Khamis, 29 Julai 2010

Lawatan Urusetia Penerangan Kelantan






Alor Setar,29 Julai 2010 : Urusetia Penerangan Negeri Kelantan telah melakukan lawatan muhibbah ke Kedah.

Delegasi UPNK yang diketuai oleh Ustaz Abd Rahman,Pengarah UPNK mengandungi hampir semua pegawai UPNK.

Mereka telah disambut oleh Exco Penerangan Kerajaan negeri Kedah,Yb Abd Ghani Ahmad dan semua pegawai dari Urusetia Penerangan Kerajaan negeri Kedah.



Taklimat dan penerangan telah disampaikan oleh Yb Abd Ghani dan Tuan Haji Zulkifli Yahya,disusuli dengan majlis dialog.

Mereka seterusnya dibawa melawat pejabat Urusetia Penerangan Kedah sebelum sessi bergambar.

Delegasi UPNKS dibawa melawat Muzium Padi dan makan tengahari di Sri Mentaloon,Kediaman Rasmi MB.

Pada sebelah petangnya pula diadakan perlawanan bolasepak persahabatan bertempat di Stadium Suka Menanti.

Tiada ulasan: