Rabu, 26 Mei 2010

Hari Anugerah Cemerlang SMK Sultanah Bahiyah







Hari ini adalah hari Anugerah Cemerlang SMK Sultanah Bahiyah.Nurul Hidayah,anak sulung saya adalah diantara penerima anugerah itu apabila beliau mendapat keputusan 9A dalam peperiksaan akhir tahun 2009.

Sementara salah seorang penerima anugerah cemerlang SPM 2009 ialah anak kepada kawan baik saya,Dr Wan Khamizar Wan Khazim,Pakar Perunding Bedah Kanan Hospital Sultanah Bahiyah.





Manakala Mohamad Imran,pelajar tahun enam di Sekolah Rendah An Najaah mendapat 5A dalam peperiksaan Taksiran UPSR 2,2010.

Beliau adalah anak kedua saya.Kedua-dua mereka mempunyai cita-cita yang sama iaitu untuk menurut jejak langkah saya sebagai seorang Doktor Perubatan.

Semoga mereka akan berjaya dengan cemerlang dari segi akedemik maupun sahsiah.

KDYMM Sultan Kedah telah merasmikan hari anugerah cemerlang itu,sementara KDYMM Tuanku Sultanah Kedah sudi menyampaikan hadiah-hadiah.

Tiada ulasan: