Ahad, 14 Disember 2008

Wabak Chikungunya di Sungai Lalang







Sungai Lalang,14 Dec 2008 : Sehingga petang ini seramai 27 orang telah dimasukan ke Hospital Sultan Abdul Halim Sungai Petani dan Hospital Yan,disyaki diserang penyakit yang disebabkan oleh sejenis virus,Chikungunya.

Mereka yang diserang virus ini akan mengalami demam dan sakit dibahagian sendi untuk beberapa hari yang boleh berlanjutan untuk beberapa minggu dengan kemungkinan akan membawa maut satu dalam setiap seribu kes.

Virus yang berasal dari Benua Afrika ini bukan sahaja menyerang negeri-negeri di Benua Afrika tetapi telah merebak ke Asia Tenggara.Di Malaysia wabak penyakit ini dikesan di Negeri Johor buat masa ini.

Pagi tadi penduduk kampung yang terlibat, Kampung Sungkap Para,Sungai Lalang telah menjalankan gotong-royong membersih kawasan.Mereka telah dibantu oleh agensi-agensi Kerajaan Negeri dibawah Majlis Daerah Kuala Muda.

Jabatan Kesihatan Negeri Kedah yang diketuai oleh Dr Shahidan dan Dr Umai Kalsom telah turun padang untuk sama-sama memantau supaya wabak penyakit ini dapat dikawal.

Ahli Majlis Kerajaan Negeri merangkap ADUN Bukit Selambau,YB Arumugam dan Exco Kesihatan Negeri Kedah YB Dr Ismail turut berada dilokasi dan kemudian ke Hospital Sultan Abd Halim untuk melawat pesakit yang dirawat disitu.

Tiada ulasan: