Jumaat, 9 April 2010

Yb Dr Ismail merasmikan outlet Telco & Post Pokok Sena









Alor setar,9 April :

Telco & Post yang bernaung dibawah DPMM Kuala Lumpur telah dilancar setahun yang lalu ,iaitu pada 10 April 2009.

Tetapi outlet yang pertama hanya berjaya dibuka di lembah Kelang enam bulan kemudian.



Sejak itu mereka tidak lagi menoleh kebelakang dan hari ini outlet ke 187 telah berjaya dibuka di pokok Sena.

Telco & Post yang bersifat sebagai OSA akan memberi perkhidmatan Telekomunikasi dan Pos sebagai produk utama mereka kepada masyarakat sekitar.

"Kedai Telco & Post akan menjadi pilihan pengguna memandangkan ia akan beroperasi sehingga jam 10 malam" kata Yb Dr Ismail.

"Apatah lagi ia terletak dilokasi yang sangat strategik iaitu dilaluan masuk ke Bandar Sejahtera Pokok Sena yang masih dalam pembinaan" tambah beliau.


Beliau mengucapkan tahniah kepada Smart Minds Sdn Bhd yang dilantik untuk menguruskan Telco & Post Pokok Sena.

Turut hadir dalam program perasmian tersebut ialah En Nordin bin Saisi,Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Telco & Post Berhad dan Puan Zuraina binti Ahmad,pengarah Operasi Smart Minds Sdn Bhd.

Tiada ulasan: