Khamis, 21 Oktober 2010

3 Naib Presiden Ameno akui kekuatan Negeri Pakatan Rakyat

Ade sesapa tengok wawancara jam 1100 malam tadi??.., Aku lupa lak.. tv1 ke tv3.., babnya terlampau seronok pada soklan akhir oleh pengacara forum terhadap 3 Naib President.. Dato' Zahid Hamidi.. Dato' Sri Hishamudin Tun Hussain... Dato' Sri Shafie Afdal..

WAWANCARA: "Oleh kerana kita dah cukup masa untuk menutup tirai perbincangan ini, maka saya ada soalan akhir untuk Dato' dan Dato' Sri.Saya harap dengan ikhlas dan sejujur jujurnya dapat Dato dan Dato Sri mejawab soalan saya.

" WAWANCARA: " Soalan saya ini untuk Dato' Zahid Hamidi, Adakah BN mampu menawan balik Pulau Pinang dari DAP?.."

DATO' ZAHID HAMIDI: Dengan muka kemerahan.. tarik nafas dalam dalam.., sekejap tunduk, dan dengan muka serius, " Saya sebagai Ketua Ameno perhubungan Pulau Pinang merasakan pada masa terdekat ini agak mustahil untuk dapatkan kembali Pulau Pinang dari DAP.., justeru itu BN perlu mempergiatkan lagi penerangan pada rakyat Pulau Pinang.. jangan terpengaruh dengan dakyah mereka..dan jangan sekadar RM100 yang diberikan oleh kerajaan Negeri, yang mana kita tahu bahawa duit itu adalah duit judi..

" WAWANCARA: " Soalan saya pada Dato' Sri Hishamuddin.., bagaimana dengan kerajaan Terengganu masa kini, adakah kerajaan BN mampu mempertahankan negeri Terengganu??..

DATO' SRI HISHAMUDDIN: Senyum senyum kambing.., " Kan Dato' ada bersama ketika mersyuarat itu..??.. Pulang paku buah keras pada wawancara.., sambil gelak kecil, " Sebenarnya banyak permasaalahan berlaku pada di setiap peringkat dari atas sampai kebawah.., Kalau antara mereka sudah tidak ada kesepakatan bagaimana untuk kita mempertahankannya.., justeru saya minta semua peringkat cabang Ameno perlu menghindari permasaalahan masing masing demi Parti..

" WAWANCARA: " Dan soalan saya pada Dato' Sri Shafie Afdal.., Dato' Sri adalah ketua perhubungan Ameno Negeri Kedah.., dan bagaimana pula pada Pandangan Dato Sri.. adakah kita juga mampu untuk mengambil Kedah??

" DATO SRI SHAFIE AFDAL: Sambil gelak gelak kecil.., " Saya melihat suasana di Kedah perlu diberi penekanan serta pemahaman kepada rakyat Kedah secara menyeluruh dengan dasar kerajaan Pusat BN. Walau pun saya orang Sabah.., tetapi sebagai jambatan Parti macam juga Allahyarham Tun Ghafar Baba dulu, menjadi ketua perhubungan Ameno Sabah..adalah amat perlu bagi saya walaupun ianya kelihatan pudar.. adalah amat perlu bagi setiap anggota menghindari kepentingan masing masing dan bersatu.."

Tiada ulasan: