Sabtu, 31 Julai 2010

PKFZ : Ling-Ling Ngong-Ngong !



Liong Sik sudah kena ! Tetapi jalan cerita dan skrip tetap sama saja. Dulu kini dan selamanya. Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa di dalam ceramahnya malam tadi di Dewan Beng Sean Seah berkata bahawa Tun Dr. Ling Liong Sik yang dihadapkan ke mahkamah atas dakwaan salah guna kuasa dalam kes skandal Zon Bebas Port Klang (PKFZ).

Ini adalah kerana kerajaan BN hari ini tidak mampu merahsiakan lagi skandal tersebut di atas tekanan yang diberikan.

Walaupun pihak pembangkang telah membuat bising dan menekan kerajaan mengenai perkara ini sejak empat tahun lepas, kerajaan dikatakan tidak mengambil apa-apa tindakan, malah melabelkan pembangkang sebagai anti-nasionalis. Dan, oleh kerana sukar untuk menyimpan rahsia, mereka terpaksa mengambil tindakan.

Katanya lagi,“MCA telah memanggil kami sebagai penipu dan menuduh kami mereka-rekakan cerita yang tidak wujud. Rakyat harus ingat bahawa di dalam negara ini, orang yang kaya raya boleh buat apa saja. Mereka boleh sampai ke peringkat membunuh seseorang dan terlepas
begitu saja",katanya lagi di hadapan lebih 400 hadirin yang menghadiri ceramahnya walaupun dalam keadaan hujan yang sangat lebat.

Pakatan Rakyat (PR) telah mengkritik kerajaan kerana gagal membawa ‘jerung besar’ di dalam skandal PKFZ yang bergantung kepada jaminan bon yang mampu menyebabkan kos projek itu mencecah RM12.5 bilion.

PKFZ telah dimodelkan bersempena dengan kejayaan zon bebas yang terkenal di Dubai iaitu Zon Bebas Jebel Ali tetapi PKFZ sehingga kini gagal menarik banyak pelaburan dan perniagaan yang cukup.

Tun Dr. Ling telah didakwa dua hari lalu kerana menipu kerajaan di dalam isu pengambilan tanah untuk projek PKFZ di Klang. Jika sabit kesalahan di bawah Kod Penalti di bawah Seksyen 418, dengan dakwaan alternatif merujuk Seksyen 417, beliau boleh dipenjara sehingga tujuh tahun untuk dakwaan pertama dan sehingga lima tahun untuk dakwaan alternatif serta kedua-duanya turut meletakkan sejumlah denda.

Dr. Ling mengaku tidak bersalah dan dibenarkan dijamin dengan wang jaminan sebanyak RM1 juta di Mahkamah Sesyen Putrajaya dengan seorang penjamin.

Tiada ulasan: