Isnin, 20 Oktober 2008

YB ADUN Alor Mengkudu turun padang




Alor Star,21 Oktober:

Pagi tadi ADUN Alor Mengkudu,YB Dr Ismail Salleh yang juga EXCO Kerajaan Negeri telah melakukan lawatan di dua tempat berbeza untuk melihat sendiri dan menyelesaikan masalah banjir kilat yang kerap berlaku di Bandaraya Alor Star.
Lawatan pertama ialah ke kampung dan taman di sekitar pekan koboi.Masaalah yang telah dikenal pasti ialah aliran air yang perlahan disebabkan longkang sempit dan tersumbat.Apabila berlaku hujan lebat longkang ini tidak mampu untuk menampung aliran air yang menyebabkan banjir kilat.Turut serta dalam lawatan itu ialah Encik Teh Kok Soo,Ahli Majlis Bandaraya Alor Star dan Tuan Haji Badrul,jurutera Majlis Bandaraya Alor Star.

Lawatan kedua ialah kekawasan perumahan baru di sekitar Lorong Seri Derga.Masalah yang sama berlaku iaitu banjir kilat akibat dari projek pembinaan perumahan di Lorong Ganding.Perbincangan dengan pihak pemaju yang turun ketapak projek bersama dengan Ahli Majlis,Encik Teh Kok Soo dan jurutera bahagian bangunan Majlis Bandaraya,En Sujari Hassan telah merungkai masalah dengan penduduk setempat.

Tiada ulasan: