Sabtu, 31 Julai 2010

Yb Dr Ismail merasmikan kem motivasi








Program motivasi,kecemerlangan akademik dan sakhsiah telah diadakan bertempat di Masjid Sultanah Bahiyah,Jalan Sultanah,Alor Setar.

Program satu hari itu telah dianjurkan oleh HESA dan PERSADA,dengan kerjasama oleh Masjid Jalan Sultanah.

Seramai lebih dari 100 pelajar-pelajar sekolah rendah disekitar Alor Setar telah mengikuti program ini.






"Program seumpama ini bukan sahaja patut diteruskan,malah disarankan supaya ia dilanjutkan lagi untuk pelajar-pelajar sekolah menengah pula",ujar Yb Dr Ismail dalam ucapan perasmianya.

Hadir sama dalam majlis perasmian itu ialah Ybhg Tuan Haji Mustaffa Kamil,Imam masjid Jalan Sultanah,Ustaz Mohamad Ismail,Timbalan Pengerusi HESA dan pimpinan PERSADA.

Tiada ulasan: