Isnin, 24 November 2008

Thursday, November 20, 2008

BAJET 2009 SEBNYAK RM1.28 BILLION

Oleh: WADIASSOFI JAAFAR
ALOR STAR, 18 November: Kerajaan Negeri mencadangkan sejumlah RM1,287, 492,417 diperuntukkan di dalam Bajet Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman pada tahun 2009 dan bajet tahun 2009 dirangka dengan mengambil kira kedudukan kewangan semasa, anggaran hasil serta keperluan perbelanjaan mengurus, pembangunan dan bekalan air.
Menteri Besar, YAB. Dato' Seri Ustaz Azizan Abdul Razak berkata dalam Ucapan Bajet 2009 di Dewan Mesyuarat Dewan Undangan Negeri. Hasil Kerajaan Negeri pada tahun 2009 dianggarkan sebanyak RM487,478,010 berbanding RM484,955,785 pada tahun 2008 dan ini menunjukkan terdapat kenaikan hasil sebanyak 0.5 peratus.
Menurutnya, sumber hasil Kerajaan Negeri adalah daripada hasil cukai yang dianggarkan berjumlah RM261,403,530, hasil bukan cukai sebanyak RM57,902,310 dan terimaan bukan hasil sebanyak RM168,172,170.
"Sebanyak 39 peratus daripada anggaran bajet tahun 2009 akan digunakan untuk perbelanjaan mengurus yang berjumlah RM505,007,757 berbanding RM502,922,751 pada tahun 2008 dan ini menunjukkan kenaikan sebanyak 0.4 peratus," jelasnya.
Beliau berkata, daripada jumlah itu, kira-kira 41 peratus atau pun RM206,749,498 akan digunakan untuk bayaran emolument kakitangan Kerajaan Negeri dan sebanyak 19 peratus atau RM96,281,597 disediakan untuk bayaran perkhidmatan dan bekalan, RM185,423,020 atau 37 peratus disediakan untuk pemberian dan kenaan bayaran tetap manakala pembelian aset sebanyak RM6,382,238 dan lain-lain perbelanjaan berjumlah RM10,171,404.
Ujarnya, bagi melaksanakan pelbagai projek pembangunan yang disusun rapi, kerajaan mencadangkan anggaran pembangunan diperuntukkan sebanyak RM425,990,370 berbanding anggaran peruntukan tahun 2008 sebanyak RM277,640,580 manakala anggaran pembangunan tahun 2009 meliputi kumpulan wang pembangunan negeri berjumlah RM250,490,320 dan pinjaman daripada Kerajaan Persekutuan berjumlah RM175,500,050.
Beliau berkata demikian pada majlis Istiadat Pembukaan Mesyuarat Bajet 2008 Penggal Yang Pertama Dewan Undangan Negeri Kedah Darul Aman Yang Kedua Belas di Wisma Darul Aman, di sini.
Berdasarkan agihan peruntukan mengikut aktiviti, katanya, Kerajaan Negeri memaklumkan peruntukan untuk infrastruktur disediakan sebanyak RM314.7 juta atau pun 73.88 peratus, diikuti oleh pertanian sebanyak RM29 juta atau 6.82 peratus, kemasyarakatan (sebanyak RM5.6 juta), pentadbiran (sebanyak RM65.4 juta), sukan (sebanyak RM0.8 juta), ICT (sebanyak RM2 juta) dan pelancongan (sebanyak RM8.3 juta).
Tambahnya, bagi anggaran bekalan air, Kerajaan memperuntukkan sebanyak 28 peratus iaitu sebanyak RM356,494,290 dan anggaran ini adalah meningkat sebanyak dua peratus daripada anggaran tahun 2008.
Posted by Warta Darul Aman Daily at 2:46 PM

Tiada ulasan: