Jumaat, 14 November 2008

Higher deficit budget for Pahang

KUANTAN: The state is expected to spend RM560.47mil next year against its projected revenue of RM461.86mil.

In tabling the RM98.61mil deficit budget yesterday, Mentri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob said the revenue is forecast to be RM5.18mil lower than this year’s earnings of RM467.04mil.
He, however, said the deficit for the 2009 budget was an increase of RM48.25mil from this year’s deficit of RM50.36mil.

“The increase in expenditure for 2009 is to sustain the salary increment and allowance of state civil servants as well as to continue with efforts to step up efficiency in the public delivery system.

“The increase is also because of the hike in electricity tariff and fuel,” he said, when proposing an allocation of RM560.47mil for management expenditure and RM364.40mil for development cost.

On the corporatisation of the water supply department, Adnan said it was necessary as it would help beef up the water supply system while increasing earnings.

He also said the state had worked hard to invest in the information, communication and technology sector via its wholly-owned company, Pahang Tech­nology Resources. The company was trying to secure a share of the High Speed Broadband project.

He hoped the Federal Govern­ment would help make it a reality

Supporters cheer PAS move to form non-Muslim wing

By IAN MCINTYRE

KOTA BARU: PAS has agreed in principle to set up a non-Muslim wing comprising members from the party’s supporters club set up in 2005.
The decision was reached at a PAS retreat in Langkawi last weekend attended by all party leaders.

The formation of a non-Muslim wing is a serious indication that PAS wants to distance itself from the premise of Malay and Muslim unity, said a senior PAS leader, speaking on condition of anonymity.

Sources said the formation of the non-Muslim wing was also a victory for the moderates and technocrats in the Islamist party.

PAS supporters club president Hu Phang Chiau confirmed the setting up of the wing, saying it was a breakthrough for club members which he claimed numbered around 18,000.
He said they were formulating the structure of the wing, such as the office bearers, to synergise with the other wings like the Muslimat (Women), Youth and Ulama Dewan.
“The party needs to make a constitutional amendment expected to be tabled at next year’s muktamar where the non-Muslim wing should be formalised,” he said.
It remains to be seen if the non-Muslims would be granted direct membership or be regarded as associate members only.

PAS is riding high following its success in the March general election. It wrested Kedah from Barisan Nasional while retaining Kelantan with a landslide majority.
PAS’ Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin is the Perak Mentri Besar while in Selangor, PAS has several members as state executive councillors.

However, since June when news broke about a series of clandestine meetings between certain PAS leaders with Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, the party fell under the shadow of the “Malay and Muslim unity” premise.
This created unease among certain sections of Pakatan Rakyat, made up of PKR, DAP and PAS.

Rehda: No need to politicise bumi housing quota issue

By SIRA HABIBU
ALOR STAR: The Kedah government and the Real Estate and Housing Developers Association (Rehda) want to settle the bumiputra housing quota issue amicably and urged all quarters not to politicise it.

Kedah/Perlis chairman Ricque Liew said the matter should not be politicised as developers were only concerned about the fate of the industry.

Mentri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak said the quota for bumiputra remains at 30% for housing schemes on original freehold plots, while the new 50% bumiputra housing policy in Kedah is only applicable to Malay Reserve Land converted to freehold status under and land swap scheme.

“This is not a political matter. This is about social obligation to the masses. Non-stakeholders should stop harping on the issue,” he said, adding the policy was imposed for the benefit of Kedahans of all races yearning for affordable homes.
Azizan said this yesterday in response to outburst from political parties including the DAP, PKR, Gerakan and MCA over the new policy to increase the bumiputra quota from 30% to 50% effective Sept 1.

“We are doing this for the rakyat. And the rakyat are not objecting to this. So why are certain individuals and politicians who have no business in poking their noses in state affairs keep harping on the issue?”

“Rehda had, on Oct 29, sent a letter to the state government apologising if the hype in the media over the issue had offended it,” Liew said.

Rabu, 12 November 2008

Nurul Hidayah cemerlang







Alor Star,13 November:
Hari ini keputusan UPSR telah diumumkan.Seperti yang dijangka anak sulungku Nurul Hidayah mendapat kejayaan yang cemerlang.Tiada kata yang dapat saya ucapkan sebagai seorang ayah melainkan SYUKUR kepada Allah yang memberi kejayaan ini.
Beliau merupakan pelajar cemerlang di sekolahnya samaada karikulum maupun ko-karikulum.Beliau adalah pengawas sekolah,memegang tali pinggang merah dalam taekwando,disamping terlibat dalam banyak lagi activiti sekolah yang lain.
Beliau sentiasa cemerlang dalam bidang pelajaran sejak dari peringkat pra sekolah lagi.Syabas diucapkan kepada beliau dan semua mereka yang berjaya.Kepada yang kurang bernasib baik,UPSR adalah permulaan.Kurang berjaya dalam UPSR tidak membawa erti tiada esok lagi.ia adalah permulaan.

Insya Allah Nurul Hidayah akan melanjutkan pelajaran ke Maktab Mahmud Alor Star pada tahun hadapan.























Oleh; rjwarta@yahoo.com

Alor Mengkudu ; Bagi memberi peluang penduduk setempat menyuarakan permasalahan, mengemukan pandangan satu dialog bersama diadakan bertempat di Dewan Orang Ramai Taman Padi Emas baru-baru ini.

Panel dialog bersama Rakyat DUN Alor Mengkudu di hadiri oleh YB Dr Ismail Salleh,Wakil Rakyat Alor Mengkudu, Tengku Abaidah Tengku Yusuf, Pengarah Jabatan Perkhidmatan Perbandaran dan Kesihatan Negeri kedah, Ahli Majlis Perbandaran Alor Star juga wakil wakil penduduk kawasan perumahan berhampiran.

Berbagai pekara yang di perbincangan dalam mencari jalan penyelesaian bersama daripada permasalahan kutipan sampah yang dikatakan tidak terurus dengan baik, longkang yang tersumbat sistem pengairanya, jalan yang rosak
hinggalah kepada rungutan orangramai masalah kawasan tempat letak kereta di Bandar Alor Star yang didakwa terlalu tertinggi bayaranya.

Menurut Encik Lim daripada Taman Padi Emas, program seumpama ini amat baik kerana penduduk dapat mengemukan setiap permasalahan dengan jelas dan amat berharap dapat di teruskan setiap masa.

“ saya ucapan tahniah kepada YB Dr Ismail Salleh yang sentiasa prihatin masalah rakyat dengan mengadakan majlis dialog begini bukan sahaja dapat menyelesaikan banyak masalah malahan dapat mengeratkan lagi perhubungan antara wakil rakyat dengan pengundi di kawasanya “, ujar beliau.


Tamat


Isnin, 10 November 2008

Don’t practise double standard over road signs’

KUALA LUMPUR: There should not be double standard in the use of multilingual road signs, said Penang Chief Minister Lim Guan Eng.
Lim, who visited Ain Arabia here, an area designated by the Federal Government for Middle Eastern tourists, asked why they were no protests when Kuala Lumpur City Hall put up road signs in Bahasa Malaysia and Arabic.

In contrast, he said that Umno and Utusan Malaysia had protested when the Penang Government tried to put up multilingual road signs at tourist attractions and heritage areas.
“We are not removing the signs in Bahasa Malaysia but simply adding other languages to what is available right now.

“Why is it allowed in Kuala Lumpur and not Penang? They just want to pit the Malays against the non-Malays.
“If they are protecting the national language, they should be protesting when the teaching of Mathematics and Science in English was implemented,” he said.
Lim has been criticised for approving multilingual road signs in Penang’s heritage enclave in various parts of George Town.

The Unity, Culture, Arts and Heritage Ministry also protested, saying that multi-language road signs had no benefit and would disunite the people.
Bukit Bintang MP Fong Kui Lun said that having road signs in many languages in Penang was for the convenience of foreign tourists, including those from Japan, South Korea and Japan.
“I do not understand why Penang is not allowed to do so at tourist destinations when road signs in Bahasa Malaysia and Arabic are available in Kuala Lumpur,” he said.
Bandar Kuching MP Chong Chien Jen said there was nothing wrong in having road signs in Bahasa Malaysia and other languages.

“Sarawak has had road signs in Bahasa Malaysia and Chinese and they have not affected racial harmony in Sarawak.
“The protest in Penang is just Umno playing race politics,” he said.

MB tidak setuju caj bagasi


oleh SinarHarian
PANTAI TENGAH - Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak tidak menyokong caj bagasi yang dikenakan oleh pengusaha feri ke atas penumpang.Katanya, perkara itu tidak diketahui dan akan menunggu laporan penuh daripada Exco berkenaan untuk dibincangkan.
“Kenapa nak bebankan penumpang, kerajaan sudah bagi subsidi. Harga minyak turun, kenapa nak kenakan caj bagasi kalau ada cadangan biarlah beralasan.“Saya tidak akan setuju dengan sebarang cadangan yang membebankan rakyat, tambang dari Langkawi ke Kuala Kedah RM23 dan Langkawi ke Kuala Perlis RM18, kalau caj bagasi dikenakan, macam mana orang nak datang ke Langkawi,” katanya.Beliau berkata, caj itu akan membebankan terutama keluarga yang mempunyai ramai anggota dan penduduk Langkawi yang kerap berulang alik ke Kuala Kedah serta Kuala Perlis.
“Kita tidak mahu sebarang cadangan yang boleh menjejaskan pintu masuk Langkawi kerana ini adalah pulau tumpuan pelancong dan kehadiran pelancong berupaya menjana pendapatan negara dan Kedah khususnya,” katanya.Pada 5 November lalu, akhbar ini melaporkan caj bagasi akan dikenakan sebanyak RM2.50 dan caj bagasi secara timbang bersistem mula diperkenalkan tidak lama lagi oleh syarikat Ferry Line Ventures Sdn. Bhd.

Ahad, 9 November 2008

Dailog Bersama Rakyat Alor Mengkudu- Dewan Taman Padi Emas

Melindungi kesihatan dari perubahan iklim











Oleh IZWAN ABDUL HALIM
izwan@harakah.net.my
KUAH: Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Tuanku Sultan Kedah mahu rakyat negeri ini peka mengenai isu pemuliharaan alam sekitar dalam semua aspek dengan memberi perhatian kepada perkara-perkara yang boleh mengakibatkan pencemaran alam sekitar secara langsung atau tidak langsung selain turut menitahkan agar pihak-pihak industri lebih bertanggungjawab dalam pembuangan sisa industri mereka.

Baginda bertitah demikian pada Majlis Perasmian Sambutan Hari Kesihatan Sedunia 2008 Peringkat Negeri Kedah di Dataran Lang, di sini 4 November baru-baru ini.

"Dulu perubahan iklim bumi berlaku akibat faktor-faktor semulajadi tetapi sekarang perubahan tersebut dipercepatkan lagi oleh aktiviti manusia secara langsung atau tidak langsung," titah Tuanku Sultan dengan turut menyatakan bentuk-bentuk perubahan iklim serta kesan kesihatan yang berlaku.
Sultan Kedah bertitah, rakyat perlu bertindak untuk mengelak pembaziran tenaga yang boleh mencemar alam dengan menyahut usaha-usaha penjimatan elektrik, mengurangkan penggunaan kenderaan bermotor serta mengitar semula bahan buangan. Manakala kepada pihak industri, baginda melahirkan harap agar dapat mengurangkan pelepasan sisa industri ke udara, mematuhi perundangan negara dalam pelupusan sisa industri selain menggunakan teknologi terkini dalam pemerosesan sisa industri yang mesra alam.

Terdahulu, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan Dan Penerangan, Badan-Badan Bukan Kerajaan (NGO), Pembangunan Insan Negeri, YB Dr Ismail Salleh dalam ucapan aluannya menjelaskan, sambutan kali ini yang bertemakan "Melindungi Kesihatan Dari Perubahan Iklim" bermaksud penekanan bahawa perubahan iklim akan mampu mengancam keselamatan kesihatan awam sejagat.
Katanya, melalui tema ini Pertubuhan Kesihatan Sedunia menekankan pentingnya usaha-usaha bersepadu penduduk dunia bagi menghadapi cabaran kesihatan yang berkaitan perubahan iklim.
"Antara tindakan yang boleh diambil ialah memperkukuhkan pencegahan dan kawalan penyakit, memastikan bekalan air yang selamat serta menyelaraskan tindakbalas segera semasa berlakunya kecemasan," ujarnya yang memperincikan dalam ucapannya fenomena perubahan iklim dunia dan kesan-kesan kesihatan awam.

Memeriahkan majlis, hadirin dipertontonkan sketsa bertajuk "Tiada Aedes Tiada Denggi" yang disampaikan oleh pelajar-pelajar dari Sekolah Kebangsaan Kedawang.

KDYMM Tuanku Sultan dan KDYMM Tuanku Sultanah serta ahli-ahli kerabat diraja seterusnya diiringi melawat ke ruang pameran yang diadakan sempena sambutan itu.

Sabtu, 8 November 2008

Taqwa Dalam Pekerjaan

Thursday, November 6, 2008



Oleh IZWAN ABDUL HALIM
izwan@harakah.net.my

ALOR STAR: Ketaqwaan perlu menjadi dasar dengan menerapkan budaya ikhlas dan itqan dalam melaksanakan tugas agar mendapat balasan kebaikan daripada Allah SWT.

Ungkapkan nasihat itu disampaikan Menteri Besar, YAB Dato' Seri Ustaz Haji Azizan Abdul Razak pada Himpunan Bulanan Kakitangan Wisma Darul Aman di sini, 3 November lalu.

Menurut beliau, setiap cabaran dan kesukaran yang dihadapi juga perlu kepada taqwa sebagai penyelesaian.

"Bekerja sebagai pegawai kerajaan bukan boleh gaji yang banyak, nak dapat kenaikan jenuh 'merah mata' sampai naik kepala beruban. Kalau kerja tempat lain pun gaji banyak lagi.

"Tapi ketaqwaan ini membawa kepada nikmat di mana Allah telah berjanji akan memberikan kemudahan," terangnya disusuli huraian ayat 2 dan 3 surah at-Talaq yang bermaksud; Sesiapa yang bertaqwa kepada Allah, nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari perkara yang menyusahkan) serta memberikannya rezeki dari arah yang tidak disangkakannya.

Ujarnya, manusia hanya perlu jalankan tugasnya tanpa perlu rungsing dengan 'tugas Allah' hingga tugas sendiri terabai.

"Seorang yang baik ialah mereka itu meninggalkan perkara yang bukan menjadi urusannya," demikian hadith yang dijadikan beliau sebagai hujah dalam menjelaskan perkara itu.

Katanya, setiap kakitangan mempunyai bahagian tugasnya, oleh itu fokus perlu diberi kepada tugas masing-masing.

Tambahnya lagi, Allah menyukai seseorang yang melakukan tugas dengan itqan, iaitu penuh kesungguhan, bertanggungjawab dan profesional.

"Kerana itulah kita ada Piagam Pelanggan. Piagam Pelanggan ini sebenarnya untuk memastikan pihak pentadbiran di semua peringkat dapat memberi perkhidmatan kepada rakyat sebaiknya kerana rakyat adalah pembayar cukai.

"Gaji-gaji kita pun antara sumbernya dari cukai rakyat. Rakyat telah memberi kewajipan mereka dengan harapan mereka menerima satu khidmat yang baik. Inilah budaya itqan yang Islam letakkan dalam pentadbiran," ujar beliau.

Dalam menjalankan tugas, Islam juga katanya, melarang perbuatan kedekut dan boros sepertimana perumpamaan yang diungkapkan Baginda Nabi SAW iaitu orang yang meletakan tangan dilehernya atau mendepakan tangan.

Dasar itu menurutnya, sedang diaplikasikan dalam tatacara perbelanjaan kerajaan kini. Pun begitu, terang beliau, masih ada keanjalan dan budi bicara dalam mempraktikkannya.

"Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut dan kelaparan serta kekurangan harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar," maksud dari ayat 155 surah al-Baqarah yang dibaca dan dihuraikannya sebagai mengakhiri ucapan pada pagi tu.

Pada majlis sama, YAB Menteri Besar turut menyampaikan anugerah kepada anak-anak kakitangan Wisma Darul Aman yang mendapat kejayaan cemerlang dalam peperiksaan UPSR, PMR dan STAM.

Posted by Warta Darul Aman Daily at 5:06 PM

Mangsa Ribut Di Bantu Di Langkawi






Oleh IZWAN ABDUL HALIM
izwan@harakah.net.my

AYER HANGAT: Setiap orang Islam perlu melihat musibah yang menimpanya sebagai perkara positif dan bersabar dengan kejadian tersebut. Malah perlu rasa bersyukur kerana disebalik ujian dihadapi, ada lagi mereka yang lebih berat menerima ujian.

Untaian nasihat itu disampaikan Menteri Besar, YAB Dato' Seri Ustaz Haji Azizan Abdul Razak pada majlis khas penyerahan sumbangan kepada 65 mangsa ribut dari kampung Padang Lalang di sini, 4 November lalu.

Katanya, jika ujian ribut melanda di Langkawi, di daerah-daerah lain dalam negeri Kedah pula baru sahaja dilanda banjir yang bukan sahaja menenggelamkan rumah tetapi juga merosakkan hasil pertanian. Pihak kerajaan ujar beliau, sememangnya bersimpati dengan kejadian itu dan berusaha membantu setiap mangsa.

Terdahulu, Penghulu Mukim Ayer Hangat, Encik Malik Abd Aziz dalam ucapannya memaklumkan bahawa pelbagai pihak telah tampil membantu mangsa dan bantuan susulan juga akan diberikan kepada mangsa berdasarkan senarai bancian selain akan melaksanakan kerja gotong-royong membersihkan kawasan kejadian.

Pada kejadian ribut yang melanda kampung itu 30 Oktober lalu, kebanyakan rumah telah mengalami kerosakan teruk akibat diterbangkan angin dan dihempap pokok selain bekalan elektrik juga terputus.

Menteri Besar dan isteri, YABhg To' Puan Hajjah Faikah Sheikh Hamzah serta anggota Exco Kerajaan Negeri terdiri daripada YB Ustazah Hajjah Siti Ashah Haji Ghazali, YB Dr Ismail Salleh, YB Encik Arumugam Vengatarakoo dan YB Encik Mohammad Radzhi Salleh turut meluangkan masa melawat ke tempat kejadian selepas majlis tersebut.
Langkawi - Kerajaan negeri Kedah yang prihatin akan nasib mangsa ribut di Langkawi telah memberikan sumbangan kepada mangsa-mangsa ribut . Sumbangan disampaikan oleh YAB Dato' Seri Ustaz Haji Azizan Abdul Razak Menteri Besar Kedah
Posted by Warta Darul Aman Daily at 5:31 PM

Rabu, 5 November 2008

KEM BINA SAHSIYAH- MUASABAH DIRI


Tuesday, October 28, 2008

FAEDAH KURSUS
MENGENALI DIRI :Bertangungjawab kepada ibubapa. masyarakat dan agama atas kesedaran diri sendiri untuk memenuhi kecemerlangan masa depan.KESEMPURNAAN IBADAT: Dapat menjalankan amal ibadat yang wajib ke atas diri dengan lebih baik serta mengamalkannya dalam kehidupan seharian.AKHLAK DALAM ISLAM: Bakal menjadi anak yang soleh/solehah dan scorang remaja yang berkeperibadian mulia dan terpuji.PENGLIBATAN DALAM KUMPULANBakal diajar pelbagai kemahiran seperti kemahiran dalam perkhemahan yang mengajar erti bertanggunjawab sesama rakan.HUBUNGAN DALAM MASYARAKAT: Akan menjadi anak yang bertanggungjawab kepada masyarakat melalui aktiviti gotong royong dan bersama dalam program kemasyarakatan.MUHASABAII DIRi: Dinilai untuk mengeluarkan para peserta sebagai seorang remaja yang bersedia untuk berada dalam masyarakat sebagai contoh dan teladan kepada masyarakat.
Posted by Kem Bina Sahsiah at 11:55 PM 0 comments

ALATAN YANG PERDU DIBAWA
Pakaian harian, pakaian kuliah, pakaian riadhah, pakaian aktiviti perkemahan, pakaian sembahyang, bantal, selimut, cadar, barang-barang kemasan diri, alatan tulis, buku nota dan lain-lain keperluan peribadi.PERHATIAN: Setiap peserta diwajibkan berpakaian menutup aurat di dalam semua aktiviti
Posted by Kem Bina Sahsiah at 11:49 PM 0 comments

KBS
Kem Bina Sahsiah (KBS) tclah mula dilaksanakan pada tahun 2004 lagi. KBS adalah hasil ilham oleh YAB Dato' Seri Ustaz Azizan Abdul Razak (Menteri Besar Kedah) dan dilaksanakan di Kompleks Pendidikan Muassasah Darul Ulum. Tahun ini merupakan anjuran kali ke-5.Sambutan yang diberikan oleh para waris di seluruh Malaysia begitu menggalakkan. Peserta-eserta adalah terdiri daripada remaja lelaki dan perempuan yang berumur 15-19 tahun, datang dari pelbagai latar belakang keluarga. KBS dijalankan.selama 21 hari yang merangkumi tiga fasa. Ianya banyak menerapkan nilai nilai ukhawah, keinsafan, kasih sayang ibu bapa dan pelbagai lagi.
Posted by Kem Bina Sahsiah at 8:47 AM 0 comments

Nota Penting
Pendaftaran peserta bermula 9.00 pagi hingga 2.00 petang pada 16 November 2008. Manakala majlis penutup dan penyampaian sijil akan diadakan pada 6 Disember 2008, jam 2.30 petang. Semua waris diwajibkan hadir pada majlis penutup.
Posted by Kem Bina Sahsiah at 8:40 AM 0 comments

Borang Pendaftaran

Posted by Kem Bina Sahsiah at 8:39 AM 0 comments

REMAJA DISERU SERTAI KEM BINA SAHSIAH


Dipetik dari wartadarulaman.blogspot.com
Oleh : WADIASOFFI JAAFAR
ALOR STAR, 20 Oktober: Pusat Pendidikan Muassasah Darul Ulum dengan kerja sama Unit Pembangunan Insan Kerajaan Negeri Kedah akan menganjurkan Kem Bina Sahsiah ’08 Siri ke-5 yang akan diadakan di Kompleks Pendidikan Muassasah Darul Ulum, Kilometer 24, Jalan Kuala Nerang, Pokok Sena, di sini selama 21 hari mulai 16 November 2008 hingga 6 Disember 2008.
Pengarah Kem Bina Sahsiah, Ustaz Musoddak Haji Ahmad berkata, Kem Bina Sahsiah telah mula dilaksanakan pada tahun 2004 hasil ilham Menteri Besar, YAB Dato’ Seri Azizan Abdul Razak.
“Sambutan yang diberikan oleh ibu bapa di seluruh negara begitu menggalakkan di mana peserta-peserta adalah terdiri daripada remaja lelaki dan perempuan yang berumur antara 15 hingga 18 tahun yang datang dari pelbagai latar belakang keluarga,” jelasnya.
Menurutnya, Kem Bina Sahsiah yang dijalankan selama 21 hari itu merangkumi tiga fasa di mana ianya banyak menerapkan nilai-nilai ukhuwah, keinsafan, kasih sayang ibu bapa dan pelbagai lagi.
Ujarnya, objektif utama program itu diadakan adalah untuk menampilkan generasi remaja yang diimpikan oleh setiap lapisan masyarakat, membina sahsiah berlandaskan iman dan takwa, menyediakan peluang pembelajaran secara intensif dalam jangka masa singkat serta melaksanakan pentarbiyahan secara terus dan berkesan.
“Faedah yang bakal diperolehi dalam kursus itu ialah mengenal diri, kesempurnaan ibadat, akhlak dalam Islam, penglibatan dalam kumpulan, hubungan dalam masyarakat dan muhasabah diri,” katanya.
Jelasnya, sepanjang program itu, setiap peserta dibekalkan dengan nota-nota kursus, baju T dan beg kursus, makan dan minum, penginapan, keperluan perkhemahan, pemeriksaan kesihatan dan sijil penyertaan.
“Alatan yang perlu dibawa ialah pakaian harian, pakaian kuliah, pakaian riadah, pakaian aktiviti perkhemahan, pakaian sembahyang, bantal, selimut, cadar, barang-barang kemasan diri, alatan tulis, buku nota dan lain-lain keperluan peribadi,” ujarnya.
Tambahnya, bayaran yuran yang dikenakan kepada setiap peserta ialah sebanyak RM150 dan setiap peserta diwajibkan berpakaian menutup aurat di dalam semua aktiviti.
Sebarang pertanyaan dan pendaftaran, sila hubungi Ustaz Musoddak Haji Ahmad di talian 012-4827563 atau Ustaz Mohd. Nizam Noh (019-5586401), Ustaz Nor Puadi (012-6441420 / 013-5931233), Ustaz Salim Mahmud (013-5814585), Encik Rashidi Abd. Razak (012-4365699) dan Encik Zikri Zakaria (013-4249382).
Posted by Kem Bina Sahsiah at 12:10 AM 0 comments
Subscribe to: Posts (Atom)
YURAN PENDAFTARAN
Bayaran yuran yang dikenakan kepada setiap peserta adalah RM150 (seratus lima puluh sahaja)

OBJEKTIF KBS
1) Membina sahsiah berlandaskan iman dan taqwa.2) Menjana fikrah yang mampu merungkai delima masyarakat3) Menampilkan generasi remaja yang diimpikan oleh setiap lapisan masyarakat.4) Menyediakan peluang pembelajaran secara intensif dalam masa singkat. 5) Melaksanakan pentarbiyahan secara terus dan berkesan

SEKRETARIAT KEM BINA SAHSIAH
Alamat: Pejabat Muassasah Darul Mum,Kompleks Muassasah Darul Ulum,Km. 23, Jalan Kuala Nerang, 05400 Pokok Sena,Kedah Darul Aman. Tel/Fax : 04-782 4252/ Faks : 04 7824070TALIAN HOTLINE KBS/ : 019 5701120 (EN. ZIKRI)Atau Talian Terus:Ust. Salim: 013-5814585 Ust. Mohd Nizam: 019-5586401En. Rashidi: 012-4365699 Ustazah Nor Puadi: 012-6441420 / 013-5931233atau e-mail :kembinasahsiah@gmail.comdppnkedah@yahoo.com

TEMPOH & TEMPAT PROGRAM
Tempoh program KBS dilaksanakan selama 21 hari iaitu mulai 16 November 2008 hingga 6 Disember 2008. KBS akin diadakan di Kompleks Pendidikan Muassasah DaruI Ulum. Sepanjang Program ini peserta dibekalkan antaranya:a) Makan dan minumb) Nota kursusc) Baju 'T' dan beg kursusd) Penginapane) Keperluan perkhemahanf) Pemeriksaan kesihatan,g) Sijil penyertaan.


Bersama Rombongan MB Ke Lengkawi




Isnin, 3 November 2008

Amanat Bulanan MB Kedah- Perkarangan Dataran Wisma Darul Aman

Tuesday, November 4, 2008

Perhimpunan Pagi Bulan November
Amanat YAB Menteri Besar di perhimpunan bulanan
Oleh: SITI ZALEHA ABDUL RAHIM
ALOR STAR – Sekali lagi warga Wisma Darul Aman berkumpul menghadiriperhimpunan pagi bagi mendengar amanat serta perkembangan semasamengenai Wisma Darul Aman khususnya, dan negeri Kedah amnya yangdisampaikan oleh Menteri Besar Kedah, YAB Dato' Seri Ustaz AzizanAbdul Razak.
Terkenal dengan sifatnya yang suka berjenaka, YAB Dato' Seri sempatberjenaka dengan warga Wisma Darul Aman membuatkan mereka terhibur.Dalam ucapannya, beliau menekankan adalah penting kepada kita sebagaikakitangan awam yang memikul tanggungjawab serta amanah orang ramaiuntuk memberi mutu perkhidmatan yang memuaskan kepada mereka. Inidisebabkan oleh rakyat adalah pembayar cukai dalam menjana ekonominegeri.
Naik turunnya sesebuah negeri bergantung kepada kesejahteraan rakyatdi samping pertumbuhan ekonomi yang memberangsangkan. Maka, adalahpenting kepada para pemimpin negeri mengamalkan sifat ikhlas danbersungguh-sungguh dalam memikul amanah dan tanggungjawab terhadaprakyat, tambah beliau lagi.
"Piagam pelanggan adalah penting bagi memastikan di mana pihakpentadbiran di semua peringkat dapat memberi perkhidmatan yang baikkepada rakyat," jelas beliau.
"Bila kita ikhlas dan bersungguh-sungguh dalam berkhidmat kepada orangramai, balasan baik Allah Taala kurniakan," ujar beliau.
Kita sedia maklum dengan krisis ekonomi dunia sekarang yang turutdirasai di negeri kita. Sebagai sebuah negeri yang mempunyai danakewangan yang kecil berbanding negeri-negeri lain, Kerajaan Negerimasih mampu memberi keselesaan kepada rakyat dengan memastikanpengagihan harta negeri diberi sama rata.
"Alhamdulillah, kita masih boleh menstabilkan ekonomi negeri sertaberjimat cermat walau dalam keadaan kewangan yang kecil," terangbeliau.
Selain daripada itu, beliau turut berkongsi pengalaman dan kejayaanhasil daripada misi perdagangan beliau bersama beberapa Ahli MajlisMesyuarat Kerajaan ke Australia baru-baru ini. Dalam lawatan tersebut,Kerajaan Negeri berjaya menjalin hubungan perdangangan dengan sebuahkolej di sana bagi melahirkan tenaga kerja mahir bagi menjayakanprojek Petroleum Hidrokarbon Hub.
"Kepada anak-anak Kedah yang layak, mereka akan di hantar ke Australiauntuk belajar kemahiran bagi menjayakan projek Petroleum HidrokarbonHub," jelas beliau.
Dalam perhimpunan tersebut, Kerajaan Negeri juga berbesar hatimenyampaikan anugerah kepada 13 anak-anak warga Wisma Darul Aman yangmencapai keputusan cemerlang dalam peperiksaan UPSR, PMR, SPM, STPMdan STAM.

KETAQWAAN MEMBAWA KEJAYAAN

Monday, November 3, 2008

Ketaqwaan Membawa Kejayaan

Oleh: SITI ZALEHA ABDUL RAHIM
ALOR STAR – Kepimpinan berlandaskan ajaran Islam menjamin kesejahteraan dan kejayaan di dunia dan akhirat kepada pemimpin tersebut yang turut dirasai seluruh rakyat.
Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Kebajikan, YB Ustazah Hajjah Siti Aishah Haji Ghazali berkata demikian kepada para tetamu di Majlis Ihtifal 2008 Sekolah Rendah dan Tadika An-Najaah. Majlis yang meraikan pelajar-pelajar Sekolah Rendah An-Najaah itu diadakan di Dewan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah, Kolej Universiti Insaniah di sini baru-baru ini.
Bersesuaian dengan moto An-Najaah 'Ketaqwaan Membawa Kejayaan', sekolah ini dapat melahirkan generasi muda yang berjaya di dunia, di samping bertaqwa kepada Allah sebagai pedoman hidup dunia dan akhirat.
"Pihak kerajaan mengalu-alukan kelahiran sekolah begini kerana sekolah inilah yang akan melahirkan pemimpin yang bertanggung jawab terhadap Islam," jelas beliau.
An-Najaah diasaskan oleh Ustaz Syed Ali Al-Mortadha bersama Puan Sharifah Faegah pada 3 Mac 1996 di Jalan Telok Wanjah, Alor Star, dan kini mempunyai dua cawangan di Kedah, satu di Perlis dan Selangor.
Majlis Ihtifal An-Najaah dimulakan dengan bacaan Ayatul Kursi, Surah Yaasin dan Asmaul Husna oleh semua murid tadika, diikuti bacaan Surah Ar-Rahman, salawat dan doa oleh murid sekolah rendah An-Najaah. Yang lebih menarik lagi, pelajar sekolah tersebut menjadi pengerusi majlis yang diterjemahkan kepada tiga bahasa, Melayu, Inggeris dan Arab.
Ini menunjukkan kanak-kanak berumur tujuh tahun mampu menghafal ayat-ayat suci Al-Quran, sedangkan orang dewasa pun belum tentu dapat menghafalnya.
"Saya ucapkan tahniah kepada ibu bapa yang telah menghabiskan harta kepada anak-anak mereka untuk berjaya di dunia dan akhirat," ujar beliau kepada para ibu bapa yang hadir.
Turut hadir pada majlis tersebut adalah Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Badan Bukan Kerajaan (NGO), Penerangan dan Pembangunan Insan, YB Dr Ismail Salleh, Penasihat An-Najaah, Ustaz Syed Ali Al-Mortadha dan Pengetua An-Najaah, Puan Sharifah Faegah.
Posted by Warta Darul Aman Daily at 4:08 PM

Ahad, 2 November 2008

Pendidikan PRA Sekolah Amat Penting

Sunday, November 2, 2008

PENDIDIKAN PRA SEKOLAH AMAT PENTING
Oleh: WADIASSOFI JAAFAR
ALOR STAR: Perkembangan minda kanak-kanak adalah satu perkara yang mustahak dalam mendidik mereka menjadi seorang insan yang berguna kepada agama, bangsa dan negara.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Penerangan, Badan-Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan Pembangunan Insan, YB. Dr. Ismail Salleh berkata, kanak-kanak sebegini perlu diberi kebebasan untuk bergerak dengan kawalan dari ibu-bapa dan ini membolehkan mereka mengadaptasi keadaan persekitaran mereka.
"Dalam memastikan perkembangan minda mereka dicapai pada peringkat optimum, adalah perlu bagi ibu bapa menghantar mereka ke pra sekolah," jelasnya.
Menurutnya, didikan awal dengan menggunakan kaedah stimulasi dari ibu bapa perlu sesuai dalam dalam mengisi dada kanak-kanak ini dengan pengisaian Islam.
Beliau berkata demikian pada Majlis Penutup Ikhtifal Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) di Sri Mentaloon, di sini.
Ujarnya, jika kita melihat anak-anak kita agak lemah dalam pembelajaran, tidak semestinya mereka menghadapi kegagalan.
Tambahnya, golongan mereka ini boleh mempelajari ilmu kemahiran yang ternyata amat berguna bagi mereka.
Sementara itu, dalam Majlis Ikhtifal Pasti seluruh Malaysia yang berlangsung selama dua hari ini, beberapa pertandingan bagi pelajar diadakan termasuklah pertandingan khutbah, azan, hafazan, bercerita dan bersajak.
Dalam pada itu, pemenang keseluruhan bagi Majlis Ikhtifal PASTI pada tahun ini ialah kontinjen dari Perak manakala kumpulan nasyid dari Negeri Kedah muncul naib juara.
Posted by Warta Darul Aman Daily at 3:44 PM

Sabtu, 1 November 2008

MB JELASKAN ISU KOUTA RUMAH

Thursday, October 30, 2008

MB jelaskan isu Kouta rumah
Oleh IZWAN ABDUL HALIMALOR STAR: Keputusan Kerajaan Negeri menaikkan peratusan kouta Bumiputera bagi pemilikan perumahan di negeri ini merupakan satu polisi kerajaan yang boleh dikaji semula dan dipertimbangkan mengikut kesesuaian.Hal-ini sama sepertimana polisi-polisi lain yang ada di dalam negara ini termasuk kouta kemasukan ke universiti dan seumpamanya.Menjelaskan kepada media perkara tersebut selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan exco di Wisma Darul Aman, lewat petang 29 Oktober baru-baru ini, Menteri Besar, Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak mahu semua pihak melihat perbezaan antara polisi kerajaan dengan enakmen.Katanya, berbeza dengan polisi, sesuatu enakmen memerlukan kelulusan dari sidang Dewan Undangan Negeri.Oleh itu ujarnya, tidak perlu ada kebimbangan kepada semua pihak bahkan Menteri Besar menegaskan Kerajaan Negeri juga tidak mahu mana-mana pihak teraniaya.Beliau turut memberi jaminan kepada pemaju bahawa Kerajaan Negeri akan menetapkan mekanisme agar setiap unit rumah dapat dijual.“Polisi 50 peratus ini berdasarkan antara tujuannya untuk keharmonian. Kita tidak mahu ada perbezaan ketara dari segi hak milik rakyat dalam negeri. Polisi seperti ini pernah dilaksanakan melalui Dasar Ekonomi Baru (DEB) untuk merapatkan jurang golongan berada dan tidak berada satu ketika dahulu,” katanya menerangkan.Menurutnya, perumahan di Kedah adalah berdasarkan status tanah dan pembahagiannya berbeza antara setiap negeri di Malaysia. Beliau turut memberikan contoh pembahagian peratusan berbeza antara beberapa negeri yang dimaksudkannya.“Di Kedah sebenarnya kita beri 50-50 untuk semua tanah yang berada dalam masalah swapping. Swapping ini maksudnya asalnya tanah itu Rizab Melayu, kemudian kita tukar jadikan milik bebas.“Maka amalan sebelum ini bila ia jadi hak milik bebas, pembahagiannya jadi 70 peratus kepada bukan Bumiputera dan 30 peratus untuk Bumiputera. Jadi ini timbul tidak adil kerana asalnya tanah itu Tanah Rizab Melayu telah berlaku swapping, kerana itu kita beri 50 peratus,” terangnya memperincikan.Katanya lagi, Kerajaan Negeri turut melihat bahawa masih ramai Bumiputera di Kedah tidak mempunyai rumah. Memandangkan bilangan orang Melayu atau Bumiputera adalah 1.5 juta daripada 1.9 juta rakyat Kedah, maka menurutnya, wajarlah diimbangkan dengan polisi tersebut.“Kita terima rungutan dari rakyat majoriti yang berhasrat untuk membeli rumah, tetapi rumah sudah dijual, kouta terlalu sedikit. Bila Bumiputera datang beli kata sold-out (habis) atau already booked (sudah ditempah), jadi kita terpaksa menaikkan peratusan ini,” maklumnya.Malah menurut beliau, rata-rata rakyat tidak berkemampuan untuk memiliki rumah selama ini kerana harganya yang mahal. Oleh itu, katanya, tidak akan timbul rumah tidak dapat dijual jika harganya mampu dibeli.“Saya sendiri tidak berani untuk beli rumah RM300,000, saya tiada duit. Wakil rakyat pun tidak berani beli rumah sampai RM400,000. Kalau dibuat rumah hingga RM400,000 memang pun ramai tidak mampu beli,” akuinya.Melalui polisi, Kerajaan Negeri katanya boleh menetapkan supaya tanah di Kedah hanya dimiliki oleh penduduk negeri ini. Pun begitu jelas beliau, Kerajaan Negeri terbuka dan orang luar juga boleh membeli tanah di Kedah.“Patutnya kita tetapkan untuk ‘Kedahan’ sahaja, ambil 02 punya IC (kad pengenalan) sahaja. Jadi (kesimpulannya) polisi ini ia boleh berubah. Bila keadaan sudah stabil, kita akan kembali biasa. Jadi bila sampai satu masa kita akan selaraskan dan imbangkan semula peratusan ini,” ujar beliau menyatakan jaminan.Sementara itu, mengulas pertanyaan wartawan berhubung kenyataan Naib Presiden MCA, Dato’ Liow Tiong Lai yang meminta kerajaan menghapuskan syarat pemilikan 30 peratus ekuiti Bumiputera dalam syarikat-syarikat senaraian awam, Ustaz Azizan melontarkan pandangan bahawa keadaan belum mengizinkan untuk perkara itu dilaksanakan.“Ini bukan soal hapus tidak hapus, dulu peratus ini untuk membolehkan rakyat sama-sama syer pembagian ekonomi negara. Pasai apa tiada angin tiada ribut pergi sebut perkara ini? Mungkin dia hendakkan publisiti murahan sebab dia pimpinan baru.“Saya tidak mahulah campurtangan rumahtangga mereka, tetapi dalam konteks saya sebagai rakyat dan kebetulan kita orang Melayu dan India agak terkebelakang penglibatan kita dalam ekonomi dan seumpamanya. Kita hendak menyenangkan semua orang, kita cuba untuk menyenangkan orang kepada haknya. Sepatutnya kita kena tolong-menolonglah dalam satu masyarakat,” katanya.
Posted by Warta Darul Aman Daily at 6:10 PM

HARI KEDUA DAN PENUTUP UJIBAKAT PASTI KEBANGSAAN OLEH YB DR ISMAIL SALLEH