Sabtu, 31 Januari 2009

BERITA DARI MESIR



29 Januari 2009-Haiyu Sabiek.Satu Majlis Jamuan Makan telah diadakan bertempat di Asrama Darul Aman 3,Haiyu Sabiek. Majlis yang telah dianjurkan oleh Majlis Kebajikan Keluarga Kedah ini bertujuan meraikan kedatangan tetamu dari Negeri Kedah iaitu Pengurus Besar Pustaka Darussalam, Ustaz Abdul Hadi Awang.

Majlis yang diadakan selepas Solat Maghrib ini bermula dengan solat Hajat dan Bacaan Yasin. Majlis diteruskan dengan Tazkirah ringkas yang disampaikan oleh Ustaz Abdul Hadi. Dalam ucapannya, beliau banyak menyentuh berkenaan kepentingan masa yang telah diberikan kepada kita untuk menuntut ilmu di Bumi Mesir ini. Malahan masyarakat Malaysia juga menanti-nanti kepulangan mahasiswa dan mahsiswi al-azhar untuk berkhidmat dalam menyebarkan ilmu dan membentuk masyarakat. Beliau juga menyentuh tentang peluang untuk mendapat sebanyak mungkin kitab-kitab yang bemanfaat tambahan lagi ketika ini sedang berlansungnya Pameran Buku Antarabangsa.

Ustaz Abdul Hadi yang merupakan Graduan Universiti Al-Azhar suatu ketika dahulu mengingatkan kepada mahasiswa supaya berusaha untuk menambah ilmu dan juga thaqafah dalam pelbagai bidang. Diantara kitab-kitab yang boleh dijadikan sebagai bahan rujukan dalam menambah thaqafah antaranya adalah kitab "Thaqafah Daieyyah" karangan Dr.Yusuf Qaradhawi dan Dr Abdullah Nasih Ulwan.Terakhirnya,beliau meminta kepada semua Mahasiswa supaya sentiasa ikhlaskan niat dalam apa jua keadaan sekalipun kerana keikhlasan akan membuahkan hasil yang benar-benar bermanfaat kepada diri,masyarakat dan juga agama.

Majlis disudahi dengan jamuan makan setelah selesai solat Isya berjemaah.

Selasa, 20 Januari 2009

BERITA DARI MESIR


Asrama Darul Aman Kaherah,Haiyu Sabiek, 15 Januari 2009-Majlis Kebajikan Keluarga Kedah(MKKK) telah mengadakan satu majlis bersempena dengan tamatnya pegawai kebajikan anak -anak kedah.majlis tersebut bermula selepas solat maghrib.turut disertakan dalam majlis tersebut bacaan yassin,solat hajat dan doa selamat bagi mendoakan kemenangan umat islam d Palestin.majlis tersebut dipengerusikan oleh Yst Rasydan B. Ab. Rahman

Ucapan pendahuluan disampaikan oleh Ustaz Abu Bakar b Razak iaitu Yang Dipertua MKKK.beliau mengingatkan agar semua ahli saling bantu membantu dalam apa jua keadaan pun.beliau menyarabnkan agar semua ahli berusaha membaiki diri sendiri dalam apajua keadaan.pegawai yang bertugas selama dua tahun setengah ini merupakan pegawai yang pertama menjaga kebajikan mahasiswa mahasiswi kedah di mesir iaitu ustaz Zakaria bin Othman.beliau akan berangkat pulang ke tanah air pada 24 januari ini setelah tamat tugas beliau pada 1 januari 2009.beliau menasihatkan agar bekerjasama dan membantu pegawai yang akan menggantikan beliau Syeikh Yusuf b Ahmad yang akan mula bertugas tidak lama lagi

Rabu, 7 Januari 2009

Menanti pengundi hantu keluar dari kem penempatan polis

Ahmad Lutfi Othman Foto Wan ZAhari Wan Salleh Tue Jan 06, 09 11:27:00 am MYT

HAMPIR 40 hari kolum ini (Dari Meja Ketua Pengarang) tidak dikemas kini. Dalam tempoh itu saya bercuti panjang. Uzur. Alhamdulillah, seminggu dua ini, kesihatan agak pulih. Memang menyeksakan apabila tidak dapat menulis sedangkan iklim politik Malaysia makin membahang walaupun sekarang dalam musim hujan. Mahu membaca pun kadang-kadang sukar dan meletihkan.

Ahad lalu, saya sempat turun ke "medan tempur" di Kuala Terengganu. Sekali imbas terasa bagai melewati zon perang. Anggota polis, secara rasmi, ditempatkan di kawasan pilihan raya kecil ini, seramai 6,000 orang. Angka tidak rasmi, menurut telahan seorang kawan, mungkin melebihi 10,000.

Malah, wartawan Harakah Kuala Lumpur yang ditugaskan di sana, Intan Abdullah, memberitahu ada sumber memaklumkan jumlahnya mendekati 20,000. Agaknya dicampur dengan isteri kot? Di beberapa balai polis sekitar Kuala Terengganu, termasuk dekat Pantai Batu Burok, kem penempatan sementara rancak dalam pembinaan. Dari jauh khemah-khemah itu nampak memutih.

Pelik memikirkan, apa sebenarnya motif menempatkan begitu ramai anggota keselamatan di Kuala Terengganu? Taktik lapuknya adalah untuk melakukan provokasi kepada saingan BN, yakni PAS yang mewakili Pakatan Rakyat, atau membentuk suasana persekitaran yang tegang bagi menakutkan pengundi, atau apa sahaja strategi polis yang bertindak pihak pilih bilik gerakan BN.

Apakah Kuala Terengganu kini merupakan kawasan paling tidak selamat di negara ini? Apakah kawasan-kawasan lain lebih terjamin keselamatannya sehingga pasukan polis dari luar Terengganu pun dikerah ke sana? Ketua Polis Negara tentu mempunyai justifikasi sendiri sebab beliau sendiri berada di sana.

Mudah cerita, kehadiran ketumbukan polis yang melimpah-ruah itu adalah sebahagian daripada strategi BN untuk memastikan undi tidak memihak PAS. Mungkin strategi itu boleh memakan dirinya, sepertimana banyak pendekatan songsang dalam pilihan raya umum ke-12 lalu, tetapi bagi BN, Kuala Terengganu terlalu mahal untuk diserahkan kepada PAS dan Pakatan Rakyat.
Pilihan raya ini adalah penentu hidup-mati Umno-BN. Membayangkan kekalahannya sahaja sudah cukup menggerunkan. Tidak seperti mana Permatang Pauh, itu kubu kuat Anwar Ibrahim. Kalah pun tidak mengurangkan jumlah kerusi Parlimen BN yang sedia kritikal itu.
Ada yang menghubungkan pilihan raya ini dengan pilihan raya kecil Parit Raja, Johor yang diadakan selang beberapa bulan dengan pilihan raya kecil Johor Bahru yang mencatat rekod itu. Umno (Baru) ketika itu berhempas-pulas bagi memastikan momentum kemenangan Shahrir Samad di JB tidak melarat ke Parit Raja yang boleh memungkinkan teori domino kejatuhan BN berlaku.

Semasa minum pagi bersama Ustaz Abu Bakar Chik di sebuah gerai depan pejabat Utusan Terengganu, saya terbaca kenyataan Menteri Besar, Ahmad Said bahawa beliau yakin BN boleh menang dengan majoriti meningkat berkali ganda, sehingga 3,500 undi.
Ustaz Bakar mengingatkan saya agar tidak pandang enteng kenyataan MB itu. Beliau mengaitkan dengan kehadiran melimpah polis, yang boleh memungkinkan penyusupan pengundi hantu, bukan lagi yang dibawa dari luar, tetapi tidak mustahil ia keluar dari kem penempatan sementara polis tadi!

PAS Terengganu sememangnya menyimpan duka yang cukup pedih apabila dikalahkan dalam pilihan raya 2004 melalui satu kaedah yang tidak pernah terhidu, iaitu bersumberkan senarai daftar pemilih yang menyaksikan peningkatan pengundi baru yang cukup mengejutkan. Kerana itu, Kerajaan PAS Terengganu tumbang.

Saya tidak berhasrat mengulas panjang isu polis ini. Kempen baru berjalan. Segalanya terbuka untuk diteroka. Banyak perkara tertakluk dengan kerja kuat mendekati pengundi, berdasarkan strategi bersesuaian, sambil cuba mematahkan setiap gerak penipuan BN yang dibantu rapat pelbagai agensi rasmi pemerintah. Bagaimanapun, pastinya tiada sesiapa pun dalam Pakatan yang mudah mengalah. Banyak pilihan raya yang dilihat sukar dapat dikuasai parti alternatif.
Apa pun, kami di Harakah dan Harakahdaily akan cuba melaporkan perkembangan terkini dari Kuala Terengganu sebaik mungkin. Dalam suasana kempen yang dijangka tegang, ramai yang dahagakan maklumat dan fakta yang benar, terutama berdepan propaganda media di bawah kawalan mutlak BN yang tentunya tidak memberi ruang positif untuk PAS. Itu 'kan fenomena lumrah ketika musim pilihan raya.

Selasa, 30 Disember 2008

Pintu Gerbang Muhibbah







Alor Star,30 December:

Sehari selepas umat Islam diseluruh dunia menyambut tahun baru Hijrah 1430,penduduk Bandaraya Alor Star mencatat satu sejarah lagi apabila pintu gerbang Muhibbah dipasang di Pekan Cina.

Pintu gerbang yang dibina dengan kos menjejah rm 200 ribu ringgit adalah sumbangn bersama Kerajaan Negeri dan rakyat jelata.Ia akan dirasmikan oleh KDYMM Sultan Kedah sempena dengan sambutan ulangtahun kelahiran baginda yang ke 81 tahun pada Februari 2009 nanti.

Pintu gerbang ini yang menjadi simbol perpaduan dan jalinan muhibbah diantara penduduk belbagai kaum di Kedah.Ia sekali gus menolak dakwaan golongan tertentu yang mendakwa Kerajaan Negeri meminggirkan kaum minoriti malah sekali gus menunjukan Kerajaan sekarang jauh lebih prihatin dari Kerajaan yang terdahulu yang memerintah lebih 50 tahun tapi gagal untuk membina walaupun sebuah pinyu gerbang.

Peristiwa bersejarah pada malam ini turut dihadiri pimpinan masyarakat Cina,ahli Exco dan wakil rakyat dari kalangan orang cina dan melayu.

Sabtu, 20 Disember 2008

Sumbangan basikal DUN Alor Mengkudu




Alor Mengkudu,20 December 2008:

Satu majlis penyerahan basikal DUN Alor Mengkudu telah diadakan pagi tadi.Seramai 56 orang pelajar-pelajar sekolah telah menerima basikal yang dibeli oleh Kerajaan Negeri melalui duit zakat yang disumbangkan oleh Bank Muamalat.

Dalam ucapan ringkas dalam majlis tersebut YB Dr Ismail menerangkan struktur organisasi dalam majlis daerah supaya orang ramai memahami tugas-tugas ketua kampung,penghulu dan pejabat daerah bagi menyenangkan mereka untuk berurusan dimasa-masa akan datang.

Rabu, 17 Disember 2008

Jawatankuasa Kawalan Wabak Penyakit Chikungunya peringkat Negeri Kedah dibentuk


Alor Star,18 dec 2008:Satu mesyuarat untuk membentuk Jawatankuasa kawalan penyakit Chikungunya deperingkat negeri telah diadakan.


Selain dari Daerah Kuala Muda dimana penyakit ini bermula,Jawatankuasa yang sama diperingkat daerah akan dibentuk.Di Kuala Muda sendiri Jawatankuasa itu telah dibentuk sejak 12 December lagi.


Kes Chikungunya yang mula dikesan di Sungkap Para,Sungai Lalang,Daerah Kuala Muda pada 12 December 2008 dan sehingga kini sebanyak 38 pesakit telah dimasukan kehospital.Terdapat 8 kes di batu 5 Jeniang ,manakala 1 kes di Yan,1 kes di Kubang Pasu dan 2 kes di Pendang juga telah di kesan,menjadikan kes Chikungunya yang dirawat diseluruh Kedah setakat ini seramai 50 orang semuanya.


Fokus utama jawatankuasa itu ialah untuk mengerakan jentera disemua peringkat,selain memberi kesedaran kepada orangramai,aspek-aspek pencegahan diberi penekanan khusus.


Gotong royong untuk membersih kawasan di kampung-kampung yang terlibat dan yang berisiko tinggi mesti dijalankan.Tempat-tempat dan bekas-bekas kosong yang menjadi takungan air menjadi punca kepada pembiakan nyamuk Aedes mesti dihapuskan selain dari semburan kabus.
Mesyuarat tersebut telah di pengerusikan oleh Yb Dr Ismail Salleh,exco kesihatan Kerajaan Negeri Kedah.

Perjumpaan Ahli Majlis Bandaraya Alor star dengan pimpinan Pas Kawasan




Alor Star,16 Dec 2008:Setelah memerintah selama sembilan bulan,Ahli Majlis Bandaraya Alor Star telah mengadakan pertemuan dengan Pimpinan Pas dari tiga kawasan,Alor Star,Kuala Kedah dan Pokok Sena.

Perbincangan 'panas' yang berkisar kepada tiga masalah utama iaitu pentadbiran Bandaraya,masalah social terutamanya dikalangan remaja dan projek-projek kecil.

Masalah asas yang nampak agak payah untuk dirungkai ialah jurang dan perbezaan yang wujud diantara kuasa politik ahli majlis Bandaraya dengan kuasa pentadbiran yang mentadbir dan melaksanakan agenda majlis Bandaraya.

Satu konklusi yang dirumus untuk dilaksanakan dalam masa yang terdekat ialah mengadakan pertemuan yang lebih kerap antara ahli malis Bandaraya Alor Star dan pihak pentadbiran majlis Bandaraya dengan bantuan Kerajaan Negeri.

Empat orang exco Kerajaan Negeri yang hadir dalam majlis itu ialah ialah YB Dato' Hj Ir Phahrolrazi Zawawi,Yb Ir Amiruddin Hamzah,Yb Mohammad Radzi Salleh dan YB Dr Ismail Salleh.

Isnin, 15 Disember 2008

Remaja kita memang bermasalah




Oleh IZWAN ABDUL HALIM
izwan@harakah.net.my

Golongan remaja di dalam negara kita sememangnya bermasalah, pun begitu, usaha ke arah menyelamatkan mereka masih terbuka. Itulah kesimpulan yang dapat dibuat hasil kajian ke atas peserta Kem Bina Sahsiah 2008 anjuran Kerajaan Negeri Kedah dengan kerjasama Majlis Muassasah Darul Ulum di Kompleks Muassasah Darul Ulum, Pokok Sena dari 16 November lalu hingga 6 Disember baru-baru ini.

Keputusan analisis kajian itu telah dibentangkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan Dan Penerangan, Badan-Badan Bukan Kerajaan (NGO), Pembangunan Insan Negeri, YB Dr Ismail Salleh kepada ibu bapa peserta pada hari penutup KBS yang diadakan di Dewan Sultan Abdul Halim Mu‘adzam Shah, Kolej Universiti Insaniah, di sini 6 Disember lalu.

Antara hasil analisis yang memberikan angka keputusan tinggi adalah berhubung harapan ibu bapa terlalu tinggi hingga menjadi tekanan kepada anak-anak. Menurut Dr Ismail, ianya juga boleh ditafsirkan sebagai terdapatnya masalah dalam hubungan anak-anak dengan ibu bapa.

“Tidak salah memberi harapan kepada mereka dan itulah yang sepatutnya. Tetapi perlu muat turun anak-anak dengan kemampuan untuk mengolah tekanan menjadi daya untuk berjaya dalam sesuatu perkara,” katanya

Kefahaman agama di kalangan peserta juga menunjukkan keputusan yang tinggi khususnya dalam perkara berkaitan fardhu ain tetapi pelaksanaan agama misalnya solat menunjukkan sebaliknya.

Peratusan yang tinggi di kalangan peserta lelaki menunjukkan kecenderungan mereka merasa tidak bebas berada di rumah dan meminati aktiviti malam yang tidak berfaedah.

Keputusan paling mengejutkan penganjur ialah kehendak kepada kebebasan agama yang tinggi di kalangan peserta perempuan.

Majoriti peserta juga tidak mempunyai ketahanan diri kerana mempunyai perasaan takut menghadapi kegagalan yang cenderung melemahkan daya usaha. Menurut Dr Ismail, antara simptom yang boleh dilihat kepada anak-anak seperti ini ialah hilangnya tumpuan mereka semasa di sekolah.

Para peserta juga mencatatkan peratusan yang tinggi pada soalan berhubung keterlibatan dalam masalah asas seperti merokok, melepak dan vandalisme. Malah peserta lelaki juga mencatatkan angka tertinggi kepada perasaan hendak melarikan diri dari rumah.

“Tetapi dari segi muhasabah diri juga mencatatkan angka positif. Bahawa anak-anak ini masih boleh dibantu, kerana ada rasa bersalah dan hendak memperbetulkan diri. Naluri ini perlu dibantu ibu bapa.

“Ada peserta masih merasa sokongan keluarga, ada melepaskan tekanan dengan aktiviti berfaedah seperti sukan dan seumpamanya, ada berkongsi dengan rakan sebaya, tetapi tidak kurang memendam rasa yang mungkin disebabkan sikap tidak acuh ibu bapa dalam mendengar masalah anak-anak,” terang Dr Ismail.

Jelas beliau, kajian itu relevan dan boleh dijadikan petunjuk bahawa remaja dalam negara ini sememangnya bermasalah. Jika berterusan katanya, kita tidak tahu keadaan yang akan jadi 20 tahun akan datang.

“Kebanyakan ‘family’ yang datang berpendidikan agama dan peserta juga ramai dari aliran agama. Jadi berdasarkan pembentangan tadi, anak-anak yang berpendidikan agama pun bermasalah, jika petunjuk ini kita ambil, bermakna teruk negara kita ini. Kalau dicampur ibu bapa di luar yang tidak mempunyai asas agama, tentu angkanya tinggi lagi,” ujar beliau melontarkan kebimbangan.

Beliau melihat empat punca yang menyebabkan masalah tersebut iaitu pendidikan dalam keluarga, rakan sebaya, sistem pendidikan dalam negara dan persekitaran luar. Bagaimanapun beliau mengandaikan, faktor keluarga dan rakan sebaya tidak banyak berubah dalam tempoh beberapa tahun, tetapi yang cepat mempengaruhi perubahan ialah sistem pendidikan dan persekitaran.

Katanya, tidak ada ibu bapa yang hendak melihat anaknya berada dalam keadaan tidak baik, tetapi mendidik anak juga memerlukan ilmu. Mendidik anak-anak katanya, secara umum tidak bergantung hanya kepada latarbelakang pendidikan ibu bapa, tetapi juga faktor pengalaman dan didikan yang diperolehi daripada ibu bapa dari keluarganya. Menurutnya, didikan yang didapati oleh ibu bapa itulah selalunya ‘dicetak’ semula kepada anak-anak.

Sedangkan, pembawaan ibu bapa di dalam mendidik anak-anak dengan pendekatan sebegini, kata Dr Ismail, tidak bersesuaian pula dengan perubahan zaman di mana anak-anak telah dipengaruhi oleh faktor persekitaran yang sangat cepat berubah.

“Malah di ‘handphone’ kita sekalipun, boleh ‘download’ macam-macam. Ini antara penyumbang besar kepada masalah anak-anak pada hari ini termasuk juga media massa yang ada. Semua ini tidak menjurus kepada anak-anak untuk menjadi insan yang baik,” katanya.

Jelas beliau, alam keremajaan hadir bermula dengan perubahan hormon secara semulajadi dalam diri. Seiring perubahan itu katanya, perubahan fizikal dan mental turut terjadi.

“Bila masuk ke alam remaja, pemikiran anak kita menjadi kritis kadang-kadang tanpa memikirkan kesan dari tindakan yang dibuat. Dia hendak buat dan cuba. Pada masa ini, anak-anak cenderung untuk punya rakan sebaya yang berkongsi halnya. Jadi masa inilah perlunya ibu bapa menjadi ‘rakan kongsi’ dengan anak-anak,” ujar beliau.

Katanya, tidak bermakna apabila ibu bapa menjadi rakan kepada anak-anak, akan hilang rasa hormat anak-anak kepada mereka. Sebaliknya pemikiran, masalah, pandangan dan perbincangaan dengan anak-anak ujarnya, perlu dikongsi bersama hingga menjadi panduan kepada anak-anak dalam menghadapi situasi sebenar.

“Kalau tempat dan masa ini kita tidak ambil, walaupun kita duduk bersama anak-anak setiap waktu, tidak ada masa berkualiti untuknya, maka bermula dari situlah dia mencari di luar. Jadi sebenarnya, masalah anak remaja ini bermula dari rumah sama ada kita sedari atau tidak,” terangnya.

Beliau turut menasihatkan supaya permasalahan antara ibu bapa juga jangan dijadikan beban masalah kepada anak-anak. Walaupun kesan dari permasalahan itu juga terkena kepada anak-anak, tetapi ibu bapa katanya, berperanan meminimakan kesan itu.

Oleh itu tegasnya, ibu bapa perlu mengemaskini ilmu mendidik anak-anak sesuai dengan perkembangan semasa.

Jelas beliau, dari tahun ke tahun, masalah yang berlaku kepada remaja juga bukan semakin baik tetapi semakin meruncing, walaupun pada asasnya mereka mendapat pendidikan agama.

“Menyedari hakikat itulah, kita hendak menjadikan Kedah ini ‘Negeri Ilmu’. Antaranya memperbanyakkan institusi pendidikan Islam dan pada masa sama, persekitaran serta tempat-tempat yang mempengaruhi ke arah kerosakan akan diberi kawalan.

Menurutnya lagi, pihak beliau melalui portfolio Pembangunan Insan telah menyusun program untuk anak-anak bermula dari darjah 6 dan mereka yang akan melangkah ke peringkat menengah dengan memperkenalkan Kem Bina Solat.

“Maknanya anak-anak ini, sebelum melangkah ke Tingkatan 1, soal solatnya sudah selesai. Untuk anak-anak berusia 15 tahun akan diadakan Kem Bina Insan, manakala kemuncaknya KBS.

Beliau turut merayu agar ibu bapa menyediakan suasana konduksif untuk anak-anak mengaplikasikan perkara yang ditimba sepanjang program itu.

“Berilah ruang dan sediakan ruang untuk mereka ini berubah, sebab kadang-kadang apabila mereka telah ditarbiyyah, pulang ke tempat asalnya, suasana untuk dia berubah itu tidak ada dan dia akhirnya kembali kepada perangai lamanya,” katanya menasihati.

Cawangan Pas baru di Bakar Bata




Alor Setar,15 Dec 2008:Sambutan rakyat kepada Kerajaan Pakatan Rakyat semakin bertambah.Ini dapat dibuktikan dengan penubuhan cawangan -cawangan baru Pas dimerata tempat.


Semalam satu lagi cawangan Pas telah ditubuhkan dengan penyerahan puluhan ahli baru Pas di Flat Sri Gemilang berdekatan dengan Sime Tyres.
AJK penaja cawangan Flat Sri Gemilang dibentuk dalam satu majlis yang dihadiri oleh sebahagian dari AJK Pas kawasan Alor Star.Turut hadir ialah YB Dr Ismail Salleh,YDP Pas Kawasan Alor Star,wakil rakyat angkat kepada DUN Bakar Bata.




"Dunia sekarang sedang membentuk persepsi baru terhadap Islam.Persepsi bahawa Islam itu ganas,anti establishment,tidak mampu memerintah,kolot yang meracuni pemikiran rakyat selama ini telah dilihat tidak relevan lagi oleh rakyat",tegas Yb Dr Ismail dalam ucapanya.
"Kemenangan beberapa negeri yang memberi keizinan Pakatan Rakyat untuk memerintah telah membuktikan kepada rakyat bahawa kemampuan mereka mentadbir negeri dengan cara yang lebih baik,telus,berhemah yang menberi fokus kepada kesejahteraan rakyat",ujarnya lagi.

Dalam pilihanraya yang lalu DUN Bakar Bata telah dimenangi oleh pembangkang dengan majoriti yang kecil.Sambutan rakyat kepada Kerajaan Negeri sekarang membayangkan peluang besar Pakatan Rakyat untuk merampas kerusi ini.

Ahad, 14 Disember 2008

Malaysia antara tertinggi kadar penularan AIDS

ALOR STAR 13 Dis. - Datuk Seri Tunku Puteri Intan Safinaz Sultan Abdul Halim melahirkan rasa prihatin dengan kadar penularan AIDS yang tinggi di negara ini.

Beliau selaku Pengerusi Yayasan Sultanah Bahiyah (YSB) berkata, Malaysia merupakan salah sebuah negara yang mempunyai kadar yang tinggi dalam penularan AIDS di kalangan negara Asia Tenggara dan Pasifik.

"Menurut Joint United Nations Programmes on HIV/Aids (UNAIDS), setiap hari lebih kurang 12 orang di negara ini diuji positif dengan virus HIV/AIDS.

"Sehingga Jun 2008, sebanyak 1,766 kes baru jangkitan HIV/AIDS telah dikesan dan sehingga kini seramai 82,704 rakyat negara ini dijangkiti virus itu sejak ia mula dikesan pada 1986," kata beliau.

Tunku Puteri Intan Safinaz turut prihatin dengan statistik AIDS di Kedah.

"Statistik di negeri Kedah juga menunjukkan angka yang kurang menyenangkan kerana ada peningkatan dalam kes HIV/AIDS di kalangan wanita dan kanak-kanak," kata beliau pada Majlis Pelancaran Hari AIDS Sedunia 2008 Peringkat Negeri Kedah di Mergong, di sini hari ini.

Pada majlis itu, Tunku Puteri Intan Safinaz turut merasmikan penubuhan Persatuan Cahaya Harapan Negeri Kedah yang menyediakan kemudahan untuk ujian HIV, kaunseling dan kaedah rawatan kepada penagih dadah.

Persatuan itu hari ini turut mengadakan program pertukaran jarum suntikan yang membekalkan peralatan menyuntik yang bersih dan selamat kepada penagih yang bermatlamat mengawal penyebaran virus HIV.

- Bernama

Wabak Chikungunya di Sungai Lalang







Sungai Lalang,14 Dec 2008 : Sehingga petang ini seramai 27 orang telah dimasukan ke Hospital Sultan Abdul Halim Sungai Petani dan Hospital Yan,disyaki diserang penyakit yang disebabkan oleh sejenis virus,Chikungunya.

Mereka yang diserang virus ini akan mengalami demam dan sakit dibahagian sendi untuk beberapa hari yang boleh berlanjutan untuk beberapa minggu dengan kemungkinan akan membawa maut satu dalam setiap seribu kes.

Virus yang berasal dari Benua Afrika ini bukan sahaja menyerang negeri-negeri di Benua Afrika tetapi telah merebak ke Asia Tenggara.Di Malaysia wabak penyakit ini dikesan di Negeri Johor buat masa ini.

Pagi tadi penduduk kampung yang terlibat, Kampung Sungkap Para,Sungai Lalang telah menjalankan gotong-royong membersih kawasan.Mereka telah dibantu oleh agensi-agensi Kerajaan Negeri dibawah Majlis Daerah Kuala Muda.

Jabatan Kesihatan Negeri Kedah yang diketuai oleh Dr Shahidan dan Dr Umai Kalsom telah turun padang untuk sama-sama memantau supaya wabak penyakit ini dapat dikawal.

Ahli Majlis Kerajaan Negeri merangkap ADUN Bukit Selambau,YB Arumugam dan Exco Kesihatan Negeri Kedah YB Dr Ismail turut berada dilokasi dan kemudian ke Hospital Sultan Abd Halim untuk melawat pesakit yang dirawat disitu.

Jumaat, 12 Disember 2008

Kem Bina Sahsiah berjaya ubah pelajar

ALOR STAR, 6 Disember: Kes-kes jenayah juvana, pembuangan bayi, penagihan dadah dan alkohol, serta pukul guru semakin menjadi-jadi di kalangan anak muda pada hari ini.

Menteri Besar, YAB Dato' Seri Ustaz Azizan Abdul Razak berkata, perkara yang berlaku itu menjadi kebimbangan ibu bapa dan juga masyarakat kerana ia boleh merosakkan kehidupan anak-anak remaja dan belia.

"Adalah tidak adil jika kita hanya mampu menuding jari kepada pihak lain mengenai punca permasalahan yang berlaku ini," jelasnya.

Beliau berkata demikian pada majlis penutup Kem Bina Sahsiah 2008 di Kolej Universiti Insaniah, di sini.

Menurutnya, ibu bapa dan masyarakat tercari-cari ke mana mereka hendak hantar anak-anak mereka terutama di musim cuti persekolahan untuk diberi 'ilmu tambahan' semata-mata untuk menghindarkan anak mereka dari terjebak dengan pelbagai anasir keruntuhan moral.

"Alhamdulillah, dari laporan yang saya terima, kebanyakan remaja yang sebelum ini mungkin sedikit nakal, bila keluar dari Kem Bina Sahsiah, mereka menunjukkan 100 peratus perubahan diri," katanya.

Ujarnya, ibu bapa turut menghantar surat mengucapkan tahniah, dahulunya anak mereka tidak solat, keluar dari Kem Bina Sahsiah, Alhamdulillah sudah tidak tinggal solat, bijak mengagihkan masa, hormat kepada orang tua dan berbagai lagi kesan positif hasil mereka lalui modul yang disediakan di Kem Bina Sahsiah.

Jelasnya, tentunya Kem Bina Sahsiah tidak mengharapkan pujian tersebut kerana matlamat utamanya adalah untuk melahirkan satu generasi remaja yang mempunyai jati diri dan kenal ajaran agamanya.

"Inilah konsep pembinaan insan yang akan kita tekankan sepanjang masa dalam usaha melihat satu generasi yang berdaya maju, pintar dan bertakwa," ujarnya.

Tambahnya, Kerajaan Negeri turut mengucapkan syabas kepada semua peserta dan diharap mereka dapat mempergunakan segala apa yang dipelajari sepanjang kem berkenaan untuk dipraktikkan dalam kehidupan seharian.

Kem Bina Sahsiah 2008 Siri ke-5 dianjurkan oleh Pusat Pendidikan Muassasah Darul Ulum dengan kerjasama Unit Pembangunan Insan Kerajaan Negeri Kedah yang diadakan di Kompleks Pendidikan Muassasah Darul Ulum, Kilometer 24, Jalan Kuala Nerang, Pokok Sena, di sini selama 21 hari mulai 16 November 2008 hingga 6 Disember 2008.

Kem Bina Sahsiah telah mula dilaksanakan pada tahun 2004 hasil ilham Menteri Besar, YAB Dato' Seri Ustaz Azizan Abdul Razak.

Turut hadir dalam majlis itu ialah Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Penerangan, Badan-Badan Bukan Kerajaan (NGO) serta Pembangunan Insan, YB. Dr. Ismail Salleh dan Speaker Dewan Undangan Negeri Kedah, YB. Dr. Abd. Isa Ismail.

Catatan perjalanan Yayasan Amal Malaysia ke Kemboja

12 December 2008

Kami chek out dari penginapan di Pnohm Penh selepas subuh kerana kami akan ke Siem Riep yang akan mengambil masa perjalanan selama 7 jam.

Sepanjang perjalanan kami disajikan dengan pemandangan yang sama iaitu tanaman padi sejauh mata memandang hasil dari kesuburan delta Mekong yang menjadikan pertanian sebagai pekerjaan utama di Kemboja.Sebelum sampai kedestinasi kami singgah dibeberapa tempat dan makan tengahari disebuah kedai orang Islam melayu Champa yang anaknya sekarang bekerja di Malaysia.Keseronokan mereka menyambut kami jelas terbayang dengan layanan yang sangat istimewa dengan masakan soup yang sangat menyelerakan.

Akhirnya kami tiba di Siem Riep dan menginap di hotel kepunyaan orang Islam.

Siem Riep boleh digelar sebagai Langkawi Kemboja.Walaupun ia bukan pulau tetapi activiti pelancungannya lebih hebat dari Langkawi.Bandar baru Siem Riep yang terkenal dengan Angkor Watt,kelihatan jauh lebih tersusun kalau nak dibandingkan dengan Pnohm Penh.Hotel empat dan lima bintang bercambah.Kami menghabiskan sebahagian besar masa kami untuk melawat dan membeli buah tangan di bazar moden Siem Riep.

Sebelah malamnya kami makan malam di Restaurant D'wau kepunyaan En Fizal,anak Johor yang kini menetap di Seksyen 7 Shah Alam.Beliau pulang beraya dikampung pada masa itu tetapi emak dan adiknya berada disitu untuk menguruskan restaurant.Sekali lagi kami berjumpa dengan beberapa rombongan dari Malysia disini termasuk Yayasan Salam dan Al- Amin.

Kami tidak ke Angkor watt diatas persetujuan dari semua ahli rombongan diatas sebab-sebab tertentu.

Disebelah malamnya kami berehat selain sebahagian dari ahli rombongan kami menaiki tut-tut untuk mengenali keindahan Siem Riep diwaktu malam.

Catatan perjalanan Yayasan Amal Malaysia ke Kemboja











10 Dec 2008

Hari ini adalah hari lawatan bebas.Kami breakfast disebuah restaurant Islam sebelum meneruskan perjalan ke tempat bersejarah di Zaman Pemerintahan Regim Pol Pot, Khmer Rouge yang telah mengorbankan seramai 1.7 juta orang sepanjang pemerintahan regim dari tahun 1975-1979.

Kami telah melawat Choeungek Genocidal Centre,tempat dimana orang ramai dibunuh ,satu dari The Killing Fields.Puluhan lubang tempat mereka yang diseksa ditanam masih jelas kelihatan bersama dengan cebisan tulang dan sebahagian dari pakaian mereka.Ribuan tengkorak tersimpan rapi.

Dari situ kami meneruskan perjalanan kesatu lagi muzium,tempat dimana cerdik pandai diseksa dan dibunuh,Tuol Sleng Muzium.Tuol Sleng yang asalnya adalah sebuah sekolah menengah yang ditukar menjadi penjara penyiksaan oleh Regim Pol Pot.

Gambar cara bagaimana mereka disiksa,peralatan yang digunakan serta penjara yang digunakan dipertontonkan.Cebisan kain baju serta kesan-kesan darah masih kelihatan.

Pulang dari kedua-dua muzium tersebut kami dibawa untuk membeli belah dibazar yang dikenali sebagai Russian market,tidak jauh bezanya dari bazaar dinegara kita yang berbagai jenis pakaian,kain baju sehinggalah kepada cenderamata.

Kami bergegas pulang pada jam 2 petang untuk menghantar sebahagian dari kami ke lapangan terbang untuk pulang ke Malaysia.

Catatan perjalanan Yayasan Amal Malaysia ke Kemboja
















9 Dec 2008

Kami bertolak pada jam 9am,sekali lagi kerumah Col Hj La Lay Personal Assistant kepada seorang Timbalan Menteri Kemboja.Selepas itu kami meneruskan kedestinasi kedua missi kami iaitu kemasjid yang berdekatan yang jauhnya 30 minit perjalanan.

Pasukan kami menyembelih 3 ekor lembu dan 5 ekor kambing di masjid tersebut serentak dengan berkhatan yang dilakukan oleh Yb Dr Ismail Salleh,Dr Mohamad Mahayuddin Abd Rahman,MA Mokhtar Harun dan MA Yusuf Hashim.

Selesai kedua-dua ibadah tersebut sekali lagi kami makan tengahari dirumah Col La Lay.

Sebelum meninggal rumah beliau 2 dari ahli rombongan kami memberi sumbangan kepada anak-anak yatim dan sumbangan untuk membuat telaga dan pam air bersih.

Rombongan kami seterusnya kembali ke Phnom Penh dan pada malam itu kami makan malam disuah restaurant kepunyaan seorang anak Malaysia yang berkahwin dengan anak tempatan Kemboja,Restaurant Mariam.Disana kami bertemu dengan satu rombongan yang menaiki motosikal berkusa besar yang sampai ke Kemboja melalui Thailand yang akan meneruskan perjalanan mereka ke Vietnam.

Catatan perjalanan Yayasan Amal Malaysia ke Kemboja











8 Dec 2008

Kami bangkit tidur seawal jam 5 pagi,menunaikan solat subuh,bersedia untuk meneruskan perjalanan ke kampong 7 Kamara di Wilayah Champ untuk menunaikan solat Aidil Adha dan menunaikan ibadat korban.Perjalanan bermula dengan merentasi sungai Mekong menghala ke Wilayah Champ.

Kami tiba pada jam 7.30 pagi,terus pergi kerumah imam dan kemasjid untuk bersembahyang.Kami disambut mesra oleh penduduk tempatan.Selesai menunaikan sembahyang sunat Aidil Adha kami kembali kerumah imam kerana penyembelihan lembu korban akan dijalankan disitu.14 ekor lembu dan 5 ekor kambing telah ditumbangkan satu persatu.

Selain dari Imam tempatan,Jamel Saring dari Yayasan Amal Selangor telah memainkan peranan utama menyembelih lembu korban.

Setelah selesai menyembelih lembu korban kami dihidangkan dengan breakfast yang amat meyelerakan,masakan istimewa Kemboja.Selesai makan,sesi rawatan percuma diberikan kepada penduduk tempatan selama satu jam.

Kami terpakasa bergegas untuk meneruskan perjalanan kesatu lagi destinasi,kampong Takeo.Perjalanan yang sepatutnya mengambil masa 6 jam itu telah berlanjutan selama 12 jam,satu perjalanan yang cukup menyiksakan.Bas mini kami tiba-tiba rosak diseparuh perjalanan yang memerlukan major repair yang mengambil masa selama 6 jam.

Sepanjang perjalan kami dihidangkan dengan pemandangan yang sama,iaitu sawah padi yang menutupi tanah subur bumi Kemboja.Cuacanya terang benderang disulami dengan angin yang menghembus menyejukan suasana yang amat menyamankan.

Akhirnya kami tiba juga di kampong Takeo,dirumah Col Hj La Lay yang kebetulan tiada dirumah pada masa itu kerana menghadiri mesyuarat.Kami dihidangkan dengan juadah yang menyelerakan.Selesai makan kami dibawa kerumah homestay untuk beristirehat.

Catatan perjalanan Yayasan Amal Malaysia ke Kemboja




7 Dec 2008.

Rombongan kami ke Kemboja mula berkumpul di LCCT pada jam 12 tengahari untuk diberi taklimat oleh ketua rombongan En Azri dari Yayasan Amal Pusat.Rombongan terdiri dari 18 orang peserta,2 orang doctor perubatan,2 orang MA dan selebihnya adalah sukarelawan Yayasan Amal.

Dilapangan terbang kami telah bertemu dengan beberapa rombongan dari Malaysia yang lain membawa misi yang sama ke Kemboja,diantaranya ialah Yayasan Salam,Easy Qurban dan POTO.

Menaiki Air Asia yang dijangka bertolak pada 3.15 petang terpaksa ditunda pada jam 4 petang dan telah mendarat di Phnom Penh International Airport pada 5.10 pm waktu tempatan.

Kami telah disambut oleh Ustaz Mohamad,anak tempatan yang fasih berbahasa melayu.Kami dibawa makan kesebuah restoran Islam menaiki sebuah bas mini yang telah disewa untuk membawa rombongan kami sepanjang missi kemanusiaan di Kemboja.

Setelah dihidangkan dengan masakan tomyam intimewa Kampuchea kami dibawa ke Hotel Mekong yang terletak di depan Sungai Mekong yang mengambil masa perjalanan selama 4 jam dari lapangan terbang.

Sepanjang perjalanan selama 4 jam itu mengesahkan cerita kawan-kawan yang menyebut keadaan di Kampuchea adalah sama seperti Malaysia di tahun-tahun 70han.Dengan bersuluhkan sinaran bulan dan cahaya lampu mini bas,jelas dipenglihatan kami sawah padi,diselang seli dengan semak samun yang menghiasi sepanjang jalan ditanah pamah yang landai sesuai dengan gelaran Lembah Mekong atau Delta Mekong.

Kami check in di Hotel Mekong pada jam 10 pm,bersembahyang dan terus tidur untuk bangkit awal pada esoknya kerana seawal selepas subuh kami akan bertolak kemasjid yang terdekat untuk menunaikan Solat Aidil Adha.

Jumaat, 5 Disember 2008

Health Ministry to launch massive campaign on organ donation

SEREMBAN: With only one in 20 Malaysians willing to donate their organs, a massive campaign will be launched soon by the Health Ministry to increase awareness on organ donation.

Minister Datuk Liow Tiong Lai said the campaign aimed to get more people to sign up as organ donors.

“It is sad because critically-ill patients have to wait for years to get a donor. We want people to know that we can save lives if they are prepared to donate their organs,” he told reporters yesterday after launching the third National Health and Morbidity Survey Scientific Conference: State Findings here.

He said that despite campaigns by the Government to educate the people on the importance of becoming donors, most were reluctant to do so.

To date, 120,838 people have pledged to become donors.

According to the National Transplant Resource Centre, 4,181 patients are on the waiting list for kidney, heart and lung transplants.

Statistics also show that one in three patients on the waiting list dies before a donor is found.

However, Liow said the Government had no plans to compel people to donate their organs, unlike Singapore which passed a law making its citizens automatic organ donors.

Liow said those who wished to become donors could enlist at any government hospital or clinic and was looking for ways to make it easier for them to do so.

He said the Cabinet had recently approved the need for a masterplan to help the increasing number of cancer patients and educate the people on the disease.

Liow said the National Cancer Management Blueprint would chart the ministry’s plan to deal with cancer patients till 2015 where ministry officers would educate people about cancer as most patients came for treatment when they were already in the advanced stages.

Liow also said that his ministry’s plans to get more females over 20 to go for mammograms and pap smears was also working as the percentage of women who went for mammograms increased from 3.7% in 1996 to 7.9% in 2006.

About 45.7% of women had gone for pap smear tests compared with 26% in 1996.

Khamis, 4 Disember 2008

300,000 may have HIV by 2015

KUALA LUMPUR: Malaysia may have 300,000 people affected by HIV by 2015, said Datuk Dr Hassan Abdul Rahman, the Director of the Disease Control Divison of the Health Ministry.

To combat this epidemic, the Government has committed RM500mil to implement the National Strategic Plan on AIDS and the Harm Reduction programme between 2006 and 2010, he said at the launch of a Health Ministry and Unicef Report 2008 entitled Women and Girls Confronting HIV and AIDS in Malaysia yesterday.

The report was released in conjunction with the Special World AIDS Day 2008.

The National Strategic Plan on AIDS involves various government and non-government bodies as well as international agencies such as Unicef.

The daughter of the Sultan of Kedah, Datuk Seri Tunku Puteri Intan Safinaz, who launched the event, said the trend of new HIV infections occurring among women in the country had risen alarmingly from 1.2% of total new cases in 1990 to 16% in December 2007.

She said reducing the impact of HIV required that the needs and issues of women be addressed at various levels.

She said there was a need to reverse the underlying socio-economic factors that contributed to women’s HIV risks, such as gender inequality, poverty, lack of economic and educational opportunity, and the lack of legal and human rights protection. — Bernama

06/12/2008 - Majlis Perasmian Penutup KBS 2008

Pada : 6 Disember 2008 (Sabtu)
Masa : 10.00 pagi - 5.30 petang
Tempat : Dewan Sultan Abdul Halim Muadzzam Shah, Kolej Universiti Insaniah KUIN), Alor Star, Kedah


Aturcara:-SESI BERSAMA WARIS

10.00 pg : Ketibaan Waris

10.05 pg : Taklimat Urusetia Bersama Waris

10.35 pg : Taklimat Fasilitator Bersama Waris

12.30 tgh : Makan tengahari/rehat/solat zohor

MAJLIS PERASMIAN PENUTUP

1.55 ptg : Ketibaan Tetamu Jemputan

2.00 ptg : Ketibaan YAB Dato' Seri Ust Hj Azizan Abd. RazakMenteri Besar Kedah
Pemeriksaan Perbarisan Peserta KBS 2008

2.20 ptg : Ucapan Pengerusi Majlis

2.30 ptg : Ucapan Ust Musoddak Hj Ahmad, Pengarah KBS 2008

2.50 ptg : Ucapan oleh YB Dr. Ismail Salleh, PengerusiJawatankuasa Penerangan, Kesihatan & Pembangunan Insan

3.05 ptg : Majlis Penyampaian Sijil Dan Anugerah Peserta Terbaik

3.30 ptg : Ucapan Perasmian Penutupoleh YAB Dato' Seri Ust Hj Azizan Abd. Razak,Menteri Besar Negeri Kedah Darul Aman

4.30 ptg : YAB Dato' Seri Menteri Besar Dan Tetamu jemputan Beredar ke Dewan Jamuan

4.40 ptg : Majlis Penyerahan Peserta Kepada Waris

5.30 ptg : Bersurai