Sabtu, 31 Julai 2010

Yb Dr Ismail merasmikan kem motivasi








Program motivasi,kecemerlangan akademik dan sakhsiah telah diadakan bertempat di Masjid Sultanah Bahiyah,Jalan Sultanah,Alor Setar.

PKFZ : Ling-Ling Ngong-Ngong !



Liong Sik sudah kena ! Tetapi jalan cerita dan skrip tetap sama saja. Dulu kini dan selamanya. Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa di dalam ceramahnya malam tadi di Dewan Beng Sean Seah berkata bahawa Tun Dr. Ling Liong Sik yang dihadapkan ke mahkamah atas dakwaan salah guna kuasa dalam kes skandal Zon Bebas Port Klang (PKFZ).

FDI : Ku Li dakwa menteri tidak bercakap benar




Bekas menteri kewangan Tengku Razaleigh Hamzah mengecam Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Mustapa Mohamed kerana tidak memberitahu perkara yang sebenar berhubung sebab utama tentang kejatuhan pelaburan langsung asing (FDI) sebanyak 81 peratus pada 2009.

Jumaat, 30 Julai 2010

Umno terdesak guna masjid buat program

Dua bulan lepas semua imam-imam masjid di seluruh Daerah Kota Setar telah menerima arahan dari Pegawai Agama Daerah Kota Setar supaya tidak menjemput penceramah-penceramah yang berlatarbelakang politik,dibimbangi penceramah ini akan memecahbelahkan masyarakat melalui ceramahnya.

Tetapi hari ini Pejabat Agama Daerah Kota Setar telah membenarkan Umno untuk mengadakan program dimasjid sebagaimana yang tertera dalam sepanduk diatas.

Kami mahukan jawapan.

Rumah Lambang Kezaliman Umno





Teluk Yan,30 Julai 2001 : Hari ini satu majlis penyerahan kunci rumah kepada En Mohd Sobri Mohd Routin diadakan.

Suasana program itu sangat sentimental memandangkan peristiwa dan sejarah yang berlaku disebalik tertegaknya rumah ini sangat menyayatkan hati.

Khamis, 29 Julai 2010

Lawatan Urusetia Penerangan Kelantan






Alor Setar,29 Julai 2010 : Urusetia Penerangan Negeri Kelantan telah melakukan lawatan muhibbah ke Kedah.

Delegasi UPNK yang diketuai oleh Ustaz Abd Rahman,Pengarah UPNK mengandungi hampir semua pegawai UPNK.

Rabu, 28 Julai 2010

Azizan: Pengurusan kes Kota Siputeh dilakukan esok



Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak, hari ini memaklumkan bahawa pengurusan kes untuk menetapkan tarikh perbicaraan rayuan terhadap pengosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Siputeh akan dilakukan esok.

Azizan berkata, kerajaan negeri sudah menerima notis mengenai perkara berkenaan menerusi penasihat undang-undang negeri.

Subsidi RM9.9 bilion untuk pesakit klinik 1Malaysia




Kerajaan memberi subsidi kos rawatan berjumlah RM9.9 bilion untuk pesakit yang mendapatkan rawatan di klinik 1Malaysia.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin (kanan), berkata pesakit tempatan hanya dikenakan bayaran perkhidmatan RM1 berbanding caj RM15 untuk warga asing.

"Perbezaan bayaran perkhidmatan ini adalah untuk memastikan rakyat Malaysia menikmati subsidi yang diberikan oleh kerajaan," katanya menjawab soalan Senator Datuk Daljit Singh Dalliwal pada persidangan Dewan Negara di Kuala Lumpur hari ini.

MB bidas Khir, - 'pesara lombong haram'

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim hari ini melabelkan Ketua Pembangkang Negeri, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo, sebagai “pesara lombong pasir haram”.


Ditanya pada sidang akhbarnya mengenai dakwaan bekas menteri besar itu yang menuduh syarikat milik kerajaan negeri - Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) membayar royalti yang berkurangan berbanding ketika beliau mentadbir Selangor, Khalid menjawap dengan sinis.

Jumaat, 23 Julai 2010

Sekali mesyuarat Seri Temin sampai RM78,270! Makan kepala dinasour ke apa??


Pendedahan kali ini masih mengenai Seri Temin Development Corporation (M) Sdn. Bhd. (STDC) sebuah syarikat berkaitan Kerajaan (GLC) Negeri Kedah. Terlalu panjang senarai penyelewengan kewangan di zaman BN menjadi peneraju kerajaan.

Hari ini penulis upahan Umno mendakwa kononnya duit STDC telah susut dari RM4 juta pada Mac 2008 hingga berbaki RM300 ribu pada Mac 2010. Setelah perkara ini dirujukkan kepada ahli-ahli lembaga pengarah STDC, fakta tersebut adalah palsu dan rekaan semata-mata. Ini kerana mengikut laporan kewangan tahunan STDC, baki atau untung terkumpul pada 31 Disember 2007 ialah RM4,779,743. Daripada tarikh 1 Januari 2008 hingga waktu pilihanraya umum ke 12, wang tersebut telah dibelanjakan sebanyak RM1,999,778.60. Kebanyakannya untuk program politik BN.

10 Agenda Perkayakan Rakyat

1. Negeri pertama di Malaysia yang berjaya membasmi miskin tegar dalam masa setahun dan memastikan setiap keluarga memperolehi bantuan RM500 sebulan melalui program Rakan Anti Kemiskinan (RAK) .

2. Memberi pengiktirafan dan penghargaan RM100 setahun kepada semua warga emas melebihi 60 tahun yang bermastautin di Pulau Pinang, bermula pada 20 Mac 2010.

Rasuah rugikan negara RM 10b setahun


Malaysia boleh menanggung kerugian sehingga RM10 bilion setahun sekiranya gejala rasuah tidak dibendung di negara ini.

Bank Dunia juga menganggarkan rasuah jika tidak dibendung boleh mengakibatkan kadar pertumbuhan sesebuah negara merudum antara dua hingga empat peratus setahun.

Najib gagal urus ekonomi Malaysia







Laporan Pelaburan Dunia 2010 yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu menunjukkan jumlah pelaburan langsung asing (FDI) ke Malaysia terus mencatatkan penurunan mendadak pada tahun lalu.

Khamis, 22 Julai 2010

Guan Eng : Little Napoleon responsible

Yang miskin subsidi yang kaya


By Merdeka Review

Kenaikan harga, atau "penyelarasan" sebagaimana yang disebut dalam akhbar menjadi tumpuan ramai baru-baru ini. Kerajaaan masing-masing mengetengahkan pakej ransangan ekonomi sebagai reaksi kepada tsunami ekonomi global pada tahun 2008, seolah-oleh pengikut setia John Maynard Keynes, pakar ekonomi yang terkemuka.

Dalam tempoh dua tahun sahaja, masing-masing terasa sesuatu yang tidak kena pada tempatnya, segera menjauhkan diri daripada roh John Maynard Keynes, dan mula membincangkan pengetatan fiskal (fiscal tightening). Seiring dengan pola global ini, kerajaan Malaysia juga beralih daripada dua pakej ransangan ekonomi, kepada formula naik harga pada hari ini.

Rabu, 21 Julai 2010

Mahligai rakyat dalam pembinaan








Lihat lah 3 keping foto yang saya sertakan disini.Ini adalah sebuah 'mahligai rakyat' dalam pembinaan yang sudah tentu memakan kos 'jutaan ringgit'.

Rayuan Hari Pahlawan




Hari Pahlawan akan disambut pada 31 Julai nanti dan pelancaran Rayuan Hari Pahlawan akan dilakukan pada majlis yang sama.

Sambutan itu dimulakan dengan bacaan Yasin selepas Maghrib pada 30 Julai yang akan dihadiri oleh KDYMM Tuanku Sultan.

Tiada Kempen Perlembagaanku tanpa mereka







Kempen Perlembagaanku pada 18 Julai lalu merupakan kempen yang terbaik dan terhebat setakat ini.

Kempen yang serupa telah berjalan di Selangor dan Serawak sebelum ini.

Program ziarah Yb Dr Ismail di DUN Alor Mengkudu

Telah menjadi agenda mingguan Yb Dr Ismail untuk turun DUN menziarahi warga emas atau pesakit yang memerlukan bantuan khidmat nasihat perubatan.Beliau juga melakukan pemeriksaan tekanan darah dan kencing manis.
Seorang warga emas yang umurnya menghampiri 100 tahun

PAS Alor Setar tambah kekuatan, lagi 100 sertai PAS


PAS Kawasan Alor Setar menambah kekuatan apabila berjaya menarik 100 ahli baru PAS yang majoritinya terdiri dari bekas ahli-ahli Pemuda Umno. Majlis penyerahan borang permohonan menyertai PAS diadakan di rumah Paksu Musa, Alor Keriang.