Isnin, 26 April 2010

Memberi sumbangan mangsa ribut di Alor Keriang









Alor Mengkudu - Petang kelmarin hujan turun dengan begitu lebat sekali diselang seli dengan dentuman guruh dan angin yang kuat.

Sebanyak 10 buah rumah di Kampung Alor Keriang terlibat dipukul ribut kuat itu yang menerbangkan sebahagian dari atap rumah mereka.


Petang tadi selepas persidangan DUN Yb Dr Ismail telah turun padang menziarahi serta memberi sedikit sumbangan kepada mangsa-mangsa yang ditimpa ribut tersebut.

Terdapat tiga buah rumah yang teruk dipukul ribut manakala tujuh buah rumah lagi hanya melibatkan beberapa keping atap rumah sahaja.

Beliau sempat menziarahi kesemua rumah yang terlibat.

Turut serta dalam program tadi ialah Pengerusi PKWR Alor Mengkudu,Tuan Haji zulkifli Yahya dan PA Yb Dr Ismail,Ustaz Yazid Saad.

Tiada ulasan: