Selasa, 8 Jun 2010

Forum Perdana Kem Bina Insan


Kem Bina Insan 2010 melabuhkan tirainya dengan Forum Perdana sebentar tadi.Tema forum KBI yang dipengerusikan oleh Ustaz Hazki Hafizi ialah Remaja Mulia,Masa Depan Sejahtera telah dikupas dengan baik oleh tiga orang ahli panel iaitu Yb Ahmad Izzat Shauki,Ustaz Elias Zakaria dan Ustazah Maimunah Muhammad.

Remaja adalah masa peralihan dari alam kanak-kanak kealam dewasa.Kesilapan membentuk akhlak diperingkat remaja akan menghasilkan golongan belia yang akan menjadi dewasa dan ibubapa yang juga nanti tidak mampu untuk mendidik anak-anak mereka nanti.

Remaja yang mempunyai naluri ingin tahu dan akan mencuba melakukan sesuatu tanpa pertimbangan yang matang.

Peranan didikan ibubapa,sistem pendidikan arus perdana dan faktur persekitaran akan menjadi 3 faktur utama yang akan membina jati diri dan sahsiah serta keperibadian golongan remaja.

Musuh Islam akan mengunakan alam remaja ini untuk menjahanamkan Islam melalui 3S iaitu Sing,Sport dan Sex.

Sebab itu 3S ini mestilah dipandu dengan ilmu wahyu agar ia tidak menyeleweng dan tidak boleh dijadikan senjata untuk membunuh jiwa remaja Islam.

Tiada ulasan: