Rabu, 9 Jun 2010

Analisa Kem Bina Insan 2010



Kem Bina Insan (KBI) adalak sebuah kem remaja yang dianjurkan oleh potfolio Pembangunan Insan Kerajaan Negeri dan dipengerusikan oleh Yb Dr Ismail Salleh.

Kem yang berlansung selama 4 hari 3 malam itu,iaitu dari 5-8 June telah melibatkan 756 peserta yang berumur dari 13-15 tahun diadakan di 3 daerah,Kota Setar,Pokok Sena dan Merbok.

Peserta yang datang menyertai kem ini adalah secara sukarela dan datang dari berbagai latarbelakang,membolehkan saya membuat kesimpulan bahawa sampling 756 peserta ini seolah-olah mewakili seluruh remaja yang berumur dari 13- 15 tahun dari seluruh Negeri Kedah.

Berikut adalah sebahagian dari soalan yang telah disusun semula bagi memudahkan analisa dibuat dan difahami :
Bil

Soalan
Jawapan
1
Adakah ibubapa prihatin
Ya – 99%
2
Adakah hubungan dengan ibubapa baik
Ya – 82%
3
Adakah ibubapa menjaga Solat dengan baik
Ya – 96%
4
Dimanakah kamu berada selepas waktu persekolahan
Rumah,tusyen dan kelas ugama – 98%
5
Adakah kamu rasa terkongkong brada di rumah
Tidak – 89%
6
Ketika berdepan dengan masalah,dimanakah tempat kamu meluahkan perasaan
Ibubapa 47%,kawan 41%,lai-lain 12%
7
Siapakah yang akan mempengaruhi watak dan tindakan kamu
Kawan 71%,media 16%,ibubapa 9%,guru 2%
8
Adakah kamu menjaga Solat
Solat penuh 21%,tinggal subuh 48%,tinggal maghrib 21%,tinggal isyak 16%,tinggal asar 8%,tinggal zohor 6%
9
Punca meninggalkan Solat
Malas 50%,lain-lain faktur luaran 50%

Keputusan kajiselidik ini dapat disimpulkan seperti berikut:

1.Majoriti remaja mempunyai hubungan yang baik dengan keluarga dan selesa berada dirumah.

2.Walaupun demikian apabila mereka berdepan dengan masalah,mereka akan mencari kawan untuk meluahkan perasaan dan kawan jugalah yang akan mempengaruhi tindak-tanduk perbuatan mereka.

3.Perkara ini terjadi kerana mereka tidak mempunyai kekuatan dan jati diri kesan dari tidak menjaga Solat dengan baik.

4.Ibubapa perlu keapada pembaikan skil keibubapaan dalam mendidik anak-anak semoga lebih memahami alam dan jiwa remaja untuk memberi disiplin dan menjadi ‘kawan’ kepada anak –anak remaja.

Alam remaja adalah suatu fasa perubahan fizikal dan mental yang berpunca dari perubahan dan perkembangan hormon dalam badan.Kita dapat melihat perubahan fizikal yang ketara dari alam kanak-kanak kealam remaja.

Selari dengan perubahan fizikal ini,terdapat perubahan jiwa dan mental remaja yang ketara tetapi tidak ramai ibubapa yang memahami akan perubahan ini dan seterusnya gagal untuk memahami dan mengadaptasi pendidikan terhadap anak-anak remaja ini.

Kegagalan untuk menjiwai alam remaja ini akan menjadikan anak-anak kita lebih selesa untuk menjadikan kawan-kawan tempat untuk berbicara dan meluahkan perasaan ketika berhadapan dengan masalah.

Perkara ini telah berlaku dan harus ditangani dengan segera dengan para ibubapa perlu mempertingkatkan skil keibubapaan dalam mendidik anak-anak.

Kegagalan ini seterusnya akan menjadikan anak-anak kita akan menjadikan kawan-kawan sebagai bahan rujukan yang akhirnya akan mendedahkan mereka kepada segala bentuk masaalah social remaja yang telah terjadi pada hari ini.

Ibubapa harus menerima hakikat ini dan harus mampu mempertingkatkan skil dalam membina hubungan yang lebih dengan anak-anak,seterusnya menjadi pendidik dan tempat rujukan kepada mereka.

Ibubapa atau rumahtangga menjadi tempat utama kepada pendidikan anak-anak sebelum mereka memasuki alam pelajaran yang dipengaruhi oleh system pelajaran arus perdana.

Manakala faktur ketiga selepas rumahtangga dan system pelajaran yang turut sama-sama menyumbang kearah membentuk peribadi dan sahsiah anak remaja ialah faktur-faktur luaran seperti pengaruh kawan,media dan hiburan.

Demi untuk membendung masalah remaja yang kian parah pada hari ini,pemerkasaan terhadap ketiga-tiga faktur diatas amatlah perlu.

Kerajaan pemerintah harus memainkan peranan yang lebih besar dan efktif dalam menentukan peranan institusi keluarga yang lebih berkesan,mengkaji balik system pelajaran arus perdana pada hari ini dan seterusnya menyediakan persekitaran yang mesra kepada pendidikan akhlak,sahsiah dan peribadi serta jati diri anak-anak remaja.

Tiada ulasan: