Ahad, 20 Jun 2010

Derma darah KBA di Alor Setar Mall







Alor Setar,Jumaat 18 June : Satu program Derma Darah telah dianjurkan oleh Kedah Buddhist Assiciatioan(KBA) bertempat di Alor Setar Mall.

Yb Dr Ismail,Exco Kesihatan Negeri Kedah telah merasmikan program tersebut.

"Menderma adalah satu perbuatan yang terpuji dalam semua Ugama,apatah lagi sumbangan derma itu melibatkan nyawa manusia",kata Yb Dr Ismail dalam ucapan perasmianya.

Beliau mahu agar lebih ramai yang tampil untuk menderma darah terutamanya dikalangan orang melayu.

Beliau seterusnya mengharapkan agar kesedaran dikalangan orangramai terhadap pendermaan organ juga akan terus meningkat memandangkan keperluaan kepada organ semakin bertambah.

Beliau mengucapkan tahniah kepada KBA yang berjaya menganjurkan program ini dan telah menyumbang sebanyak hampir 5000 beg darah setiap tahun kepada Tabung Darah Hospital Sultanah Bahiyah.

Tiada ulasan: