB Dr Ismail Salleh, tujuan lawatan tersebut ialah untuk meningkatkan kerjasama antara kedua belah pihak di samping dapat belajar bagaimana mengendalikan tugas-tugas penyiaran dengan lebih berkesan.

Turut hadir dalam rombongan tersebut ialah Pengarah Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Kedah Encik Zulkifli Yahya, Penolong Pengarah (Penerangan) Ustaz Fahruzzaman Hj Jamil dan Penolong Pengarah (Multimedia) Sdr Azman Hj Ahmad.


Tamat
rjwarta@yahoo.com

Tiada ulasan: