Jumaat, 12 Disember 2008

Catatan perjalanan Yayasan Amal Malaysia ke Kemboja

12 December 2008

Kami chek out dari penginapan di Pnohm Penh selepas subuh kerana kami akan ke Siem Riep yang akan mengambil masa perjalanan selama 7 jam.

Sepanjang perjalanan kami disajikan dengan pemandangan yang sama iaitu tanaman padi sejauh mata memandang hasil dari kesuburan delta Mekong yang menjadikan pertanian sebagai pekerjaan utama di Kemboja.Sebelum sampai kedestinasi kami singgah dibeberapa tempat dan makan tengahari disebuah kedai orang Islam melayu Champa yang anaknya sekarang bekerja di Malaysia.Keseronokan mereka menyambut kami jelas terbayang dengan layanan yang sangat istimewa dengan masakan soup yang sangat menyelerakan.

Akhirnya kami tiba di Siem Riep dan menginap di hotel kepunyaan orang Islam.

Siem Riep boleh digelar sebagai Langkawi Kemboja.Walaupun ia bukan pulau tetapi activiti pelancungannya lebih hebat dari Langkawi.Bandar baru Siem Riep yang terkenal dengan Angkor Watt,kelihatan jauh lebih tersusun kalau nak dibandingkan dengan Pnohm Penh.Hotel empat dan lima bintang bercambah.Kami menghabiskan sebahagian besar masa kami untuk melawat dan membeli buah tangan di bazar moden Siem Riep.

Sebelah malamnya kami makan malam di Restaurant D'wau kepunyaan En Fizal,anak Johor yang kini menetap di Seksyen 7 Shah Alam.Beliau pulang beraya dikampung pada masa itu tetapi emak dan adiknya berada disitu untuk menguruskan restaurant.Sekali lagi kami berjumpa dengan beberapa rombongan dari Malysia disini termasuk Yayasan Salam dan Al- Amin.

Kami tidak ke Angkor watt diatas persetujuan dari semua ahli rombongan diatas sebab-sebab tertentu.

Disebelah malamnya kami berehat selain sebahagian dari ahli rombongan kami menaiki tut-tut untuk mengenali keindahan Siem Riep diwaktu malam.

Tiada ulasan: