Isnin, 22 Mac 2010







Apa yang tidak disangkal adalah bahawa Apco adalah syarikat yang dipilih oleh Najib untuk menggalakkan konsep 1Malaysia.


Fakta ini sahaja pasti akan menjadi bumerang (menikam diri sendiri), terutama keatas sebuah kerajaan Muslim yang begitu sukar untuk menggambarkan dirinya sebagai seorang sahabat pelarian Palestin.


Nama Apco Worldwide tiba-tiba meraih kemasyhuran (masyhur kerana kejahatan) di Malaysia selepas Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim menarik perbandingan syarikat yang berkempen untuk membina-imej kliennya, Malaysia ; yang juga berkempen serupa oleh kerajaan Israel.


Anwar dalam ucapannya di Dewan Rakyat pada 17 Mac mengatakan bahawa Konsep 1Malaysia Perdana Menteri Najib Abdul Razak ,sebenarnya merupakan meniru konsep 'Satu Israel' regim Zionis, yang juga pelanggan Apco.


Pendedahan Anwar muncul setelah serangan bertubi-tubi yang begitu obses oleh beberapa ahli parlimen BN, terhadap Ketua Pembangkang sejak beliau kembali ke Parlimen .


Kepala di antara mereka adalah Khairy Jamaluddin dan Mukhriz Mahathir, yang kepada masa lalu terlibat dalam memberi gelaran nama dan menganggu ucapan mantan timbalan perdana menteri itu apabila berucap.


Sementara Mukhriz telah secara terbuka menuduh Anwar melakukan sodomi, serangan Khairy adalah untuk melibatkan Anwar kepada 'watak hawkish' (watak pendesak) dalam kerajaan AS juga menuduhnya sebagai agen Zionis.

Dengan demikian, pendedahan Anwar mengenai Apco, pantas telah menangkis tuduhan mereka yang telah menuduhnya sebagai agen Zionis.


Tapi tidak lama, kerana hanya sehari kemudian, Apco menafikan penglibatannya dalam konsep 'Satu Israel'.


Khairy tanpa membuang masa dengan mengacukan dalam parlimen kenyataan rasmi Apco , bersama dengan dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nazri Aziz, mengancam untuk merujuk Anwar kepada jawatankuasa hak-hak istimewa.


Apa yang tidak disangkal adalah bahawa Apco adalah syarikat yang dipilih oleh Najib untuk menggalakkan konsep 1Malaysia.


Fakta ini sahaja pasti akan menjadi bumerang( menikam diri sendiri), terutama keatas sebuah kerajaan Muslim yang begitu sukar untuk menggambarkan dirinya sebagai seorang sahabat pelarian Palestin.


Perniagaan Apco


Kenyataan Anwar dan penafian Apco telah mencetuskan minat mendalam untuk mengenali siapa itu Apco.


Pada laman webnya, Apco, yang berpangkalan di Washington, menggambarkan dirinya sebagai "salah satu perunding komunikasi yang terbesar yang dimiliki secara independen " dengan beberapa di seluruh dunia.


Margery Kraus, CEOnya, telah menubuhkan syarikat itu pada 1984.Di antara keistimewaan khususnya adalah untuk membantu para klien bagi "meninjau yang kompleks dan sering merumuskan dunia perniagaan, industri dan kewangan, media, pendapat pablik dan masyarakat, dan kerajaan dan dasar awam.


"Selain Apco, Kraus juga membantu menubuhkan dan mengembangkan Close Up Foundation, sebuah yayasan pendidikan yang ditaja sebahagian oleh Kongres AS.


Tetapi Kraus juga aktif dalam pertubuhan-pertubuhan lain yang kurang bersifat pendidikan, seperti mengetuai dewan penasihat Kumpulan Menatep, sebuah syarikat holding Russia, dan terlibat dalam Teuza Fund, dana modal ventura yang diperdagangkan secara awam di bursa saham Tel Aviv,Israel.


Hubungan Zionis


Hubungan dengan Israel melalui Kraus, tidak berhenti di situ. Dalam Apco, terdapat 50individu yang sangat berpengaruh duduk dalam Majlis Penasihat Antarabangsa.Mereka terdiri daripada bekas ahli politik, para pemimpin perniagaan dan diplomat.


Setidaknya tiga di antara mereka, Itamar Rabinovich, Shimon Stein dan Doron Bergerbest-Eilon, adalah beberapa individu yang berkaitan secara terus dengan Israel dan institusi politik dan tenteranya yang dikenali sangat ganas.


Seorang mantan Presiden dari Tel Aviv University, Rabinovich adalah juga Pengerusi Dan David Foundation (diasaskan diIsrael) , yang diberi nama selepas kelahiran Romania dermawan Yahudi yang aktif dalam pergerakan pemuda Zionis tahun 1940-an.


Kemudiannya, ia bertugas sebagai penasihat kepada menteri-urusan politik bagi Kedutaan Israel di Washington.


Doron Bergerbest-Eilon adalah mantan kepala divisi perlindungan dan keselamatan dan pejabat keamanan kanan Israel Security Agency (ISA), satu kedudukan setara dengan pangkat major jeneral.Pada bulan Mei 2005, Bergerbest-Eilon dianugerahkan dengan The Director's Recognition Award, pujian tertinggi Pengarah US Secret Service.


Di antara kemahiran yang dipaparkan adalah keselamatan dan pertahanan, dengan Singapura sebagai salah satu "daerah kepakaran".


Membangun Reputasi


Menjelaskan lebih lanjut Majlis Penasihat Antarabangsa, Strategi Apco menyatakan:"Ahli terhormat ini dan kumpulan petugas dinamik , berkerja berganding bahu dengan para profesional APCO untuk memperkuat dan memperdalam kepakaran kami yang berada di berbagai sektor dan perkhidmatan.

Para pelanggan mendapat manfaat daripada wawasan tahap tinggi bergantung harap keatas maklumat dan pendapat mereka yang berpengalaman luas.


"Najib memilih Apco boleh difahami, khususnya selepas BN yang berada di akhir wit dalam usaha untuk membina semula imejnya selepas kekalahan dalam pilihanraya umum Mac 2008.

Najib mungkin yakin dengan kemampuan Kraus untuk membantu kliennya membalikkan keadaan.Lagi pula, dalam tahun 2008 wawancara dengan Public Affairs Asia, Kraus dengan yakin menyatakan:


"Beberapa persoalan yang telah kami bantu selesaikan meliputi: Apa langkah-langkah perlu diambil untuk membina reputasi? Bagaimanakah manusia mengembangkan hak sekutu untuk menyokong tindakan-tindakan yang diperlukan untuk sukses? Apakah yang dimaksudkan dengan masalah 'tersembunyi' atau peluang yang boleh membezakan antara satu kumpulan daripada lain? Mendapatkan perkara ini betul, adalah sering kali perbezaan antara kejayaan dan kegagalan.


"Ironisnya, jauh daripada menyelesaikan mana-mana persoalan, Najib mungkin menemukan dirinya dalam krisis kredibiliti yang lebih besar, berkat hubungan Apco dengan individu-individu yang telah berada di pusat kuasa Zionis.


Nazri sendiri telah mengakui kenyataan ini ketika mendesak supaya Anwar dihadapkan kepada jawatankuasa hak-hak istimewa, "Ini adalah masalah serius bilamana seorang pemimpin Muslim dikaitkan dengan Zionis," ia dilaporkan sebagai berkata.


Tetapi secara jujur dan benar terhadap pengakuan diri sendiri atas kemampuan untuk "membina reputasi", Najib tidak boleh mengeluh bahawa Apco Worldwide telah gagal untuk menyampaikan.


Saga terbaru menunjukkan hal itu memang ia telah menyampaikan janjinya membina reputasi untuk kliennya - kali ini untuk kedua Najib dan kerajaan BN.

Episod kemusnahan sedang deras melanda negara






1. Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara [JPN] Datuk Alwi Ibrahim telah mendedahkan peningkatan Anak Luar Nikah [ALN] yang didaftarkan ke Jabatan Pendaftaran Negara: [ Berita Minggu : 21 Mac ]

a) 2007 : 16,100 anak Luar nikah

b)2008 : 16,541 anak luar nikah

c)2009 : 17,303 anak luar nikah

2. Datuk Alwi juga menyebut bahawa dalam tempoh 5 tahun terakhir Jabatan Pendaftaran Negara telah mencatatkan 74,723 anak luar nikah yang membabitkan orang melayu Islam .

[ Fakta ini tidak termasuk kes buang bayi yang dilaporkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat ]

3. Sepanjang tempoh yang sama [ 5 tahun ] , seramai 214,033 bayi luar nikah didaftarkan dengan status anak tidak sah taraf termasuk kes anak yang tidak berbapa dari pelbagai bangsa dalam negara kita .

4. Fakta yang saya paparkan ini satu lagi episod kebinasaan dan kemusnahan yang sedang deras melanda negara . Membunuh sistem nilai dan memasung maruah ummah . Segalanya angkara nafsu yang tidak dipandu oleh wahyu . Hidup dalam satu sistem politik dan sosial yang terhindar dari petunjuk Allah swt dan pedoman sunnah Rasulullah saw.

5. Sistem pendidikan , perumahan , pembangunan , IT , media dan lainnya yang sangat jelas serta ketara tidak menepati syarat dan sistem Islam adalah antara penyumbang utama kepada keruntuhan moral dan akhlak . [ sebagai contoh ....]

Pendidikan : Tidak menitik beratkan pentarbiyyah untuk melahirkan insan yang soleh dan bermoral . Nilai agama dan moral tidak menjadi asas utama dalam memburu kecemerlangan akdemik .

Perumahan : Rumah murah 2 bilik tidak sesuai untuk rakyat kerana menyumbang kepada gejala sumbang mahram serta susun atur kawasan perumahan yang tidak islamik sebagai contoh kawasan perumahan yang tidak disediakan surau oleh pemajunya dan pusat pengajian agama tambahan serta kawalan akhlak dan moral selain warden yang menjaga keselamatan tetangga .

Pembangunan : Hanya memburu keuntungan sehingga dalam satu daerah biarpun majoriti muslim masih dibenarkan kedai - kedai jualan arak dan kondom secara terbuka seperti seven eleven dan pertumbuhan kelab malam , karaoke , rumah urut yang tidak terkawal tumbuh bagai cendawan selepas hujan .

6. Seperkara lagi yang saya lihat tidak kurang juga pentingnya ialah kegagalan pihak berwajib menjalankan tanggungjawab untuk mencegah kemungkaran [ an Nahyu a'nil mungkar ] . Seketika , nasib pelacur , mak nyah lebih baik dari penceramah agama dan pendakwah yang sering diburu kerana tiada tauliah . Demikian juga nasib kelab malam dan pusat hiburan yang mendapat cop "halal" oleh pihak berkuasa tempatan nyata lebih baik dari masjid dan surau yang tidak dibenarkan menganjur majlis - majlis ilmu .

7. Apa yang berlaku ialah al amrul bil mungkar wa nahyu a'nil makruf ! Khatib yang membaca khutbah tanpa tauliah dari jabatan agama meskipun mendapat ijazah dari universiti Islam senantiasa dalam resah dan gusar diburu oleh penguatkuasa agama berbanding rasa selamat dan selesanya mereka yang langsung tidak hadhir solat jumaat .

8. Setiap kali dipersoal , pihak penguatkuasa ini sering menggunakan hujjah arahan orang atas !Tentunya orang atasan ialah orang yang berkuasa iaitu kerajaan yang memerintah . Malang bagi sebuah kerajaan yang memiliki kuasa dan mandat rakyat tidak menggunakannya untuk membasmi maksiat dan mungkar tetapi sebaliknya menunjukkan sikap anti agama atau anti Islam . Islam yang mereka mahu ialah Islam yang boleh kompromi dengan maksiat dan mungkar .

[ contoh : Masjid dibina tetapi Kelab Malam juga dibina . Musabaqah Al Quran dianjur tetapi Akademi Fantasia juga dianjur . Peluang pekerjaan disedia tetapi pusat - pusat judi juga disediakan dan banyak lagi contoh contoh lain .]

9. Bukan tidak tegur dan bukan juga tidak dinasihati , tetapi mereka sukar memahami . Kita telah menghantar memorundum , kita telah menegur dalam kunjungan hormat kita , kita juga sudah sebut dalam dialog , wacana ilmiah , debat , khutbah , kuliah , ceramah bahkan demonstrasi . Kita juga menegur mereka secara rasmi di dalam Parlimen , Dewan Negara dan Dewan Undangan Negeri tetapi semuanya tidak membuahkan hasil . Mereka hanya memekakkan telinga dan menggulung lidah .

10. Menjadi tanggungjawab setiap individu untuk bangkit berjuang bagi menyelamatkan negara dari kebinasaan dan kemusnahan ini dengan membuat desakan agar syariat Islam dilaksana dan didaulatkan . Ianya adalah satu desakan berasas setelah semua pihak menyaksikan kegagalan total sistem peraturan dan undang - undang ciptaan manusia

Klinik 1Malaysia: 'Pesakit diberi ubat silap'

Klinik 1Malaysia dikatakan memberi perkhidmatan perubatan yang berkualiti rendah, sehingga ada pesakit yang diberi salah nasihat dan juga bekalan perubatan yang silap.

Dr T Jayabalan, yang mewakili pekerja dan Majlis Kesatuan Pekerja Malaysia (MTUC) mendakwa, kajian klinik-klinik 1Malaysia yang dilhamkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mendapati ada pegawai pembantu perubatan memberikan ubat yang silap kepada pesakit.


Kajian berkenaan didakwa dilakukan di Kampar, Perak. “Mereka memberi preskripsi untuk ubat yang salah dan ada juga yang membekalkan ubat yang mereka tidak ditauliahkan untuk berbuat demikian.



"Ada juga yang didapati gagal mengenalpasti sakit yang dihadapi oleh pengunjung klinik itu,” kata Jayabalan yang juga adalah penasihat kesihatan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP). “Walaupun, pe nyediaan klinik-klinik itu adalah tindakan yang mulia untuk membolehkan golongan kurang upaya mendapatkan bantuan kesihatan, namun kita mahu pesakit diberikan akses perubatan yang berkualiti,” katanya.


Doktor berpengalaman itu yang kini berrkhidmat di sebuah hospital swasta di Pulau Pinang membuat pendedahan berkenaan ketika ceramahnya di Kompleks Caring Society di Pulau Pinang yang berjudul “Apa silap dengan sistem kesihatan kita” pada Sabtu lalu. Majlis itu anjuran Forum Sembang-sembang, sebuah pertubuhan yang memperjuangkan isu sosial dan awam. Ia dipengerusikan oleh bekas ahli dewan undangan negeri Machang Bubok yang mewakli Gerakan, Toh Kin Woon.

Jayabalan juga melahirkan rasa terkejutnya kerana 44 klinik berkenaan yang ditubuhkan sejak Januari lalu bagi membantu golongan berpendapatan rendah di bandar gagal ditubuhkan secara telus.

Dakwanya, kebanyakan doktor kurang mengetahui mengenai projek klinik 1Malaysia itu.

Ahad, 21 Mac 2010

Wakil rakyat bantu baiki rumah


TAJAR - Penghuni rumah yang telah usang di Kampung Padang Luar di sini, terharu apabila wakil rakyat kawasan itu turun padang bergotong-royong membaiki rumahnya yang uzur itu.

Abdullah Abdul Hamid, 70, berkata, rumahnya yang terlalu uzur itu dihuni oleh tujuh ahli keluarga dan sebahagian daripada rumahnya itu telah reput dimakan anai-anai.

Menurutnya, apabila hujan turun, mereka sekeluarga tidak dapat tidur dengan selesa malah terpaksa berjaga kerana bumbung juga telah bocor di merata-rata tempat.

“Saya sudah tidak bekerja kerana usia pun sudah lanjut dan tidak mampu untuk membaiki rumah usang ini. Kehidupan kami agak susah memandangkan tujuh orang tinggal dalam rumah yang serba kekurangan.

“Malah anak perempuan bersama tiga anak yang masih kecil juga menumpang tinggal di sini sejak kematian suaminya selain isteri dan anak saya yang masih belum berkahwin. Anak saya hanya bekerja sebagai pembantu kantin sekolah dan tidak mampu menampung kos membaiki rumah cuma sekadar cukup untuk makan dan minum,” katanya.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Alor Mengkudu, Dr Ismaik Salleh berkata, atas rasa simpati terhadap nasib yang menimpa keluarga ini telah mendorong Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) Alor Mengkudu mengadakan gotong-royong membaiki rumah berkenaan.

Menurutnya, PKWR melalui tabung ‘Star Care’ telah mengeluarkan belanja membeli kayu, bumbung dan peralatan untuk membaiki rumah.“Bagaimanapun kerja-kerja pembaikan semuanya dilakukan secara gotong-royong dengan semua jawatankuasa PKWR bersama Anggota Majlis Ketua Kampung/Komuniti (MKK) kawasan Tajar.

“Malah ini adalah rumah pertama yang disalurkan wang membaiki rumah melalui tabung ‘Star Care’ PKWR dan program gotong-royong ini akan terus diadakan dari masa ke masa dengan memberi keutamaan terhadap rumah-rumah yang terlalu uzur, " katanya.

Dr Ismail berkata, di samping menjimatkan kos, kaedah gotong royong seperti yang disarankan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak ini turut mewujudkan suasana ukhuwah antara penduduk kampung.

Pesakit buah pinggang dirai







Alor Setar,20 Mac :

Sambutan hari buah pinggang sedunia jatuh pada 11 Mac pada setiap tahun.

Sambutan diperingkat KMC telah diadakan semalam dengan meraikan pesakit-pesakit buah pinggang KMC dalam satu majlis malam mesra KMC bersama pesakit buah pinggang.

Tema sambutan hari buah pinggang tahun ini ialah,protect your kidneys - control diabetes.

Hari ini terdapat seramai 20,000 orang pesakit buah pinggang di Malaysia dengan peningkatan seramai 3,500 setiap tahun.

Penambahan sebanyak 5%-7% ini adalah selari dengan peningkatan penyakit kencing manis yang menjadi penyumbang terbesar kepada penyakit buah pinggang iaitu sebanyak 55%.

Hari ini terdapat seramai 1,4 juta orang pesakit kencing manis di Malaysia yang mewakili 14% dari penduduk yang berumur 30 tahun keatas dan angka serta peratusan ini makin meningkat tahun demi tahun.Oleh sebab itu penjagaan yang optimum adalah sangat penting untuk mengelak dari berlakunya komplikasi-komplikasi dari penyakit kencing manis seperti penyakit buah pinggang.

"Pemakanan dan cara hidup yang betul adalah sangat penting untuk mengawal penyakit kencing manis,seterusnya dapat mengawal dari berlakunya komplikasi",tegas Yb Dr Ismail dalam ucapanya.

Hari ini hemodialisis menjadi cara rawatan penyakit buah pinggang yang paling popular selain dari PD,CAPD dan transplantation.

Turut hadir dalam program itu ialah Dato Dr Ismail Yaakob,Pengarah KMC,En Kairun Ahmad,Pengurus Besar KMC,Dr Syed Faisal Taha,Nephrologist KMC dan hampir semua doktor pakar KMC.

Sabtu, 20 Mac 2010

Tabung STARCARE dilancar



Alor mengkudu,19 Mac:

Semalam tabung STARCARE telah dilancar dengan rasmi oleh Yb Dato Hj Mahfuz Omar,Ahli Parlimen Pokok Sena.

STARCARE adalah satu NGO yang baru ditubuhkan bertujuan untuk membiayai kebajikan warga Alor Setar.

Mereka -mereka yang memerlukan bantuan dari segi kebajiakan terutamanya keperluan asas seperti membaiki rumah dan kebajikan kesihatan akan dibantu menggunakan tabung ini.

Sumbangan boleh disalurkan ke Akaun Bank Islam 02011010106916

1Malaysia,1Israel,UMNO & APCO


Kata orang tua-tua:
"Mengata Dulang Paku Serpih, mengata orang dia yang lebih"Yang jelasnya, APCO mempunyai cawangan di Tel Aviv di sini.Dari website APCO:
Dan APCO adalah antara syarikat yang mempunyai hubungan rapat dengan parti-parti politik di Israel kerana itu adalah sumber perniagaan mereka.PAda waktu yang sama, UMNO mengambil sebuah syarikat yang mempunyai hubungan dengan pemimpin2 Israel sebagai penasihat mereka.Kenyataan APCO baru-baru ini juga MENGESAHKAN APCO sebagai syarikat yang diambil UMNO untuk menjadi penasihat mereka:
Dan kenyataan APCO juga tidak menafikan hubungan mereka dengan Ehud Barak yang telah melancarkan kempen “OneIsrael” seperti yang boleh dibaca di bawah artikel ini.Kesimpulannya:
1.0 - UMNO adalah hipokrit kerana mengutuk orang menjadi agen Yahudi tapi dia sendiri mengambil syarikat Yahudi sebagai konsultan.
2.0 - Sikap menipu UMNO ini menjijikan serta amat memualkan.
3.0 - Sikap hipokrit ini diajar oleh Dr Mahathir bin Muhammad Iskandar Kutty sebab Dr Mahathir dahulu mengambil sebuah syarikat Yahudi seperti APCO bernama ”Saatchi and Saatchi” sebagai konsultan mereka.
4.0 - Kerjasama UMNO dengan Yahudi sebenarnya telah lama dan bersarang serta berakar umbi. Tak hairanlah waktu Natrah dimurtadkan, UMNO cuma duduk dan lihat sahaja.
5.0 - Agen Yahudi di Malaysia yang sebenar adalah UMNO dan bukannya parti-parti lain.
6.0 - Duit rakyat dibayar untuk menguntungkan syarikat Yahudi bernama APCO dan Saatchi and Saatchi oleh UMNO.

Kem Anak Soleh untuk anak nelayan

KUBANG ROTAN: 17 Mac: Kerajaan Negeri telah berjaya menganjurkan Kem Anak Soleh di enam daerah dalam Kedah melibatkan 1240 pelajar sekolah rendah dan 200 fasilitatior.


Program ini telah menarik perhatian Persatuan Nelayan Negeri Kedah yang meminta diadakan untuk anak-anak nelayan. Memenuhi permohonan itu satu kem khusus diadakan di Muasasah Darul Ulum Pokok Sena untuk anak-anak nelayan, manakala lima kem lagi di Maktab Mahmud Baling, Langkawi, Pendang, Sik dan Bandar Baharu.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Badan-badan Bukan Kerajaan dan Pembangunan Insan, Sains dan Inovasi, Teknologi Maklumat dan Komunikasi, YB Dr Ismail Salleh berkata, pembangunan insan menjadi agenda utama kerajaan untuk melihat perubahan di kalangan remaja Islam.

Menurutnya, keruntuhan akhlak remaja Islam hari ini bermula dari dalam rumah kerana anak-anak tidak mahu dan tidak tahu sembahyang. Menyedari perkara ini sudah sampai masanya kerajaan melaksanakan satu dasar dan polisi mendidik anak-anak dari peringkat bawah sampai mereka dewasa.

Katanya, program ini di bawah portfolio Pembangunan Insan dilaksanakan bagi memastikan pelajar sekolah rendah bukan sahaja boleh bersembahyang tetapi boleh menjadi imam apabila masuk ke sekolah menengah kelak.

“Program ini diharap berjaya mendidik remaja di bawah tingkatan satu menjadi anak soleh yang tahu sembahyang apabila nak masuk tingkatan satu sekolah menengah. Bukan sahaja pandai sembahyang tapi boleh menjadi imam pada masa sama roh sembahyang ada pada diri dia selama-lamanya,” katanya pada majlis penutupan Kem Anak Soleh di Wisma Nelayan Kuala Kedah.

Sehubungan itu diharapkan kerjasama dan rangsangan daripada ibu bapa supaya ilmu yang dibekalkan di dalam kem ini diteruskan apabila kembali ke pangkuan keluarga masing-masing.

“Bantulah anak-anak ini mendirikan solat di rumah dan jangan pula apabila adik hendak sembahyang, abang membuka telivisyen dan emak sibuk di dapur tidak menghiraukan anak yang hendak sembahyang,” katanya.

Pelajar berusia sebelas dan dua belas tahun yang menyertai kem ini diasuh menunaikan solat dan disemai nilai-nilai murni seperti kasih sayang dan menghormati ibu bapa serta orang-orang yang lebih dewasa daripada mereka.

Ajaran Islam mengatakan sembahyang berupaya menjauhkan diri dari segala bentuk keruntuhan akhlak. Berpandukan itu program ini diadakan bagi membentuk pelajar cemerlang fizikal dan spiritual.

Beliau menyeru semua ibu bapa, supaya membantu anak-anak menjadi anak soleh kerana katanya, kecemerlangan bukan terletak pada pencapaian akademik semata-mata tetapi didikan dalam erti kata jadikan mereka anak-anak yang soleh.

“Kalau kita gagal mendidik anak-anak, kita akan merana di dunia apatah lagi di akhirat, kerana apabila kita meninggal dunia anak-anak kita tidak tahu sembahyang apa lagi untuk mendoakan kita,” katanya

Anak-anak adalah aset yang sangat besar.kepada keluarga dan negara. Mereka boleh membahagiakan ibu bapa di dunia dan akhirat. Sehubungan itu kalau tersalah didik anak-anak boleh memberi bencana kepada keluarga dan negara.

“Cuba bayangkan sekiranya anak-anak kita terlibat dengan kegiatan rempit, pil ekstasi dan masalah sosial seperti zina,” ujarnya.

YB Dr Ismail juga mengucapkan terima kasih kepada semua pihak terutama para ibu bapa yang memberi kerjasama menjayakan program inin serta komitmen dari Persatuan Nelayan Negeri Kedah.

Seorang ibu yang sempat ditemui, Puan Zabedah Mat Arsyad, 42 tahun dari Taman Bahtera Kuala Kedah berkata, program ini amat baik dan patut diteruskan pada tahun hadapan. Anaknya Nur Afiqah Azlan, 11 tahun menjadi peserta program ini.




Menurutnya, aturcara yang disusun memenuhi program ini sedikit sebanyak berjaya menerapkan sifat disiplin diri kepada semua pelajar termasuklahlah anaknya.Beliau mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Negeri yang mengutamakan anak-anak nelayan bagi mengisi program ini.“Kali pertama anak saya dapat mengikuti program ini merupakan pengalaman yang sangat bermakna. Selain dapat belajar solat dengan sempurna di sini juga para peserta disemai dengan nilai-nilai yang murni seperti kasih sayang kepada ibu bapa,” katanya.

Beliau berharap program serupa ini diadakan untuk pelajar sekolah memengah supaya anaknya yang berada di tingkatan empat dapat ikut sama.

“Anak sulung saya sekarang dalam tingkatan empat dan berasa rugi kerana program ini hanya untuk anak-anak sekolah rendah berusia sebelas dan dua belas tahun,” katanya.

Pendapat itu turut dikongsi oleh Mohd Zaidi Haji Ismail dari Kuala Kangkong yang datang menjemput anaknya Nur Alya Atiqah darjah enam Sekolah Rendah Kebangsaan (SRK) Kangkong.

Katanya, program ini memberi manfaat yang sangat besar kepada ibu bapa yang kadang-kadang terlalai untuk mendidik anak-anak supaya bersolat kerana kesibukan kerja dan mengejar masa.

Seorang pelajar perempuan yang sempat ditemui Hashitah Roslin dari SRK Padang Keria Simpang Empat berkata, seronok berada di kem itu kerana mendapat ramai kawan.

Katanya, dia dan kawan-kawan dalam kumpulan dijaga dengan baik oleh kakak-kakak fasilitator dan diajar menunaikan sembahyang.

Manakala Mohd Aidil Jefri anak ke tiga daripada enam beradik dari Kampung Baru Tepi Laut Kuala Kedah pula berjanji tidak akan meninggalkan sembahyang selepas balik ke pangkuan keluarga. Bapanya bekerja sebagai nelayan dan ibunya seorang suri rumah.\

Bagi fasilitator yang sempat ditemubual Siti Suhaina Md Shukri berkata, anak-anak yang terpilih mengikuti kem ini ibarat tunas dan senang dibentuk. Mereka menunjukkan minat yang tinggi untuk belajar solat dan membaca Quran.

“Tapi dalam masa empat hari tiga malam tentulah tidak semua dapat diajar kalau diberi masa satu bulan insya Allah rasanya mereka boleh membaca Quran dengan lancar,” katanya.

Menjadi fasilitator adalah pengalaman pertama bagi Siti Suhaina pelajar tingkatan enam Sekolah Menengah Agama An-Nahdzah Pendang. Pengalaman menjadi fasilitator turut menjadi kenangan manis kepada temannya Zaharah Fajarnina pelajar tingkatan enam Maktab Mahmud Alor Setar.

Turut hadir pada majlis itu Ahli Dewan Undangan Kubang Rotan YB Nasir Mustafa, Pengerusi Persatuan Nelayan Negeri Kedah Ahmad Rusdin Husin, Pengerusi Persatuan Nelayan Kuala Kedah Hamid Bahari dan Pengerusi Program Ahmad Ridzuan Yahaya dam Ahli Majlis Ketua kampung (MKK).

Kerajaan bertanggungjawab jaga akhlak dan aqidah umat

BALING – Kerajaan negeri Kedah sentiasa berusaha menyediakan aktiviti-aktiviti yang berfaedah kepada rakyatnya agar akhlak serta akidah mereka tidak terpesong dari landasan agama.

Solat tiang agama, jika tiang itu tidak didirikan tentulah runtuh agama seseorang. Solat telah difardukan ke atas setiap muslim sebagai tanda kepatuhan penuh ikhlas kepada Allah S.W.T.Adalah menjadi tanggungjawab ibu bapa mendidik anak-anak mereka mendirikan solat yang berhubungkait dengan penularan gejala sosial yang melanda belia.



Menurut Menteri Besar Kedah, YAB. Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak, rakyat yang beragama serta mengenal Tuhannya, maka sudah tentu mereka akan mengenali ibu bapa, jiran seterusnya mengukuhkan hubungan sesama insan.
“Dalam rukun Islam, pertama mengucap kalimah syahadah, kemudian solat yang wajib kepada semua umat Islam, sama ada dalam keadaan sihat dan sakit sekalipun. Sembahyang itu akan cegah manusia daripada melakukan perbuatan yang ditegah dalam agama.” jelas beliau pada Majlis Perasmian Penutupan Kem Anak Soleh yang diadakan di Maktab Mahmud Baling.
Tambah beliau, menerusi kem ini adalah menjadi hasrat kerajaan negeri memastikan akhlak dan moral umat Islam akan terus digilap serta dipelihara dengan baik.

Selain itu, kem ini juga dapat mendidik anak-anak yang masih diperingkat sekolah rendah celik solat hingga mereka mampu mendidrikan solat sendirian.
“Masalahnya dalam kita sibuk dalam mengejar kehidupan dunia, tetapi kita lupa terlupa untuk menyediakan didikan agama yang septutnya. Maka adalah menjadi tanggungjawab ibu bapa dalam dua perkara membekalkan didikan agama kepada anak-anak yang dilahirkan suci tanpa sebarang dosa.
“Saya sebagai ketua kerajaan juga bertanggungjawab kepada rakyat, saya arahkan Exco-Exco saya laksanakan program yang manfaat kepada rakyat terutama dari segi agama. Baik kita habis duit untuk tujuan perkara-perkara yang baik kepada rakyat,” jelas beliau.
Hadir sama pada majlis ini adalah Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Badan-badan Bukan Kerajaan dan Pembangunan Insan, Sains dan Inovasi, Teknologi Maklumat dan Komunikasi, YB. Dr Ismail Salleh, Yang DiPertua Majlis Agama Islam Negeri Kedah, Sohibus Saadah Dato’ Syeikh Uzir Haji Baharom, Pengurus Besar Yayasan Islam Negeri Kedah, Mohd Zohdi Saad, ADUN Kuala Ketil, YB. Md Zuki Yusof, ADUN Kupang, YB. Johari Abdullah dan Pegawai Daerah Baling, Haji Ahmad Fisol Md Nor.

Khamis, 18 Mac 2010

Taman Saga 4 bersih


Alor Mengkudu,19 Mac:
Jalan masuk ke Taman Saga telah dibersihkan secara gotong royong oleh penduduk Taman tersebut.
Sebelum ini terdapat dua tempat pembuangan sampah dijalan masuk ke Taman Saga 4.
Bahan sisi pepejal domestik dibuang disepanjang Jalan Alor Mengkudu dipersimpangan masuk ke Taman Saga 4.
Manakala disepanjang jalan masuk ke Taman Saga 4,sepanjang 1/2 km dijadikan tempat pembuangan sampah dari sisa bangunan.
Setelah berusaha berbulan-bulan dengan berbagai cara melalui e idaman dan Mbas untuk membersih kawasan ini gagal,Yb Dr Ismail bersama dengan penduduk Taman Saga 4 telah melakukan gotong royong untuk membersih kedua-dua tempat itu.
"Diharapkan selepas ini mereka tidak lagi menjadikan kedua-dua tempat itu sebagai tempat longgokan sampah",ujar Yb Dr Ismail diakhir program tersebut.

Kubu kuat Bashah pecah



Taman Wira Mergong,18 Mac:Semalam satu majlis penyerahan borang keahlian Pas oleh bekas JKKK selama empat penggal bersama 100 orang ahli yang lain sempena dengan program ceramah Pas Kawasan Alor Setar bertempat di Stadium mini KUIN.

Beliau yang dikenali dengan Pak Pin membuat penyerahan itu kepada Yb Dato Mahfuz Omar,Naib Presiden Pas.

Tindakan yang beliau ambil itu disebabkan kecewa dengan perjuangan umno.

"Umno ini sebenarnya adalah perjuangan golongan yang mempunyai kepentingan periuk nasi dan mengejar habuan poket semata-mata",kata beliau dalam nada kesal dan kecewa.

Ini memberi tamparan yang hebat kepada Bashah memandangkan Taman Wira adalah fixed deposit ataupun kubu kuatnya.

Pada pilihanraya umum yang lalu beliau menang tipis dengan majoriti 315 undi hasil dari penyokong kuat beliau di Taman Wira.

Dua minggu lepas sekumpulan 100 orang pemuda dari blok C dan D mengambil langkah yang sama dan ini adalah permulaan kejatuahn Bashah di DUN Bakar Bata.

Penerangan isu semasa khasnya isu perumahan awam Taman Wira Mergong dan situasi air di Kedah dikupas secara detail oleh penceramah.

Ceramah semalam yang dihadiri 1000 orang disampaikan oleh Yb Dato Hj Mahfuz,Yb Dr Ismail dan En Mohamad Sanusi Mohd Nor,setiausaha politik kepada Yab Mb.

Rabu, 17 Mac 2010

4 lagi kematian kes denggi

Sepanjang 7 hingga 13 Mac, empat (4) kematian telah dilaporkan
iaitu tiga (3) di Selangor dan satu (1) di Kelantan, kesemuanya
disebabkan oleh komplikasi “Dengue Shock Syndrome”.

Kesemua kes-kes kematian ini berlaku di kawasan wabak denggi atau di kawasan yang
mempunyai indeks pembiakan Aedes yang tinggi (1.6% hingga 5.6%).

Dalam tempoh yang sama sebanyak 9 kes dicatatkan di Kedah,penurunan 5 kes berbanding minggu sebelumnya,menjadikan jumlah terkumpul kes denggi diKedah sehingga 13 Mac ialah 92 kes berbanding dengan 291 kes dalam tempoh yang sama tahun lalu.

RM86m dam to ease water woes

BACA INI LAGI,NEGERI MANA

A NEW dam costing RM85.5 million is being planned in Kahang near Kluang in a move to address the water shortage problem during the dry season in the district.

State International Trade and Industry, Energy, Water, Communications and Environment Committee chairman Tan Kok Hong said the project would provide an additional 134 million litres of raw water daily.

"Once the plan is approved, the construction of the project will commence in 2013," he said in reply to Ng Lam Hua (BN-Mengkibol).

The depth of the existing Sembrong dam would also be increased from 8.5m to 9.5m.

It will be upgraded through the construction of a water channel to drain away excessive water at a cost of RM4 million.

"To solve water shortage in rivers, there are plans to build an inflatable rubber dam costing RM4 million at the East Sembrong water treatment plant in 2012."

On the water shortage in Kluang during Chinese New Year recently, Tan said Syarikat Air Johor Holding had to ration water supply from Feb 13 after considering technical and water supply factors.

He said the dry spell since last June had resulted in low water level in both the dam and rivers.

"On Feb 4, the water level at Sungai Sembrong had touched 0.8m and the Sembrong Timur water treatment plant could still operate as usual. However, the level had been reduced to only 0.3m on Feb 11, which is much lower than the critical level of 0.5m."

Selasa, 16 Mac 2010

Sabah rations water

BACA ELOK-ELOK NEGERI SAPE NI........

KOTA KINABALU: Sabah has ordered water rationing in areas experiencing shortages as the dry spell shows no sign of abating.

Chief Minister Datuk Musa Aman said rationing was necessary because water supply in certain districts was becoming critical.

“We do not want to burden the people but this must be done,” he said in a statement here yesterday.

Musa also reminded the public to be sparing in their usage of water and to cut down on unnecessary activities which would require large amounts of water.

Among the areas affected is the east coast of Tawau. The water level in Sungai Tawau, the district’s main source, has dropped in the past two months.

“We need a dam in Tawau urgently. As it is, the water treatment plant is affected (whenever) the river level goes down,” Sri Tanjung state assemblyman Jimmy Wong told The Star yesterday.

He said water shortages in Tawau were particularly acute in the downtown area as well as the densely populated Jalan Apas.

Other areas facing water shortages include the interior districts of Keningau and Tenom. The water level of rivers such as Sungai Pegalan has dropped by about 80%.

Sabah Meteorological Department director Abdul Malik Tusin said the dry spell, which had also triggered numerous bush and forest fires, was expected to last until April.

He said the dry spell was because of the tail end of the north-east monsoon, which usually lasts from November until March, as well as the El Nino phenomenon that began since June.

Sumbangan Kafalah untuk orang Cina

Skim kafalah yang berkuatkuasa mulai 1 Jan 2010 telah dilancarkan sedikit masa lalu.Skim ini memberi sumbangan sebanyak Rm 500 kepada keluarga simati yang miskin tanpa mengira peringkat umur atau bangsa.

Kategori miskin ialah mereka yang mumpunyai pendapatan isirumah kurang dari Rm 720 atau perkapita kurang dari Rm 180.

Pagi tadi sumbangan kafalah ini disampaikan oleh Yb Dr Ismail kepada puan Law Hai Cheng.Suami beliau yang bekerja sebagai tukang besi berpendapatan rm 600 sebulan meninggal dunia minggu lepas akibat kanser.




Beliau yang tinggal di Taman Bersatu Alor Setar terpaksa menanggung 4 orang anak,3 darinya masih belajar manakala seorang lagi OKU.

Beliau mengucapkan jutaan terima diatas sumbangan itu dan mengharapkan akan meringankan sedikit bebanan yang ditanggung beliau.


Persatuan Lion Club Alor Setar yang diwakili oleh pengerusinya En Tan Weng Fatt turut sama memberi sumbangan kepada beliau.




Isnin, 15 Mac 2010

Kem Anak Soleh berjaya


Semalam majlis penutup Kem Anak Soleh diadakan serentak di lima daerah.DS Yab Mb melakukan majlis penutupan itu di Maktab Mahmud Baling,YB Dato Phahrolrazi di Sik,Yb Dato Taulan di Pendang,Yb Abd Ghani Ahmad di Langkawi dan Yb Ustaz Yaakob Husin di Bandar Baru.

Hari ini perasmian penutup Kem Anak Soleh untuk anak-anak nelayan akan diadakan oleh Exco Pembangunan Insan yang juga pengerusi Jawatankuasa induk Kem ini,Yb Dr Ismail Salleh.

Seramai 1240 peserta telah terlibat di 6 kem ini dan mereka dibimbing oleh 200 orang fascilitator.

Kem Anak Soleh adalah program dibawah potfolio pembangunan insan yang akan dijadikan agenda tahunan selain dari Kem Bina Sahsiah.Satu lagi kem yang akan memberi fokus kepada pelajar-pelajar tingkatan 1,2 dan 3,Kem Bina Insan akan diakan pada June nanti.

Kem Anak Soleh untuk pelajar-pelajar tahun 5 dan 6 ini,adalah kem yang memberi penekanan serta melatih peserta tentang sembahyang yang menjadi tiang agama.

Sembahyang yang dijaga dengan baik dan dilakukan dengan kyusuk akan menusuk kedalam roh anak-anak peserta yang akan menjadi asas dalam membina anak soleh.Sembahyang yang dijiwai ini juga akan mencegah dari melakukan perbuatan maksiat dan mungkar.

Kerajaan Negeri meletak sasaran untuk melihat setiap pelajar yang akan memasuki sekolah menengah sudah settle dari segi sembahyang.

Sabtu, 13 Mac 2010

Denggi di Kedah terkawal,malaria dipantau


DENGGI

Sehingga 6 March 2010(minggu epid ke 9) jumlah kes denggi terkumpul di Kedah ialah 82 kes berbanding 285 kes dalam tempoh yang sama tahun lalu.

Daerah Kuala Muda mencatat kes yang tertinggi iaitu 31 kes,diikuti Kulim 19 kes,Kota Setar 9 kes,Kubang Pasu 8 kes dan yang selebihnya kes yang terdapat dilain-lain daerah.

Walaupun Baling mencatat hanya 3 kes tetapi berlaku 1 kematian,setelah pada tahun 2009 dan 2008 tiada kematian dicatatkan di Kedah.

Daerah Bandar Baru dan Langkawi setakat ini masih bersih dari kes demam denggi.

Kementerian Kesihatan Malaysia mensasarkan penurunan kes denggi sebanyak 10% setiap tahun dengan 85% dari wabak tersebut dapat dikawal dalam masa 2 minggu dengan kadar penurunan lokaliti demam denggi sebanyak 25%.

MALARIA

Terdapat kenaikan sebanyak 13 kes malaria pada tahun ini berbanding tempoh yang sama pada tahun lalu.Bagi tempoh Jan - Feb 2009 terdapat 13 kes malaria direkodkan,sementara tahun ini sebanyak 26 dicatat.

Kulim dan Sik adalah penyumbang utama kes Malaria dan sehingga kini terdapat 1 kematian di Pendang.Kebanyakan pengidap demam malaria terdiri dari pendatang asing(PATI).

H1N1

Sepanjang tahun ini terdapat hanya 1 kes H1N1 di Kedah dan tiada tanda-tanda akan berlaku gelombang kedua.

Khamis, 11 Mac 2010

Pemuda Taman Wira Masuk Pas

Isu perumahan Taman Wira Mergong masih hangat diperkatakan.Segelintir dari mereka yang tidak mahu membayar hutang sewabeli dengan Kerajaan Negeri tetap mengatakan Kerajaan tidak prihatin.

Tetapi yang lebih hebatnya Umno Bahagian Alor Setar yang diketuai oleh Adun Bakar Bata menjadikan isu ini sebagai agenda politik UBN,setelah mereka ketiadaan modal untuk berhadapan dengan Pas.Mereka tidak menyedari orangramai menilai dan tidak boleh menerima apa yang mereka buat.


Muak dengan permainan politik Umno ini, hampir 100 orang pemuda dari blok B dan C telah mengisi borang keahlian Pas.

Semalam YDP Kawasan Alor Setar telah menerima penyerahan borang ini.

Pada 19 March nanti ada lagi kejutan.Sempena dengan program ceramah dan penerangan isu-isu semasa yang akan disampaikan oleh Yb Dato Mahfuz Omar,Yb Dr Ismail Salleh dan En Sanusi akan ada lagi penyerahan borang seperti ini.Kita akan tunggu siapa pula yang akan menyertai Pas.

Umno kedah malang dapat ketua pemuda tak berapa cerdik



Kita selalu mendengar ungkapan,kalau kita tak pandai lebih baik diam kerana kalau bersuara orang akan tahu kita bodoh.Orang akan kata confirmed bodoh.

Inilah yang berlaku kepada ketua pemuda umno Kedah yang namanya saya tak berapa ingat.

Tadi depa demo lagi di depan Wisma Darul Aman yang diketuai oleh ketua pemuda umno Kedah diatas isu kekurangan bekalan air dibeberapa tempat di Kedah.Katanya Kedah ada 4 empangan,Muda,Beris,Ahning dan Pedu tapi katanya lagi kawasan yang berdekatan dengan empangan inilah yang menghadapi masalah air.Punca kekurangan bekalan air ini katanya disebabkan kelemahan pengurusan.

Kesian.........

Itulah kalau tak tahu tak payahlah bercakap.Nanti nampak kita tak cerdik dan kini kita boleh confirmed ketua pemuda ni tak berapa cerdik.Kesian kat dia.

Kedah adalah pengeluar padi yang terbesar di Malaysia.Tanaman padi yang diusahakan 2 kali setahun ini memerlukan jumlah air yang banyak yang diambil dari empangan tadi melalui terusan dan taliair MADA.Yang selebihnya air tadi digunakan untuk perkilangan dan domestik.

Kemarau yang melampau telah menyebabkan krisis air di Malaysia termasuk Pahang,Johor dan lain-lain negeri yang diperintah UBN.Di Negeri Sembilan catuan air telah dilakukan.

Selain dari kemarau, prasarana bekalan air termasuk loji,tangki dan paip air yang tidak sempurna menyebabkan berlakunya masalah bekalan air.Keadaan ini diburukan lagi dengan jumlah NRW yang melebihi 50% berlaku di Kedah.

Sejumlah 1.5 B diperlukan untuk mengatasi masalah ini.Kedah hanya diberi 600 juta sepanjang RMK 9 untuk tujuan ini.

Dia ingat kita boleh menebuk terus dari empangan untuk memberi bekalan air dikawasan sekitar denganya.Itulah KETUA PEMUDA UMNO KEDAH.

Nilailah sendiri.

Rabu, 10 Mac 2010

Sambutan Kem Anak Soleh luar biasa


Dibawah potfolio Pembangunan Insan Yb Dr Ismail telah merancang untuk membuat program berikut untuk pelajar-pelajar.


1.Kem Anak Soleh(KAS) untuk pelajar tahun 5 dan 6

2.Kem Bina Insan(KBI) untuk pelajar tingkatan 1 hingga 3

3.Kem Bina Sakhsiah(KBS) untuk pelajar 16 - 20 tahun


KBS telah berjalan selama 2 tahun di Muassasah Darul Ulum.Ia dibuat selama tiga minggu diakhir setiap tahun.Tahun lepas seramai 300 peserta telah mengikuti kem itu walaupun permohonan untuk menyertainya menjangkau 600 orang.Permintaan yang begitu ramai setelah mereka melihat sendiri produk yang dilahirkan dari kem ini.


Bermula 13 hingga 15 Mac nanti Kem Anak Soleh akan diadakan di Maktub Mahmud di lima daerah iaitu Maktab Mahmud Pendang,Sik,Baling,Bandar Baru dan Langkawi manakala satu kem lagi khusus untuk anak nelayan akan diadakan di SMIDU.


Sambutan untuk menyertai kem ini sangat luar biasa.Pendaftaran di maktab Mahmud Pendang,Sik,Baling dan Langkawi hanya dibuka selama 2 hari dan permintaan selepas itu terpaksa ditolak kerana terpaksa menghadkan penyertan seramai 200 orang disetiap tempat.


DS Yab MB akan melakukan perasmian penutup di Maktab Mahmud Baling pada 15 March 2010.Pada sebelah malamnya akan diadakan forum perdana dengan menampilkan Yb Us Izat Shauki,Ust Roslan Che Ros,Us Dr Elias Zakaria dan Ust Iszki Hafizi sebagai ahli panel.