Rabu, 28 April 2010

Kompleks Plaza Tunku Yaakob akan dibangunkan









Alor Setar - Kompleks Plaza Tunku Yaakob yang telah terbengkalai lebih dari 20 tahun akan dibangunkan dalam masa yang terdekat.

Projek ini akan dibangunkan oleh Syarikat Belleview dengan kerjasama dua anak Syarikat Kerajaan Negeri,PKNK dan BDB.

Keseluruhan projek yang akan dibina diatas tanah seluas 12.25 ekar ini nanti akan terdiri dari satu unit shopping kompleks,satu unit hotel 4 bintang dan 2 unit kondominium.


Kos keseluruhan projek ini akan menelan belanja lebih dari 1/2 billion dan dijangka siap dalam masa kurang dari 2 tahun.

Projek ini akan bermula dengan pembinaan 15 tingkat hotel 4 bintang yang mempunyai 300 bilik dan berkonsepkan senibina Islam.

Pembinaan kompleks perniagaan,hotel dan kondominium yang terletak dilokasi yang sangat strategik ini diharap akan menjadi mercu tanda baru Bandaraya Alor setar.



Tiada ulasan: