Ahad, 25 April 2010

BN menang kerusi Parlimen Hulu Selangor tapi tidak hati rakyat



Alor Setar - Keputusan PRK Hulu Selangor telah sama-sama kita ketahui,satu keputusan yang sudah diduga oleh ramai penganalisa politik.

Tidak pernah dalam sejarah Malaysia samada PRK atau PRU Be End turun dengan seluruh kekuatan jentera pilihanraya dan kewangan serta media sebegini rupa.

Janji demi janji,peruntukan demi peruntukan,disana 5 juta,disini 3 juta,nak bina Uitm dll adalah janji-janji yang dihamburkan oleh Menteri-menteri sehinggalah PM sendiri.


Tidak salah kalau kita katakan jentera pilihanraya BN,janji serta janji peruntukan yang dihamburkan dan penggunaan segala jenis bentuk media sudah melebihi tahap maksima.

Dengan mengerahkan segala kekuatan 3M(media,money dan machinery)ini,sepatutnnya BN boleh menang dengan majoriti sekurang-kurangnya enam ribu,iaitu jumlah majoriti untuk ketiga-tiga DUN pada PRU 12 yang lalu.




Keputusan Datuk Zaid yang mendapat 23,272 undi,95 undi melebihi undi yang diperolehi oleh arwah Dr Zainal abidin Ahmad menunjukkan pengundi PR masih kuat.


Analisa yang diberi oleh kawan saya menunjukan sokongan pengundi Cina dan India kepada PKR bertambah,hanya sokongan pengundi melayu yang merosot terutamanya di Felda.

Punca kemerosotan pengundi Felda ini telah sama-sama kita maklumi.

Kerahan maksimum 3 M ini hanya boleh berlaku dalam PRK tetapi tidak dalam PRU.

Oleh itu kemenangan BN di Hulu Selangor ini tidak menunjukan bahawa mood rakyat sekarang telah kembali untuk menyokong BN.

Saya yakin mood majoriti rakyat mahukan satu perubahan kearah satu pemerintahan yang jauh lebih adil dan saksama yang bukan sahaja gagal dilakukan oleh pimpinan BN hari ini tetapi tidak nampak tanda-tanda kearah itu.

Kita sama-sama menunggu perubahan rakyat pada PRU 13 nanti.


Tiada ulasan: